08 August 2019

Puasa Sunat Arafah pada Bulan Zulhijjah 2019

Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat mustajab doa oleh Allah swt. Apabila tiba 1 zulhijjah sehingga 10 zulhijjah, ramai umat Islam akan berpuasa sunat zulhijjah untuk merebut seberapa banyak fadhilat yang telah Allah sediakan.

Antara kelebihan apabila tiba bulan Zulhijjah adalah


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏
Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdhal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. 
[Sahih al-Bukhari].

Raya Haji akan kunjung tiba lagi 2 hari lagi, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk kongsikan fadhilat puasa arafah atau puasa sunat arafah yang sangat di anjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w. 

puasa pada bulan zulhijjah

Perlu di ingatkan bahawa puasa arafah ini hanya untuk orang yang tidak berwukuf dan yang tiada dalam ibadah haji. 
Puasa sunat Arafah di Malaysia adalah pada Hari Sabtu bersamaan dengan 9 Zulhijjah atau 10 Ogos 2019.
Selamat berpuasa dan moga semua doa kalian dimustajabkan dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Amin. 



Continue Reading

07 August 2019

Pengalaman Berpantang Dengan Menggunakan Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum semua,
Sebelum ini saya pernah kongsi pengalaman berpantang saya yang berbeza dengan anak pertama sehingga anak yang ke tiga.

Boleh klik link untuk baca pengalaman berpantany saya:

Pengalaman berpantang anak kedua
Pengalaman berpantang anak ketiga

Semestinya berpantang dengan set pantang Shaklee memang memberikan pengalaman indah pada saya kerana nutrien dan tenaga yang saya dapat dari set ini sangatlah besar.

Ikuti video ringkas dari saya yang menceritakan tentang set berpantang Shaklee.



Anda mencari set pantang yang sesuai untuk anda?

Boleh klik link www.wasap.my/60122319979 untuk konsultasi lanjut :)

Continue Reading

28 July 2019

Senarai Persiapan dan Kelengkapan Ibu Berpantang

Ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin, pasti akan sibuk memikirkan tentang barang kelengkapan berpantang nanti. Pada yang pertama kali jadi ibu, tentulah perlukan rujukan dari yang dah berpengalaman dalam berpantang. Barang keperluan ibu bersalin adalah sangat penting untuk memudahkan proses pantang dan menyusukan anak semasa pantang. Sepanjang 9 bulan mengandung, suami isteri bolehlah survey dan bugdet untuk simpan kewangan untuk kelengkapan berpantang yang bersesuaian.

Berdasarkan pengalaman saya, saya nak kongsi tentang checklist berpantang dan kelengkapan ibu berpantang. Saya akan kongsi yang paling penting dan top prioriti untuk kegunaan ibu berpantang, antaranya ialah :

1. Pam Susu

senarai kelengkapan berpantang
Pam susu sangatlah penting untuk kelengkapan berpantang seawal hari ke tiga kerana kadang kala wujud bengkak susu dan sebagainya. Saya ada kongsi juga tentang pam silikon di blog ini untuk rujukan anda. Pam silikon lebih mudah dan senang di cuci untuk ibu berpantang serta harganya juga sangat berpatutan


2. Bengkung

barang keperluan ibu bersalin

Bengkung sangat penting untuk mengekalkan postur dan mengempiskan perut. Boleh rujuk di entri berbengkung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bengkung


3. Penjagaan pantang

senarai persiapan berpantang

Confinement Lady atau penjagaan orang berpantang adalah mengikut pilihan dan kemampuan masing-masing. Pada zaman kini, terdapat pelbagai servis penjagaan ibu berpantang dari bajet yang rendah sehingga yang beribu ringgit. Namun, ini adalah mengikut pilihan masing-masing. Penjagaan berpantang melibatkan urut, bertungku dan lain-lain penjagaan. Jika berhajat untuk mendapatkan khidmat penjagaan berpantang, survey seawal yang boleh untuk mendapatkan harga yang mampu milik dan berbaloi


4. Pakaian ibu berpantang

senarai persiapan berpantang

Kain batik menjadi sinonim jika berpantang. Namun, kain batik bukan lah menjadi pakaian wajib untuk ibu berpantang. Ibu berpantang boleh pakai pakaian yang selesa dan mudah untuk menyusu. Sebolehnya, pilih kain cotton atau pakaian yang tidak panas kerana ibu berpantang kuat berpeluh. Selain itu, kain batik merupakan pilihan utama kebanyakan ibu berpantang kerana kain batik boleh membantu mengejapkan perut selepas berbengkung.



5. Stokin
checklist berpantang
sumber : Sirap limau
Stokin sangat penting untuk ibu berpantang untuk mengelakkan kesejukan dan elak bentan ketika berpantang


6. Minyak panas
 senarai kelengkapan berpantang

Minyak panas adalah digunakan untuk ibu berpantang untuk mengurut dan untuk disapukan di tapak kaki untuk mengembalikan kehangatan badan. Minyak panas ada pelbagai jenis dan boleh survey yang sesuai dengan anda.

7. Maternity Pads

kelengkapan berpantang
Pad materniti sangat-sangat penting untuk ibu berpantang kerana akan mengalami nifas selama hampir 40 hari. Macam-macam jenama ada di pasaran, boleh pilih mana yang selesa untuk anda.


8. Set Berpantang

barang kelengkapan ibu berpantang

Set berpantang juga ada pelbagai jenis set berpantang di pasaran. Untuk saya, menggunakan set pantang shaklee sangat serasi dengan saya kerana mengembalikan tenaga dan memeriahkan susu ibu. Ada pelbagai set bersalins seperti nona roguy, tanamera, sendayu tinggi dan macam-macam lagi. Anda boleh survey dan membuat pilihan yang terbaik untuk anda.

Itu adalah ringkasan checklist berpantang dan kelengkapan ibu berpantang untuk rujukan ibu berpantang. Moga bermanfaat untuk yang memerlukan.


p/s:
Untuk pertanyaan tentang set pantang shaklee, boleh hubungi saya di talian 012-2319979 atau klik terus di
www.wasap.my/60122319979


Sekian,
Rehana

Continue Reading

5 Tips Menarik Untuk Ibu Yang Berpantang Sendiri Di Rumah

Berpantang sendiri selepas bersalin sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang kerana banyak kemudahan pada zaman sekarang berbanding dulu dan juga masyarakat kini kebanyakannya duduk jauh dengan ibu dan bapa yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpantang sendiri. Selalunya, untuk anak pertama, Ibu atau ibu mertua akan sedaya upaya mencuba untuk menjaga anak mereka yang sedang berpantang, namun untuk anak ke dua dan seterusnya kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk berpantang sendiri di rumah dengan alasan tidak mahu menyusahkan ibu bapa.

cara berpantang sendiri

Tetapi, untuk berpantang sendiri, bukanlah mudah dan memang agak mencabar jika tiada panduan berpantang sendiri di rumah. Oleh itu, ibu-ibu berpantang boleh merujuk kepada tips berpantang sendiri di rumah yang saya kongsikan ini, antaranya :

1. To-Do-List

panduan berpantang sendiri di rumah

To-Do-List sangat lah penting untuk ibu yang berpantang sendiri di rumah kerana perancangan yang rapi akan mengurangkan risiko stress semasa berpantang. Perancangan harus di buat sejak hamil lagi. Pastikan semua kelengkapan untuk berpantang sudah siap sebelum bersalin termasuklah segala keperluan memasak atau barang bayi dan ibu berpantang. 

2. Rancang makanan ibu berpantang

keperluan berpantang sendiri
Sumber : Mingguan Wanita

Menyediakan makanan berpantang adalah sangat penting kerana ibu berpantang memerlukan nutrisi yang baik dan untuk mengekalkan emosi yang stabil. Oleh itu, jika masak sendiri di rumah, perlu menyediakan segala menu dan barang basah untuk masak. Contohnya, ikan dan ayam sudah siap di siang dan di basuh, ikan bilis goreng dan bawang bakar di sediakan dan di simpan dalam bekas kedap udara dan bawang serta bawang putih boleh siap di kisar untuk memudahkan proses memasak. Anda perlu tahu, penyediaan untuk memasak yang mengambil masa yang lama, untuk masak hanya memerlukan 5 hingga 10 minit sahaja! Untuk yang menempah makanan pantang, anda tidak mempunyai masalah untuk menyediakan bahan masakan sendiri.


3. Bengkung Moden

pengalaman berpantang sendiri

Bengkung moden atau bengkung opah adalah salah satu pilihan bengkung untuk ibu yang berpantang sendiri selepas bersalin kerana ianya sangat mudah untuk di pakai dan tidak perlu di ikat seperti bengkung tradisional. Mengikat bengkung memerlukan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit, manakala bengkung moden boleh siap kurang dari 5 minit!. Berpantang sendiri pun kena jaga badan kan? 


4. Bahagikan tugas

Berpantang sendiri di rumah memerlukan kerjasama suami dan anak-anak. Bahagikan tugas untuk suami dan anak- anak. Jika anak yang masih kecil, boleh ajar anak untuk membuang pampers di tong sampah atau ajar untuk mengambil barang dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelak stress untuk ibu yang berpantang sendiri 

5. Hantar pakaian ke dobi

tips berpantang sendiri
Sumber : Isma web
Menghantar pakaian ke dobi adalah merupakan pilihan terbaik untuk ibu yang berpantang sendiri kerana menyidai dan melipat pakaian merupakan kerja yang agak memerlukan masa yang banyak. Untuk pakaian bayi, ibu berpantang boleh mencuci sendiri. Sebaiknya hantar pada dobi yang siap cuci dan lipat. 


Semoga tips-tips ini dapat membantu mewujudkan pengalaman berpantang sendiri yang seronok untuk ibu berpantang. Ibu berpantang sendiri juga boleh mengambil khidmat part time maid jika mampu untuk membersihkan rumah.


Sekian perkongsian ringkas dari saya,

Rehana


Continue Reading

27 July 2019

5 Tips Elak Sembelit Semasa Dalam Berpantang Selepas Melahirkan Anak

tips mengelakkan sembelit ketika berpantang


Sembelit semasa pantang dan selepas melahirkan anak?
Ouchh.. Memang sangat mencabar jika ibu yang berpantang mengalami sembelit. Lebih-lebih lagi jika bersalin normal dan mempunyai banyak jahitan episotomi, kebanyakan ibu berpantang ngeri dan takut untuk membuang air besar kerana bimbang jahitan terbuka atau bengkak.

Saya nak kongsi tips yang sangat mudah untuk ibu berpantang supaya boleh mengelak sembelit ketika berpantang.  Antara tips untuk elakkan sembelit semasa berpantang :

1. Pastikan makan makanan yang berserat tinggi

tips elak sembelit dalam pantang
Makan banyak buah-buahan yang berserat tinggi seperti oren dan betik. Makanan yang tinggi serat akan membantu proses pembuangan menjadi lancar tanpa gangguan sembelit.

2. Minum air yang secukupnya

sembelit semasa berpantang

Minum air kosong adalah kunci utama untuk mengelakkan sembelit semasa dalam pantang. Pada zaman dahulu, sering dimomokkan untuk tidak minum air semasa dalam pantang, ianya hanyalah mitos. Minum air yang banyak membantu elakkan sembelit selepas bersalin dan juga membantu penghasilan susu ibu

3. Makan nasi yang lembik

tips mengelakkan sembelit ketika berpantang

Makan nasi yang lembik adalah tips dari ibu saya yang pernah saya kongsikan dalam entri pengalaman berpantang anak ke tiga saya. Memang sangat berguna tips ini. Masak nasi putih dengan menggunakan air yang lebih, nasi tidak keras dan membantu elak sembelit dalam pantang


4. Ubat Julap

tips mengelakkan sembelit ketika berpantang

Untuk hari pertama selepas bersalin, selalunya doktor akan bekalkan julap atau ubat untuk senang buang air besar. Ubat ini berguna terutamanya yang mempunyai masalah sembelit dari sebelum bersalin atau mengandung lagi. Ini adalah untuk mengelak masalah sembelit dalam pantang menjadi lebih teruk lagi.


5. Ostematrix Shaklee

tips elak sembelit ketika berpantang

Ostematrix merupakan supplemen yang sangat membantu untuk ibu berpantang. Supplemen ini membantu mengelakkan masalah sembelit ketika berpantang. Pengalaman sendiri consume ostematrix shaklee memang sangat membantu dan tidak mempunyai masalah sembelit semasa dalam berpantang.


Selain itu, elakkan makan makanan yang sebabkan sembelit seperti biskut tanpa fiber, roti tanpa diber ataupun minuman koko yang pekat kerana akan menyebabkan masalah sembelit untuk sesetengah individu. Ibu berpantang juga harus bergerak dan tidak hanya tidur atau baring sepanjang masa kerana untuk wujudkan pergerakan otot usus bekerja.

Moga tips ini membantu ibu-ibu yang bakal berpantang. :)

Sekian perkongsian ringkas dari saya.

Continue Reading

26 July 2019

7 Resipi Makanan Dalam Berpantang Yang Mudah dan Cepat

Makanan dalam berpantang sangat penting untuk memberi khasiat dan memberi tenaga kepada ibu yang sedang berada dalam pantang. Tetapi, itu bukanlah menandakan ibu-ibu dalam berpantang tidak boleh menikmati resipi makanan pantang yang sedap dan sesuai untuk seisi keluarga.

Di sini saya nak kongsi 7 resipi dalam pantang yang membuatkan selera ibu berpantang meningkat dan memberi khasiat yang tinggi. Resipi makanan pantang ini berdasarkan pengalaman berpantang saya dan saya tidak alah kepada ayam mahupun telur. Tapi, saya menggunakan telur ayam kampung dan ayam kampung sahaja.

Resipi makanan pantang :

1. Sup Ayam
 

  resipi masakan ayam dalam pantang
Sumber gambar : My Resipi. com

Bahan - Bahan :
 Ayam kampung, lobak merah, kentang, bawang, tomato,
(halia+Bawang putih kisar) bawang putih, serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, kunyit, serbuk ketumbar, stok ayam ( jika ada), garam

Cara masak :
Tumis (halia+Bawang putih kisar),bawang putih, bawang merah, tomato sampai layu, masukkan semua rempah dan ayam.
Masukkan air, garam, kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kentang dan ayam betul-betul masak.
Ayam kampung perlu di masak lama supaya semua nutrien masuk dalam sup.
Hidang bersama nasi putih yang panas.



2. Ikan Jenahak Grill

Bahan - Bahan :
 Ikan jenahak, bawang putih dan bawang merah dikisar kasar, serbuk kunyit, serbuk jintan putih garam
Ikan dilumur dengan semua bahan-bahan di atas

Cara masak :
Grill di dalam kuali sehingga masak. Kalau nak senang boleh guna pemanggang ajaib
Hidang bersama nasi putih yang panas.


 3. Nasi + Sayur Kelo , Telur ayam kampung dan ikan masin

   Sayur kelo popular di kalangan masyarakat India, tetapi sekarang ramai dah tahu khasiat sayur kelo
   terutama bertindak sebagai milk booster untuk ibu menyusu




Bahan - Bahan :
Sayur kelo, bawang, bawang putih, serbuk lada hitam
Telur ayam kampung dan ikan masin di bakar atau goreng dengan minyak sedikit

Cara masak :
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan air, serbuk lada hitam dan garam
Masukkan sayur dan tutup api selepas sayur masak.

Boleh di hidang dengan nasi panas

4. Gulai ikan tak pedas dan lobak putih goreng


Bahan bahan untuk gulai ikan tak pedas
Resipi nya sama seperti kari ikan saya yang biasa tapi, cuma untuk lauk pantang saya tak guna serbuk kari, cuma guna serbuk kurma dan air asam yang sedikit sahaja. Ala ala gulai ikan kurma. Menu ini saya selalu guna selepas 15 hari berpantang. Resipi ini di olah oleh resipi asal saya resipi kari ikan. Boleh rujuk di resipi kari ikan tanpa santan

5.  Ayam Black pepper


Bahan - Bahan :
 Ayam kampung, lobak merah, kentang, bawang, tomato,
(halia+Bawang putih kisar) bawang putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram

Cara masak :
Tumis (halia+Bawang putih kisar),bawang putih, bawang merah, tomato sampai layu, masukkan ayam dan black pepper
Masukkan garam, kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kentang dan ayam betul-betul masak. Masuk sedikit sos tiram.

Hidang bersama nasi putih yang panas.


6. Nasi dan Sup Sawi dan Ikan Bakar



Bahan - Bahan :
Sayur sawi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam

Cara masak :
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan air, serbuk lada hitam dan garam
Masukkan sayur dan tutup api selepas sayur masak.

Ikan bawal putih di lumur dengan bawang putih dan halia serta kunyit dan di bakar seperti biasa

Boleh di hidang dengan nasi panas


7. Sup Tomato dan Ikan jenahak bakar


Bahan - Bahan :
  lobak merah, kentang, bawang, tomato 4 biji
 bawang putih, serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, kunyit, serbuk ketumbar, garam

Cara masak :
Tumis (halia+Bawang putih kisar),bawang putih, bawang merah sampai layu, masukkan semua rempah.
Masukkan air, garam, tomato dan lobak merah.
Masak sehingga air mendidih dan lobak merah jadi lembut

Hidang bersama nasi putih yang panas dan menu ikan jenahak bakar di resipi atas. 


Perlu dinyatakan di sini, bahawa resipi ini adalah sesuai mengikut masing-masing. Boleh ubahsuai mana yang berkenaan.

Selamat mencuba!

Continue Reading

24 July 2019

5 Amalan Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang menjadi amalan yang hampir wajib bagi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bermacam pantang larang dan amalan yang menjadi turun temurun sehingga ramai mengekalkan amalan berpantang selepas bersalin sehingga kini. Cuma, bezanya ada yang di modenkan tetapi masih mendapat kebaikan yang sama.

Baru-baru ini, ada yang berpendapat bahawa berpantang tidak perlu mengikut istilah perubatan. Namun ramai yang masih menyokong amalan-amalan berpantang kerana mempunyai banyak manfaat terutama kepada ibu yang baru bersalin. Berpantang adalah umpama rehat untuk ibu selepas mengandungkan anak selama sembilan bulan. Jujurnya, berpantang memang sangat memberi emosi positif dan menenangkan ibu yang baru bersalin.

Antara amalan berpantang selepas bersalin adalah :

1. Berurut

amalan berpantang dengan cara yang betul

Berurut merupakan amalan berpantang yang di gunakan oleh kebanyakan ibu di kalangan Melayu. Berurut adalah penting untuk melancarkan darah, memberi kelegaan kepada ibu selepas penat hamil dan bersalin, mencegah tekanan selepas bersalin, melancarkan pengaliran susu ibu, dan mempercepatkan proses pemulihan selepas ibu bersalin kerana emosi yang lebih tenang.


2. Berbengkung


Berbengkung semasa pantang adalah bertujuan untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim, mengembalikan bentuk badan yang langsing, mengurangkan sakit belakang kerana bengkung menyokong badan dengan lebih kejap dan yang paling ramai suka, membantu mengawal kuantiti makanan yang kita makan. Bengkung sekarang dah ada macam-macam jenis, bengkung tradisional, bengkung moden, bengkung opah, bengkung zip dan sebagainya. 

3. Bertungku

bertungku dalam pantang

Bertungku semasa pantang pula bertujuan untuk melancarkan pengaliran darah, memanaskan badan sekaligus melegakan badan, memecahkan lemak badan, dan mengurangkan sengugut. Memang best bertungku ni, rasa fresh :) Tungku pun sekarang dah ada pelbagai jenis. Ada yang menggunakan batu sungai, ada juga yang menggunakan tungku moden atau tungku besi


4. Bertangas


bertangas dalam pantang

Ramai yang tidak tahu kepentingan bertangas ketika berpantang. Bertangas adalah proses memulihkan kesihatan peranakan. Ia adalah sama seperti bersauna cuma di fokus di bahagian intim ibu bersalin. Bertangas ketika berpantang adalah bertujuan untuk menguatkan otot vagina, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan, dan mengelakan masalah gatal di bahagian berjahit jika bersalin normal.


5. Bersauna dan mandi herba


mandi herba dalam pantang

Bersauna dan mandi herba semasa berpantang adalah mengikut pilihan sendiri mengikut bajet kerana ianya berfungsi kepada kelegaan dan selalunya di amalkan semasa penutup pantang. Ia adalah untuk menghilangkan bau badan dan memberi ketenangan pada si ibu. Bersauna pula bertujuan untuk menyingkirkan toksik dalam badan.


Amalan berpantang selepas bersalin bukanlah wajib, tapi ia sangat membantu untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Saya mengambil pakej pantang yang lengkap untuk anak ke tiga, memang sangat berbeza berbanding berpantang anak pertama yang hanya mengambil khidmat berurut.

Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana


Sumber gambar : Pantang Plus

Continue Reading

19 July 2019

5 Tips Elak Masalah Ibu Meroyan Dalam Pantang

Meroyan merupakan fenomena yang kerap kali berlaku di seluruh dunia terutama di kalangan ibu bersalin atau ibu berpantang. Ramai ibu-ibu menceritakan pengalaman meroyan yang sangat mendugakan terutama semasa berpantang.

Apa itu Meroyan?

Meroyan juga di sebut sebagai Post Partum Depression yang mengakibatkan wanita selepas bersalin atau ibu yang sedang berpantang mengalami kemurungan yang kritikal. Biasanya meroyan akan berlaku dalam masa 4 minggu selepas melahirkan anak.

tertekan semasa pantang

Meroyan berlaku pada ibu-ibu yang dalam pantang kerana perubahan hormon atau penurunan hormon estrogen dan progestreron semasa hamil. Perubahan yang mendadak dalam hormon mengakibatkan ibu berpantang mengalami kemurungan, emosi tidak stabil, sering menangis, tertekan dalam pantang akibat bayi sering menangis dan penat kerana sering berjaga malam.

Meroyan ada pelbagai tahap dan ada juga yang bertindak sehingga hampir membunuh diri atau membunuh orang di sekeliling, jadi ibu berpantang harus mengambil langkah-langkah yang selamat untuk elak meroyan semasa dalam pantang seperti  :

1. Bincang dengan suami sebelum bersalin

Sebelum bersalin, pastikan bincang dengan suami tentang tugas tugas suami ataupun confinement lady jika ada. Terangkan secara lanjut apa tugas suami semasa isteri sedang berpantang. Jika perlu, makanan pantang boleh juga di tempah atau boleh di masak oleh suami atau ibu. Elakkan membebankan diri dengan pelbagai tugas kerana masa pantang anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

2. Rehat yang cukup

Pastikan ibu berpantang mendapat rehat yang cukup kerana rehat yang tidak cukup boleh mengakibatkan meroyan dalam pantang. Jika bayi tidur, pastikan ibu yang sedang berpantang juga tidur. Jika ada anak-anak yang lain, mintak suami jaga mereka.

3. Makan makanan yang seimbang

Nutrisi yang cukup dapat meminimakan risiko meroyan dalam pantang. Makan makanan yang berkhasiat dan ambil set berpantang yang sesuai untuk top up nutrisi ibu berpantang


4. Bertungku dan berurut

Bertungku dan berurut mampu memberi kelegaan pada ibu yang sedang berpantang dan mampu mengurangkan risiko tekanan.

5. Bincang dengan keluarga terdekat jika rasa murung atau sedih

Sentiasa meluahkan dengan keluarga terdekat seperti suami, emak atau rakan rakan yang boleh di percayai. Jangan simpan sendiri kerana boleh mengakibatkan masalah yang lebih rumit


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang memerlukan,

Rehana
www.wasap.my/60122319979
Set Berpantang Shaklee

Continue Reading

3 Tips Kurus dan Menurunkan Berat Semasa Berpantang

Berpantang merupakan satu fasa rehat untuk ibu ibu selepas melahirkan anak. Namun, sebagai wanita mereka sangat menitikberat untuk menurunkan berat semasa dalam pantang. Kenaikan berat badan semasa hamil kadang kala mengundang kerisauan ibu-ibu terutama yang baru pertama kali melahirkan anak.

Sebenarnya, menurunkan berat badan semasa berpantang adalah berbeza mengikut metabolisma masing masing. Sembilan bulan berat naik secara perlahan lahan semasa hamil, jadi untuk menurunkan berat atau nak kurus juga mengambil masa. Namun, ada beberapa tips yang boleh kita ikut jika nak kurus dalam pantang.

Ramai artis yang menurunkan berat badan semasa pantang seperti Zizi Ezati dan ada ramai juga kongsikan cara kurus dalam pantang dalam pelbagai artikel yang berbeza.

Antara tips untuk kurus dalam pantang adalah seperti berikut :

1. Makan mengikut kalori.

Berpantang adalah masa yang sesuai untuk turunkan berat badan kerana kebanyakan masyarakat kita akan makan makanan yang sihat tanpa goreng dan tanpa perasa tambahan. Kebanyakan menu berpantang adalah menu stim dan bakar yang menyumbang kepada rendah kalori seterusnya membantu untuk ibu berpantang kurus dengan mudah.

Tetapi perlu di ingatkan di sini bahawa ibu menyusu memerlukan kalori yang cukup untuk penghasilan susu ibu. Kalori cukup bukan bermakna makan banyak ya. Pastikan minum air yang banyak dan mengambil snek makanan sihat seperti bawang putih bakar, kraker kosong, dan buah buahan. Seorang ibu menyusu memerlukan tambahan lebih kurang 500 kalori sehari. Pandai- pandai adjust ya.


2. Bersauna

Seperti yang saya pernah kongsikan pengalaman berpantang anak ke tiga, saya memang sangat suka bersauna sebab akan buatkan berpeluh dan jadi lebih fresh dan boleh bakar kalori sedikit. Ada sesetengah ibu hamil naik berat secara mendadak semasa hamil dan juga turun secara mendadak semasa dalam pantang hasil dari bersauna sahaja tau kerana ada berat yang naik adalah berat air semata. Tetapi, bersauna juga perlu mengikut kemampuan masing-masing kerana ada yang pening dan mungkin pitam. Saya ok sahaja untuk 10 minit yang terawal. Memang peluh teruk!

kurus dalam pantang


3. Kerap menyusu dan mengepam

Menyusukan bayi dan kerap mengepam adalah salah satu cara untuk menurunkan berat semasa berpantang mahupun bukan berpantang. Ini adalah kerana kalori hilang setiap kali menyusukan anak. Best kan? Anak pun dapat manfaat susu ibu, ibu pun boleh kurus dengan cepat.


Tetapi perlu diingatkan, fokus utama semasa berpantang adalah bukan untuk kurus semata-mata, tetapi ibu berpantang haruslah lebih rileks dan fokus untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga menyusu bayi dengan baik. Berat akan turun dengan baik jika praktik tips yang saya kongsikan di atas.


Selamat mencuba!


Continue Reading

16 July 2019

5 Tips Kumpul Stok Susu Ebm Dalam Pantang

Perkara pertama dalam minda ibu-ibu berpantang yang bekerja adalah tentang stok susu ebm untuk digunakan selepas mula bekerja. Hasrat ibu-ibu tentulah ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Dengan pelbagai teknologi terkini, penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah dengan  adanya gadget pam susu ibu, cooler bag, botol menyimpan susu ibu, warmer untuk panaskan susu ibu dan macam-macam lagi.

Cuma, ibu-ibu perlu berusaha untuk mengumpul stok susu sebanyak yang mungkin untuk kegunaan masa bekerja. Ramai keliru bila sebenarnya masa untuk mengumpul stok susu ibu sedangkan kadang-kala memang bayi melekat dengan kita hampir setiap hari.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai ibu kepada tiga anak, saya akan kongsikan beberapa  tips mengumpul susu ebm semasa dalam pantang antaranya :

1. Wajib ada pam silikon ini. Pam silikon ini bertujuan untuk meningkatkan demand susu ibu semasa anda menyusukan bayi anda. Saya ada cerita lanjut dalam entri 5 sebab anda wajib ada pam silikon ini. Anda boleh kumpul susu sedikit demi sedikit tanpa perlu membasuh banyak peralatan pam. Sangat mudah dan efektif!
kumpul stok susu ebm semasa dalam pantang

2. Rancang jadual pam susu semasa pantang. Perlu di ingatkan bahawa susu ibu meriah semasa dalam pantang kerana masih dalam tempoh adjusting. Jadi demand yang tinggi perlu untuk menghasilkan stok susu yang banyak. Jadual pam boleh dirancang mengikut masa anda. Pada pengalaman saya, apabila demand susu naik, tetapi bayi minum sedikit, anda perlu mengosongkan payudara untuk mengelakkan bengkak susu seterusnya boleh mengumpul susu ibu untuk kegunaan masa hadapan

3. Kosongkan payudara selepas bayi menyusu dengan mengepam. Ini adalah untuk mengelakkan bengkak susu dan otak mendapat signal bahawa susu perlu dihasilkan dengan lebih banyak.

4. Pastikan anda mempunyai tempat menyimpan susu untuk mengelakkan overloaded atau tidak cukup tempat untuk menyimpan stok susu ebm anda.

5. Makan dan minum air dengan kuantiti yang diperlukan untuk boost susu dengan baik


Kenangan mengumpul stok susu ibu untuk anak saya Aeisyah. :) Memang gigih masa tu kumpul susu ibu. Thanks to Set Berpantang Shaklee. Memang bantu boost susu dengan lebih baik di samping menjaga emosi saya semasa berpantang


stok susu ebm


Moga perkongsian sedikit ini memberi manfaat pada anda.
Till then, assalamualaikum

Continue Reading

Set Berpantang Shaklee

Ramai tertanya tanya apa set berpantang yang bagus untuk ibu- ibu selepas bersalin. Set berpantang adalah untuk mengembalikan tenaga si ibu selepas hampir sembilan bulan membawa perut dan melalui proses bersalin yang mencabar.

Sering kali, ibu-ibu yang sedang berpantang mengalami keletihan yang melampau dan emosi yang tidak stabil selepas melahirkan anak.

Set Berpantang Shaklee mempunyai banyak kelebihan kerana set berpantang Shaklee bukan sahaja mengembalikan tenaga malah boleh mencantikkan kulit dan juga meningkatkan susu ibu.

set berpantang yang bagus



Vitamin dalam Set Berpantang Shaklee adalah :

 1 ) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

  • membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
  • menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
2)  Vitamin C
  • penyembuhan luka jahitan
  • meningkatkan sistem pertahanan badan
  • membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit serta mencerahkan kulit
3)  Energizing soy Protein- ESP
  • Pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
  • Memekatkan susu ibu
4)   Alfalfa Complex
  • Dikenali sebagai jamu moden atau 'kacip fatimah'
  • Membuang angin dalam badan dan Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu membanyakkan susu ibu
  • Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
5) Ostematrix

  • Untuk kalsium dan hilangkan kejang2 otot sera mengurangkan lenguh badan selepas bersalin dan semasa menyusukan anak
6) 6) Bcomplex

  •  mencantikkan kulit dan anti stress. 
  • Menjaga emosi dalam pantang dan mengurangkan risiko ibu meroyan 
7) Zinc Plus

Antara testimoni set berpantang Shaklee:







Best kan tengok feedback dan fungsi dalam set berpantang Shaklee ni?


Untuk order atau info boleh hubungi saya  di whatsapp :

www.wasap.my/60122319979


Continue Reading

12 July 2019

10 Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh dan Kering

Assalamualaikum semua..

Melahirkan anak secara normal atau ceaser pasti mempunyai luka bersalin kecuali jika bersalin normal tanpa koyak atau jahit. Majoriti ibu bersalin melalui proses jahit dan untuk menjaga luka selepas bersalin agak mencabar kerana perlu fokus pada bayi dan penyusuan serta menjaga diri sendiri semasa dalam pantang. Sebab itu, ibu-ibu yang bersalin normal tanpa koyak dan jahit sangat beruntung kerana boleh fokus pada bayi mereka.

Namun, bagi ibu yang mempunyai jahitan minima, jahitan banyak atau jahitan bersalin ceaser, mereka mampu menjaga luka bersalin sehingga cepat sembuh dan kering jika mematuhi tips tips seperti berikut:

Tips luka bersalin cepat sembuh untuk bersalin kaedah normal

Pengalaman melahirkan anak saya untuk ketiga-tiga anak secara normal memang berbeza, begitu juga dengan kadar penyembuhan luka bersalin saya kerana berbeza cara berpantang dan ilmu. Secara amnya, luka episiotomi juga mempunyai jenis yang berbeza beza mengikut kadar koyak dan gunting. Tetapi cara penjagaan lebih kurang sama sahaja seperti berikut :

1. Sentiasa pastikan tempat berjahit tersebut kering selepas pergi ke tandas. Pastikan lap lembut pada tempat tersebut dan pastikan kering sentiasa.

2. Tukar tuala wanita secara kerap untuk meminimakan jangkitan dan kekal bersih sepanjang masa

3. Rendam dalam besen berisi air suam suam panas dan garam. Garam adalah antiseptik yang murah dan berkesan. Saya guna kaedah ini untuk anak pertama selepas luka hampir bernanah. Alhamdulillah memang berkesan.

4. Cuci tempat luka tersebut dengan cecair antiseptik yang dibekalkan oleh doktor.

5. Elakkan makanan yang boleh trigger gatal seperti ayam dan telur. Tetapi bagi saya, ayam dan telur tidak menjadi masalah dan saya makan macam biasa

6. Pastikan anda makan buah dan sayur sayuran dengan kuantiti yang banyak untuk mengelakkan sembelit. Kerana bila anda sembelit anda akan cuba untuk meneran dan kemungkinan luka akan bengkak dan lambat sembuh. Boleh juga mengambil ostematrix untuk melancarkan pembuangan air besar

Tips luka bersalin cepat sembuh untuk bersalin kaedah ceaser

Untuk yang bersalin ceaser, cara untuk menjaga luka adalah  sama cuma penjagaan luka bersalin  perlukan beberapa tips tambahan seperti berikut

1. Elak ketawa atau batuk dengan kuat kerana mungkin akan mengakibatkan luka terbuka

2. Berjalan jalan secara perlahan

3. Banyakkan berehat dan kurangkan stress. Stress akan sebabkan luka lambat sembuh

4. Makan set pantang atau set bersalin yang sesuai untuk cepatkan luka bersalin sembuh.


Antara tips tambahan untuk luka bersalin cepat sembuh dan kering adalah dengan minum VIVIX atau set bersalin shaklee.

set bersalin shaklee

luka cepat sembuh dengan vivix


Pengalaman menggunakan set bersalin shaklee memang seronok sebab luka bersalin cepat sembuh berbanding dengan tidak menggunakan set bersalin shaklee. Antara testimoni set bersalin shaklee dan vivix





VIVIX , ZINK dan VITAMIN C sangat membantu untuk menyembuhkan luka bersalin dengan sangat cepat. Kalau bersalin ceaser, ramai ibu ibu memilih VIVIX kerana memang laju luka sembuh dan tenaga pun recover dengan cepat. Kalau ibu bersalin normal, set pantang bersalin shaklee yang biasa pun memadai, tetapi jika add on VIVIX memang sangat laju luka sembuh dan lebih energetik serta boleh fokus pada bayi pula.

Nak tahu lebih details tentang VIVIX atau Set Bersalin Shaklee? Boleh hubungi saya di

www.wasap.my/60122319979
www.wasap.my/60122319979
www.wasap.my/60122319979



Continue Reading

Promosi Shaklee Julai 2019 - Vitamin C

Assalamualaikum,

Hi semua,
Hari ni nak share tentang promo Shaklee Julai 2019. Banyak sangat promo-promo best dari Shaklee, antaranya ialah

Beli 3 botol Vitamin C Sustain release, dapat 1 botol chewable vitamin C secara PERCUMA!

vitamin C shaklee

Vitamin C


Promosi Shaklee Julai ini memang sangat berbaloi untuk seisi keluarga. Kalau nak tahu fungsi vitamin C untuk badan sangatlah banyak antaranya :


  • Meningkatkan sistem imun.
  • Untuk mencerahkan kulit
  • Mengurangkan risiko resdung atau sinusitis
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Membantu penghasilan kolagen dalam badan
  • Tona kulit menjadi lebih sekata

Vitamin C dari Shaklee ini memang menjadi satu supplemen wajib bagi kami sekeluarga. Untuk saya yang mempunyai sejarah sinusitis dan sering selesema, Vitamin C memang sangat membantu. Selain itu, vitamin C membantu untuk menjadikan kulit lebih cantik dan radiant.

Kalau untuk anak, saya selalu bagi Chewable C Plus. Memang senang kunyah, dan tak ada pewarna atau pemanis tambahan. Memang sesuai untuk anak anak. Baru baru ini Syakirah selesema, dan saya hanya beri Chewable C Plus sahaja dan alhamdulillah sangat berkesan!

Boleh tengok live saya tentang Vitamin C ini di link https://www.facebook.com/rehana.nurulamin/videos/10156697420064538/

Antara perbezaan ke dua-dua vitamin C ini adalah seperti dalam gambar di bawah..



Kalau ikutkan, sebotol chewable C Plus berharga RM 53! Dapat sebotol FREE memang sangat untung.

Selain itu, promosi Youth Mask di entri sebelum ini masih di lanjutkan untuk Promosi Shaklee Julai 2019.

Untuk sebarang pertanyaan, info atau order boleh hubungi saya di talian 0122319979 atau


FB message : https://www.facebook.com/messages/Rehanswardrobe
WhatsApp : http://www.wasap.my/60122319979

Continue Reading

14 June 2019

5 Sebab Anda Perlu Guna Mask Muka Yang Terbaik Dari Youth Shaklee

Hi Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini sempat juga nak buat entri yang terperuk sejak sebelum raya. :P 
Entri kali ini adalah mengenai produk terbaru dari Youth Shaklee, Clay mask & Hydrating Mask. Serious korang memang akan teruja sangat lepas baca tentang mask ni tau :)

mask muka untuk kulit kering


Tadaa! Inilah dia Youth Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask. Sebelum cerita pasal mask ni, apa kata kita tengok dulu fungsi atau kegunaan mask untuk kulit muka. Jom tengok!

Antara fungsi mask muka yang terbaik adalah :

1. Mengecilkan saiz liang pori muka
Mask muka boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan liang pori yang lebih halus. Ia akan membersihkan secara 
'deep cleanse' dan membersihkan kulit sel mati dan membuang sebum dan memelihara kulit

2 Meningkatkan penghidratan
Mask muka juga boleh memberi  kelembapan dan penghidratan kepada kulit yang kering. Kulit muka akan menjadi 
lebih lembab dan anjal serta mengurangkan risiko kulit kering dan gatal. Selain itu, tona muka juga menjadi lebih rata
untuk tujuan makeup yang cantik

3. Mengurangkan garisan halus:
Penggunaan muka masker secara rutin boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan jeragat. Kulit muka juga akan menjadi lebih halus dari biasa

4. Meratakan tona kulit
Mask muka juga akan menjadikan kulit lebih serata dan pigmentasi berkurangan.

5. Menjadikan kulit lebih tegang dan tidak kusam
Penggunaan mask muka secara konsisten akan menjadikan kulit muka lebih tegang dan tidak kusam walaupun sudah berusia.

Ok, sekarang jom kita lihat tentang jenis- jenis mask keluaran Youth Shaklee :


Youth Purifying Clay Mask

-Menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi
-Dirumus oleh bahan semulajadi, formulasi ini menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kekotoran, dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan, memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering.
- Bahan bahan utama clay mask muka hitam ini adalah campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.
-Clay mask muka ini sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat.

mask muka untuk kulit berminyak
mask untuk kulit berminyak

Hydrating Gel Mask

- Melegakan dan menyegarkan untuk kulit kekal segar dan berseri
- Sesuai untuk kulit yang kering dan kusam
- Melembabkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan gabungan herba Cantella Asiatica dan ekstrak Chamomil


mask untuk kulit kering

mask untuk kulit kering

Kalau yang kulit jenis kombinasi, boleh guna  keduanya tau. Just mix dan match dan guna untuk dapatkan kesan yang WOW!

kulit kombinasi

kulit kering

spa di rumah

Nak tahu apa keistimewaan Youth mask berbanding dengan mask lain?

1. Mempunyai clinical result tanpa kompromi
2.Lebih 8 tahun penyelidakan untuk memastikan produk yang dikeluarkan selamat dan berkesan  seiring dengan objektif Shaklee
3. 100% vegan ( unsur botani)
4.  Hipoalergenik
5. Tidak menyumbatkan liang pori
6. Duji oleh dermatologist dan oftalmologist
7. Bebas dari 1500 bahan kimia yang selalu digunakan oleh produk penjagaan muka yang lain
8.  100% wanita telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yang lebih muda
9.  2/3 wanita menunjukan indeks umur yang lebih muda dari 10 tahun
10. Dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia
11. Ekstrak botani di uji lebih 350 bahan asing atau tercemar untuk memastikan ekstrak botani adalah selamat untuk digunakan

Sempena pelancaran mask ini, bulan ini sahaja ada promosi 
BUY 1 FREE 1
FREE BERUS
FREE BAG ORGANZA HITAM


Untuk order boleh klik

www.wasap.my/60122319979

Promosi hanya untuk bulan Jun 2019 sahaja tau.
Jangan ketinggalan!


Continue Reading