Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

09 January 2016

IKAN HARUAN VS ZINK COMPLEX


Assalamualaikum semua..

Harini nak cerita tentang ikan haruan. hehe. korang tahu macam mana rupa ikan haruan? saya tak pernah tengok. Nah dah google untuk you all ;)
pati ikan haruan
ikan haruan






























Ikan haruan ni biasa kita dengar untuk orang bersalin je kan. Ya Allah memang tabik lah siapa yang dapat minum pati ikan haruan tu dengan jayanya. Saya minum dulu masa anak pertama. Melompat-lompat sebab rasanya yang sangat 'sedap'. hehe. 

 Khasiat ikan haruan ni adalah dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat.Ia juga kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang penting untuk pertumbuhan badan dan baikpulih luka. Lain-lain artikel tentang ikan haruan boleh di baca di sini : khasiat ikan haruan. Memang ikan haruan menjadi pilihan yang baik sebab kandungan lemak yang rendah :)

Bagi yang sukar nak dapat ikan haruan yang fresh ataupun tak boleh telan pati ikan haruan walaupun dah cuba dan cuba banyak kali, anda jangan risau. Korang ada alternatif yang cukup mudah iaitu ZINK COMPLEX.. Saya memang iktiraf zink complex ni sebab saya dah rasai perbezaan makan zink complex dengan tidak makan zink selepas bersalin. Korang boleh baca pengalaman dengan set pantang shaklee. 

Zink complex ni antara fungsi nya utama ialah menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat. Yup. memang cepat dan ekspres. 2 biji saya makan, luka bersalin alhamdulillah ok dalam masa beberapa hari :). Selain itu zink juga mencantikkan kulit wajah, mengurangkan jerawat, membaiki sistem imun dan lain-lain lagi. 


ZINK COMPLEX antara vitamin termurah kat shaklee ni. Memang sangat murah tau. Dan bulan ni pulak ada offer. So wajiblah korang rembat dengan saya  ;)

Luka bersalin jangan buat main. nanti sengsara!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

18 February 2015

MEROYAN SEMASA PANTANG? NORMAL ATAU BAHAYA?

Selalu kan kita sering mendengar tentang gila meroyan atau depresi atau post partum depression(PPD)  yang sering berlaku pada ibu yang baru melahirkan bayi atau semasa berada dalam pantang.

Saya sendiri pernah mengalaminya sehingga saya terus google dan hendak tahu apakah wujud penyakit begini. Agak lega bila mendapati kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang normal.
Masa pantang Syamil, saya mudah marah, menangis, fikir boleh jaga anak ke tak, merajuk dengan suami,  dan macam-macam lah. Memang kena banyak bersabar dengan orang PPD ni. :P

Macam-macam simptom kemurungan semasa bersalin, antaranya :
- tekanan
- mudah menangis
- sering merungut
- sedih
- bersendirian
- mengabaikan bayi sementara

Simptom-simptom seperti di atas selalunya berlanjutan paling maksimum 2 minggu. Jika simptom berlanjutan lebih 2 minggu, haruslah pergi berjumpa yang pakar ye. Sebab hal emosi, depression tak boleh buat main. Mungkin boleh menjadi parah jika tidak dirawat.

Antara sebab yang menyebabkan kemurungan ialah, perubahan fizikal dan hormon iaitu hormon progesteron dan estrogen akan berkurang selepas melahirkan anak. Untuk stabilkan hormon selalunya boleh ambil pil hormon atau saya lagi suka ambil GLA COMPLEX.

Selain itu, perubahan persekitaran seperti individu baru muncul dalam hidup, kurang ilmu untuk menjaga bayi, masalah kewangan, kurang sokongan dari suami dan keluarga, susah untuk menyusukan bayi, dan juga kepenatan yang amat akibat bersalin.

Kalau cerita tentang emosi dan stress, memang saya syorkan ambil B COMPLEX. Satu-satunya vitamin anti stress yang berjaya mengubah pengalaman pantang saya semasa anak yang kedua.

Yang paling penting, sentiasa lah zikir sebab tak boleh sembahyang kan. Bila tak boleh sembahyang ni mula lah syaitan suka mengacau. So, kena lah selalu beringat, PEACE.





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

07 February 2015

SEMBELIT MIMPI NGERI SEMASA PANTANG!!!

 
Antara pengalaman yang paling ngeri semasa pantang adalah sembelit dan buasir!! Tanya sahaja setiap ibu yang melahirkan anak, pasti mereka gerun untuk ke tandas. Apatah lagi untuk meneran kerana sudah lelah meneran untuk melahirkan anak sebelum itu. 
Pada awal minggu semasa berpantang selalu ibu-ibu menghadapi masalah ini kerana kurang minum air, sibuk dengan melayan post depresi  ( hakikat ),  excited dengan baby baru sehingga lupa dengan diet yang seimbang. 

Anak pertama saya, memang saya mengalami buasir teruk sampai berdarah-darah. Masa tu tak kenal shaklee lagi. Memang berdebar nak pergi tandas sebab sangat gerun. 

Anak kedua pula, Alhamdulillah tiada masalah sedemikian. Apa yang saya amalkan??

1. Set berpantang shaklee ( ESP, Vitalea , Vita C, Zink, Ostematrix , Alfalfa)
2. Minum air 3 liter setiap hari
3. Mengamalkan makan nasi lembik untuk mengurangkan sembelit

Dalam set berpantang, ostematrix paling membantu untuk melegakan sembelit kerana ostematrix mengandungi elemen magnesium dalamnya. Magnesium membantu pergerakan usus dengan lebih baik dan juga menyerap air dalam kolon untuk memudahkan proses pembuangan
label

kandungan ostematrix
Bagi yang mengalami sembelit yang sangat teruk, boleh mengambil HERBLAX. Kalau yang menyusukan anak , kene tengok tindak balas herbalax terhadap bayi, jika bayi serasi bolehla mengambil herblax jika tidak boleh mengambil ostematrix sahaja :)

Tidak perlu lagi takut untuk ke tandas selepas ini!!!

Lagi tentang ostematrix atau kalsium :

Kepentingan kalsium seharian
Sukan ekstrem dan kesihatan tulang


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

27 October 2014

PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG!!

Salam semua, tajuk best hari ini adalah tentang pengalaman berpantang dan apa pantang larang semasa berpantang..hihi...tergeliat lidah nak menyebut berkali-kali. Pengalaman berpantang saya memang sangat best sebab saya ada set pantang shaklee yang sangat membantu. Namun, tidak dinafikan, betapa banyak supplemen atau jamu yang anda makan, anda perlu juga jaga kesihatan anda secara dalaman sebab melahirkan anak adalah suatu proses yang sangat besar dan berlakunya pemindahan hormon.

Kalau tak jaga badan betul-betul masa pantang, memang senang rasa sakit badan di kemudian hari. Macam saya, kadang-kadang langgar juga pantang..hihi...jangan ikut saya naaa...

Antara tips-tips yang perlu di ambil kira :

1. Jangan minum air ais atau apa-apa makanan yang sejuk. Macam saya kalau buah pun saya akan makan lepas masukkan dalam air. Bagi hilang sejuk

2. Kalau mandi kepala, kena keringkan betul-betul supaya tak selesema atau pening kepala.

3. Banyakkan makan nasi dan air serta makanan yang berkhasiat untuk meningkatkan susu ibu. Elakkan makanan yang bergoreng. Cuba banyakkan resipi bakar dan kukus atau rebus.

4. Banyakkan berehat, Pastikan anda tidur semasa baby tidur untuk mendapatkan rehat yang maksima. Kalau ada anak lebih dari satu, cuba juga untuk berehat semaksima yang mungkin

5. Sentiasa jaga jahitan. Elakkan jalan laju untuk bersalin normal. Jangan naik tangga untuk 2 bulan yang pertama. Rahim mungkin akan terjejas. Bagi yang bersalin secara czer atau epidural anda juga perlukan rehat yang sangat banyak kerana anda boleh cepat lenguh di kemudian hari.

6. Jangan muram sentiasa atau terlalu stress dengan keadaan sekeliling.


Tu serba sedikit tips saya lah..anda macam mana???












Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading