Baru-baru ini, ada yang berpendapat bahawa berpantang tidak perlu mengikut istilah perubatan. Namun ramai yang masih menyokong amalan-amalan berpantang kerana mempunyai banyak manfaat terutama kepada ibu yang baru bersalin. Berpantang adalah umpama rehat untuk ibu selepas mengandungkan anak selama sembilan bulan. Jujurnya, berpantang memang sangat memberi emosi positif dan menenangkan ibu yang baru bersalin.
Antara amalan berpantang selepas bersalin adalah :
1. Berurut
Berurut merupakan amalan berpantang yang di gunakan oleh kebanyakan ibu di kalangan Melayu. Berurut adalah penting untuk melancarkan darah, memberi kelegaan kepada ibu selepas penat hamil dan bersalin, mencegah tekanan selepas bersalin, melancarkan pengaliran susu ibu, dan mempercepatkan proses pemulihan selepas ibu bersalin kerana emosi yang lebih tenang.
2. Berbengkung
Berbengkung semasa pantang adalah bertujuan untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim, mengembalikan bentuk badan yang langsing, mengurangkan sakit belakang kerana bengkung menyokong badan dengan lebih kejap dan yang paling ramai suka, membantu mengawal kuantiti makanan yang kita makan. Bengkung sekarang dah ada macam-macam jenis, bengkung tradisional, bengkung moden, bengkung opah, bengkung zip dan sebagainya.
3. Bertungku
4. Bertangas
Ramai yang tidak tahu kepentingan bertangas ketika berpantang. Bertangas adalah proses memulihkan kesihatan peranakan. Ia adalah sama seperti bersauna cuma di fokus di bahagian intim ibu bersalin. Bertangas ketika berpantang adalah bertujuan untuk menguatkan otot vagina, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan, dan mengelakan masalah gatal di bahagian berjahit jika bersalin normal.
5. Bersauna dan mandi herba
Amalan berpantang selepas bersalin bukanlah wajib, tapi ia sangat membantu untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Saya mengambil pakej pantang yang lengkap untuk anak ke tiga, memang sangat berbeza berbanding berpantang anak pertama yang hanya mengambil khidmat berurut.
Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana
Sumber gambar : Pantang Plus
0 comments:
Post a Comment