Makanan dalam berpantang sangat penting untuk memberi khasiat dan memberi tenaga kepada ibu yang sedang berada dalam pantang. Tetapi, itu bukanlah menandakan ibu-ibu dalam berpantang tidak boleh menikmati
resipi makanan pantang yang sedap dan sesuai untuk seisi keluarga.
Di sini saya nak kongsi 7 resipi dalam pantang yang membuatkan selera ibu berpantang meningkat dan memberi khasiat yang tinggi. Resipi makanan pantang ini berdasarkan pengalaman berpantang saya dan saya tidak alah kepada ayam mahupun telur. Tapi, saya menggunakan telur ayam kampung dan ayam kampung sahaja.
Resipi makanan pantang :
1. Sup Ayam
Sumber gambar : My Resipi. com
Bahan - Bahan :
Ayam kampung, lobak merah, kentang, bawang, tomato,
(halia+Bawang putih kisar) bawang putih, serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, kunyit, serbuk ketumbar, stok ayam ( jika ada), garam
Cara masak :
Tumis (halia+Bawang putih kisar),bawang putih, bawang merah, tomato sampai layu, masukkan semua rempah dan ayam.
Masukkan air, garam, kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kentang dan ayam betul-betul masak.
Ayam kampung perlu di masak lama supaya semua nutrien masuk dalam sup.
Hidang bersama nasi putih yang panas.
2. Ikan Jenahak Grill
Bahan - Bahan :
Ikan jenahak, bawang putih dan bawang merah dikisar kasar, serbuk kunyit, serbuk jintan putih garam
Ikan dilumur dengan semua bahan-bahan di atas
Cara masak :
Grill di dalam kuali sehingga masak. Kalau nak senang boleh guna pemanggang ajaib
Hidang bersama nasi putih yang panas.
3. Nasi + Sayur Kelo , Telur ayam kampung dan ikan masin
Sayur kelo popular di kalangan masyarakat India, tetapi sekarang ramai dah tahu khasiat sayur kelo
terutama bertindak sebagai milk booster untuk ibu menyusu
Bahan - Bahan :
Sayur kelo, bawang, bawang putih, serbuk lada hitam
Telur ayam kampung dan ikan masin di bakar atau goreng dengan minyak sedikit
Cara masak :
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan air, serbuk lada hitam dan garam
Masukkan sayur dan tutup api selepas sayur masak.
Boleh di hidang dengan nasi panas
4. Gulai ikan tak pedas dan lobak putih goreng
Bahan bahan untuk gulai ikan tak pedas
Resipi nya sama seperti kari ikan saya yang biasa tapi, cuma untuk lauk pantang saya tak guna serbuk kari, cuma guna serbuk kurma dan air asam yang sedikit sahaja. Ala ala gulai ikan kurma. Menu ini saya selalu guna selepas 15 hari berpantang. Resipi ini di olah oleh resipi asal saya resipi kari ikan. Boleh rujuk di
resipi kari ikan tanpa santan
5. Ayam Black pepper
Bahan - Bahan :
Ayam kampung, lobak merah, kentang, bawang, tomato,
(halia+Bawang putih kisar) bawang putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram
Cara masak :
Tumis (halia+Bawang putih kisar),bawang putih, bawang merah, tomato sampai layu, masukkan ayam dan black pepper
Masukkan garam, kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kentang dan ayam betul-betul masak. Masuk sedikit sos tiram.
Hidang bersama nasi putih yang panas.
6. Nasi dan Sup Sawi dan Ikan Bakar
Bahan - Bahan :
Sayur sawi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam
Cara masak :
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan air, serbuk lada hitam dan garam
Masukkan sayur dan tutup api selepas sayur masak.
Ikan bawal putih di lumur dengan bawang putih dan halia serta kunyit dan di bakar seperti biasa
Boleh di hidang dengan nasi panas
7. Sup Tomato dan Ikan jenahak bakar
Bahan - Bahan :
lobak merah, kentang, bawang, tomato 4 biji
bawang putih, serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, kunyit, serbuk ketumbar, garam
Cara masak :
Tumis (halia+Bawang putih kisar),bawang putih, bawang merah sampai layu, masukkan semua rempah.
Masukkan air, garam, tomato dan lobak merah.
Masak sehingga air mendidih dan lobak merah jadi lembut
Hidang bersama nasi putih yang panas dan menu ikan jenahak bakar di resipi atas.
Perlu dinyatakan di sini, bahawa resipi ini adalah sesuai mengikut masing-masing. Boleh ubahsuai mana yang berkenaan.
Selamat mencuba!