Assalamualaikum,
Dah 3 entri saya bercerita tentang pengalaman umrah saya. Alhamdulillah moga jadi motivasi untuk kalian untuk kesana. Dan juga sebagai kenangan untuk saya di hari-hari yang mendatang.
Selepas tawaf wida seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini , kami berkemas untuk ke madinah. Sungguh hati sedih sebab nak tinggalkan Mekah, tapi gembira juga kerana ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. :)
Perjalanan dari Mekah ke Madinah mengambil masa selama hampir 7 jam. Kami naik bas. Kemudian singgah di RNR untuk makan dan solat. Makan nasi arab yang jarang-jarang saya temui di Malaysia. Ada ikan dan ayam. Kami yang tengok mula-mula tu pelik. Macam tak kena je kombinasi tu. Tapi lepas makan, memang tip top lah! Sedap ikan tu. Saya makan sikit je sebab nak layan tidur balik atas bas. haha. Tips untuk yang nak pergi umrah, tidur lah dalam perjalanan walaupun setengah jam ke, sebab memang sangat membantu untuk gain energy balik :)
![]() |
Nasi arab paling rare! |
Kami sampai di Madinah pada jam 10 pm hari sabtu 12 Disember. Sampai-sampai saya duk cari juga Masjid Nabawi. :) Bila nampak payung-payung tu, Allah, rasa tak sabar nak masuk tau. Tapi mutawif kata esok pagi baru nak pergi. Huhu.
Saya tak dapat menyaksikan payung ni tutup dan buka sepanjang berada di Madinah. Tak ada rezeki. Huhu. Tapi sangat cantik kan.
Madinah sangat cantik bandarnya. Sangat damai. Sangat tenang. Memang di segenap penjuru di Madinah ada jiwa Rasulullah. Kota yang baginda sangat sayang, kota yang baginda minta pada Allah supaya dijadikan tanah suci seperti di Mekah. :)
Masa kami pergi ni musim sejuk. Sejuk sangat! Kalau bangun subuh atau tahajud memang sampai ke tulang la. Saya tak pakai baju sejuk pun sebab nak rasa kesejukan dia. Memang sejuk. Best.
Kota madinah lebih terancang, lebih cantik , lebih sistematik. Tidak ada bercampur2 dengan lelaki dan perempuan berbeza dengan di Mekah. Saya tak tahu nak explain dah. Memang seronok.
Dan kalau pasangan yang berkahwin, nak cari tempat honeymoon, saya sangat syorkan madinah ni. City of love! Especially kalau musim sejuk macam bulan disember - januari ni. Sangat recommended! Boleh je pilih Mekah dulu, selesaikan ibadat dulu, pastu g madinah untuk shopping dan jalan-jalan :) Keberkatan di situ tak dapat kat mana-mana dah. Kalau mampu pergilah sini ;)
Rutin kami di madinah macam biasa, solat di masjid, balik tu jalan-jalan jap. Shopping jubah di sini memang murah! Tapi kami beli sikit2 je. :) Ada wifi di hotel madinah memudahkan kami untuk update sikit-sikit apa yang patut. Hikmah allah dettached hubungan kami dengan media sosial ialah kami dapt fokus lebih lagi. Memang tak terasa langsung lah nak berwhatsapp or berfacebook.:)
Kat madinah pun, saya tak guna uncang selipar seperti yang saya guna di Mekah. Saya simpan je kat luar masjid. Tips nya : Jangan letak dua-dua selipar sekali. :P Mesti orang tak curik sebab ada satu je. Alhamdulillah berjaya selamatkan selipar kesayangan saya. haha.
Oklah jom layan gambar pulak :)
Ok sampai di sini sahaja! Insha Allah kalau saya ade teringat apa-apa info saya update ye.
Sharing is caring!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe