16 November 2015

PIL MELAMBATKAN HAID UNTUK UMRAH ATAU HAJI

Assalamualaikum semua,

Saya rasa saya perlu share tentang pil melambatkan haid terutama untuk wanita yang ingin menunaikan umrah atau haji. Ada banyak pendapat yang mengatakan hukum mengambil pil penahan haid ini sebagai harus ataupun tidak perlu langsung kerana haid adalah nature of woman.

Tapi pada pandangan saya, apabila kita betul-betul nak melakukan ibadah kerana Allah, spend duit yang beribu untuk ke sana, maka saya pilih untuk mengambil pil ini. Saya ada rujuk beberapa website favourite saya iaitu : www.islamqa.com

Website ini alhamdulillah setakat ini memaparkan semua hukum berdasarkan hadith nabi yang sahih dan mengikut riwayat.

Antara link yang memberi jawapan kepada soalan perlukah mengambil pil penahad haid untuk umrah atau haji :

1. Hukum mengambil pil penahan haid

2. Hukum mengambil pil penahan haid

3. Hukum mengambil pil penahadn haid 


Selepas melakukan beberapa research dan survey, saya dapati pil norethisterone. Ada juga doktor yang mencadangkan saya pil yasmin iaitu pil perancang. Saya tak berapa konfiden dengan itu sebab banyak gak side effect yang mungkin saya terpaksa tanggung kerana pengambilan pil yasmin tu kena bermula 1 atau 2 bulan sebelum haid di umrah atau haji.

norethisterone
pil norethisterone 5mg - Sunolot

So pagi ni saya pergi klinik bahiah saujana utama. Memang sangat best dan faham explanation doktor tu. Cara makan pun sangat simple. Ambil 2 biji pil ni sehari sekali, 3 atau 4 hari sebelum tarikh jangkaan haid kita. So kenala take note haid sebelumnya kena berapa haribulan. Kalau tak memang sia-sialah jawabnya :p.
Kalau nak safe, boleh je ambil seminggu sebelum hari haid tu. Kemudian agak-agak nak balik dari umrah atau haji tu, stop la makan ubat tu. Lepas 2 atau 3 hari akan turun haid macam biasa, cuma mungkin akan heavy sikit sebab haid ditahan kan, so bila keluar tu akan keluar sekali banyak.

Kalau lagi sikit makan lagi bagus kot..hihi. sebab kita nak kurangkan side effect kan. Tapi doktor tu cakap tak ada side effect sangat sebab kita ambil few days or 1 week macam tu je. Kalau ada pun maybe sakit kepala, dizzy atau loya-loya. So far, kawan-kawan saya tak ada masalah bila ambil pil ini.

Bagaimana norethisterone ini berfungsi?

Norethisterone ini adalah sejenis hormon progesteron. Kalau nak dekat period atau haid, hormon progesteron akan menurun. So, kemudian dinding rahim akan luruh sebagai haid. Tapi bila ambil pil ini, ia akan menebalkan dan mengekalkan dinding rahim tanpa luruh. Bila dah stop, then dinding rahim pun akan luruh la sebagai haid.

Saya harap entry ini akan membantu anda sebab saya mengambil masa lebih kurang 1 bulan lebih untuk decide tentang ini. hehe. So hope you all dapat decide dengan mudah :)


Sebenarnya pil ni boleh guna untuk honeymoon atau kalau nak pergi bercuti saja-saja, tapi saya tak berapa galakkan lah kalau untuk tujuan macam tu. Kalau niat beribadat lain lah :)

Btw, insha Allah saya dan suami akan menjalani ibadat umrah dengan group shaklee2u pada 6 Disember ini. Jujurnya, sangat2 teruja untuk  bertemu rumah allah yang menjadi kiblat semua muslim serta berjumpa rasulullah saw. Insha Allah saya akan update tentang perjalanan kami  :)

Doakan semua ye ;)


Produk review :

Haid tak normal?
Sering stress sebab datang bulan tak tentu masa?
Sukar hamil?


Jom cuba GLA COMPLEX! RM 83 sahaja!

Whatsapp 0122319979 sekarang untuk sebarang pertanyaan :)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

4 comments:

syiling peringatan malaysia said...

Assalammualaikum, semoga selamat seadanya di Tanah Haram itu nant.

Rehana said...

Wasalam. Terima Kasih :)

Unknown said...

Sis nak tya pil ni kene makan hari2 ke smpi kita balik dr umrah? Memg utk 2 mggu ke?

Unknown said...

Sy lewat priod 4 hari..doc bg sy ubat ni untuk turun darah tp bila bce entry sis,ubt ni utk penhan haid..cn ner tu?? Adoi pening..sy nk period..sebb da check test prgy negtf