20 December 2017

Bayi tidak kenyang walaupun selepas menyusu

Ramai mengalami masalah bayi tidak kenyang selepas menyusu. Terutamanya untuk ibu-ibu yang baru pertama kali melalui tempoh penyusuan susu ibu. Sebenarnya, ada cara-cara tertentu untuk memastikan bayi kenyang dengan hanya minum susu ibu.

bayi lapar

Pastikan bayi kerap kencing setiap 2 atau 3 jam. Bila bayi kencing, insha Allah susu yang diminumnya cukup buat nya. Pastikan juga memeriksa najis bayi . Najis bayi yang normal adalah seperti kuning kunyit. Najis yang kuning menandakan bayi sudah cukup susu foremilk dan hindmilk 
iaitu komposisi susu di mana foremilk mengandungi komposisi air dan laktosa manakala hindmilk mengandungi lemak dan kalori untuk tumbesaran bayi. Bayi seharusnya mendapat kedua-duanya. Kegagalan mendapatkan susu hindmilk menyebabkan najis berwarna hijau dan bayi tidak kenyang sepenuhnya. Ia mungkin menyebabkan bayi susah naik berat kerana nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tidak mencukupi.

Si ibu juga perlu ambil makanan yang seimbang untuk memastikan nutrien yang ingin di salurkan pada bayi adalah mencukupi.

Pengalaman menyusukan anak ke tiga saya, Syakirah Aleeya selama hampir 3 bulan memang menyeronokkan! Kadang kala risau juga bila anak saya hanya minum 2 oz setiap kali minum melalui botol, tapi memandangkan beratnya naik cantik sahaja maka saya tidak risau lagi. Mungkin penangan ESP yang sebabkan bayi cepat kenyang. Saya perasan kalau menyusu pun memang sekejap sahaja. Paling lama 15 minit. Tapi bila lihat lampinnya yang sering basah dan berak pun kuning, jadi saya tak risau dah! Alhamdulillah :)




#Post40hari
#Shakleeberkesan
#s2ufamilies

Untuk info

http://www.wasap.my/60122319979


Continue Reading

24 November 2017

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Assalamualaikum semua,

Fuh, dah lebih setahun tak update blog ni. Busy sokmo. Banyak fokus kat facebook & IG sampai blog ni tak sempat nak update dah.. heeee..

Alhamdulillah, 9/10 aritu saya selamat melahirkan anak ketiga saya, Syakirah Aleeya ( Kesyukuran yang tinggi ). Pengalaman kali ni sangat berbeza dengan kedua anak sebelum ini.

Dulu walaupun keduanya normal, tapi saya ni jenis susah nak tolerate dengan rasa sakit. So dua-dua memang ambil epidural dan baby kena vaccum. Kali ni saya nekad nak go for natural dan nak rasa sakit tu. Sebabnya sampai bila nak mengelat kan? Satu hari nanti pun mesti akan rasa sakit untuk mati juga. Saya niat dan doa dari awal lagi.
.
.
Mengandung anak ketiga ni berbeza dengan sebelumnya, sinusitis teruk menyerang, dua kali admit dan alahan juga teruk. MC tak payah cakap la. Memang almost habis. Hospitalization leave pun dekat 3 minggu sebab sinusitis tu.
.
.
Bersalin kali ni saya pilih FPP Hospital Sungai Buloh. Nanti next entry saya cerita pasal FPP ni. Alhamdulillah pilihan bersalin di hospital kerajaan sangat berbaloi. New experience. :) Jom tengok kronologi :)

1 Oktober 2017

Masa hari jadi saya ni, memang berharap jugak la dapat bersalin hari tu. hee. saja nak sama tarikh lahir padahal due saya 10/10/2017. Masa checkup pun doktor kata dah buka 1cm tapi jauh lagi la nak engage. Tapi masa 1/10 tu dah turun tanda sedikit. Tapi tak ada sakit


4 Oktober 2017

Last checkup ni doktor check masih sama juga bukaan. So doktor kata kena induce on due date which is 10/10. Masa doktor kata induce tu dah cuak sebab dua-dua anak saya sebelum ni kena induce dan sakitnya ya allah, memang sakit. Memang doa banyak-banyak supaya tak kena induce.

7 Oktober 2017

Masa ni pagi-pagi dah kuar darah sedikit. Dah cuak la juga sebab sebelum ni tak pernah ada rasa macam ni. Doktor Yusrina suruh datang dewan bersalin. Ingat kan boleh bersalin dah. Tapi doktor suruh balik sebab masih 1cm. Kecewa tau. Sebab kalau boleh memang tak nak induce. Doktor suruh datang 10/10 balik untuk induce atau kalau ada sakit kuat. Sebab kecewa tu, balik tu bawak husband dan anak-anak pergi makan meatball kat ikea :P. Kiteorang tak pusing tengok sangat pun barang2 kat ikea tu cuma nak makan je. Tapi bile beli meatball tu terlebih banyak sampai nak kena tapau. Dekat tempat makan tu tak ada pulak plastik tapau. Husband suruh pergi beli apa-apa bekas la. Memang dia suruh saya beli sebab nak bagi jalan kan. Fuh,,memang berpeluh2 jalan semata nak beli bekas je. Dekat 4km jalan haritu je. :P


8 Oktober 2017

Sempat lagi follow MIL untuk survey barang-barang rumah yang bakal pindah nanti. Gigih berjalan tau. Husband jaga budak2 kat rumah ja. Sebab tak larat nak handle dah.

9 Oktober 2017


3 pagi macam tu dah start sakit sedikit. Setiap satu jam macam terjaga. Tapi tak sakit sangat lah, macam mild period pain. Saja message dengan doktor, dia suruh datang pulak. Dalam hati rasa malas nak pergi sebab belum sakit pun. Tapi dr suh datang jugak sebab saya darah rhesus negatif, kena ada standby darah incase czer. Gagahkan diri la pergi dengan suami. Siap bawak semua bag. Siap masak untuk anak-anak. Dah prepare semua baru pergi ke hospital. Yang bestnya, FPP ni tak perlu tunggu lama. Terus sampai, terus dapat turn untuk check. Dr yusrina yang check. Dah 3 cm! Yahoo!. Dalam hati rasa syukur sangat sebab dulu masa induce 1cm pun sakit macam apa ntah. Now, 3 cm tak rasa apa. Doktor admit kan kat ward. Dia suruh progress kat ward. heee..


Masuk kat ward siap makan nasi ayam dengan suami, siap sembang-sembang, siap solat semua. Alhamdulillah, sakit tu setiap 10 minit. Tapi boleh manage. Pukul 5pm, Doktor datang cek lagi dah 5 cm. Almost nak nangis tau bila doktor cakap macam tu sebab tak sangka boleh tahan sampai 5 cm dan sakitnya pun ok lagi. Siap solat asar. Lepas tu terus masuk labor room.

Pukul 6pm

Masuk labor room, dah mula cuak. Tapi gagahkan jugak. Doktor pecahkan ketuban. Lepas tu start sakit sikit2. Sakit yang kuat sikit bila kul 7pm macam tu. Keep zikir, doa, husband pun duk support sama. Berpeluh-peluh rasa kat labor room tu. Dekat magrib tu rasa macam sakit datang every 10 mins. Dalam fikiran bukan ke sakit kena lebih kerap? Doktor ada bagitahu jugak heart beat baby macam tinggi, mungkin tali pusat tersangkut kat leher. Masa ni pun cuak, tapi doktor tu rilek je, dia cakap still ok for normal.

Pukul 8 pm

Doktor cek bukaan masih 5 cm, sebab tak regular contraction doktor masukkan ubat oxytocin / induce drip. Lepas tu la paling sakit. Tak dapat nak explain. Siap sedut gas tapi tak ada apa2 effect pun. Rugi sangat ambil sebab memang drowsy lepas bersalin.

Pukul 8.30 pm

Doktor check dah 7 cm. I was like wah cepatnya. Pastu ada tahap yang dah almost nak give up, which is dah nak bersalin dah. Tiba-tiba baby keluar masa 7 cm lagi. Fuh. Siap tanya doktor betul ke dah bersalin.heeee.

Tepat kul 9pm anak saya lahir ke dunia. Sangat miracle labor journey saya. Berkat doa semua dan memang Allah bantu saya sungguh-sungguh dalam menjayakan misi saya. Sebab tu lah kena positifkan mind ni.

Alhamdulillah hari ni dah hampir 2 bulan dah.  Baby ni jugak satu2nya yang tak kena jaundis. Maybe jarang sangat ambil fastfood kot. Wallahualam. Tapi pengalaman kali ni memang sangat berharga. Betapa doa dan mind set tu sangat penting :)

Next entry insha allah kita cerita tentang FPP pulak ye 😊

Set pantang paling awesome? Klik sini

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

21 October 2016

PENGALAMAN MENGALAMI MALAR RASH.EKZEMA ATAU SLE?

Assalamualaikum semua..
Wah dah lama sungguh tak berkongsi entri di blog kesayangan kan? Lama dah nak share actually pengalaman saya sejak raya puasa dulu. Lama menyepikan diri sebab banyak sangat urusan yang menanti. Tapi memang hati dah nak share sangat2 pengalaman saya. Prinsip saya, bila kena kat diri saya, saya suka share supaya orang lain boleh ada rujukan jika mereka mengalami pengalaman yang sama. Apa orang kata, bila dah kena baru kita akan ambil tahu kan? Tapi entri ni panjang tau. So bersabar ye baca. hihi.


Lepas raya puasa haritu, mula-mula hidung start mengelupas tau. Pelik sebab tak ada pun pergi beach ke or mandi swimming pool ke or pakai produk baru ke. Saya particular bab produk2 ni. Memang dah tak pakai produk2 yang ada chemical. So saya tak rasa langsung produk yang saya guna atau consume sebab no new things. 

Saya ingat menggelupas macam biasa jer, tapi lama-lama dia jadi merah mcm rashes. Ala-ala malar rash dalam gambar ni.

ruam muka


Mula-mula very light, lama-lama mula jadi merah teruk. Memang suspect allergi ke ape je. Pastu pergi jumpa pakar kat SJMC. Dr tu best sangat. Dr Low namanya. First thing dia nak tengok kepala. Sebab dia cakap dandruf kat kepala boleh jadi ekzema kat muka. Ni first time tau knowldege ni tau. Dia tengok kepala kata tak teruk tapi boleh jadi itu sebabnya dan STRESS juga boleh sebabkan EKZEMA ni triggered. Ha, jangan main-main stress ni memang boleh bikin macam-macam problem. Jenis ekzema ni di panggil seborrheic dermatitis. Boleh baca lebih lanjut dalam  link yang saya sertakan. Memang punca utama ni adalah kelemumur dan jugak STRESS. Masa ni saya try semua supplemen tapi tak jalan sangat sebab dah over radang. Flare up dia kena turun dulu. Dr tu bagilah krim steroid dan non steroid. Of course steroid tu saya tak pakai sebab tahu kesannya yang boleh menipiskan kulit. Dr ada bagi jugak sejenis shampoo. 

Dua hari memang ok sikit. Tapi lepas tu makin teruk. Teruk yang memang menurunkan tahap konfiden level tau. Kena kat muka kan. Memang rasa down lah. Memang banyak membaca masa tu sampai satu tahap, bila baca saya jumpa fakta tentang SLE atau autoimun. Salah satu simptomnya adalah malar rash yang macam saya kena tu, kemudian sakit-sakit sendi. Sering tidak sihat. SLE ni penyakit autoimun di mana protein darah akan menyerang tisu atau organ sendiri. Kira macam antibodi sepatutnya attack bad sel je kan, yang ni dia attack semua termasuk organ-organ.

Masa tu Allah je tau macam mana perasaan tu. Memang saya ade lenguh2 badan tapi tak ada sakit sendi. Suami banyak bagi support la masa ni walaupun dia sendiri pun agak down jugak. Too early to conclude. Masa tu dekat sebulan dah macam tu. So decide pergi pakar no 2 since masa sabtu tu pakar SJMC tu tak ada. Second pakar tu saya pergi kat hospital ternama juga kat Shah Alam. 

Pakar tu memang bagus. Tapi saya tak suka sebab banyak negativiti. Pakar tu check kepala jugak. Kemudian dia tanya ada sakit-sakit sendi tak. Dia cakap nak ambil ujian darah untuk certain test.

Bila saya cakap SLE ke doktor? She was surprised sebab saya tahu. Hehe. Banyak sangat baca gini lah. Tapi tell you what, banyak sangat baca pun boleh stress! Masa ni suami dan diri dah redha lah. Seminggu kena tunggu ujian darah tu. Memang rasa lama sangat. Rasa tak tahu nak cakap apa. Rasa macam lost pun ada. Banyak sangat doa masa tu supaya bukan SLE. :( Di samping tu, dr tu ada bekalkan ubat prednisolone  ( oral steroid ) dan jugak krim steroid. shampoo pun ada chemical. Masa tu memang makan ubat tu without knowing yang tu adalah steroid. Lepas makan tu memang rashes turun drastik. Licin tau muka! Semua siap kata dah glowing. Tapi saya dah tahu tu effect ubat tu. Bila baca-baca memang banyak gak side effects. Yang jadi kat saya, saya sakit badan sangat2 pastu selera makan macam hantu. haha. Memang makan banyak. Muka jadi tembam dan ada weight gain. 

Saya reducekanlah ubat tu. Tapi kena marah dengan dr sebab nanti rashes tu akan datang. Huhu. Die suh makan lg. By the way, Alhamdulillah, keputusan darah semua ok :) Nak nangis rasa tau. Sebab one whole week tu saya dah merasa perasaan jika kena SLE/ Alhamdulillah allah jauhkan saya tu. Dia bagi dugaan yang amat kecil . :')

Tapi, dr tu kata, mungkin sekarang dalam darah tak ada, tapi future mungkin ada. Hope not lah. Dia cakap macam tu. Terus rasa dah pangkah dr tu. Creating negative vibes in me. Memang tak pergi langsung dah lepas tu. 

Alhamdulillah, lama-lama dah ok. Bila kena sun, dia akan naik balik. Mmg utk type of ekzema ni, kena pakai sun block. Masa jalan kat penang tu, naik balik teruk. Sebab saya dah stop steroid tu. Pastu saya on balik untuk reduce the flare up. Memang ok, tpi tak suka sebab kena depends on steroid.

Saya ni jenis degil. Degil sampai jumpa apa yang serasi dengan saya. Mula lah misi cari pakar ke 3. Alhamdulillah, Dr ni sangat ok!! Dr lee yin yin dari sunway medical center. Masa tu tak kena macam malar rash dah. Kena whole muka, dan sembab sangat. Mata semua dah jadi kecil. So dia kata macam allergi ni. Dia advise untuk admit. Sebab nak on ubat. Saya bagi tahu tak nak steroid. Dia pun setuju. Untuk drip je dia bagi hydrocot ( steroid ). 2 malam la. Kemudian dia bagi ubat antihistamine sahaja untuk reduce radang dan gatal. Alhamdulillah serasi. Better lagi antihistamine dari steroid. Krim dia bagi memang superb! Non steroid and steroid. Saya guna steroid tu sekejap je. 

non steroid. super best!



steroid

lip balm super best jugak!

Dr tu buat ujian darah lagi sekali. And yes, it is allergies! Normal blood count 100 untuk allergy, Mine was 300. Dr kata tak tinggi sangat sebab ada yang beribu pun. Alhamdulillah untuk itu :)

Punca? Mungkin dari environment, genetik or produk rambut. Sebab kalau makanan dia kata whole body akan kena. Suspect saya mungkin ubat rambut gugur atau pun shampoo. Wallahualam. 

Too much medication for past three months!! Sebab tu stop supplemen jap, sekarang baru continue balik. Especially OMEGA! OMEGA sangat bagus untuk kurangkan radang tau. Tapi jangan dah radang sangat baru ambil omega memang tak jalan sangat. Sekarang memang ambil OMEGA dan VITAMIN C. Yang lain masih ambil lagi. Alfalfa pulak bagus untuk allergi tapi tak start lagi sebab saya tau healing mungkin kuat. Slow- slow kayuh naaa.


Banyak hikmah ujian ni. Allah sayang kot. hehe. Terlalu banyak saya belajar sepanjang 3 bulan ni. Ilmu baru kenalah kongsi kan. Moga boleh jadi rujukan. Sakit tu untuk allah gugurkan dosa-dosa kecil kita kan. Sekarang ni pun masih on off jugak tapi saya control lah. Biar lembap muka dan jaga makan jugak :) Lepas ni plan untuk detox plak. Next entri kita share naaaa...

Selamat malam semua!













Nak cari shaklee??

 COD pun boleh : COD Shaklee Saujana Utama
Nak saya poskan pun boleh!

Your trusted Shaklee Independent Distributor,
Rehana
0122319979

Continue Reading

19 September 2016

KERJA RUMAH TAK PERNAH STOP. PENAT? JOM BACA TIPS INI

Assalamualaikum semua,

Dah lunch semua dah, baru lepas makan kat ofis ni. Selalunya masa lunch hour ni memang saya guna masa untuk blogging atau update bisnes sebab kerja kat rumah tak pernah stop. Hehe. Betul ke?

Actually memang semua kerja pun tak pernah stop. Kalau dah stop tu nanti bosan pulak betul tak. Sebelum apa-apa, anda kena tahu anda ni jenis macam mana orangnya. Kalau yang boleh tutup mata sebelah tengok rumah bersepah sebenarnya itu adalah satu nikmat! Sebab saya tak macam tu huwaaa..

Memanglah bagus rumah kemas bersih segalanya. Tapi anda kurang sikit dapat peace of mind. Dalam mind tu berjela list nak buat itu dan ini. Silap haribulan hidup anda memang fokus nak semua perfect which is impossible. Tapi sekarang saya pun dah boleh adjust sikit2.

Praktis makes perfect, rutin yang sama berulang-ulang mesti ibu-ibu pun dah expert kan. Cuma antara nak buat atau tak je.

TIPS nya senang aja.

1. Ikhlaskan diri : Memang kena betul-betul ikhlas, bila ikhlas betul2 tu tak rasa penat. Mintak lah kat Allah permudahkan segalanya. Masa nak masak, masa nak sapu. Masa nak cuci baju. Niat sebab nak dapat pahala dari Allah. Memang susahhhhh...siapa kata senang :( huhu. Tapi try dan try sampai anda boleh

2. Belajar delegates things pada anak atau suami. Tips ni saya dah kongsi sebelum ini dalam tips wanita berkerjaya

3. Solat di awal waktu  ( Yang ni saya fail lagi lah. Sebab kita fikir nak siap kan kerja dulu pastu baru nak settle solat tapi sebenarnya Allah tak suka kot. huhu. Cuba solat awal. Actually solat tu lah masa kita rehat tau. Cuba wirid lama sikit. Pesanan untuk diri sendiri. hehe.

4. Jangan lah OCD sangat. Kalau anak-anak nak main, biar buat sepah kejap sementara masak or kita settlekan kerja2. Lepas tu boleh pergi kemas, masa tu pun anak2 dah bosan main kot. hihi

5. Have a good & quality sleep! Pastikan tidur yang nyenyak tau! Sebab anda nak berkerja the whole day kan. Kena energetic!

6. Pengambilan nutrien yang cukup. Pengambilan multivitamin @ vitalea memang banyak membantu saya tau dalam uruskan rumahtangga saya. Kalau tak memang lembik aje!!


vitalea shaklee


Serius best multivitamin ni! RM 88.75 sahaja ada 120 biji! Memang berbaloi tau. Memang boleh jatuh hati dengan multivitamin ni. Kira helper anda lah ;)


Berminat boleh klik ORDER DI SINI 

Atau kalau nak COD pun boleh : COD Shaklee Saujana Utama
Nak saya poskan pun boleh!

Your trusted Shaklee Independent Distributor,
Rehana
0122319979








Continue Reading

04 September 2016

SET MENYUSU SHAKLEE


Hi all, lama dah tak up pasal set menyusu shaklee. Jom cekidaut



★SET MENYUSU PREMIUM★

Vitalea➳ multivitamin tertua yang mengembalikan kecergasan dan tenaga

ESP➳soya non gmo yang membantu memekatkan susu dan boost susu serta mengenyangkan si ibu dan anak

Alfalfa➳ bertindak sebagai milk booster dan mengelak keputihan serta kacip fatimah moden

B complex ➳ anti stress yang membantu emosi si ibu lebih stabil dan melancarkan susu

Vitamin C ➳ menguatkan sistem imun seterusnya menyalurkannya kepada si anak

Ostematrix ➳sumber kalsium untuk si ibu dan anak terutama apabila si ibu haid kerana kalsium akan hilang semasa haid dan
menyebabkan susu kurang


★KELEBIHAN SET MENYUSU PREMIUM★

Memeriahkan susu ibu dengan syarat konsep supply vs demand di patuhi

Ibu lebih tenang dan cergas kerana set ini membantu ibu untuk lebih bertenaga

Susu lebih pekat dan anak cepat kenyang

Kulit ibu dan si anak lebih licin dan halus serta cantik

Si ibu mendapat extra benefit iaitu keputihan kurang dan mengecutkan rahim serta mencantikkan kulit

Dapat membuat stok susu lebih untuk anak

★KENAPA SET INI MENJADI PILIHAN RAMAI UNTUK IBU MENYUSU?★

Di iktiraf oleh KKM

100% Halal

Ada extra benefits kerana set ini bukan untuk boost susu sahaja.

Set ini lengkap untuk nutrien si ibu dan kecergasan si ibu semasa menyusukan anak

Tiada unsur-unsur perasa tambahan dan sintetik

Di pantau oleh RND yang sangat ketat

Di iktiraf di Malaysia sejak 50 tahun yang dahulu

Juga dikenali sebagai 'super mom booster' kerana set ini boleh membantu si ibu lebih cergas!

Anda ibu menyusu?
Sering letih bekerja kerana anak suka mengempeng?
Pucat dan tidak bermaya akibat menyusu?

☏ Anda boleh whatsapp kami di
<< 0122319979 >>
<< 0122319979 >>
<< 0122319979 >>

 Atau PM di

Anda nak tengok koleksi testimoni? Ada banyak di link ini :



Nak COD?
Jom COD shaklee  di area sekitar shah alam dan sungai buloh






















Continue Reading

31 August 2016

PROMOSI SEPTEMBER YANG HURU HARA!

Yay! Promosi September yang memang saya sangat suka sebab my favourite item tu!!



Memang best.
Yang lagi best sebab ESP expired lama lagi..Memang boleh wat stok la!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

26 August 2016

5 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG KALSIUM


Cerita pasal kalsium mesti ingat kat osteoporosis kan? Ha, sebenarnya osteoporosis ni end result yang kita dah tak boleh nak patah balik dah. So, saya tak nak cerita pasal osteoporosis. Nak cerita pasal kalsium sahaja. Dan kalsium yang saya paling suka adalah OSTEMATRIX

ostematrix shaklee






Secara amnya ramai dah tahu fungsi kalsium kan. Seperti dalam gambar kat atas pun saya dah nyatakan dah. Tapi cuma saya nak highlight beberapa point penting tentang fakta ostematrix dan juga kalsium :)

1. Kalsium diperlukan untuk denyutan jantung dan juga untuk fungsi badan yang lain

2. 99% kalsium di simpan dalam tulang dan gigi manakala 1% sahaja dalam darah untuk proses2 badan yang lain. 1 % je tau. so kalau kurang memang akan curik dari tulang. sebab tu lama2 tulang tak cukup kalsium jd mudah rapuh. dan gigi pun mudah sakit kan? kan?

3. kalsium yang baik adalah dengan vitamin D kerana penyerapan yang baik. Tahu tak kalau supplemen kalsium biasa, doktor suruh makan under the sun sebab nak dpt vitamkn D. susah kan? tapi ostematrix ada lengkap dengan vitamin d tau.

vitamin D
See, ada vitamin D dan magnesium yang membantu penyerapam kalsium tau
4. Supplemen kalsium yang baik adalah diserap dalam masa 30 minit. Ostematrix hanya perlu kurang dari 15 minit. Lihat ujian yang saya buat. Tak payah takut dah dengan batu karang. 5 minit je dah cair dah.



5. Keperluan asas kalsium adalah 1000mg. 4 biji ostematrix bersamaan dengan 1000mg. Wanita hamil dan menyusu perlu lebih lagi. wanita yang haid jugak sering kehilangan byk kalsium dalam darah. sebab itu wanita lagi senang kena lenguh2 badan dan osteoporosis
So far supplemen ostematrix merupakan best calcium bagi saya sebab hari2 mesti saya ambil dan boleh rasa effect dia.






Wow sangat kan ostematrix ni!
Tablet die licin je tau. Senang nak telan.
Jom beli naaa...lambat nanti takde promo dah. Harga normal :)

Pengeposan seluruh malasyia!
http://www.rehanswardrobe.com/2016/08/pengedar-shaklee-saujana-utama-shah-alam.html






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

19 August 2016

PENGEDAR SHAKLEE SAUJANA UTAMA & SHAH ALAM

Assalamualaikum semua, 
Sesiapa yang tak kenal saya lagi, Saya rehana Nurul Amin, pengedar shaklee yang sah sejak tahun 2012 lagi. Saya pakar dalam bidang penyusuan, pantang dan juga membantu ramai ibu-ibu bekerja untuk tampil cergas dan bertenaga walaupun seribu satu tanggungjawab di bahu  :)

Saya pengedar Shaklee untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Untuk penghantaran atau COD saya cover beberapa area seperti berikut :

Saujana Utama, Sungai Buloh
Seri Peristana
Paya Jaras, Desa Coalfield
Puncak Alam 
Shah Alam, Bukit Jelutong 

 
saujana utama
 
 Boleh whatsapp saya di 0122319979 untuk sebarang pertanyaan dan juga order. 
 

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 August 2016

6 SEBAB HARUS ANDA PILIH SAYA SEBAGAI MENTOR ANDA!


Dah lebih 3 tahun dalam bidang shaklee ni. Im stil learning and learning. Bidang ni saya suka sebab boleh tambah nilai hidup orang lain.
Bila orang cuba supplemen shaklee dan berkesan pada mereka, saya lah insan yang paling happy sekali. Setiap kali doa saya pasti iringi customer2 yang ada masalah dalam kesihatan atau kecantikan.
Bisnes ini lebih kepada networking di mana hubungan yang di bina lebih matang dan kukuh. percaya atau tidak, saya kenal apa itu dhuha dan tahajud dari mentor2 saya. Alhamdulillah rezeki yang bukan biasa bila dapat ilmu macam tu.
Saya banyak dapat guide line dari mentor2 hebat saya. They were awesome! And you can be awesome too with choosing me as your mentor. :)

KENAPA PILIH SAYA?
1. Serius berbisnes. Hampir 4 tahun saya dalam bidang ni. kalau saya main2 dah lama buat bisnes lain dan tinggalkan shaklee.

2. Ilmu - masih belajar tapi alhamdulillah kira asas2 vitamin semua dalam tangan dah. cara saya suka studi vitamin dan suka kaji. which is most product saya dah cover.

3. Online coaching -saya jarang keluar2 ni. mostly biz saya atas talian. so kalau nak coaching sambil2 pun boleh sangat.

4. FREE graphic & poster untuk kegunaan anda semua. dulu2 saya buat semua sendiri. you all kira lucky di spoon feed semua but ramai jugak kadang2 beralasan. hmm..;)

5. FB ads - kami master dalam marketing & iklan & copy writing di mana suami saya sendiri merupakan agen Fb ads yang tahu selok belok. Saya delegate the job kat dia

6. POSTforYOU - untuk yang awal2 berbisnes saya akan tolong packing and pos barang customer anda. Ala2 dropship. tapi bonus point tetap untuk anda. Dah boleh bertatih nanti baru saya lepaskan pada anda sedikit demi sedikit.

Percayalah.
bisnes ini sangat best
tapi bisnes ni bukan senang jugak tau. Saya tak janjikan bulan dan bintang.
tapi jika usaha anda setinggi bulan dan bintang anda mampu untuk berjaya!


see u at top
need consultation?
whatsapp 0122319979
Pengedar Shaklee anda




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

JANGAN BACA POST NI KALAU. . .

Salam semua, hehe...jangan baca post ni kalau you all tak kisah tentang keperluan kalsium untuk badan anda. Harini saya nak jamu you all semua dengan testimoni2 best dengan ostematrix. Jemput jamu mata. Ni salah satu favourite supplemen saya tau. Hehe. Jom! Tak kenal maka tak cinta :)














OFFER BULAN NI TAU!
CONFIRM RAMAI REMBAT NI ;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

08 August 2016

KALSIUM MEREDAKAN PMS WANITA!

Hi semua, saya jumpa artikel best sangat untuk you all baca. Rasa rugi tak share.
Jemput baca naa..
.
..

kalsium

######################################################################


Research shows that calcium supplements which cost only a few

pounds could transform the lives of women who suffer from premenstrual

syndrome.

An estimated one in ten women in Britain suffers such severe PMS

symptoms

they need medical treatment.

Characterised by changes in mood, swelling and tenderness in the breasts,

a bloated abdomen or headache and fatigue, PMS can last up to 14 days.

Doctors use hormone drugs, Prozac or even psychological treatment to treat

symptoms.

Yet American scientists have discovered that calcium supplements which

are

cheap, accessible and have no side-effects, could be just as effective.

Researchers at the St Luke's-Roosevelt Hospital in New York studied 466

women aged between 18 and 45 who suffered moderate to severe PMS symptoms.

Half were given a daily calcium supplement of 1,200mg and the other half

an inactive drug. After three months, researchers found PMS symptoms in

women

taking calcium had been almost halved.

Doctors think it may be because in the week leading up to their period,

many women appear to have abnormally high levels of a substance called the

secondary parathyroid hormone in their body.

This hormone can cause a long-term imbalance in the body's calcium

levels

and lead to an increase in PMS symptoms.

Research leader Dr Susan Thys-Jacobs said any supplements containing

calcium carbonate will do and should be taken at mealtimes. She adds that

most women of childbearing age consume much less than the recommended

daily

amount of calcium of 1,000mg.

'Most women do not eat enough calcium-rich foods to get 500-700mg a

day,'

she says. 'When you look at the spectrum of symptoms of calcium deficiency

and the spectrum of symptoms of PMS, they are very similar.'

A spokesman for

the National Association for Premenstrual Syndrome said the findings added

to

existing evidence that minerals played a key role in controlling PMS

symptoms



Ha, sebab tu dah jenuh suruh korang ambil OSTEMATRIX ni. Memang sangat sesuai untuk siapa2 yang selalu hangin tak kena tempat bila PMS.. hehe. Offer bulan ni menarik tau. PM tepi untuk order atau WhatsApp 0122319979





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

01 August 2016

SUPPLEMEN UNTUK MUSIM HAJI DAN UMRAH

Assalam,

Dah lama sungguh tak menulis di sini kan. Banyak fokus pada FB & Insta, blog ni terabai plak. hehe. Tapi masih ramai yang WhatsApp dan call untuk tanyakan macam2 dari saya dari entri2 sebelum ini. Yang mana saya boleh bantu, insha Allah saya bantu. :)

Ok esok dah last syawal dah! Dah habis semua open house yang sebabkan jam setiap weekend. LOL. Musim haji nak bermula dah. Nak dekat haji ni, teringat masa saya mengerjakan umrah tahun lepas. Satu pengalaman yang tak dapat nak dilupakan :)

Berdasarkan pengalaman saya di Tanah suci Mekah & Madinah, kesihatan yang baik adalah asas untuk melakukan ibadat di sana. Alhamdulillah, saya pergi dulu musim sejuk, dan tak ada selesema hatta sebersin pun. Subhanallah. Semuanya kuasa Allah. Kita sebagai manusia ada ikhtihar juga kan ? :)

Saya nak tawarkan pakej UMRAH/HAJI yang mengandungi 4 supplemen Shaklee yang sangat membantu sepanjang anda di sana.

supplemen umrah

Jom tengok secara ringkas apa fungsi ke empat-empat supplemen tersebut :

1. VITALEA  - merupakan multivitamin yang mempunyai pelbagai jenis vitamin dan mineral serta iron yang membantu badan untuk kekal bertenaga di sana. Pengalaman saya sendiri, saya suka ambil vitalea pada malam hari untuk bangun awal pagi. Memang senang bangun dan bertenaga. Sesuai untuk jadual padat di musim haji nanti

2. VITAMIN C - vitamin ini pula memang sangat best sebab boleh mengurangkan risiko selesema terutama untuk yang beralih cuaca ke bumi barakah itu

3. GARLIC COMPLEX - sangat sesuai untuk membina antibodi dan sistem imun badan. Ia juga bersifat anti viral dan anti fungal.

4. OSTEMATRIX  -  Mengurangkan lenguh2 badan dengan hanya 4 biji ostematrix setiap malam. Jika saya, selalu telan 5 ke 6 biji masa heavy load di siang hari. hehe. Memang senang tidur dan senang bangun.

Untuk yang nak order pakej lengkap ini akan disertakan dengan FREE pill box dan surprise gift untuk anda. Kalau ada emak ayah nak pergi haji atau sedara yang nak pergi, boleh hadiahkan mereka hadiah yang istimewa ini. Berbaloi2 kerana kesihatan yang baik adalah asas untuk membuat ibadat dengan lebih baik.

Kita cuma mampu ikhtihar, selebihnya Allah menentukan.
Selamat menunaikan ibadat haji . Doakan kami untuk tiba di sana lagi. Rindu lah!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

26 April 2016

RESIPI HOMEMADE NUGGET AYAM YANG SANGAT SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum korang,

Hari ni kita up resipi lagi nak? Memandangkan resipi yang saya buat last week mendapat sambutan baik dari FBians. So saya post kat blog jugak. Memang ada yang tak ada Fb kan?


homemade food
Tak sangka tahu lebih dari 900 share resipi ni. Memang ramai suka homemade food kan. Semestinya nak yang terbaik untuk anak-anak lagi-lagi kalau resipi tu mudah kan. Saya buat nugget ni dalam masa sejam lah. Adalah dapat untuk 90 biji macam tu. Kira 4 atau 5 kali makan. Jom cekidaut resipi!

homemade nugget ayam
 Ni bahan-bahan dia. Boneless chicken. Saya beli je yang siap-siap dah tak de tulang, telur 2 biji, garam, pepper, oregano, tepung gandum. Senang je bahan-bahan dia kan.

homemade nugget ayam
 Mula-mula, campur semua bahan dalam blender ( kecuali tepung gandum dan bread crumbs). Blend sampai kisar.

homemade nugget ayam
 Kemudian tambah sedikit tepung gandum untuk lebih pejal. Jangan letak banyak nanti rasa tepung lagi dari ayam

homemade nugget ayam
 Tadaa..Siap dah. Bulat-bulatkan adunan macam kat bawah ni. Bulatkan atas tepung gandum so that tak melekat.
homemade nugget ayam
 Agak buruk di situ. tapi tak pe bukan nak jual pun. haha.
homemade nugget ayam
 Golek atas telur jap
homemade nugget ayam
 Pastu atas bread crumbs jap
homemade nugget ayam
 Nampak cantik sikit dah kan
homemade nugget ayam
 Dah siap untuk di frozen. Banyak jugak dapat. Dalam 500 g rasanya
homemade nugget ayam

 Goreng dengan api kecil!

homemade nugget ayam

Nyum nyum! cicah dengan sos best. Saya punya nugget ni kurang garam. So agak tak rasa tapi still sedap bila cecah sos. hehe. Kalau nak lagi sedap masa uli bebola ni letak keju mozarella. Lagi layannnn...bila panas-panas makan meleleh cheese tu. Sodap!

Selamat mencuba!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading