04 April 2016

51 SOALAN LAZIM TENTANG ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Hello readers,
Hari ini saya compile 56 soalan lazim tentang ESP yang dijawab oleh pakar nutrisi Shaklee, Puan Sarah. Puan Sarah ni sangat best tau. Siap boleh whatsapp dia kalau nak tanya apa-apa kemusykilan. Kiranya tak adalah menggagau tanpa panduan kan..kan... Ok jom baca dan fahamkan tentang protein paling unggul ; ESP!!


1.Apa yang dimaksudkan Soya Non-GMO?

-> Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormone tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan



2. Bagaimana Isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?

- Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas/kerja yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.



3. Bagaimana soya esp berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?

-kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.



4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.

--kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Protein diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (spt: hormone untuk kesuburan & sel-sel system pembiakan)



5. Soya Tidak elok untuk Lelaki Fakta Atau Auta??

-Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki



6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebb ader sesetengahnya x pernah tahu yng dia alergik soya.?Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya

-sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.



7. dari segi perbidanan melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dlm kekacang. fakta atau auta?

-Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.



8. berapa sudu yg sepatutnya di ambil dlm sehari? ada yg kata 3 sudu, ada kata 6 sudu. kalau melebihi kuantiti ESP yg di ambil, adakah ia memudaratkan ?

-> sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari.protein yang ada dlm ESP ialah 14gram.Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dgn ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.



9.kenapa amik esp boleh jadi naik berat badan dan kenapa ader yang amik sembelit dan jadi sampai buasir.

-> Pengawalan berat badan perlu seimbang dgn kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dgn pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurus nya dan menyebabkan berat naik.Perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik



10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?

-> Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast

- boleh diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal)



11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen2 Shaklee yang lain?

-> Boleh, tiada masalah



12.ada mitos kata soya tak bagus utk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif. apa komen nutritionist. 😁

-tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan. Sama juga untuk kulit bayi sensitive.





13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel2 kanser (makanan sel2 kanser). Fakta atau auta?

-> Soya Non GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya.Soya ini juga dibasuh dgn air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam



14. bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism,  hyperthyroidism,  pesakit buah pinggang yang belum  atau sedang menjalani dialisis?

- untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doctor pakar dahulu.



15. Adakah ESP penyebab baby ruam? (Baby dah 4bulan) fully bf.

-> Tidak

-



16. Adakah soya / Esp Menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

-> Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium.disarankn untuk ibu mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium



17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya spt ESP? Jika tidak boleh..apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?

- untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doctor sebelum mengmbil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.



18. Bolehkah ibu yg menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? ada apa2 kesan sampingan pada bayi?

- Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doctor.



19. Org gout bleh ambil esp ?

-> Boleh



20. Ibu menyusu yang minum esp...adakah ia memberi kesan ke atas berat bdn bayi?adakah akan bertambah atau sebaliknya?

-> Bergantung pada pemakanan ibu dan anak



21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?

- kerana ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh bedan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kanaikan otot akan mempengaruhi berat badan.



22. Bagaimana cara makan ESP yg betul untuk elak berat badan naik?

-> Rujuk jawapan 10



23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP Kerana Boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.

= Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormone.



24. Adakah esp boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan @ bila dah xambik...(sebab ade cust ne dia sibuk dok ckp sebab esp la ne dia gemuk skrg....dia ambik utk susu huhuu)

-> Tidak. rujuk jawapan 9



25.apa kaitan minum esp boleh putihkan kulit?

-> ESP adalah protein, asas pada bina sel.pabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem turut sihat.jadi pabila sel kulit sihat, maka organ sihat dan kesan sihat itu adalah putih, gebu

- ini kerana sumber protein yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan lengkap dengan kandungan asid amino. Protein diperlukan dalam membina sel-sel kulit yang baru, jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, pengambilan protein yang berkualiti tinggi adalah penting.



26. Kanak-kanak  boleh consume ESP tak dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai utk kanak?

->tidak digalakkan.sebaiknya ambillah Mealshake



27. Berapa sukatan pengambilan esp untuk pesakit diabeties?

- pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.



28. Apakah bukti yg soya esp adalah non-gmo?

- kerana Shaklee ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.



29. Pengambilan Esp dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar?adakah ada kesilapan dlm pengambilan?

-> Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein (105kcal).proses penyerapan protein setiap individu berbeza.sekitar 5-9g setiap jam.jadi dlm masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata2x..Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dgn ESP



30. Esp dikatakan bagus untuk pesakit gastrik..kenapa? Adakah ia disebabkan esp mempunyai unsur kalsium ?

- Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.



31. Bagaimana soya dikatakan membantu wanita yang menopause.

-wanita menopos adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons (hanya soya yang dibasuh melalui air sahaja) dapat membantu dalam mengawal penurunan hormone ini.



32. ESP expired coz jarang ambik still boleh consume? Ade effect x?

-> Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date



33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?

-> Rujuk jawapan no 9



34.Betulkah kesesuain pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

- Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan.



35. Bagaimana esp mengekalkan kesegaran?contoh banyak esp produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain esp bau pun kadang2 lain dah. Kdg2 customer tanya kenapa bau esp tak sama untuk semua tin? Mohon pencerahan.tq

- kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada ketika itu.



36. Betul ke ESP x boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan SOYA di dalam ESP?

-Soya bukan penyebab kepada penyakit cyst, tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doctor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.



37. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan Untuk turunkan berat..adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana?

-> Kene faham konsep pengambilan ESP.Bukan salah ESP.rujuk jawapan soalan no 9 dan 10



38. Ibu yg (xde eczema) masih BF bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil esp. betul ke?

- Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.



39. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dlm badan wanita?

-Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormone original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormone.



40. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan Untuk turunkan berat..adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana?

-> Rujuk no 37



41. Ibu yg hamil (xde eczema) ambil ESP semasa kehamilan akan menyebabkan bayinya itu eczema. betul ke?

-rujuk pada jawapan 38



42. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?

- kerosakan buah pinggang bukan disebabakan oleh factor pengmbilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.



43.siapa yg memang tak boleh ambil esp? mereka yg asid urik tinggi boleh consume esp?
-          Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doctor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.



44. berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang nak kurus dan yang nak jaga kesihatan?

->saranan 3 sudu besar satu hari

-disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.



45. Ada kah gatal2 badan selepas consume esp sbg healing crisis?atau alahan kpd kacang soya?brapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna esp

->kemungkinan.observe untuk 2-3 minggu.banyakkan minum air

-sebaiknya buat pemerikasaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosng secukupnya setiap hari



46. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama consume boleh gebus gabas. Ada yg dah consume lama, belum cerah2.

-> ESP bukan ubat tp supplement.ia bertindak untuk bina sel.pabila sel sihat, maka organ dan sistem turut sihat.selain itu, untuk vitamin kulit.boleh ikhtiar dgn vitamin C, E dan Collagen.




47..adakah esp boleh menyebabkan loya , muntah ,   cirit birit dan demam panas?

->bergantung pada individu.tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961



48..bolehkah esp diambil oleh pesakit yang disyaki denggi,?

-Boleh..tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukup2nya.



49. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita

-ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.



50. Kenapa selepas minum esp, ada yang membuatkan org rasa bloated dan naik angin.

-> Dikhuatiri kurang makan dan kurang air

-banyak factor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.



51. Sekiranya ibu hamil mmg consume esp dr sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum esp lagi, adakah suggestion cara minum esp yang boleh dikongsikan?

-> Minum ESP dgn mencampurkan dgn minuman lain seperti jus, milo






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

22 March 2016

KIRA KALORI MINUMAN ANDA!

Assalamualaikum...

Korang suka minum teh tarik tak? Suka kan? Mesti kebanyakan orang suka teh tarik ni. Susah lah nak jumpa orang yang tak gemar teh ni. Kalau lepak mamak mesti teh atau milo ais paling favourite kan??

Saya antara penggemar milo dan teh juga.Tapi tak lah tegar sangat. Teh emak saya sangat sedap lah, alhamdulillah resipi turun ke saya dan setiap kali orang datang ke rumah, teh saya paling digemari oleh ramai :). Pernah ada sedara teringat-ingat teh saya tu. Hehe. Padahal biasa je. :)

Teh saya ada kelainan sedikit sebab ada letak garam sikit. Which is not good pun. Tapi sebab nak sedap kan, memang rasa berlemak-lemak gitu. Dan saya jenis rebus daun teh sampai rasanya turun betul-betul, Sebab tu kaw. Teh halia dan teh masala pun macam tu jugak. Kadang-kadang leceh jugak nak buat sebab kena tunggu mendidih, kemudian nak reneh daun teh, pastu tapis pastu nak bancuh susu dan gula. Saya tak guna susu pekat manis ye. Sebab gula sangat tinggi dan tak elok. Rasanya teh saya kalori low sikit kot. Hehe.

Kalori teh ni 100 kcal tau. Kalau pagi petang siang malam minum memang hampir 300 kcal jugak la. Almost sama sepinggan nasi dan ayam tau. Lagipun teh ada kafein, tak elok lah minum selalu kan? kan? Walaupun suka tapi saya memang akan kira lah berapa kali minum. Kadang-kadang seminggu sekali ataupun masa kenduri je. Dulu kalau kat rumah hari-hari bedal sebab sedap!

Insha Allah saya akan share lagi tentang cara kira kalori ni. Senang je tau, yang penting badan sihat. Oh ya, lupa saya nak share kalori ESP  pulak,one of my favourite drinks!

Oooo.. lebih kurang sama je dengan segelas teh tarik. Tapi dengan ESP boleh rasa kenyang sampai 3 jam lah untuk saya. For me not 6 hours sebab memang perut mintak nak makan apa-apa. haha. Dan yang bestnya bila minum ESP dan workout, anda punya muscle semua terbentuk elok. Tak ada gelebeh-gelebeh, Kira fit lah. Tapi kena workout.

Kalau minum ESP pastu tidur, memang otot gelebeh ye. Jom jadikan ESP sebagai rutin harian. Teh tarik pun boleh minum, tapi sekali sekala okla kan..kan??

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

19 March 2016

RESIPI CHEESY MEATBALL YANG PALING SIMPLE

Hi korang, 
Harini nak share tentang resipi cheesy meatball yang paling simple lah. Actually saya dah tengok banyak resipi, simple jugak. Tapi yang ni saya simple kan lagi. Hehe. Setengah jam dah siap. Saya suka sangat meatball ikea, tapi tak sempat cari resipi tu. So kita buat dengan apa yang ada dulu naaa...Hehe. 

Tapi saya punya paling unik kot.hihi. Sebab saya tak guna daging kisar readymade tu. Saya kisar sendiri daging tu. Gigih tak?? Haha. Sebab saya tak berapa suka daging kisar kat pasaran tu. Kalau tak sempat sangat baru saya beli, Itu pun sangat rare lah. Daging ni saya beli fresh dari kedai daging, lepas tu suruh weekly maid saya cincangkan. Kerja-kerja renyah selalu saya delegates, tak cukup masa nak buat semua kan. Bread crumbs pun saya buat sendiri, tapi sedikit hangus lah. But still sedap je rasa nya. 

Suami suka meatball ni. Saya goreng 5 ke 6 ketul je dulu sebab yang lain nak frozenkan. Nak bagi dia test dulu lah konon. Dia habis makan semuanya :)

Ok jom tengok resipi. Memang simple dan mudah!
bebola daging keju
Bahan-bahan dia macam kat atas gambar ni. Senang je kan? Saya tak masuk cili sebab nanti anak tak nak makan. heee..Pepper dan tepung jagung pun masuk sikit cuma tak sempat snap gambar. hehe. Keju kalau guna mozarella lagi best tau, tapi keju ni je ada masa saya pergi kedai tu, malas nak menapak kedai lain. Keju ni pun sedap, masin-masin. So dalam adunan tu tak perlu garam sangat pun still ok.
bebola daging keju
 Campur semua. Gaul rata dan make sure semua sebati dan boleh kepal. Jika rasa lembik boleh tambah tepung jagung or bread crumbs lagi. Pastu buat bentuk bulat dan sumbat keju dalam tu. Keju tu saya potong 5 keping sekali untuk dapat bentuk kiub.
bebola daging keju
 Ready to frozen! Besar-besar gak saya buat, so masa nak goreng api kena perlahan sangat. 

bebola daging keju
 Testing untuk goreng
bebola daging keju
 Testing untuk makan. Sedap!!! Walaupun rupa tak berapa cantik, tapi korang cubalah, mesti sedap!

Selamat mencuba!! :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

18 March 2016

Pengalaman menarik di Farm In The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum people :) 
Semalam kami suami isteri ambil cuti semata-mata nak bawak anak-anak pergi berjalan. Hehe. Kesian pula rasa anak-anak tak pergi mana, and suami pulak jenis yang indoor type, banyak masa kami habiskan kat rumah je. So kali ni suami yang plan. Hehe. Saya ikot sahaja. Walaupun cuti tinggal 1 hari je, tapi saya tak kisah kot untuk anak-anak. Buat apa nak berkira masa untuk anak-anak kan? kan?

Kami decide nak pergi Farm in the city di seri kembangan. Farm in the city ini terletak berdekatan giant seri kembangan dan pasar borong selangor. Jarang lah saya jalan-jalan area sini. 

Syamil memang suka animals. Macam ayah dia. Haha. Secara jujurnya, saya tak berapa minat. Suka tengok sebab nak tengok gelagat anak-anak je. hihi. Mereka memang teruja lah. 

Harga tiket untuk ke farm in the city tak adalah mahal sangat. RM 30 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak. Kalau kanak-kanak yang ketinggian kurang dari 90 cm FREE! So sebab anak-anak saya semua comel2 belaka, memang free lah. Kami berdua je bayar. :D . Kalau you all datang dengan keluarga yang besar ada pakej keluarga juga. RM 100++ if tak silap. 

Cuaca yang panas memang terasa walaupun tempatnya redup sebab ada atap2. Sepatutnya kalau hari biasa tak ada rasa panas sangat kot. Sebab cuaca sekarang memang extreme, basah habis baju anak-anak mandi peluh. hihi. 

Jom layan gambar nak?

farm in the city

 farm in the city
 Pandai Syamil posing. Masa ni emaknya pergi minum air. Haha. Nampak sangat tak minat kan. :P Ayah dia yang lain dua orang ni.

farm in the city
 Curious??

farm in the city

farm in the city
 Ikan. Excited betul dieorang ni.

farm in the city

Tengok apa tu??? hehe
 
farm in the city
 Aeisyah memang excited betul
farm in the city
 Siap ada pamplet kat tangan dia ni. Siap belek tau. Haha.
farm in the city

farm in the city
 Parrot show.
farm in the city
 Kura-kura ni comel

farm in the city

farm in the city
 Gambar hero famili. Haha. Gambar heroin tak ada. Malas nak bergambar. :P

Overall, memang worth it for kids. Dan boleh je habis dalam masa 2 atau 3 jam. So kalau weekend nak g saja-saja pun boleh. Adhoc planning pun boleh sangat. Kalau duk area puchong, putrajaya, kajang semua memang sangat dekat lah. Kami plan nak jalan-jalan lagi sebenarnya, tapi semua pun dah pancit. Terus singgah umah makcik di puchong jap then balik. 

Siapa tak pergi lagi boleh pergi lah. berbaloi berbanding pergi zoo. hihi.


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading