23 January 2016

Sepetang bersama di Shaklee Home Office di Sunway Pinnacle

Assalamualaikum korang..:)
.
.

Ramai yang tertanya-tanya kan bagaimana rupa shaklee punya ofis. Dalam entry ni saya bawak sedikit gambar untuk tatapan semua. 

Sebenarnya pada tahun 2012 waktu saya mula-mula join shaklee saya selalu pergi shaklee wangsa maju sebab masa tu duduk dengan mertua, memang dekatlah. Masa tu saya tak ada simpan stok. Kalau ada order masa tu jugak pergi beli. hehe.
Ni lah rupa shaklee wangsa maju. Tinggal kenangan sebab branch pun dah bertukar ke sri rampai
Sekarang ni dah sangat advanced. Tak payah pergi shaklee dah pun boleh terus buat online ordering. Terus shaklee pos ke pelanggan masing-masing. Cuma saya kadang-kadang suka pos sendiri sebab sentuhan sendiri lain kan? Kalau nak bg free gift ke, kita je lah boleh selit. Shaklee bagi barang yang di pesan sahaja. Tapi kalau betul-betul tak sempat pergi branch pun tak apa, Shaklee kan ada untuk tolong pos :)

Macam saya kdg pergi Home office di Sunway Pinnacle pada lunch hour. Dekat je sebab saya kerja di Proton. Memang sekejap je boleh pergi melainkan jem sesak.

Ok jom tengok betapa lawa shaklee home office ni. Siap boleh duduk lama sini sebab ada wifi yang sangat laju. Kalau setengah jam fokus kat sini pun banyak kerja boleh settle dah.

Ada ruang untuk anak-anak. Shaklee ni memang family based business. Tengok siap ada meja, kalau anak-anak nak buat kerja sekolah pun boleh atau mak budak nak pantau anak-anak sambil closing pun boleh :)

Budak-budak memang akan leka lama disini. Boleh siap banyak kerja atau perbincangan :)
Tu dia, tempat order barang dan ambil barang. Sangat banyak kaunter. Tak macam dulu kadang-kdg beratur panjang. Shaklee dah makin establsihed di Malaysia!

Discussion port atau nak sembang-sembang pun boleh


Best sofa ni. kalau penat sangat boleh rilex di sini sambil tengok hanging bridge kat sunway lagoon. hehe.

Training room : Boleh book jika nak guna untuk coaching atau perbincangan. Boleh berurusan dengan pihak Shaklee . Hanya untuk pengedar shaklee ye!
Laptop ni banyak ada di sekitar di home office. Boleh cek point kita, boleh enroll new member, boleh tengok produk shaklee. Memang sangat-sangat berguna terutama bila HP dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Best!


Alhamdulillah, bisnes Shaklee sebenarnya di permudahkan sahaja. Tetapi usaha sendiri juga menjadi faktor utama untuk berjaya. Korang golek-golek atas katil pun boleh close deal beratus tau! Tak payah nak pakai formal dan meet client pun! Saya suka nature of this business. Insha Allah, 
kalau you all join you all pun akan suka jugak. Sebab ada yang banyak kami bagi input tau. 

Berminat hendak menjadi pengedar Shaklee?
Save no ini : 0122319979
Boleh whatsapp/ sms/ call.
Insha Allah saya akan bantu!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 January 2016

TESTIMONIAL ENFUSELLE UNTUK KULIT BERMINYAK

 
Selama ni cerita tentang nutriwhite je kan,
Ramai yang tanya kalau untuk kulit yang berminyak atau super dry tak ada ke. Hehe. Of course lah ada.
Kalau korang nak tau, nutriwhite ni untuk kulit normal. Kira macam tak terlalu minyak dan tak terlalu kering. Sedang-sedang gitu. 
 
Kalau untuk kulit bermasalah, enfuselle lah jawapan yang tepat. hehe. Akak ni kulit dia berminyak je, Memang winlah testimoni dia. Kita sebagai penjual memang tumpang gembira sangat2! ;)
Happy for you kak!
 
TESTIMONIAL ENFUSELLE
 


 
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

12 January 2016

BUAH ANGGUR SEBESAR BIJI GOLF


Hi semua.
Pernah tengok tak buah ni?
.
.
.
vivix
Inilah dia MUSCADINE GRAPEs!
Ha, grape ingat macam plum....
Yes i know korang pun mesti fikir macam tu. but memang faktanya ini adalah ANGGUR. :)
Saya pernah cerita ringkas tentang anggur ini dalam entri saya yang bertajuk kandungan vivix . Itu keseluruhan lah. Tapi nak cerita detail lagi pasal anggur ni :)

Banyak kelebihan muscadine grapes ni tau. Sangat lah banyak dan unik. Antaranya tinggi dengan resveratrol dan tinggi antioksidan. Ok dalam entri-entri sebelumnya saya dah cerita tentang resveratrol dan antioksidan tu apa. In short, antioksidan sangat penting untuk perangi radikel bebas dalam badan kita yang mungkin berpunca dari merokok, pencemaran , makanan dan udara sekeliling.

antioksidan
 Tengok chart ni , tinggi kan antioksidan buah ini.

Muscadine grape ni sangat unik sebab kulit nya keras yang mampu melindungi dari pelbagai penyakit dan serangga. Kemudian, anggur ni ada extra kromosom tau, kira jadi pelengkap lah

Dan, anggur ni mengandungi banyak resveratrol jika dibandingkan dengan anggur lain.


Cerita menarik lain tentang anggur ini :
.
.
Ok done sharing for today. Hebat ke hebat vivix ni? Baru satu jenis ingredients dah macam ni punya teruja patutlah siapa borong vivix pun tak pernah miss untuk minum VIVIX~
UNTUK PROMO EXTRA MELETUP 
boleh whatsapp
0122319979
0122319979
Till then ,
TC!
.

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

09 January 2016

IKAN HARUAN VS ZINK COMPLEX


Assalamualaikum semua..

Harini nak cerita tentang ikan haruan. hehe. korang tahu macam mana rupa ikan haruan? saya tak pernah tengok. Nah dah google untuk you all ;)
pati ikan haruan
ikan haruan






























Ikan haruan ni biasa kita dengar untuk orang bersalin je kan. Ya Allah memang tabik lah siapa yang dapat minum pati ikan haruan tu dengan jayanya. Saya minum dulu masa anak pertama. Melompat-lompat sebab rasanya yang sangat 'sedap'. hehe. 

 Khasiat ikan haruan ni adalah dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat.Ia juga kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang penting untuk pertumbuhan badan dan baikpulih luka. Lain-lain artikel tentang ikan haruan boleh di baca di sini : khasiat ikan haruan. Memang ikan haruan menjadi pilihan yang baik sebab kandungan lemak yang rendah :)

Bagi yang sukar nak dapat ikan haruan yang fresh ataupun tak boleh telan pati ikan haruan walaupun dah cuba dan cuba banyak kali, anda jangan risau. Korang ada alternatif yang cukup mudah iaitu ZINK COMPLEX.. Saya memang iktiraf zink complex ni sebab saya dah rasai perbezaan makan zink complex dengan tidak makan zink selepas bersalin. Korang boleh baca pengalaman dengan set pantang shaklee. 

Zink complex ni antara fungsi nya utama ialah menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat. Yup. memang cepat dan ekspres. 2 biji saya makan, luka bersalin alhamdulillah ok dalam masa beberapa hari :). Selain itu zink juga mencantikkan kulit wajah, mengurangkan jerawat, membaiki sistem imun dan lain-lain lagi. 


ZINK COMPLEX antara vitamin termurah kat shaklee ni. Memang sangat murah tau. Dan bulan ni pulak ada offer. So wajiblah korang rembat dengan saya  ;)

Luka bersalin jangan buat main. nanti sengsara!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

08 January 2016

BELL'S PALSY DAN VIVIX

Assalamualaikum semua,

Apa itu Bell's Palsy ni. Bell's Palsy ni adalah saraf muka yang terjejas dan menyebabkan sebahagian muka jatuh sedikit. Ada penjelasan lengkap dalam webMD tentang Bells Palsy ni.

Jom baca kisah Faiza Shuhada yang mengalami Bell Palsy ni


Alhamdullilah
2 oct 2015
Saya bangun sebelah muka da jatuh
Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je

Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya di steroid
Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..
Consume SPECIAL DOSE vivix
Dan consume
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E
dgn extreme

Saya juga menjalani fisioterapi
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Share la
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat ‪#‎bellpalsy‬ sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2

Credit to : Faiza Suhada

 Nampak tak perubahannya? Alhamdulillah syukur kan :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

27 December 2015

Madinah al Mukarammah - Jiwa Rasulullah di sini


Assalamualaikum,

Dah 3 entri saya bercerita tentang pengalaman umrah saya. Alhamdulillah moga jadi motivasi untuk kalian untuk kesana. Dan juga sebagai kenangan untuk saya di hari-hari yang mendatang.

Selepas tawaf wida seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini , kami berkemas untuk ke madinah. Sungguh hati sedih sebab nak tinggalkan Mekah, tapi gembira juga kerana ingin berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. :)

Perjalanan dari Mekah ke Madinah mengambil masa selama hampir 7 jam. Kami naik bas. Kemudian singgah di RNR untuk makan dan solat. Makan nasi arab yang jarang-jarang saya temui di Malaysia. Ada ikan dan ayam. Kami yang tengok mula-mula tu pelik. Macam tak kena je kombinasi tu. Tapi lepas makan, memang tip top lah! Sedap ikan tu. Saya makan sikit je sebab nak layan tidur balik atas bas. haha. Tips untuk yang nak pergi umrah, tidur lah dalam perjalanan walaupun setengah jam ke, sebab memang sangat membantu untuk gain energy balik :)
 
Nasi arab paling rare!

Kami sampai di Madinah pada jam 10 pm hari sabtu 12 Disember. Sampai-sampai saya duk cari juga Masjid Nabawi. :) Bila nampak payung-payung tu, Allah, rasa tak sabar nak masuk tau. Tapi mutawif kata esok pagi baru nak pergi. Huhu.

Saya tak dapat menyaksikan payung ni tutup dan buka sepanjang berada di Madinah. Tak ada rezeki. Huhu. Tapi sangat cantik kan.

Madinah sangat cantik bandarnya. Sangat damai. Sangat tenang. Memang di segenap penjuru di Madinah ada jiwa Rasulullah. Kota yang baginda sangat sayang, kota yang baginda minta pada Allah supaya dijadikan tanah suci seperti di Mekah. :) 

Masa kami pergi ni musim sejuk. Sejuk sangat! Kalau bangun subuh atau tahajud memang sampai ke tulang la. Saya tak pakai baju sejuk pun sebab nak rasa kesejukan dia. Memang sejuk. Best.

Kota madinah lebih terancang, lebih cantik , lebih sistematik. Tidak ada bercampur2 dengan lelaki dan perempuan berbeza dengan di Mekah. Saya tak tahu nak explain dah. Memang seronok.

Dan kalau pasangan yang berkahwin, nak cari tempat honeymoon, saya sangat syorkan madinah ni. City of love! Especially kalau musim sejuk macam bulan disember - januari ni. Sangat recommended! Boleh je pilih Mekah dulu, selesaikan ibadat dulu, pastu g madinah untuk shopping dan jalan-jalan :) Keberkatan di situ tak dapat kat mana-mana dah. Kalau mampu pergilah sini  ;)

Rutin kami di madinah macam biasa, solat di masjid, balik tu jalan-jalan jap. Shopping jubah di sini memang murah! Tapi kami beli sikit2 je. :) Ada wifi di hotel madinah memudahkan kami untuk update sikit-sikit apa yang patut. Hikmah allah dettached hubungan kami dengan media sosial ialah kami dapt fokus lebih lagi. Memang tak terasa langsung lah nak berwhatsapp or berfacebook.:)

Kat madinah pun, saya tak guna uncang selipar seperti yang saya guna di Mekah. Saya simpan je kat luar masjid. Tips nya : Jangan letak dua-dua selipar sekali. :P Mesti orang tak curik sebab ada satu je. Alhamdulillah berjaya selamatkan selipar kesayangan saya. haha.

Oklah jom layan gambar pulak :)






 Ok sampai di sini sahaja! Insha Allah kalau saya ade teringat apa-apa info saya update ye.
Sharing is caring!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

22 December 2015

SPIRITUAL JOURNEY- PENGALAMAN UMRAH (PART 2 MEKAH)

Assalamualaikum semua,

Semalam dah cerita pasal raudah , hari ini bersambung pula cerita-cerita menarik di Mekah. Alhamdulillah, kami berjaya buat 3 UMRAH. Satunya miqat di atas kapal terbang, lagi 2 bermiqat di Jaranah dan Masjid Aeisyah di luar kota mekah.

Untuk berhihram, kita kena keluar dari tanah haram ke tanah halal untuk berniat ihram. Sebab tu kadang-kadang ambil masa sehari juga. Sebab sebelum bermiqat kami ada juga berziarah jabal nur, jabal thur, dan macam-macam tempat lagi. Banyak masa di dalam bas saya tertidur kepenatan so tak dapat tengok Mina dan Muzdalifah.

Sejujurnya, Sai'e merupakan antara ibadah yang paling mencabar. Memang sangat muhasabah bagaimana Siti Sarah mencari air untuk anaknya. Sungguh gigih, di tengah-tengah panas pulak tu. Kita ni dah semua di modified, dah ada aircond, kiri-kanan ada air zam-zam, sungguh bertuah tetapi tetap rasa mencabar tau.

Tawaf tu alhamdulillah ok. Suka sangat tawaf sebab dapat tengok kaabah. Kami banyak tawaf sunat. Tapi ramai gak yang merempuh-rempuh terutama part nak dekat hajar aswad sebab banyak batch baru yang masuk nak tawaf. Sekali lagi tipsnya adalah SABAR. hehe.

Hari pertama saya masuk ke Masjid Haram ikut gate 79. Dalam hati saya terdetik, oh.ingat sajae gate 79 mesti boleh keluar. Sebab ramai kata susah nak keluar takut sesat. Tapi tula, hati kena jaga kat sana. Nak balik tu kami sesat. Hehe. Memang pusing satu masjid jugak. Lepas tu cepat2 istigfar dalam hati, then baru jumpa jalan balik :)

Banyak lagi kejadian-kejadian yang menakjubkan, sesetengahnya biarlah dalam memori saya :). Pokok pangkalnya, sentiasala berniat baik dan beristigfar banyak-banyak.

Kat Mekah sangat best sebab santai perjalanan kami walaupun beribadat. Sebelum masuk ke masjid kami akan berwudhuk atau siap-siap pergi ke tandas sebab tandas agak jauh. Kalau dah masuk then nak kelaur balik memang susah nk dapat tempat balik. Hari-hari pertama saya memang mendugakan sebab asyik kena pergi tandas, mungkin sebab penangan air zam zam yang berfungsi sebagai agen detoks. hehe. Itu saya anggap sebagai ujian. Hari ke tiga dah ok dan boleh ikut flow nya. Banyak saya bergerak dengan suami saya. Best lah pergi dengan suami shj pun sebab mengeratkan hubungan kami. Saling bantu membantu, selalu kena kacau dengan suami pun ada. hehe. Kenangan terindah  :)

Yang tak boleh lupa, teh masala dan air mango dia. 5 star! Kat kaki lima lepas masjid tu je. Tapi sangat superb. Pernah kami makan nasi pun kat kaki lima. Best tau, kat sini siapa pun takkan heran pasal orang lain. Tak ada jakun2 pun.

Hotel kami agak jauh jugak, so sepanjang kami jalan banyak bersembang dan melihat gelagat orang :) . Bayangkan ye, kami berjalan hampir 7 km sehari termasuk tawaf, kemudian naik gua hirak lagi malam tu, the next day tu sakit sikit je. Lepas tu dah tak rasa apa! Memang magik!. Kalau kat Malaysia, panjat tangga 5 tingkat pun boleh cramp kaki seminggu! Memang nampak lah kuasa Allah kat situ. :)



Kaabah :) Master firdhaus share ni.

Suami saya tangkap. Kami akan berjanji nak jumpa kat gate mana. Setiap kali tu lah menunggu kat gate ;)

Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Saya tak naik sebab tak ada benda nak buat kat situ, lagipun nak save energy untuk buat tawaf. Di sini lah ramai berdoa untuk jodoh, menulis nama etc. Mutawif kata kat depan kaabah banyak lagi tempat mustajab doa. Tak perlu nak doa kat sini secara terperinci :)

Belakang tu Jabal Nur or Jabal thur, tak ingat dah memori ku :(

Air zam-zam unlimited kat sini

cantik jejantas di masjid aeisyah

PENGALAMAN MASUK HIJR ISMAIL

Hijr Ismail - sumber google
Hijr Ismail adalah termasuk dalam kawasan kaabah juga. Dulu lepas banjir besar, kaabah di bina balik, masa tu tak merangkumi hijr Ismail untuk membina kaabah . So memang kat luar macam tu. So bayangkan kalau anda solat kat situ, seolah-olah anda solat dalam kaabah. Masya Allah. Antara tempat yang mustajab doa selain di Multazam dan hajr aswad.

Saya dapat solat bersama suami sebanyak 3 kali di sini. Alhamdulillah syukur sangat2. Yang penting, kena niat dulu. Saya kata saya nak pergi juga dalam tu kalau boleh. Memang Allah mudahkan. 3 -3 kali kami pergi masa sebelum subuh. Subhanallah, masa nak masuk tu merempuh kejap je, pastu tibe-tibe di bukakkan lorong untuk kami masuk. Kemudian kami pergi bahagian belakang sekali. Sama konsep macam dalam raudah jugak. Menangis saya solat di situ. Tiga kali pun Allah mudahkan. 15 minit kami di situ, kemudian bila ada orang sedang menunggu kami bangkit untuk bagi peluang pada orang lain. Kat sini jangan pentingkan diri sangat, semua tu Allah akan tengok. Kalau anda bantu orang lain, insha Allah kita akan di bantu juga :)

Saya cuba juga untuk ke hajr aswad tapi tak dapat. Dan saya tak kecewa pun sebab saya tak bersungguh pun ke situ. huhu. Saya fikir dari berhimpit2 lelaki perempuan, Allah lagi tak suka kot. Sebab tu kami undur diri.

Jom layan gambar pulak ye ;)

Pemandangan dari gua hirak. Pengalaman yang sukar di lupakan.

Dalam gua hirak, tempat wahyu pertama Nabi. Tak buat apa di sini. cuma melihat.

Laluan gate 114. Favourite path ni

Masjidil Haram

Jus Mango yang superb! Tak jumpa kat Malaysia lagi. Aiskrim situ pun sedap giler!

Hari terakhir saya dapat saf di depan kaabah. Allah akbar. sayu sangat.

Tanyalah pengalaman semua yang tawaf wida ( tawaf selamat tinggal). Pasti semua pun akan menangis. Paling tidak sebak dalam hati. Saya tak ada masa nak sebak2, memang nangis terus. huhu. sedih. sebak. Luluh hati pun ada sebab rasa macam sekejap je kat situ.

Kota Mekah dan Madinah adalah sangat best. Insha Allah nak pergi lagi. Nantikan kisah lain di Madinah pula ye :)
Continue Reading

21 December 2015

SECEBIS KENANGAN DI TAMAN SYURGA ALLAH~ RAUDAH

Assalamualaikum,

Saya ada cerita tentang entri part 1 di Mekah sebelum ni. Patutnya nak sambung tentang Mekah, Hijr Ismail, Tawaf dan sebagainya. Tapi hati saya tetap nak cerita tentang Raudah, sebuah taman syurga di Masjid Nabawi.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda 
"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)

Itulah dia RAUDAH. Memang sungguh taman syurga. Siapa yang dah pergi sahaja akan dapat merasainya. Namun, untuk ke dalamnya bukan semudah yang semua sangka kerana semua pun berebut untuk ke taman syurga :)  Raudah adalah antara tempat mustajab doa di masjid nabawi. Makam rasulullah pun ada di situ juga tapi orang perempuan dah tak boleh tengok dah. Dulu-dulu boleh tengok tapi akibat terlalu banyak perbuatan khurafat, kerajaan Arab saudi telah menutupnya.

Ramai tanya saya tips untuk ke Raudah. Nak tahu tips nya ?

1. SABAR
2. SABAR
3. SABAR
4. IKHTIHAR

Percayalah, kesabaran itulah yang akan membuatkan anda terasa manisnya berada dalam taman syurga itu :). Raudah ni terbuka untuk lelaki dan perempuan, tapi untuk perempuan ada masa-masa tertentu. Macam saya, Alhamdulillah saya dapat masuk sebanyak 3 kali ke raudah sepanjang 5 hari berada di Madinah. 2 hari saya masuk pagi pukul 9 dan 1 hari saya masuk malam pukul 9 juga.

Untuk yang perempuan, pintu masuk harus dari pintu no 25. Senang je, terus ke arah kanan. Kalau tak tahu boleh tanya atau just ikut kumpulan perempuan yang ada.


PINTU SEBELUM MASUK KAWASAN RAUDAH
Anda kena tunggu macam dalam gambar di atas. Kena sabar, banyak selawat, banyak baca ' rabbi yassir
wala tuassir'. Bagi saya 2 benda ni memang memudahkan saya. Siapa yang tak pernah pergi lagi anda kena tahu anda akan jumpa macam-macam perangai orang di sini. Yang tak sabar, yang merempuh, yang memijak. Semua ada. sebab tu kena sabar banyak-banyak.

KALI PERTAMA MASUK KE RAUDAH
Kali pertama kami masuk dalam group bersama mutawif Indonesia. Kira boleh duduk lama jugak sebelum di panggil. Sempat la selawat, solat dhuha dulu, baca quran dulu. Kemudian tak sampai 20 minit, dah di panggil. Allah, sayu je hati rasa ni masa nak masuk. Tapi tiba-tiba ada sekumpulan orang merempuh ke arah kami. Kami tertolak dan saya memang tak putus baca selawat dan salam. Tiba-tiba saya tengok kaki saya dah ada di karpet hijau ( karpet hijau di masjid nabawi adalah tanda kawasan raudah, yang lainnya adalah karpet merah). Tengok karpet hijau je air mata saya mengalir laju. Pastu saya memang tak tahu yang mana satu makam nabi, saya tak kisah sebab bukan boleh buat ape pun di makan nabi dan nabi tak pernah suruh bertawasul di makam nabi. Tapi saya solat sunat 2 rakaat. Sembahyang saya kelam kabut sikit sebab orang menghimpit kiri dan kanan. Tapi bila sujud, subhanallah sangat seronok. Basah karpet :) Macam-macam saya doa di situ. Antara doa saya. moga dijauhkan dari perbuatan bid'aah yang sangat di larang keras oleh Nabi. Saya doa macam-macam untuk diri saya, keluarga saya  dan lain-lain. Kemudian saya dapat ke depan sedikit. Sambil berdiri tu mulut keep doa dan selawat, tiba-tiba ruang kosong terbuka luas depan saya. Saya solat Hajat pula lagi sekali. Sepanjang solat saya menangis. Menangis sebab Allah mudahkan. Padahal saya dapat rasa belakang saya orang tehimpit-himpit. Subhanallah sungguh dapat rasa Allah tolong. Kemudian saya cakap cukup, Biarlah orang lain merasa pula. Sebab saya dah lama berdoa di sujud tu.Bila keluar dari carpet hijau tu rasa kepuasan yang amat sangat. Sangat lah best. Rasa macam nabi dok tengok je  :)

KALI KEDUA MASUK RAUDAH

Kali kedua saya pergi adalah pada malam hari, selepas solat isya. Suami hantar sampai perkarangan masjid kemudian dia balik. Saya meneruskan misi. Masa tu saya jumpa seorang akak ni. Dia sama penerbngan dengan saya. Kami bersembang kejap kemudian berjanji untuk balik bersama. Sama juga situasi saya untuk kali ke dua, cuma saya tengok ramai yang menari dan berselawat. Masa tu saya menangis semahunya depan makam nabi. Berdoa kepada Allah untuk hilangkan perbuatan bid'aah mereka. Mencium tiang dan sebagainya bukan ajaran nabi. Sahabat pun tak pernah buat begitu. Kali ini doa saya lebih kepada untuk umat nabi sendiri, untuk negara dan juga untuk diri sendiri. Dapat solat 2 kali juga. Kali kedua lebih mudah dan dibukakan ruang untuk solat. Alhamdulillah :)

KALI KETIGA MASUK RAUDAH

Masa kali ketiga saya masuk adalah awal pagi selepas pukul 8 untuk ziarah wida'. Masa ni sangat luar biasa ramainya. Tapi saya masuk jugak. Masa sujud tu kepala kena pijak, jari tangan pun kena pijak. Selamat lah kaki ayam je. hehe. Ada satu masa tu tiba-tiba saya rasa geram dengan jemaah yang menolak-nolak ( paling worst sepanjang di raudah). Tapi saya cepat-cepat istigfar. Mungkin ini ujian. Kemudian solat kali pertama tu memang kelam kabut, solat kali kedua Alhamdulillah sangat selesa :). Menangis saya masa meninggalkan raudah tu. Saya kata, ya Nabi, saya akan datang lagi dengan Izin Allah.

Sangat best pengalaman saya di raudah. Dan yang uniknya, ke tiga-tiga lawatan saya ke raudah hampir sama coraknya. Hampir sama mudahnya. Tempoh dari menunggu sehingga selesai pun lebih kurang 1 hingga 1 jam setengah sahaja.

Ingat, tips paling utama adalah SABAR dan SELAWAT. Semua pun pasti akan dapat peluang untuk ke raudah. Yang penting doa di mudahkan segala urusan :)

Antara link menarik untuk anda baca

Hukum melawat makam nabi

Ok, lepas ni saya update pasal Mekah pulak. Hihi. Terskip pulak kan. Saya suka sangat dengan Raudah ni. Jatuh Hati sebab tu prioriti di sini ;)

Moga cinta kita bertaut kembali di Raudah.
Amin

Continue Reading

SPIRITUAL JOURNEY - PENGALAMAN UMRAH (PART 1 MEKAH)

Assalamualaikum semua.
Sihat semua ye :)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Impian saya sejak awal tahun 2014 tercapai pada awal disember yang lalu. Seperti yang saya pernah cerita dalam entri sebelumnya, saya mendapat panggilan dari Allah untuk mengerjakan umrah :) Tiada yang lebih berharga daripada perjalanan ini. Semuanya Allah telah rancang dengan sangat baik.

Pada mulanya saya berniat nak pergi umrah pada mac 2015, tapi januari tu ayah mertua saya dah sakit, kemudian meninggal pada Mac 2015 :(. Masa tu saya redha dan ingat tak dapat pergi umrah tahun ni, tapi Allah maha mengetahui isi hati hambaNya. Umrah kali ini adalah reward paling besar untuk saya. Hanya saya yang tahu kenapa :) Biarlah jadi rahsia saya dengan Allah s.w.t.

Ok jom kita terus pada cerita pengalaman yang sangat bernilai ni. Moga mendapat manfaat kepada yang membaca, dan moga anda juga menanam niat untuk ke tanah suci ni :).

Saya dan suami menyertai Umrahs2u iaitu group shaklee under naungan Iffah Anuar dan Firdhaus. Masa tu memang saya dok mencari-cari nak pergi yang mana, kebetulan mereka ada offer, so mereka yang uruskan semua. Travel agent kami adalah andalusia. Alhamdulillah walaupun ada kekurangan , tapi kami di mudahkan oleh Allah untuk mengerjakan ibadat dengan baik :)

Bersama harta dunia kami. Anak-anak di tinggalkan demi sebuah perjuangan. Mereka tak mungkin faham, tapi mereka mungkin cuma rindu :)

Mak dan mak mertua saya. Mereka berdua menjaga anak-anak saya sepanjang saya di umrah. Syukur sangat emak2 saya ni membantu. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa mereka :(

Malaysia ditinggalkan buat sementara waktu
Kami menaiki Saudi airlines pada 6 disember 2015. Cepat-cepat saya masuk dalam balai berlepas sebab sikit lagi boleh hilang pertimbangan akibat berpisah dengan anak-anak namun saya kuatkan hati. Automatik lepas masuk balai berlepas, saya dah tak rasa apa. Allah juga yang mudahkan. Kami solat zuhur dan asar di airport kemudian berlepas pada jam 3 petang. Makanan memang best dalam saudi airlines, suami lah tak berapa sangat sebab dia suka nasi. hihi. Saudi airlines ni memang sesuai untuk orang yang gemar ala-ala pasta ;)

Selamat sampai di Jeddah
Kami sampai di Jeddah pada pukul 7.30 malam waktu mekah. Masa tu dah abis solat isyak, jadi kami hanya solat jamak dan qasar di airport. Urusan imigresen mengambil masa selama 4 jam. Tak terasa sangat lah bagi saya. kita fikir Allah mudahkan insha Allah mudah je. Cuma penat sebab tak tido sangat malam sebelum dan di flight pun tak tidur. Pada jam 2 pagi macam tu baru kami di bawa ke hotel kami. Agak jauh dari yang di janjikan, tapi kami ok je nak jalan. Best juga jalan-jalan cuma lenguh sikit kalau buat umrah pastu nak jalan balik hotel. Kami seboleh-bolehnya nak sembahyang 5 waktu di masjid haram. Alhamdulillah dapat kecuali Subuh masa malam mendaki puncak gunung hirak.

Mutawif membawa kami ke masjidil haram sejurus selepas meletak bag dan makan pagi di hotel. Masa tu berdebar-debar nak jumpa kaabah. Pertama kali kan. Macam nak jumpa kekasih hati pun ada. hehehe.

Subhanallah. Sangat cantik. Kagum je tengok
Gambar di atas bukan saya tangkap lepas tengok kaabah buat pertama kali. Masa 1st time memang tak bawak phone. Sebab nak fokus umrah. Tak ada gambar, tapi memori ada dengan saya dan Allah. Wordless. Mengalir jugak air mata sepanjang tawaf. Mengalir air mata sebab saya tak sangka saya dapat sampai ke situ, menangis sebab banyaknya dosa, menangis kerana betapa agungnya kiblat kita semua  :) . Sebak sangat.
Kemudian kami meneruskan umrah kami saie dan bertahalul. Ok insha Allah saya akan sambung pada entri seterusnya tentang perjalanan kami di bumi Mekah.

Nantikan ye :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

23 November 2015

BAGAIMANA VITAMIN C MERAWAT JERAWAT DAN JERAGAT?


Wanita selalunya allergik bila tengok jerawat di muka kan? Tipulah kalau you all yang kena jerawat dan jeragat boleh duduk diam tanpa fikir macam mana nak kurangkan atau rawat jerawat tu kan?

Muka saya pun tibe-tibe naik jerawat ..huhu.. Saya memang dah tahu naik jerawat sebab masalah hormon dan juga stress. Kemudian saya cuma upkan intake vitamin C saya kepada 3 biji sehari. Alhamdulillah walaupun kesan masih ada,tapi boleh nampak semakin pudar.

merawat jerawat


APA HEBATNYA VITAMIN C sehingga boleh merawat jeragat dan jerawat?

Pertama kali kita kena tahu, vitamin C adalah penguat sistem imun, di mana jerawat bermula kerana jangkitan bakteria atau kotoran yang seterusnya boleh mengakibatkan jerawat teruk. So secara tidak langsung, vitamin C boleh meningkatkan sistem imun dan kurangkan 'block' dari jangkitan yang menyebabkan jerawat.

Lagi satu you all tahu tak vitamin C pun salah satu detoks agent? Kalau badan penuh toksin memang senang kena jerawat. Contoh, kalau berhari-hari tidak buang air besar akibat sembelit boleh sebabkan jerawat. Saya pernah mengalaminya. Tapi masa tu tak tahu. Sekarang Alhamdulillah ok dah!

Vitamin C juga adalah antiokisdan yang menyerang radikel bebas yang menyerang sel-sel kulit. So kira vitamin C ni protective la. Hehe. Menjaga kulit kita gitu. Boleh baca bagaimana vitamin C merawat jerawat . 
Artikel tu dalam bahas inggeris, tapi saya dah olah dalam bentuk ringkas dalam entri ini!

 So, kalau you all nak vitamin C, mesti kena ambil dari sumber makanan atau supplemen tau sebab badan kita tak dapat hasilkan vitamin C sendiri. Macam saya hari-hari tak pernah miss ambil vitamin C shaklee ni ;)
Ternyata pilihan yang sangat bagus sebab saya dah alami #shakleeeffect yang sangat best. Bukan tu je, vitaminC pun boleh dijadikan masker kecantikan tau. So luar dalam pun terjaga. Dan sememangnya lebih hebat kesannya dengan collagen+ vitamin B dan vitamin E!

Jangan stres2! nanti jerawat susah hilang...heeee....


Product review : Offer vitamin C sangat murah untuk bulan Oktober. Grab now!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

7 TIPS NAIKKAN KOLESTROL HDL

Assalam semua,

Korang tahu tak apa itu HDL? HDL adalah sejenis kolestrol baik yang di perlukan dalam badan. Kolestrol baik perlu untuk mengankut kolestrol jahat dari pembuluh darah untuk bertukar menjadi zat yang baik.
Kalau dulu kita sering risau kalau LDL (kolestrol jahat) meningkat bukan? Namun, sejak meneliti beberapa bacaan, tahap kolestrol baik (HDL) juga penting untuk badan dan mengelakkan penyakit jantung jika dibiarkan berlarutan. Saya pernah up entri kolestrol tak lama dulu, tapi tak berapa terperinci tentang HDL ni.


kolestrol baik


Bagaimana HDL berfungsi? Jom tengok gambar #stock picture ni. Saya ambil dari google. (medmovie)

kolestrol baik
kolestrol

Ini pula, bacaan kolestrol yang sepatutnya. Means, kalau you all nak cek kolestrol boleh jadikan table ni sebagai rujukan. Haih. asyik cerita gambar je, tipsnye mana kan??? Kejap ye, kita share jap je lagi.



7 TIPS UNTUK NAIKKAN HDL / KOLESTROL BAIK DALAM DARAH



1.  Tingkatkan senaman. Kadang-kadang, kalau HDL kurang sikit je, doktor akan sarankan exercise banyak-banyak. Insha Allah boleh naikkan HDL

senaman

2. Kurangkan berat berlebihan. Pastikan anda tahu BMI anda di tahap mana. Berat boleh dikurangkan dengan pengambilan kalori yang baik dan juga senaman. Mengikut kajian, jika setiap 2.7kg berkurangan, 0.03mmol/L HDL boleh di tingkatkan

turun berat badan
3. Pilih makanan berlemak yang sihat dan tidak tepu. Ada 2jenis lemak. Pastikan anda pilih yang betul. Elakkan makan makanan yang bergoreng dengan minyak berlebihan. Gambar bawah ni menunjukkan dengan jelas jenis-jenis lemak yang perlu anda ambil

lemak baik

lemak sihat


4. Ambil makanan berwarna ungu kerana makanan ini tinggi antioksidan dan antocyanin. Ha, dalam vivix ada antocyanin ni. Kan? Pernah highlight dulu dalam entry sebelum-sebelum ni. Kalau tak pun cari lah buah naga ke, beetroot ke, anggur ke, tapi pastikan bukan non organik ye. Nanti jadi lagi tak ok kang.


5. Kurangkan makanan karbohidrat seperti nasi dan roti. Lebihkan protein


6. Ambil makanan yang bersumber omega 3 atau supplemen omega
lemak omega 3

7. Berhenti merokok!



Yang tips-tips atas ni bukan saya cakap seorang syok sendiri tau. Banyak web-web medikal pun ada cerita pasal ni. Antaranya, kalau nak pengesahan boleh klik link bawah ni

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/hdl-cholesterol/art-20046388?pg=2

 http://www.everydayhealth.com/high-cholesterol-pictures/how-to-raise-hdl-cholesterol.aspx#01

http://www.mensfitness.com/nutrition/how-to-boost-your-good-cholesterol-sky-high/slide/9


Harap boleh membantu untuk you all. Jom sihat selalu ;) Insha Allah

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading