21 December 2015

SPIRITUAL JOURNEY - PENGALAMAN UMRAH (PART 1 MEKAH)

Assalamualaikum semua.
Sihat semua ye :)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Impian saya sejak awal tahun 2014 tercapai pada awal disember yang lalu. Seperti yang saya pernah cerita dalam entri sebelumnya, saya mendapat panggilan dari Allah untuk mengerjakan umrah :) Tiada yang lebih berharga daripada perjalanan ini. Semuanya Allah telah rancang dengan sangat baik.

Pada mulanya saya berniat nak pergi umrah pada mac 2015, tapi januari tu ayah mertua saya dah sakit, kemudian meninggal pada Mac 2015 :(. Masa tu saya redha dan ingat tak dapat pergi umrah tahun ni, tapi Allah maha mengetahui isi hati hambaNya. Umrah kali ini adalah reward paling besar untuk saya. Hanya saya yang tahu kenapa :) Biarlah jadi rahsia saya dengan Allah s.w.t.

Ok jom kita terus pada cerita pengalaman yang sangat bernilai ni. Moga mendapat manfaat kepada yang membaca, dan moga anda juga menanam niat untuk ke tanah suci ni :).

Saya dan suami menyertai Umrahs2u iaitu group shaklee under naungan Iffah Anuar dan Firdhaus. Masa tu memang saya dok mencari-cari nak pergi yang mana, kebetulan mereka ada offer, so mereka yang uruskan semua. Travel agent kami adalah andalusia. Alhamdulillah walaupun ada kekurangan , tapi kami di mudahkan oleh Allah untuk mengerjakan ibadat dengan baik :)

Bersama harta dunia kami. Anak-anak di tinggalkan demi sebuah perjuangan. Mereka tak mungkin faham, tapi mereka mungkin cuma rindu :)

Mak dan mak mertua saya. Mereka berdua menjaga anak-anak saya sepanjang saya di umrah. Syukur sangat emak2 saya ni membantu. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa mereka :(

Malaysia ditinggalkan buat sementara waktu
Kami menaiki Saudi airlines pada 6 disember 2015. Cepat-cepat saya masuk dalam balai berlepas sebab sikit lagi boleh hilang pertimbangan akibat berpisah dengan anak-anak namun saya kuatkan hati. Automatik lepas masuk balai berlepas, saya dah tak rasa apa. Allah juga yang mudahkan. Kami solat zuhur dan asar di airport kemudian berlepas pada jam 3 petang. Makanan memang best dalam saudi airlines, suami lah tak berapa sangat sebab dia suka nasi. hihi. Saudi airlines ni memang sesuai untuk orang yang gemar ala-ala pasta ;)

Selamat sampai di Jeddah
Kami sampai di Jeddah pada pukul 7.30 malam waktu mekah. Masa tu dah abis solat isyak, jadi kami hanya solat jamak dan qasar di airport. Urusan imigresen mengambil masa selama 4 jam. Tak terasa sangat lah bagi saya. kita fikir Allah mudahkan insha Allah mudah je. Cuma penat sebab tak tido sangat malam sebelum dan di flight pun tak tidur. Pada jam 2 pagi macam tu baru kami di bawa ke hotel kami. Agak jauh dari yang di janjikan, tapi kami ok je nak jalan. Best juga jalan-jalan cuma lenguh sikit kalau buat umrah pastu nak jalan balik hotel. Kami seboleh-bolehnya nak sembahyang 5 waktu di masjid haram. Alhamdulillah dapat kecuali Subuh masa malam mendaki puncak gunung hirak.

Mutawif membawa kami ke masjidil haram sejurus selepas meletak bag dan makan pagi di hotel. Masa tu berdebar-debar nak jumpa kaabah. Pertama kali kan. Macam nak jumpa kekasih hati pun ada. hehehe.

Subhanallah. Sangat cantik. Kagum je tengok
Gambar di atas bukan saya tangkap lepas tengok kaabah buat pertama kali. Masa 1st time memang tak bawak phone. Sebab nak fokus umrah. Tak ada gambar, tapi memori ada dengan saya dan Allah. Wordless. Mengalir jugak air mata sepanjang tawaf. Mengalir air mata sebab saya tak sangka saya dapat sampai ke situ, menangis sebab banyaknya dosa, menangis kerana betapa agungnya kiblat kita semua  :) . Sebak sangat.
Kemudian kami meneruskan umrah kami saie dan bertahalul. Ok insha Allah saya akan sambung pada entri seterusnya tentang perjalanan kami di bumi Mekah.

Nantikan ye :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

23 November 2015

BAGAIMANA VITAMIN C MERAWAT JERAWAT DAN JERAGAT?


Wanita selalunya allergik bila tengok jerawat di muka kan? Tipulah kalau you all yang kena jerawat dan jeragat boleh duduk diam tanpa fikir macam mana nak kurangkan atau rawat jerawat tu kan?

Muka saya pun tibe-tibe naik jerawat ..huhu.. Saya memang dah tahu naik jerawat sebab masalah hormon dan juga stress. Kemudian saya cuma upkan intake vitamin C saya kepada 3 biji sehari. Alhamdulillah walaupun kesan masih ada,tapi boleh nampak semakin pudar.

merawat jerawat


APA HEBATNYA VITAMIN C sehingga boleh merawat jeragat dan jerawat?

Pertama kali kita kena tahu, vitamin C adalah penguat sistem imun, di mana jerawat bermula kerana jangkitan bakteria atau kotoran yang seterusnya boleh mengakibatkan jerawat teruk. So secara tidak langsung, vitamin C boleh meningkatkan sistem imun dan kurangkan 'block' dari jangkitan yang menyebabkan jerawat.

Lagi satu you all tahu tak vitamin C pun salah satu detoks agent? Kalau badan penuh toksin memang senang kena jerawat. Contoh, kalau berhari-hari tidak buang air besar akibat sembelit boleh sebabkan jerawat. Saya pernah mengalaminya. Tapi masa tu tak tahu. Sekarang Alhamdulillah ok dah!

Vitamin C juga adalah antiokisdan yang menyerang radikel bebas yang menyerang sel-sel kulit. So kira vitamin C ni protective la. Hehe. Menjaga kulit kita gitu. Boleh baca bagaimana vitamin C merawat jerawat . 
Artikel tu dalam bahas inggeris, tapi saya dah olah dalam bentuk ringkas dalam entri ini!

 So, kalau you all nak vitamin C, mesti kena ambil dari sumber makanan atau supplemen tau sebab badan kita tak dapat hasilkan vitamin C sendiri. Macam saya hari-hari tak pernah miss ambil vitamin C shaklee ni ;)
Ternyata pilihan yang sangat bagus sebab saya dah alami #shakleeeffect yang sangat best. Bukan tu je, vitaminC pun boleh dijadikan masker kecantikan tau. So luar dalam pun terjaga. Dan sememangnya lebih hebat kesannya dengan collagen+ vitamin B dan vitamin E!

Jangan stres2! nanti jerawat susah hilang...heeee....


Product review : Offer vitamin C sangat murah untuk bulan Oktober. Grab now!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

7 TIPS NAIKKAN KOLESTROL HDL

Assalam semua,

Korang tahu tak apa itu HDL? HDL adalah sejenis kolestrol baik yang di perlukan dalam badan. Kolestrol baik perlu untuk mengankut kolestrol jahat dari pembuluh darah untuk bertukar menjadi zat yang baik.
Kalau dulu kita sering risau kalau LDL (kolestrol jahat) meningkat bukan? Namun, sejak meneliti beberapa bacaan, tahap kolestrol baik (HDL) juga penting untuk badan dan mengelakkan penyakit jantung jika dibiarkan berlarutan. Saya pernah up entri kolestrol tak lama dulu, tapi tak berapa terperinci tentang HDL ni.


kolestrol baik


Bagaimana HDL berfungsi? Jom tengok gambar #stock picture ni. Saya ambil dari google. (medmovie)

kolestrol baik
kolestrol

Ini pula, bacaan kolestrol yang sepatutnya. Means, kalau you all nak cek kolestrol boleh jadikan table ni sebagai rujukan. Haih. asyik cerita gambar je, tipsnye mana kan??? Kejap ye, kita share jap je lagi.



7 TIPS UNTUK NAIKKAN HDL / KOLESTROL BAIK DALAM DARAH



1.  Tingkatkan senaman. Kadang-kadang, kalau HDL kurang sikit je, doktor akan sarankan exercise banyak-banyak. Insha Allah boleh naikkan HDL

senaman

2. Kurangkan berat berlebihan. Pastikan anda tahu BMI anda di tahap mana. Berat boleh dikurangkan dengan pengambilan kalori yang baik dan juga senaman. Mengikut kajian, jika setiap 2.7kg berkurangan, 0.03mmol/L HDL boleh di tingkatkan

turun berat badan
3. Pilih makanan berlemak yang sihat dan tidak tepu. Ada 2jenis lemak. Pastikan anda pilih yang betul. Elakkan makan makanan yang bergoreng dengan minyak berlebihan. Gambar bawah ni menunjukkan dengan jelas jenis-jenis lemak yang perlu anda ambil

lemak baik

lemak sihat


4. Ambil makanan berwarna ungu kerana makanan ini tinggi antioksidan dan antocyanin. Ha, dalam vivix ada antocyanin ni. Kan? Pernah highlight dulu dalam entry sebelum-sebelum ni. Kalau tak pun cari lah buah naga ke, beetroot ke, anggur ke, tapi pastikan bukan non organik ye. Nanti jadi lagi tak ok kang.


5. Kurangkan makanan karbohidrat seperti nasi dan roti. Lebihkan protein


6. Ambil makanan yang bersumber omega 3 atau supplemen omega
lemak omega 3

7. Berhenti merokok!



Yang tips-tips atas ni bukan saya cakap seorang syok sendiri tau. Banyak web-web medikal pun ada cerita pasal ni. Antaranya, kalau nak pengesahan boleh klik link bawah ni

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/hdl-cholesterol/art-20046388?pg=2

 http://www.everydayhealth.com/high-cholesterol-pictures/how-to-raise-hdl-cholesterol.aspx#01

http://www.mensfitness.com/nutrition/how-to-boost-your-good-cholesterol-sky-high/slide/9


Harap boleh membantu untuk you all. Jom sihat selalu ;) Insha Allah

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

18 November 2015

SKIN CARE BEBAS BAHAN KIMIA DARI SHAKLEE

Assalam..

Actually dah banyak entri saya dah ketengahkan tentang nutriwhite, sebab saya memang pengguna tegar skin care nutriwhite. Honestlty memang best, memang sangat teruja sebab kulit kita jadi lebih gebu dan tak kusam, jerawat tu memang ada la terutama kalau nak period, tapi Alhamdulillah cepat hilang.

Entry hari ni saja nak up tentang shaklee nutriwhite yang saya pakai basic! Edit2 gambar bagi lawa rasa rugi pula tak share kat blog. Sebab kat instagram banyak gambar-gambar menarik  ( ig : rehanswardrobe ) so kena adil lah kat sini pun letak sama kan..kan??

skincare

Ha, lawa kan? Actually gambar ni mentor saya yang snap, best sangat dalam group JMS dan group jelita jelitawan. Susur galur atas kami ni mudah sangat memberi, tinggal nak buat atau tak sahaja. So in case kalau you all nak join group kami, tak perlu risau dah tentang nak ambik gambar yang cantik-cantik macam ni, Insha Allah kami share dan ada banyak lagi kami kongsi bersama, pengalaman, testimonial dan macam-macam lagi lah. Kan da off topic tu..hehe..

Back to topic, nutriwhite ni memang sangat best, anda boleh tengok testimonial nutriwhite shaklee, kemudian kalau anda lebih fokus nak tengok bahan-bahan yang di buat untuk menjadi nutriwhite boleh tengok di : ramuan nutriwhite. You all memang akan terkejut tau tengok semuan ramuan bunga-bunga dan buah-buahan. Tanpa paraben dan tanpa bahan kimia. Nak tahu harga boleh tengok price list nutriwhite. Insha Allah negotiable dan banyak free gift menarik menanti anda!

Oh ye, anda akan terkejut juga tengok harga nya sebab murah dan jimat berbanding dengan bahan yang ada dalamnya!

Selamat membaca semua link-link yang saya bagi  ye ;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

16 November 2015

PIL MELAMBATKAN HAID UNTUK UMRAH ATAU HAJI

Assalamualaikum semua,

Saya rasa saya perlu share tentang pil melambatkan haid terutama untuk wanita yang ingin menunaikan umrah atau haji. Ada banyak pendapat yang mengatakan hukum mengambil pil penahan haid ini sebagai harus ataupun tidak perlu langsung kerana haid adalah nature of woman.

Tapi pada pandangan saya, apabila kita betul-betul nak melakukan ibadah kerana Allah, spend duit yang beribu untuk ke sana, maka saya pilih untuk mengambil pil ini. Saya ada rujuk beberapa website favourite saya iaitu : www.islamqa.com

Website ini alhamdulillah setakat ini memaparkan semua hukum berdasarkan hadith nabi yang sahih dan mengikut riwayat.

Antara link yang memberi jawapan kepada soalan perlukah mengambil pil penahad haid untuk umrah atau haji :

1. Hukum mengambil pil penahan haid

2. Hukum mengambil pil penahan haid

3. Hukum mengambil pil penahadn haid 


Selepas melakukan beberapa research dan survey, saya dapati pil norethisterone. Ada juga doktor yang mencadangkan saya pil yasmin iaitu pil perancang. Saya tak berapa konfiden dengan itu sebab banyak gak side effect yang mungkin saya terpaksa tanggung kerana pengambilan pil yasmin tu kena bermula 1 atau 2 bulan sebelum haid di umrah atau haji.

norethisterone
pil norethisterone 5mg - Sunolot

So pagi ni saya pergi klinik bahiah saujana utama. Memang sangat best dan faham explanation doktor tu. Cara makan pun sangat simple. Ambil 2 biji pil ni sehari sekali, 3 atau 4 hari sebelum tarikh jangkaan haid kita. So kenala take note haid sebelumnya kena berapa haribulan. Kalau tak memang sia-sialah jawabnya :p.
Kalau nak safe, boleh je ambil seminggu sebelum hari haid tu. Kemudian agak-agak nak balik dari umrah atau haji tu, stop la makan ubat tu. Lepas 2 atau 3 hari akan turun haid macam biasa, cuma mungkin akan heavy sikit sebab haid ditahan kan, so bila keluar tu akan keluar sekali banyak.

Kalau lagi sikit makan lagi bagus kot..hihi. sebab kita nak kurangkan side effect kan. Tapi doktor tu cakap tak ada side effect sangat sebab kita ambil few days or 1 week macam tu je. Kalau ada pun maybe sakit kepala, dizzy atau loya-loya. So far, kawan-kawan saya tak ada masalah bila ambil pil ini.

Bagaimana norethisterone ini berfungsi?

Norethisterone ini adalah sejenis hormon progesteron. Kalau nak dekat period atau haid, hormon progesteron akan menurun. So, kemudian dinding rahim akan luruh sebagai haid. Tapi bila ambil pil ini, ia akan menebalkan dan mengekalkan dinding rahim tanpa luruh. Bila dah stop, then dinding rahim pun akan luruh la sebagai haid.

Saya harap entry ini akan membantu anda sebab saya mengambil masa lebih kurang 1 bulan lebih untuk decide tentang ini. hehe. So hope you all dapat decide dengan mudah :)


Sebenarnya pil ni boleh guna untuk honeymoon atau kalau nak pergi bercuti saja-saja, tapi saya tak berapa galakkan lah kalau untuk tujuan macam tu. Kalau niat beribadat lain lah :)

Btw, insha Allah saya dan suami akan menjalani ibadat umrah dengan group shaklee2u pada 6 Disember ini. Jujurnya, sangat2 teruja untuk  bertemu rumah allah yang menjadi kiblat semua muslim serta berjumpa rasulullah saw. Insha Allah saya akan update tentang perjalanan kami  :)

Doakan semua ye ;)


Produk review :

Haid tak normal?
Sering stress sebab datang bulan tak tentu masa?
Sukar hamil?


Jom cuba GLA COMPLEX! RM 83 sahaja!

Whatsapp 0122319979 sekarang untuk sebarang pertanyaan :)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 November 2015

Vitamin C : Kolagen paling murah dan berkesan

Korang tahu tak, Vitamin C ni pun boleh berfungsi sebagai collagen tau. Ambillah 2 hingga 3 biji vitamin C setiap hari. Pastu share la dekat saya hasilnya lepas 4 atau 6 bulan. Insha Allah marvellous!!







































Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 FAKTA TENTANG VITAMIN C

Assalamualaikum semua,

Sebelum saya lupa, saya nak remind you all ye, bulan ni ada promo Vitamin C shaklee yang sangat popular tu. Bagi saya, vitamin C tu yang buat kulit saya makin cerah dan tidak kusam masa awal-awal saya ambil vitamin C dengan set menyusu. Well, memang bonus ambil set penyusuan shaklee tapi dapat kulit yang lagi cantik dan tidak kusam.

Ok, siapa tak tahu tentang vitamin C, entry ni saya nak cerita semua tentang vitamin C sahaja. So you all boleh baca dan rasakan kepentingan vitamin C untuk badan anda!



1. Vitamin C adalah vitamin larut air dan jika di ambil berlebihan akan dikumuhkan dalam air kencing. Sangat berbeza dengan vitamin C shaklee yang ada sistem perlepasan berjam di mana 100mg akan dibebaskan setiap jam. :) uuntunglah anda!

2. Vitamin C penting untuk sintestis collagen dalam kulit anda. Jika tidak mampu untuk mengambil collagen, anda boleh ambil vitamin C yang secukupnya untuk kulit anda.

3. Vitamin C adalah salah satu antioksidan yang penting di mana ia akan memerangi radikel bebas yang dihasilkan oleh sel badan.

4. Kekurangan vitamin C boleh sebabkan penyakit skurvi di mana gusi boleh mudah berdarah, dan gigi mudah tanggal

5.  Vitamin C mampu membantu otak untuk merembeskan hormon neurotransmiter untuk fungsi otak yang lebih baik


6. Vitamin C boleh mengurangkan selesema dan meningkatkan sistem imun badan manusia

7. Vitamin C boleh mencerahkan kulit, mencegah pigmentasi, menjadikan kulit lebih cantik dan tidak kusam serta lebih bertenaga

8. Keperluan asas vitamin C setiap hari adalah 650mg bagi setiap individu dewasa

9. Perokok memerlukan vitamin C yang sangat tinggi kerana vitamin C akan musnah kerana asap rokok dan tembakau

10.  Vitamin C membantu penyerapan iron dengan lebih baik



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 October 2015

VITAMIN C BOLEH SEBABKAN KANSER. FAKTA ATAU AUTA?

Hari ini penuh whatsapp group mengforward message tentang vitamin C boleh sebab kan kanser. Nak tahu message yang mana? Kejap saya paste
.
.
.

Nurull Halawati - Penulis Skrip dan Novel

5 August at 21:56 · 

Saya perlu tulis kisah ini untuk kebaikan semua!

KISAH BENAR: KERAP MAKAN LUAR & MAKAN VITAMIN C PUNCA KANSER!!

Alkisahnya, tadi saya ada pitching filem hantu Thailand, untuk projek worldwide di Kl Sentral. Saya menanti CEO syarikat tersebut yang menelefon saya untuk sama-sama menghadap panel, berkaitan budget filem dan sebagainya.

Bila dia tiba, kami berbual sementara menanti giliran dipanggil. Kami bercerita soal kerjaya masing-masing. Bila dia tahu karya saya Stanza Cinta dan Walau Sedetik Cuma...mukanya nampak berubah. Saya katakan pada dia saya suka buat drama berat, kisah pesakit kanser. Sebab kawan baik saya meninggal sebab kanser.

Tika itu dia membuka cerita, "saya pesakit kanser!"

Saya tergamam!!. Jika diteliti keadaannya memang tidak nampak seperti orang sakit kanser. Nak kata sakit biasa pun tidak. Memang cergas, sihat dan ceria.

"Saya ada kanser darah. Doktor kata lepas dua kali kimo saya dah mati..."

Begitu mukadimahnya becerita pada saya.

"Memang dah lama saya berhasrat nak buat drama kisah saya ni. Supaya jadi iktibar...tentang akibat kanser, pada pesakit itu sendiri, juga pada keluarga dan orang tersayang yang menghidap kanser!!kisahnya memang sadis..memang boleh menangis dibuatnya!

Tapi, apa yang saya nak ceritakan ini jauh lebih penting dari liku-liku yang dihadapinya tatkala doktor mengesahkan, "awak meghidap kanser!"

Katanya, selepas mendapat ujian darah, dokor hanya bertanya 3 perkara pada beliau..

1) Doktor : You suka makan luar ye?
Mr X : Bukan suka, memang hari-hari makan luar....( isterinya seorang Manager di sebuah hotel terkemuka. Kerjaya dan gaji yang besar)

2) Doktor : You biasa makan vitamin C ke?
Mr X : Yes..Saya memang suka makan Vitamin C. Antara amalan dia sejak remaja belia lagi.

3) Apa minuman yang You selalu amalkan??
Mr X : Saya suka minum air lemon suam! Ataupun ice lemon tea.

Ok, berdasarkan soalan itu,doktor sendiri sudah tahu apa faktor yang menyebabkan kanser darah pada tubuh beliau.

1- Makanan luar antara punca kanser kerana kandungan MSG dan bahan perasa yang terlalu tinggi. (Saya sendiri memang selalu ada pengalaman buruk jika makan luar di kedai, selalu akan pening yang teramat, loya dan muntah-muntah!)

2- Doktor kata Vitamin C itu juga antara penyebab Kanser! Kerana kandungan bahan kimia didalamnya! Ramai yang tak tahu sebab dengar vitamin je mesti baik dan bagus! Sedangkan dalam Vitamin tu terdapat bermacam-macam bahan kimia juga.

Masa ini saya tersentak kejap! saya hari-hari telan Vitamin C shaklee, alamakk..rasa gerun pula tetiba. Saya tanya dia Shakleetu ok tak? Dia kata yang tu dia tak tahu tapi jangan makan Vitamin C yang bukan-bukan. Pastikan takde bahan kimia! Tika itu saya teringat, Shaklee memang tidak mengandungi bahan kimia, ianya neutral 100%.

3- MINUMAN?? Doktor kata, nasib baik You suka amalkan minuman ni. Ada sejenis air yang You selalu minum yang buat You masih selamat. Itulah dia AIR LEMON!!!

Air lemon jika diminum dengan ais akan menjadi Vitamin C secara semulajadi.

Air lemon jika dminum dengan air suam akan menjadi ubat untuk kanser!

itulah air kegemarannya yang diminum selama ini, yang mengurangkan gejala kansernya dari merebak dengan teruk!

Selepas disahkan menghidap kanser, Mr X tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi. Ubat-ubatan hospital yang dibeli sebanyak RM37k tidak dimakan. Punyalah mahal macam boleh beli kereta!

Kebetulan seorang kawannya, baru menjalani kimoterapi di hospital swasta dengan kos sebanyak RM147k..tapi keesokan harinya meninggal dunia! Disebabkan itu, dia langsung tidak berniat untuk menjalani kimoterapi!!

Dia berusaha mencari jalan lain tanpa perlu menjalani kimo, tanpa perlu menelan ubat-ubatan yang berkotak-kotak dibekalkan doktor!

Akhirnya dia menemui penawarnya, iaitu herba Belalai Gajah (sejenis pokok) serta Dewa Raja. Dua jenis herba inilah yang dimakannya selama ini...hingga ke saat ini. Daritidak boleh bangun, sakit yang teruk.kurus kering, kini dia sudah pun pulih. Sihat walafiat dan ceegas menjalani kehidupannya seperti orang lain.

Saya berjanji untuk menulis kisahnya untuk didramakan. Dia seorang yang sangat positif, bersemangat dan kuat berhadapan dengan kansernya, namun dugaan yang dilaluinya dari sudut yang lain. Nanti akan saya nukilkan dalam karya saya.

Pesan dia pada saya, tolong jaga pemakanan..jaga pemakanan! Jangan banyak makan di luar, jangan makan vitamin C atau ubat-ubatan yang ada bahan kimia..dan selalulah minum Air Lemon. Setiap pagi dan malam!

p/s: Balik rumah terus beli lemon banyak-banyak. Saya takkan bagi anak makan Vitamin C dari farmasi yang saya beli bulan-bulan tu. akan cari yang nuetral sahaja.

Kalau nak insaf, nak control nafsu makan yang tinggi melangit, jumpalah orang sakit, berbuallah dengan pesakit-pesakit kronik.Baru thu betapa BESARNYA NIKMAT SEBUAH KESIHATAN ITU!!!!!

Selamat menjaga keluarga anda semua, buat para isteri jagalah makan minum suami dan anak-anak, supaya makanan yang dimakan halal, selamat dan diyakini bersih!-

Ok, popular ye Shaklee ni sebab ramai yang ambil vitamin C sustained release dan juga chewable vitamin C untuk kanak-kanak.

Korang tahu tak vitamin-vitamin Shaklee ni natural dan semulajadi? Tidak ada unsur sintetik macam vitamin yang lain. Vitamin yang lain memang saya tak tahu tapi saya belajar dan gali tentang vitamin C. Malah multivitaminnya dah lebih 100 tahun di dunia ni, saya rasa kajian lebih kepada betapa sihatnya individu yang mengambil supplemen shaklee berbanding dengan individu yang tidak mengambil supplemen shaklee.

Vitamin C shaklee 500mg adalah sustained release, dimana perlepasan berjam dalam badan. Kalau siapa belajar sains dulu ingat kan vitamin C adalah larut air dan akan dilepaskan dalam air kencing jika tidak digunakan. Lagipun vitamin C shaklee dibuat daripada ekstrak jagung dan mengandungi bioflavonoid. Manakala chewable vita C di buat dari rosehip

Kalau tengok banyak sangat klinikal study yang dibuat oleh physician shaklee, boleh refer di : klinikal studi shaklee. Kalau ada banyak masa untuk forward macam-macam whatsapp message, saya pasti anda juga ada masa untuk baca klinikal studi shaklee juga :)

Nak tahu landmark study? Boleh download brochure di sini : landmark study

Lagi tentang vitamin Shaklee boleh baca di sini : journal shaklee

Saya rasa message diforward tu tak bagitahu pun vitamin Shaklee tu tak boleh makan, cuma doktor tu suruh avoid yang SINTETIK which is so true. Lagipun, makan kat luar hari-hari dengan MSG yang banyak boleh jadi penyumbang juga.

Info : Antioksidan sangat penting untuk kanser sebab memerangi radikel bebas yang menyerang sel-sel baik. Antara antioksidan yang penting adalah ACE which is vitamin A , C dan E.

So kalau anda nak cari yang semulajadi dan natural meh la pilih shaklee ni. Dah ramai sangat yang puas hati dan jadi lebih sihat ;)

Ok, nak balik dah!
Bye!

Salam sayang dari shaklee independent distributor

Rehana

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

13 October 2015

7 TIPS PEMAKANAN UNTUK KESIHATAN OTAK ANDA

Saya ada baca artikel dari daily mail tentang nutrien penting untuk kesihatan otak. Saya cuba ringkaskan di sini untuk tatapan para pembaca semua untuk info anda ;)

Pemakanan yang sihat sangat mempengaruhi sistem badan kita termasuk otak. Pernah saya dengar pemakanan yang tidak sihat seperti sosej dan nugget segera boleh mengakibatkan kanser dalam jangka masa panjang. Wallahualam, Sebab itu penting untuk jaga nutrien yang masuk ke dalam perut kita. Di sini ada 7 tips pemakanan yang mungkin membantu anda terutama untuk kesihatan otak anda. Apa 7 tips itu ?

1. OMEGA 3

Asid lemak dalam omega 3 memainkan peranan penting dalam mengekalkan struktur neuro dan fungsinya selain menjadi anti radang dalam badan kita. Pengambilan omega 3 mampu mengurangkan simptom tekanan pada seseorang individu. Omega 3 ada banyak dalam kekacang, tiram, ikan seperti sardin, makerel dan salmon. Oleh kerana sesetengah ikan laut dalam mempunyai merkuri yang tinggi, haruslah di ambil dengan kadar yang sederhana. Beza tau dengan Omega Guard yang sudah melalui proses penyingkiran logam-logam berat seperti merkuri itu. Jadi sentiasa selamat dan pastikan pilih supplemen yang betul-betul berkualiti dan melalui proses penyulingan yang menyingkir toksik dalam laut itu

2. VITAMIN B DAN FOLAT

Kita perlukan vitamin B untuk proses metabolisma dan mempunyai fungsi khas untuk otak. Folat ( B9) sangat penting untuk anti stress . Jika anda mengambil supplemen B compleks, pastikan vitamin B compleks itu lengkap dengan 12 jenis vitamin B.


3. ASID AMINO

Asid amino boleh dijumpai dalam protein seperti telur, daging dan kekacang. Asid amino juga mempunyai fungsi anti depression. Pastikan asid amino lengkap ye ( ada asid amino perlu dan asid amino tidak perlu)


4.  MINERAL

Mineral seperti zink, magnesium, iron mempunyai fungsi penting dalam neurologi. Zink khususnya sering dilupakan walhal zink terlibat dengan proses reaksi bahan kimia di dalam otak. Di samping itu zink sangat penting untuk sistem imun, kekurangan zink mampu merangsang depression atau tekanan. Begitu juga dengan fungsi magnesium yang sangat penting untuk otak. Manakala iron sinonim dengan perkembangan otak seperti menghantar oksigen ke otak.

5. VITAMIN D

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang penting untuk perkembangan otak dan tulang. Kekurangan vitamin D juga boleh mengakibatkan depression. Vitamin D juga boleh diperoleh dari cahaya matahari dan juga dalam sesetengah ikan dan cendawan. Ostematrik juga ada vitamin D :)

6.  ANTIOKSIDAN

Antioksidan seperti polyphenol yang ada dalam sesetengah buah dan sayur mampu memerangi radikal bebas yang memusnahkan sel baik. Pengambilan vitamin A, C dan E sangat penting sebagai antioksidan anda. Vivix juga merupakan antioksida yang hebat.

7. MICROBIOTIK

Pengambilan mikrobiotik seperti dalam yogurt, tempe mampu mengurangkan bakteria jahat dan memberi bakteria baik untuk kesihatan otak dan badan.

Jagalah otak anda, pastikan nutrien yang baik-baik sahaja menjadi pilihan anda!!


Read more: http://www.dailymail.co.uk/health/article-3269722/Omega-3-depression-magnesium-calm-anxiety-expert-reveals-7-key-nutrients-boost-mental-health-them.html#ixzz3oUT9N6Tl







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 October 2015

MINYAK IKAN BERLAMBAK DI PASARAN! KENAPA OMEGA GUARD JUGA MENJADI PILIHAN??

Assalamualaikum semua,

Jom bersiaran kembali di hujung minggu ni. Ramai mungkin keluar berjalan atau rehat bersama keluarga, Bagi saya masa anak-anak tidur ini lah saya boleh buat kerja sedikit terutama kalau nak update blog. heee..

Sempena promo OMEGA GUARD ni, saya nak kupas sedikit tentang kelebihan OMEGA GUARD SHAKLEE yang tidak ada dalam jenama lain. Bukan apa, ramai yang tangkap muat sahaja bila nak pilih minyak ikan ini. Tak risik betul-betul, asal murah terus rembat. Kena betul-betul selidik apa kelebihan produk tersebut sebelum consume.

minyak ikan



Saya terangkan secara simple dan mudah di fahami, gambar atas sekali menunjukkan kapsul sama saiz untuk minyak ikan. Cuma kandungannya yang berbeza, dalam omega guard kepekatan EPA & DHA adalah sangat tinggi berbanding dengan jenama yang lain. Boleh rujuk gambar kedua tentang kandungan EPA & DHA yang ada dalam jenama lain juga. Tahu apa baki kandungan dalam kapsul jenama lain ? 40% sahaja omega 3 dan yang lainnya hanyalah lemak ikan semata-mata.

Selain itu, kebanyakan minyak ikan di pasaran di buat dari hati ikan manakala omega guard shaklee di buat dari keseluruhan ikan tersebut. Memang berkualiti kan.Kalau hati ikan lagi banyak toksik sebab tu pun nabi tak galakkan makan organ dalaman sebab tinggi toksik.  Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan air Jepun yang betekanan tinggi. Laut dalam ye, bukan laut biasa-biasa. Selain itu banyak lagi kehebatan omega guard shaklee seperti :

1. Melalui proses penyulingan tiga molekul yang membuang plumbum, dan logam-logam toksik seperti merkuri dan tidak berbau

2. Tidak ada pewarna dan perasa tiruan

3. Tidak mengandungi oksida dan lemak trans

testimoni omega
TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE

JANGAN LUPA PROMO OMEGA GUARD MASIH BERLANGSUNG KINI! MURAH DAN BERKUALITI!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

04 October 2015

PENGAMBILAN COLLAGEN BERTERUSAN MAMPU MENGURANGKAN SAKIT SENDI

Assalamualaikum semua,

Saya nak share cerita best dengan you all semua. Tak best lah simpan cerita best seorang2 kan. Baru-baru ini saya dah start consume shaklee collagen powder. Maklumlah umur dah menganjak 30 tahun rabu yang lalu,hihi, dah kena mula jaga kulit dan sendi.
did you know



Amazingly, saya makan 10 peket collagen powder, alhamdulillah sakit sendi saya di bahagian lutut dah mula berkurang tau. Lenguh-lenguh pun dah semakin baik lebih baik dari semasa saya consume ostematrix.

Saya memang dah tahu collagen mampu mengurangkan sakit sendi kerana master farihah pernah share ayah beliau sembuh dari ligamen koyak if tak silap saya. Kemudian saya kaji balik apa kaitan collagen dan sendi.

Dalam artikel daily mail ini, Dr ada menyarankan untuk mengambil supplemen collagen untuk membaiki sakit sendi. Anda boleh baca di artikel penuh tentang testimonial yang sangat positif tentang supplemen collagen.

Kenapa collagen mampu mengurangkan sakit sendi?
Kolagen merupakan komponen utama yang menghubungkan tisu dalam badan. Ia terdiri kira-kira 1/4 daripada jisim badan kita yang terdiri daripada kulit otot dan tendon. Selain itu, Vitamin C juga mampu bantu untuk membina collagen yang semakin hilang dalam badan kita,


Saya consume collagen untuk lebih cantik dan sihat :)
Nak tahu extra tips yang saya buat masa consume collagen??



Tadaa!! Masker collagen. Superb. Awesome! Sebab kolagen shaklee ni sangat kecil molekulnya so memang cepat je serap dalam kulit dan kesannya sangat segera! Nak tips yang super hebat lagi jom contact saya ;)






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

19 September 2015

FAKTA SOYA YANG ANDA PASTI TERKEJUT

Assalam semua,

Korang tahu tak bulan ni promo ESP shaklee? Tahu kan..Kali ni saya nak cerita lain dari yang lain tentang SOYA. Hehe. Ramai lagi yang tak tahu tentang soya. Mereka lebih beranggapan soya membawa mudarat semata-mata tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Dua hari ini saya kaji beberapa artikel tentang soya dari Dr Bruce Miller . Dr Bruce ni banyak mengkaji tau. Bukan terus cakap TAK BOLEH, JANGAN, DONT. Bukan tau. Beliau kaji dan kaji banyak tentang soya. Antaranya:

esp shaklee

Dalam kenyataannya dalam buku Dont Lose your Breast to Cancer, beliau ada cerita tentang soya mempunyai isoflavones yang mampu mengurangkan risiko kanser secara semulajadi.'
Selain itu beliau ada juga menceritakan tentang soya mampu mengurangkan kolestrol kerana nisbah asid amino dalam soya adalah lebih rendah daripada dalam daging.

soya selamat

Selain itu banyak lagi kajian yang favor pada soya seperti :

"Pengambilan soya protein setiap hari mampu mengekalkan bacaan kolestrol yang normal dan memelihara jantung, payudara dan kesihatan prostat "
 New England Journal of Medicine, 1995.  

"Individu yang mengamalkan soya mempunyai risiko simptom menopos yang kurang"
 Lancet (1997) and Obstetrics and Gynecology (1998).  

"Diet yang mengandungi soya yang tinggi boleh di kaitkan dengan pengurangan risiko kanser paru-paru untuk wanita yang sedang mengalami menopous"
The American Journal of Clinical Nutrition, 1998.

Journal of the American Dietetic Association, April 2001 mengatakan 30% pengurangan protein daging dengan soya mampu mengurangkan kalori dan lemak.

Banyak lagi kajian-kajian yang dijalankan tentang soya ni. Tapi pastikan anda memilih ciri-ciri soya yang telah saya kemukakan dalam entri : ESP
Jika anda mahu cuba ESP, boleh hubungi kami dan kami akan sertakan dengan tips pengambilan dan cara-cara yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik :)





 


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

17 September 2015

RESIPI BROWNIES COKLAT PALING SEDAP DAN RINGKAS!

Ok jom semua terus ke resipi yang sedap dan melting ni!
Hehe.
Brownies ni baru pertama kali saya buat. Sebelum ni semua buat kek sahaja semata-mata. Kawan-kawan ofis yang inspired buat brownies. Heee..Jom tengok resipi terus naa...;)

brownies coklat
250 gram mentega + 400 gram coklat masakan di cairkan dalam periuk dengan kaedah double boiling. Kacau sehingga cair dan asingkan sebagai bahan A

brownies lembut
5 biji telur ayam + 1 teh sudu esen vanila + 1 tablespoon choclat emulco+ 290 gram brown sugar di pukul sebati dengan guna whisk sahaja. Tak perlu guna mesin sebab rules of brownies memang macam tu... senang kan??

Teruskan pukul sehingga dah sebati. Asingkan sebagai bahan B

Ayak  90 gram tepung gandum, + 50 gram serbuk koko. Asingkan sebagai bahan C

Tada!! ada bahan A , B dan C. Campur bahan A dalam B kemudian masuk bahan C ke dalam adunan tu. Akhir sekali guna senduk je sebab whisk dah tak leh kacau dah.

Yang ni optional, tapi saya suka letak badam sebab rasa crunchy2. Badam tu kena bakar dulu so tak delah lemau bila makan nanti. 100 gram badam tu dah mencukupi. Lepas bakar cincang lah halus-halus..heee

Masuk kacang tu dan gaul sekejap

Masuk dalam loyang 9 x 12 inch so that brownies tak tebal Saya ada loyan besar ni je. So guna yang ni je. Kawan dah pesan suruh bakar 2 kali tapi adunan die likat, takut plak lepas dah masak tu langsung tak boleh nak tuang. Hasilnya
.
.
.
.
.
.

Tadaaa!! Lepas bakar dengan 160 degree selama 45 minit, tengah-tengah tak masak pulak. Setting oven pun tak ok sangat. Tapi sedap la rasa nya! memang yummy. Lepas ni kene beli loyang yang besar plak


Selamat mencuba u alls!! Happy baking!!





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

16 September 2015

TIPS RAWAT DEMAM CAMPAK

Assalam semua,

Saya pasti ibu-ibu di luar akan mengalami masa apabila anak-anak diserang demam campak atau chicken pox. Chicken pox ini sejenis penyakit yang disebarkan oleh virus herpes dan menular dengan sangat cepat. Sebab itu jika terkena chicken pox, memang wajib di kuarantin di rumah dan tidak dibenarkan bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Selalunya akan berlaku sekali dalam seumur hidup dan mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk betul-betul sembuh.

Anak saya Syamil kena demam campak masa merdeka hari itu. Masa tu dah pergi gambang, dah mandi bagai, malam tu masa saya nak mandikan dalam hotel saya dah notice bintik-bintik berbentuk belon. Yang ni memang saya dah tahu sebab dulu saya masih ingat masa kena ni. Alhamdulillah, Syamil tak teruk sangat kena. Atau memang dia kuat melawan virus tu. Within 7 hari dah sembuh. Tak ada demam langsung. Dan aktif macam biasa.

Selang 10 hari selepas itu, Aeisyah pula kena, Dia pun tak demam, tapi asyik merengek gatal sebab dia memang ada ekzema sebelum itu. Tak naik banyak tapi di celah pelipat dan leher ekzema dia kembali, Mungkin sebab calamin lotion yang saya apply atau sebab dia menggaru lebih teruk.

Macam turun-temurun, kami guna daun semambu. Untuk syamil saya guna cara rebus daun semambu dan mandi. Saya buat hari terakhir agak-agak dah kering chicken pox nya. Daun semambu ni memang banyak khasiatnya seperti yang di terangkan dalam Web MD. Sangat popular di kalangan orang india namun, sekarang ni dah menjadi popular untuk semua golongan juga kerana keberkesanannya.


Untuk aeisyah saya buat begini :

Daun semambu

Daun semambu saya tambah kunyit sedikit kerana kunyit terkenal dengan antiseptik. Tambah air sedikit sahaja. Kemudian kisar halus.

Demam Campak

Dah kisar tu, saya letak dalam bekas untuk sapu pada aeisyah. Alhamdulillah dia dah kurang menggaru. Kena sapu dalam 2 atau 3 kali sehari untuk hilangkan gatal tu.

Selain itu, saya memang keep on beri multivitamin kanak-kanak iaitu vitalea kids dan meal shake. Untuk parut chicken pox boleh guna krim herbal blend.

Selamat mencuba dan jangan risau jika anda mengalami situasi ini. Insha Allah, Allah akan mudahkan semua :)










Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

RESIPI MAKARON BAKAR SIMPLE, MUDAH DAN EKSPRES

Assalamualaikum semua..

Semalam ada buat makaroni bakar. Suami tak ada semalam so boleh lah saya buat makanan ala itali ni untuk diri saya. Hehe. Dia memang tak gemar makanan tu. Hanya NASI!. :p

Nampak macam renyah kan dengar makaroni bakar. Actually saya buat versi sendiri,hehe. Kalau tengok banyak resipi ada sos putih macam resepi makaroni bakar ini. Ataupun macam versi makaroni carbonara yang di olah resipi. Secara jujurnya, saya malas nak masak berat-berat sebab saya seorang je makan..huhu. buat apa beria-ria sangat kan.

Dekat rumah ada

Makaroni spiral
Ayam
Sos Pasta
Keju mozarella

Guna 4 bahan ni je tau. Haha. Memang jadi dan boleh makan berpinggan-pinggan! :P


Rebus makaroni atau apa-apa jenis pasta dulu. Kemudian goreng lah macam biasa, tumis dengan bawang, bawang putih, sos pasta, ayam dicincang, kalau ada carrot or cili benggala lagi sedap dan kalau masuk italian herbs atau pepperono pun lagi sedap. Tapi kan dah kata saya buat yang eskpres. Setengah jam dah siap punya resipi. heeee...jangan lupa garam ye.

Kemudian susun dalam loyang kemas-kemas. Nipis je ni ok. Bukan tebal pun.

Lepas tu tabur la mozarella atas makaroni goreng tu. Letak keju keping pun boleh. Tak ada sapa nak marah. hihi. Yang penting sedap.


Bakar untuk 20 minit sebab sikit je kan, kalau tebal selalu bakar 30 minit lebih. Agak-agak keju tu dah cair leh consider masakkkk...nyums!!



Dah siap! Satu tray tu saya yang makan.hehe. Simpan dalam fridge, makan untuk sarapan next day. Makan sekali dengan ESP memang terbaik! Kenyang!!!!

Selamat mencuba!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 September 2015

TIPS JIMAT RM 200 SEBULAN UNTUK WANITA BERKERJAYA!

Assalam semua, dah makan? saya baru sudah makan tengah hari. Hari ini saya bawa bekal dari rumah. Since aeisyah dijangkiti chicken pox, emak saya jaga aeisyah di rumah. Oh lupa nak entry tentang chicken pox kan. Next entry insha Allah saya cerita ye.

Anak-anak saya minum susu dugro so saya dapat lah bekas free dumex dugro ni. Dah 2 bekas dah terkumpul. Warna merah dan kuning. Anak-anak tak guna lagi, so emaknya yang guna. Heee..



LUNCH BOX HARI INI
Minggu lepas saya kena food poisoning akibat makan di cafe di ofis. Serik. Salah satu sebab kenapa saya bawa lunch box ni. Hope boleh jadikan habit selalu. Hehe. Tahu tak jimat sangat bawak bekal dari rumah ni. Sebab nya, memang saya masak hari-hari. So saya cuma perlu masak lebih sikit je. Infact, tomato yang saya guna untuk masak pun walaupun 1 biji macam terlebih je sebab kami makan dua orang je. So lagi jimat lah add on lauk sikit dan masak kan.

Kalau makan di ofis atau di luar, paling minimum saya akan belanja RM 10 tau. Untuk lunch sahaja. Saya memang kuat makan. huhu. Jom buat kira-kira kasar :

Sehari RM 10 x 26 hari ( bekerja) = RM 260

RM 60 tu kita tolak untuk masuk dalam lauk yang masak hari-hari. Tak banyak pun sebenarnya. Kalau lauk telur atau ikan bilis lagi murah. hehehe...

So anda dah jimat RM 200 sebulan! Banyak tu!
Boleh simpan duit untuk beli toys anak ke, beli collagen ke, beli vivix ke...ha..jimat2. Allah pun suka orang yang jimat-jimat ni.

Tapi kena maintain ye rehana..heee..;)

Selamat berbento!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

09 September 2015

APA ITU MLM, APA SEBENARNYA MLM?


Lama benar dah tak post entry di sini kan. Saya dalam proses untuk membaik pulih blog saya nih. Hehe.
Berbalik pada tajuk di atas, saya nak kongsi serba sedikit tentang sistem pemasaran shaklee ataupun MLM.
Nak saya jujur? Sebelum saya sertai bisnes shaklee, saya tak pernah tahu apa itu MLM. Konsep nya macam mana pun saya tak tahu. huhu. Naif kan. Semua orang pernah tanya saya, join MLM ke? Tak takut ke? Saya macam pelik juga kenapa orang cakap macam tu kan. Dan masa tu saya tak ambil kisah langsung, yang penting saya nak jual produk dan dapat extra income.

Awal bulan saya join dulu saya dah dapat merasa RM 900, banyak lah kan! So masa tu memang nak jual je, kemudian kami ada kelas coaching, bagaimana nak besarkan organisasi. So di sini lah orang selalu ingat Shaklee ni head hunting atau pun MLM yang tak ikut shariah. A big NO!

Sebenarnya konsep bisnes shaklee ni adalah macam cara meluaskan network atau organisasi. Contoh : anda pengeluar produk A, anda nak menjual produk A seorang-seorang memang untung banyak la...Tapi sampai bila anda nak penat dan nak modal balik. Di sini lah Shaklee memainkan peranan dengan mengeluarkan konsep distributor. Kemudian distributor tu pulak nak meluaskan jualan, so mereka boleh besarkan organisasi dengan recruit orang di bawah dan mesti atau WAJIB di guide, kalau tak hanya sia-sia dan memang lah tak dapat apa-apa kecuali hanya nama downline tu di bawah anda. :P

Ok saya rumuskan serba sedikit tentang konsep MLM di shaklee ye :

1.Tiada artis mahupun duta untuk shaklee. Pergila tengok atau belek mana-mana page atau blog distributor. Mesti semua pegang botol shaklee dan posing. Hihi. Tu tandanya mereka jadi modal dan duta shaklee sendiri.

2. Kalau perasan Shaklee jarang buat iklan di TV atau di mana-mana website atau di radio sekalipun. Kenapa? Kerana Shaklee simpan duit itu untuk bayar distributor-distributor yang gigih menjual dan mempromosi produk shaklee. Itu trick pemasaran Shaklee dan saya tak nampak apa-apa salah di sini. Pemasaran produk banyak caranya, iklan, flyers, Fb ads, sponsor event dan macam-macam cara, Shaklee guna cara MLM untuk membayar orang-orang yang berjaya menjual dan membesarkan organisasi mereka

3. Shaklee tidak menjual harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kalau tengok harga vitamin Shaklee tak mahal mana pun kalau dibandingkan dengan kajian dan penyelidikan yang di lakukan.

4. Shaklee hanya membayar Leadership Bonus jika kita berjaya memimpin dan guide orang di bawah kita. Ala, macam tiap-tiap tahun kalau makan gaji, mesti ada bonus kan sebab perform dan sebagainya. Cuma di shaklee tak bayar ikut yearly, Shaklee bayar ikut banyak mana usaha kita. Ada yang tiap-tiap bulan dapat, ada yang kadang dapat kadang tak dapat, semuanya bergantung pada usaha sendiri. Jika makan tidur dan harapkan rezeki masuk dengan organisasi anda, memang tak dapat apa la ye! WAJIB MESTI HARUS bekerja keras untuk mengukuhkan organisasi sebelum merasa pasif income.

5. Modah shaklee hanya RM 75 sahaja seumur hidup. Bukan beratus bukan beribu bukan berjuta. Kalau anda yang bijak, kalau dah dengar modal Rm 75 pun dah boleh tahu konsepnya bukan MLM yang tidak betul. Andai kata anda tak meneruskan bisnes setelah beberapa lama pun anda tidak rugi apa-apa. Malah anda sangat untung kerana ilmu yang anda dapat dalam bisnes ini sangat lumayan!

6. MLM shaklee pernah ada downline yang lebih hebat dari upline. Tak percaya? Boleh tanya, boleh google atau boleh hubungi pihak shaklee sendiri untuk clarification

7.  Shaklee diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oelh Brand Laureate pada tahun 2014


Dan yang paling penting, bukan senang nak senang. Tanya lah saya yang dah lebih 2 tahun dalam bisnes ni, ada kalanya saya down, jika saya tak usaha memang ZERO ye. Tak ada hasil. Ada usaha adalah hasil. Shaklee bukan skim cepat kaya, bukan MLM yang menindas orang malah Shaklee merupakan syarikat yang dah lebih 50 tahun dalam pasaran, ramai dah akui keberkesanan produk shaklee.

Jika anda memilih Shaklee, anda telah membuat pilihan yang bijak!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem MLM mengkikut shariah boleh klik : MLM Halal



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading