25 August 2015

5 SEBAB SAYA BUAT BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum semua, dah lunch semua? Saya baru sudah lunch. hehe.. Alhamdulillah rezeki hari ini saya makan kat bawah ofis ni je, sebab fikir nak update blog. Rindu nak berblogging ni. So untuk warm up balik blog saya ni, meh saya kongsikan  antara ASBAB atau SEBAB yang menolak diri saya untuk buat bisnes shaklee. Nak tahu kenapa? Mari baca
.
.
.
.

1.  MODAL RENDAH

Terus terang saya katakan, bisnes shaklee tak memerlukan modal yang tinggi pun. Masa awal-awal daftar saya tak bayar rm 75 sebagai yuran keahlian sebab saya beli barang untuk dapatkan FREE MEMBERSHIP. So saya memang dah untung di situ. Cuma, untuk kembangkan bisnes dari masa ke semasa saya dengan rela hati invest untuk buat flyers, poster, banner, booth fee dan macam-macam lagi lah. Saya invest dengan bonus shaklee tau. Tak pernah usik duit gaji saya pun. Buat stok pun saya guna duit bonus shaklee saya. Alhamdulillah memang tak membebankan. Dengan keadaan ekonomi sekarang, perlu difikirkan sehingga seratus kali untuk buka bisnes yang modal tinggi.

2. ONLINE & OFFLINE

Sejak 2010, bisnes online semakin mendapat sambutan hangat dari seluruh warga malaysia. Hanya dengan berbisnes online, ramai sangat yang dah jadi jutawan, work at home mother, dan ada juga suami isteri yang dah resign sebab buat bisnes online ni. Sama juga konsepnya dengan bisnes shaklee. So saya dapat melebarkan kan sayap antara online dan offline. Kalau offline sahaja, dapat sekumpulan kecil pelanggan dan haruslah bertubi-tubi marketing yang perlu dibuat.

3. KELUARGA

Sebenarnya, inilah sebab utama saya buat shaklee. Anak-anak saya. Alhamdulillah, banyak jatuh bangun saya dalam bisnes ini tapi Allah masih lorongkan dan cekalkan hati saya. Passion saya terlalu kuat. Setiap kali pergi ke kerja, saya selalu berharapan untuk duduk di rumah, jaga anak-anak saya. Masak sendiri, ajar anak saya sendiri. Hati kena cekal dan push factor kena kental!

4. SYARIKAT LEBIH 50 TAHUN DI PASARAN!

Di pasaran kita lihat bermacam-macam lambakan produk yang dijual. Terlalu banyak. Ada yang tak ada kelulusan KKM, ada yang diragui bahan-bahannya dan ada yang tiada kajian kukuh. Berbeza dengan produk Shaklee, yang sudah menjalani pelbagai kajian klinikal, dan produk shaklee ni semulajadi. Tak ada tambah pewarna ke, perasa ke. Mesra alam gitu. So bila company dah kukuh, lagi mudah untuk kita jual dan sharing pada orang.

5. FINANCIAL FREEDOM

Tentang financial freedom ni saya pernah post kat FB saya dulu. Panjang lebar juga saya karang  tentang pentingnya financial freedom. Sekarang ni semua fikir DUIT DUIT DUIT. Perlu lunaskan hutang itu dan ini. Sampai alpa sebenarnya kita perlu kejar dunia akhirat juga. So untuk balance kan, kenalah ada duit cukup untuk bantu orang, untuk keluarkan zakat, untuk sedekah, untuk kurangkan riba bank sebab loan rumah dan macam-macam lagi. Hidup akan jadi lebih fokus untuk kejar akhirat nanti. Ha,,gitu..hehe. Bagi saya kejayaan ni dari Allah. Jadi kita perlu la mendekatkan diri dengan Allah, Jemput rezeki anda dengan cara-cara tertentu yang ramai dah cuba.

Anda boleh menyertai empayar saya sekarang! 10 orang terawal akan mendapat kit istimewa dari saya juga ye. Shaklee pun ada bagi kit, saya pun akan bagi kit istimewa untuk anda! Jom sertai kami! ;)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 August 2015

10 TIPS JIMAT MASA UNTUK WANITA BERKERJAYA MENGURUSKAN RUMAH TANGGA

Salam mommies semua,

Semalam saya jumpa artikel best tentang tips bekerja di rumah tanpa pembantu rumah. Dah lama saya tak up entri di sini. Dah kurang sejak maid saya dah tak ada. Secara jujurnya, bekerja dan menguruskan rumah tangga memang satu hal yang sangat mencabar.

Syukurlah di tempat kerja saya tak adalah kerja teruk macam kat production kilang dulu. Masa awal-awal tak ada maid, susah betul nak adjust masa. Sebab dah biasa ada maid kan. Hehehe.

Rutin saya, bangun pagi, gosok baju, tengok laptop sekejap jika ada masa untuk update bisnes shaklee, kemudian sidai baju , packing barang anak ke tadika, buat air suami dan buang sampah.

Antara tips-tips menarik yang saya gunakan :

1. Selalu dah rancang nak masak apa. Saya tak ada jadual nak masak apa tapi wajib saya fikir nak masak apa sebelum saya sampai di rumah. So saya fikir-fikir apa bahan yang ada dalam peti sejuk atau tak. Kalau tak ada saya suruh suami beli.

2. Sentiasa kosongkan sinki dengan segera, sebab bila balik rumah sinki tak kosong lagi memang consume time untuk saya kemaskan. So kalau ada masa awal pagi tu saya akan clearkan semua. Kalau tiba-tiba bangun lewat, saya akan buat lepas balik kerja

3. Saya tak ada masa hujung minggu untuk potong bawang siap-siap, sebab rumah saya selalu ada tetamu dan saya suka spend time dengan anak-anak saya rather than duduk di dapur lama-lama. Ikan pula, emak saya ajar kalau nak masak baru siang, baru lagi fresh :)

4. Masa masak tu la banyak multi task saya buat. Kalau sambil goreng ikan, saya akan basuh beras dan masak nasi, kemudian tengok ikan balik, lepas tu masuk baju kotor dalam mesin atau potong bawang, sayur-sayur. Kemudian baru buat sambal or kari or menu-menu lain. Selalu sementara masak saya akan basuh pinggan mangkuk atau entertain anak. Masa tu la anak punya request macam-macam timbul

5. Lepas makan semua baru saya kemas ruang tamu, sapu dan mop. Kemudian mandikan anak atau tukar baju anak jika perlu.

6. Solat magrib selalu saya akan pergi solat in between jika masa tak cukup. Sebab kalau lambat sangat saya prefer solat dulu di bilik bawah.

7. Lipat baju! Lipat baju memang sangat mendugakan bagi saya sebab saya tak ada masa nak duduk depan tv bagai. hehe. Kalau ada rancangan menarik saya akan tengok sekejap sambil lipat baju kemudian letak dalam bakul, kalau ada masa saya akan susun balik dlm wardrobe, kalau tak jumaat baru saya akan buat. :P

8. Untuk defrost ikan atau ayam, saya akan letak di bahagian peti bawah sebelum saya pergi kerja. So bila balik tu tak adalah lama saya nak tunggu. Lepas ni kena apply tips microwave tu. Berguna juga.

9. Clean as you go! Elakkan bertangguh-tangguh. Bagi saya kebersihan tu amat penting. Kalau buat on dot, memang tak perlu susah-susah hujung minggu nanti. Contoh, kalau rasa tandas tu kotor, saya akan cuci sekejap sebelum mandi. Sekejap je, tak perlu 10 minit or 20 minit. 5 minit dah cukup untuk bersihkan 'crucial part'. Do it right first time, konsep manufacturing yang saya belajar, contoh susun cawan terus elok2, lepas bancuh susu terus letak di tempatnya. Alhamdulillah suami banyak bantu untuk terapkan nilai ni :P

10. Rehat itu penting. Bagi saya rehat adalah semasa solat dan mandi. Sempat lah landing 5 minit kemudian sambung balik. Kita bukan mesin ye nak bekerja 24 jam non stop. Rehat tu penting. Kalau tak ada rehat, silap-silap asyik nak marah atau masakan tak sedap sebab tak ikhlas. :P

Itu sedikit sebanyak cara saya. Saya paling suka kalau tak perlu masak on weekdays walaupun minat saya adalah memasak. Memasak lepas balik kerja mencabar tau. hehe. Kalau saya tak perlu masak saya akan kemas chores yang lain. ;)

To all mommies,
You all super mom! Teruskan pancing pahala akhirat di dunia ini. Insha Allah.


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

03 August 2015

5 TIPS PENJAGAAN JAHITAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum semua,

Jom sapu habuk-habuk di blog ni. Hehe. Dah lama sangat tak share tips dan entri dalam blog muka baru ni kan. Busy sangat! Sejak maid tak ada memang tangan dah macam sotong. Alhamdulillah, hari ini Allah mudahkan untuk saya teruskan perkongsian di alam maya ni :)

Ngeri bila dengar jahitan selepas bersalin terbuka kan? Ngeri sangat-sangat. Saya bersalin dah dua kali, so pengalaman jugak berbeza walaupun cara bersalin saya sama untuk kedua-dua anak saya. Kedua-dua anak saya ambil epidural dan induce. Tapi kedua-dua jahitan yang saya dapat memang sangat berbeza! Mungkin sebab anak pertama, jahitan jadi besar sikit berbanding dengan anak ke dua.

Pengalaman berpantang saya pun berbeza untuk kedua-dua anak saya. Tapi dalam banyak-banyak aspek semasa berpantang, luka jahitan adalah perkara major yang perlu di ambil kira. Seksa sangat kalau luka tu bernanah ke, terbuka ke, susah nak sembuh dan boleh menyebabkan anda berpantang tanpa nikmat.

Dr zubaidi ada menerangkan secara jelas tentang cara penjagaan luka episiotomi. Untuk tujuan perkongsian, saya kongsikan tips dari saya juga :

1. Sentiasa menukar pad. Amalkan penukaran pad setiap 2 hingga 3 jam kerana hendak memelihara vagina dari jangkitan bakteria. Nak jaga luka satu hal, jika dah kena jangkitan bakteria lagi haru siap boleh bernanah *ngeri*

2. Cuci dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya untuk elak jangkitan bakteria juga

3. Ambil nutrien yang tinggi mineral dengan zink. Saya ambil zinc complex dari Shaklee. 2 biji zink memang sangat membantu untuk luka kering dengan cepat berbanding dengan tidak mengambilnya pada kelahiran yang pertama. Selain itu, zink membantu untuk meningkatkan sistem imun dan mencantikkan kulit juga. Ok what, luka pun sembuh cepat dan kulit pun jadi lawa. Heee..

4. Elakkan duduk lama. Masa berpantang ni adalah untuk berehat, sebolehnya cuba baring mengiring dan kaki rapat. Jangan lasak ye. Nanti memang takkan sembuh-sembuh luka bersalin.

5. Rendam dalam besen yang berisi air panas suam. Jika dah tahu nak bersalin pastikan ada besen saiz besar yang boleh anda rendam dalam tu. Kalau pakar selalu syorkan air dan antiseptik. Saya tambah garam sedikit untuk kecutkan luka atau bengkak. Kalau nak lagi effektif boleh tambah kunyit hidup yang di tumbuk dan juga manjakani serta sirih. Tradisional kan? hehe. Best tau efek dia kalau konsisten buat.

Itu adalah antara yang boleh saya kongsikan. Insha Allah kalau ada tips menarik lagi saya akan tambah. Selamat berpantang pada ibu-ibu yang bersalin. Pastikan anda jaga diri sebetulnya semasa berpantang.

Review : Sesiapa hendak set beralin shaklee boleh pm saya di 0122319979. Banyak tips menarik lagi untuk pelanggan tersayang saya!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

12 April 2015

VIVIX MENGANDUNGI 10 X LEBIH RESVERATROL DAN BERTINDAK DALAM 4 MEKANISMA YANG UNIK!

Alhamdulillah semalam saya berjaya jugak pergi ke kelas VIVIX EXPERT. Kelas ni dikendalikan oleh nutritionist Shaklee, Celine. Masing-masing terlopong dengar perkongsiaan oleh Celine. Betapa hebatnya sebotol VIVIX itu. Kalau dulu, saya tak pernah pandang sebelah mata, sebab ingat mahal. Tapi kini saya boleh jual berbotol-botol sebab dah tahu kebaikan yang ada dalam sebotol kecil ini.

Saya pernah menceritakan tentang bahan-bahan unik didalam VIVIX sebelum ini. Memang sejak itu saya memang suka kaji tentang VIVIX. Alhamdulillah semalam dapat lagi peluang untuk menggali ilmu tentang tonik ajaib VIVIX.

VIVIX bertindak dalam badan kita dalam 4 mekanisma utama. Sebelum itu, mari kita lihat apa fungsi utama VIVIX. Vivix mengandungi 10 X resveratrol yang mampu mengurangkan pelbagai penyakit kronik. Buah-buahan dan tumbuhan yang ada dalam VIVIX mempunyai polifenol yang melindungi buah-buah dari infeksi dan jangkitan.

VIVIX BAGUS

Di pasaran sekarang banyak sangat di jual supplemen resveratrol kerana fungsinya yang memang terbaik dari hasil kajian. Sepanjang kelas semalam, kami didedahkan dengan banyak technical paper yang mengupas tentang resveratrol berjaya mengurangkan sel tumor, diabetes, kulit cantik dan tegang serta kanser servik.

Shaklee muncul sebagai pelopor utama agen penuaan selular dengan mengeluarkan VIVIX yang lebih 10 kali ganda resveratrolnya. Hebat atau tidak VIVIX ini? :)

Bagaimana VIVIX bertindak??

MEKANISMA VIVIX

STRUKTUR SEL

4 MEKANISMA UTAMA DALAM PENUAAN SEL

1. KEMUSNAHAN DNA
~ Setiap hari pasti terjadi kemusnahan sel dalam badan akibat radikel bebas dan juga persekitaran. VIVIX bertindak melindungi DNA yang ada di dalam badan

2. AKTIVITI PENGAWALAN GENETIK BERKURANG
~VIVIX bertindak meningkatkan pengawalan genetik

3. PENGHASILAN TENAGA DI PERINGKAT BERKURANG

VIVIX MENINGKATKAN TENAGA SEL

4. PENGUMPULAN AGE PROTEINS ~vivix bertindak mengurangkan pengumpulan age proteins di mana gula terkumpul yang merencatkan fungsi sel

Betapa VIVIX ini merupakan formula yang unik untuk melambatkan proses penuaan sel dengan sihat. Bak kata celine, menua dengan cara yang sihat. Dalam satu video yang beliau tunjukkan ada 2 orang tua dengan kondisi yang berbeza. Satu adalah menghabiskan seluruh hidupnya di hospital dan ubat-ubatan. Manakala seorang lagi menghabiskan hidupnya dengan pemakanan yang seimbang dan bermain-main dengan cucu.

LIFE IS SHORT.
MAKE IT VALUABLE FOR EVERY SECONDS.

Kesihatan adalah modal kehidupan yang paling utama. Ubah cara hidup anda!



Insha Allah saya boleh membantu anda dengan lebih baik. Satu sudu hanya RM 15 sehari. RM 15 boleh diperuntukkan untuk macam-macam kan? Kenapa tidak untuk sebuah kesihatan yang tidak tertanding nilainya?? :)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

03 April 2015

PRODUK KECANTIKAN , PASTIKAN SEMULAJADI DAN BEBAS BAHAN KIMIA!

Assalamualaikum, lama dah tak bersiaran ye di sini. Agak sibuk sedikit akhir-akhir ini. Semalam ada isu digempar gempur tentang produk kecantikan yang boleh bawa maut. Ngeri dengar, akibat nak cantik tak tengok or tak belek tentang bahan-bahan yang ada di dalamnya terutamanya yang mengandungi paraben

Saya juga satu masa dulu memang macam tu. Main bedal sahaja produk yang rasa nak. Kalau yang mahal sikit mulah berfikir-fikir tetapi sekarang yang utama fikir bahan-bahan dalam produk tersebut. Since anak saya pun ekzema, saya memang pantau bahan-bahan kecantikan ni. Dah jadi awareness.

produk kecantikan

cantik dan cerah

Anda boleh guna produk yang anda suka, tapi tolong ye, tolong periksa kandungan bahan-bahan tersebut. Saya guna juga produk selain shaklee, tetapi saya memang akan tengok kandungannya selamat!

Untuk yang mencari produk kecantikan yang sihat , selamat dan berkesan boleh tengok summary saya ni :). Saya pengguna nutriwhite yang tegar. Hehe!

                                      



 Cuba tengok semua bahan-bahan dari bunga, buah dan tumbuh-tumbuhan hijau. Fresh! Harga boleh dirunding ye! Best price always at RehansWardrobe!

Try cuba pencuci atleast! memang berbaloi! Boleh guna sehingga 6 bulan++. Jimat!!






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 March 2015

06 March 2015

04 March 2015

BETULKAH SOYA PENYEBAB KANSER?

Tajuk ni dah cukup popular kan? Ramai yang rata-rata terus membuat simpulan bila dengar cerita tentang SOYA.

Lebih-lagi perempuan yang ingin meminumnya. Banyak sangat keraguan terhadap soya. Kenapa soya dikatakan boleh mendorong kanser payudara kerana elemen estrogen yang cenderung pada kanser payudara( itu kata orang lah kan)

Fakta sebenar tiada kajian yang kukuh mengatakan soya boleh menyebabkan kanser payudara. Saya sangat tertarik dengan cara penulisan Dr zubaidi di blognya mengenai soya tidak menyebabkan kanser. Beliau menggarap dengan penuh teliti bahawa kanser payudara tak ada kaitan dengan pengambilan soya. Malah seorang pengamal perubatan pun menegaskan bahawa kajian yang dilakukan dengan haiwan tidak boleh disamakan dengan manusia. Artikel lanjut tentang risiko soya dan kanser payudara mengulas lebih lanjut tentang persoalan ramai tentang soya.

Pendek kata, soya bukanlah bahaya jika memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu. Contohnya, pilihlah soya yang non GMO dan bukan bersifat Genetically Modified Organism (GMO) .GMO ini adalah satu kaedah teknologi yang mengubah genetik sesuatu tanpa membiarkan membesar secara semulajadi. Selalunya langkah ini dibuat untuk mempercepatkan proses tumbesaran dan lebih menguntungkan pengusaha. Tahukah anda, pengusaha GMO tidak akan makan makanan yang sudah di GMO? Mereka akan makan yang berasaskan non GMO kerana mereka tahu tentang kebaikan non GMO dan juga keburukan non GMO. Banyak kesan sampingan akibat GMO termasuklah alahan, toksik merebak dan lain-lain kesan negatif.

Hendak panduan memilih soya yang lebih baik? Boleh klik link di bawah :
Cara memilih soya yang betul
Keistimewaan ESP shaklee

Selamat memilih yang terbaik untuk anda!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

03 March 2015

RESIPI NUGGET IKAN PALING SIMPLE MUDAH DAN RINGKAS!!

Assalamualaikum semua,

Jom kita tengok resipi pulak. Asyik jamu mata dengan supplemen je, makanan yang berkhasiat pun penting jugak kan.

Nugget ikan atau fish cutlet ni memang favourite saya dari dulu. Emak dulu suka buat dengan sotong dan ikan. Sesuai untuk budak-budak yang picky eater, semua khasiat boleh dapat dalam seketul nugget kecuali la vitamin dan mineral..ahaks!Jom tengok bahan-bahan. Sangat simple, sangat mudah, yang penting bahan kena ada lah kan.

Bahan-bahan

Ikan tenggiri 2 keping
Telur 1 biji
Kentang lenyek ( saya tak masukkan)
bawang dan cili dihiris kecil2. ( saya tak masuk cili sebab anak saya tak suka pedas)
serbuk kunyit, serbuk ikan, serbuk cili merah, serbuk jintan manis ( semua sikit je, tak sampai sesudu)
garam ( optional untuk anak berumur kurang dari setahun)

Cara-cara nya :

Mula-mula rebus ikan dalam air sekejap, kemudian buang tulang. Saya pilih tenggiri sebab tulang tak banyak. Gambar rebus dah hilang plak :P. Kalau nak campur kentang pun kene rebus asing.  Boleh lenyekkan isi ikan. Saya guna jalan mudah, blend je terus dengan telur. hihi. Boleh pilih nak hancur halus or nak kasar-kasar. Ikut kesesuaian, kalo budak nak makan better halus sikit. :)

Pastu tambah lah semua rempah-rempah dan garam serta bawang or cili.

Gaul sebati agak-agak semua rempah masuk dalam ikan tu dan goreng!
Siap!!!




Senang kan nak buat? Budak-budak pun selalu suka sebab ada rasa rempah sikit. Boleh makan dengan nasi atau makan saja. Selamat mencuba!!!

Continue Reading

SEBAB UTAMA KENAPA HARUS PILIH SOYA ESP SHAKLEE

Assalamualaikum semua, ramai ligat dengan promo ESP ye tak? Setiap kali promo ESP memang begini lah. hehe. Saya pernah ceritakan tentang ESP Shaklee dan kelebihannya dalam entri sebelum-sebelum ini. Hari ni, saya nak kupas lagi tentang kriteria yang terdapat dalam pemilihan soya  ESP. Banyak lagi nak cerita ni.



Tahukah anda soya ESP satu tin ni diperbuat dari 30 kg kacang soya yang berkualiti tinggi? Banyak tu. Memang sangat tulen dan asli ESP ni. Siapa yang dah pernah rasa memang akan setuju dengan saya.

ESP ni juga di basuh dengan air dan bukan alkohol. Bila basuh dengan alkohol kualiti akan hilang dan memang haramlah untuk minum kan. Jom tengok explanation Dr Shaklee kenapa beliau guna Air

Dr. Shaklee knew that By using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phyto-estrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positive benefits of soy and only 12 to 20 negative studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.Dr. Shaklee knew the difference

Menarik kan?

Ramai yang bila cerita tentang soya je terus negatif katanya soya tak bagusla..risiko kanser la...bukan semua jenis soya ye, pastikan pilihan soya memiliki kriteria-kriteria yang di sarankan



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

02 March 2015

Assalam,

Alhamdulillah, dah masuk bulan Mac. Cepat je kan masa berlalu


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

01 March 2015

TIPS KURUS : BAKAR KALORI SEMASA MENYUSUKAN ANAK!!

Assalamualaikum mommies semua,

Tengok tajuk mesti ramai nak tahu cara nak kurus dengan breastfeeding kan. Sebenarnya konsepnya sama sahaja. Kalori di ambil = kalori dibakar, formula ini digunakan untuk mengekalkan berat badan yang sedia ada. Kalau nak kurus lagi, kena lah bakar lebih kalori.

Ok, berbalik kepada cerita penyusuan boleh membakar kalori, setiap oz susu yang di hasilkan akan membakar 20 kalori. Saya petik dari web : http://exclusivepumping.com/2014/03/13/losing-weight-while-exclusively-pumping-part-1-how-many-extra-calories-do-i-really-need/

So katakan anda pam sebanyak 20 oz setiap hari, maka kalori yang di bakar adalah 20 x 20 = 400kcal! Kalau campur dengan direct feed sampai ke malam anda mungkin bakar sehingga 500 kcal setiap hari hanya dengan menyusukan anak anda!hehe..menarik kan!

So 500kcal setiap hari tu kira banyak jugak tau. Keperluan kalori individu bergantung pada jantina, umur dan juga pekerjaan mereka. Nanti saya up lagi entri tentang kalori ni. Bye!






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

27 February 2015

Salam semua...especially breastfeeding mommies. I love breastfeeding. Breastfeeding jugaklah reason saya consume Shaklee supplements sehingga ke hari ini. The effect is marvellous..hehe..

Bukan nak cerita tentang tu sebenarnya, hari ni nak sentuh sikit tentang berapa kalori terbakar semasa menyusukan anak. Semua orang tentu nak tahu bagaimana penyusuan boleh membakar kalori dan berapa banyak kalori yang terbakar.

Menurut kajian.http://exclusivepumping.com/2014/03/13/losing-weight-while-exclusively-pumping-part-1-how-many-extra-calories-do-i-really-need/ , setiap oz yang terhasil membakar 20 kalori




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

24 February 2015

5 SOALAN LAZIM TENTANG PENAPIS AIR POPULAR WATER PITCHER SHAKLEE.


Salam semua, dua tiga hari lepas ada seorang customer yang tanya tentang water pitcher shaklee. Customer ni memang dah berkira-kira nak beli jag filter ni sebabnya penapis air paling murah, mesra alam dan tak membahayakan

PENAPIS AIR
GET CLEAN WATER PITCHER
Get clean water pitcher memang terbukti dapat menuras sehingga 99% bendasing dalam air. Jom tengok apakah soalan lazim yang di tanya tentang water pitcher shaklee ini.

SISTEM PENURASAN MENGGUNAKAN BAHAN APA?
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. 

Saya pernah buat projek akhir tahun semasa degree dulu, memang buat eksperimen analisis kandungan mineral tempurung kelapa untuk casting process. Setiap kali kami buat analisis kandungan dalam microlab, memang kandungan KARBON adalah tinggi! Kandungan karbon yang tinggi inilah mampu membuatkan sistem turasan bekerja dengan lebih effektif!
 
BERAPA LITER AIR BOLEH DI ISI DALAM JAG TERSEBUT?
Water pitcher tersebut mampu menuras 1.8 liter air pada satu masa.


BERAPA LAMA FILTER WATER PITCHER BOLEH DIGUNAKAN?
Disahkan dapat menuras sehingga 300 liter. Anggaran satu filter digunakan adalah dalam masa 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kekerapan penurasan

 PERLU KE MASAK AIR YANG DITURAS OLEH WATER PITCHER SHAKLEE?
Tak perlu! Hanya minum terus sahaja! Airnya rasa sedap dan bebas klorin!

APAKAH KELEBIHAN WATER PITCHER SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN?
Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


Lagi satu, water pitcher shaklee ni handy je, boleh di bawa kemana sahaja. Ringan dan sangat mudah di bawa terutamanya kalau nak pergi holiday.

Jom cuba satu hari ini!!!:)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

18 February 2015

MEROYAN SEMASA PANTANG? NORMAL ATAU BAHAYA?

Selalu kan kita sering mendengar tentang gila meroyan atau depresi atau post partum depression(PPD)  yang sering berlaku pada ibu yang baru melahirkan bayi atau semasa berada dalam pantang.

Saya sendiri pernah mengalaminya sehingga saya terus google dan hendak tahu apakah wujud penyakit begini. Agak lega bila mendapati kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang normal.
Masa pantang Syamil, saya mudah marah, menangis, fikir boleh jaga anak ke tak, merajuk dengan suami,  dan macam-macam lah. Memang kena banyak bersabar dengan orang PPD ni. :P

Macam-macam simptom kemurungan semasa bersalin, antaranya :
- tekanan
- mudah menangis
- sering merungut
- sedih
- bersendirian
- mengabaikan bayi sementara

Simptom-simptom seperti di atas selalunya berlanjutan paling maksimum 2 minggu. Jika simptom berlanjutan lebih 2 minggu, haruslah pergi berjumpa yang pakar ye. Sebab hal emosi, depression tak boleh buat main. Mungkin boleh menjadi parah jika tidak dirawat.

Antara sebab yang menyebabkan kemurungan ialah, perubahan fizikal dan hormon iaitu hormon progesteron dan estrogen akan berkurang selepas melahirkan anak. Untuk stabilkan hormon selalunya boleh ambil pil hormon atau saya lagi suka ambil GLA COMPLEX.

Selain itu, perubahan persekitaran seperti individu baru muncul dalam hidup, kurang ilmu untuk menjaga bayi, masalah kewangan, kurang sokongan dari suami dan keluarga, susah untuk menyusukan bayi, dan juga kepenatan yang amat akibat bersalin.

Kalau cerita tentang emosi dan stress, memang saya syorkan ambil B COMPLEX. Satu-satunya vitamin anti stress yang berjaya mengubah pengalaman pantang saya semasa anak yang kedua.

Yang paling penting, sentiasa lah zikir sebab tak boleh sembahyang kan. Bila tak boleh sembahyang ni mula lah syaitan suka mengacau. So, kena lah selalu beringat, PEACE.





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

17 February 2015

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading