30 August 2014

BEBAS KOLESTROL SECARA SEMULAJADI!!!

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak upkan entri tentang KOLESTROL. Secara ringkas boleh saya jelaskan apa itu kolestrol. Kolestrol adalah lemak yang mendap di saluran darah. Kalau secara saintifik boleh lihat pada definisi kolestrol

kolestrol dalam darah

Dalam gambar di atas merupakan saluran arteri secara rentas. Nampak tak penimbunan kolestrol yang makin lama makin menyempitkan ruang salur darah tersebut? Selalu orang kata asal kolestrol tinggi je boleh sebabkan penyakit strok atau tekanan darah tinggi. Mengapa?

Jom samakan persamaan ini :

Tekanan (P) = Daya ( F) / Luas permukaan( A)

Kalau engineer atau student maths or fizik tak tahu persamaan ini memang kena balik sekolah semula. :p. Apa yang saya nak kaitkan di sini adalah tentang makin kecil luas permukaan, makin tinggi tekanan yang di alami. Sebab itu mudah kena tekanan darah tinggi atau strok.

Kolestrol terbahagi kepada dua jenis : HDL( kolestrol baik )  dan LDL ( kolestrol jahat). Ada pelbagai cara untuk mengurangkan kolestrol. Sebelum itu, saya nak sentuh sikit tentang bacaan kolestrol yang normal :

kolestrol rendah

Antara cara-cara mengurangkan kolestrol adalah :
1. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang
2. Mengurangkan makanan kolestrol tinggi
3. Mengurangkan lemak tepu
4. Aktif bersenam
5. Mengurangkan berat badan secara ideal
6. Mengambil asid lemak OMEGA 
7. Pengambilan FITOSTEROL untuk menghalang penyerapan kolestrol dalam darah

phytocol shaklee
phytocol ST

FITOSTEROL adalah untuk menghalang penyerapan kolestrol dalam darah. Ramai yang mencari-cari produk sebegini kerana kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit yang lain seperti angin ahmar, sakit jantung, penyakit hati , tekanan darah tinggi dan ketidaksuburan. Sebab itu kita perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan kolestrol yang tinggi dalam badan kita.

Faktor pemakanan yang tidak baik, merokok dan arak serta emosi dan tekanan boleh menyebabkan kehadiran kolestrol . Untuk itu, shaklee telah menjalankan pelbagai kajian dalam usaha mengeluarkan phytocol ST ini.

Sejujurnya, fitosterol yang bersamaan dengan 200 lobak + 70 roti gandum + 425 biji tomato diperlukan setiap hari untuk mengurangkan kolestrol. Mana mungkin nak telan sebanyak itu ye tak?

Sebab itu PHYTOCOL -ST ini dikeluarkan untuk menghalang penyerapan kolestrol dalam darah

Antara ciri-ciri istimewa phytocol ST :

- dibuat daripada tumbuhan dan buahan
- memenuhi keperluan 2000mg sehari
- di uji secara klinikal ( 80 kajian) untuk menurunkan paras LDL
- Tidak ada pewarna dan pemanis yang di tambah

BAGAIMANA PHYTOCOL ST BERFUNGSI???

Simple dan mudah. Phytocol atau fitosterol akan menghalang penyerapan kolestrol dalam darah serta menyingkirkannya melalui usus. Best kan?

Wajib ada untuk sesiapa yang kolestrol level tinggi atau almost borderline. boleh hubungi saya untuk konsultasi hebat!!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

26 August 2014

TEKANAN DARAH : PENGUKUR SEGALANYA




bacaan tekanan darah

Salam semua..dah lama tak update entri kat blog ni kan. Minta maaf ye, baru-baru ini nenek saya dimasukkan ke ICU akibat jantung lemah. So, saya pun memang kelam kabut mengikuti perkembangan beliau. Alhamdulillah, kini makin sihat :) 

Sejak saya melawat nya, saya selalu tertanya-tanya bagaimana hendak baca bacaan tekanan darah. Sebab rasa macam setiap kali kalau sakit ke, mesti doktor periksa tekanan darah kita kan? Kita gelar BP atau blood pressure. 

Apa itu tekanan darah?
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.( Sumber : Wikipedia)

Tekanan darah ada tiga jenis iaitu tekanan darah normal, tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah. 

Dalam entri kali ini saya nak kongsi tentang maksud bacaan tekanan darah. Rujuk gambar ini.

blood pressure
kolestrol tinggi
Boleh rujuk jadual di atas untuk mengetahui tekanan darah anda berada pada kadar normal atau tidak. Simptom-simptom untuk tekanan darah jadi rendah atau tinggi juga disertakan untuk rujukan anda semua :)

Dah pandai baca? Jom lepas ni boleh baca sekali dengan doktor dah.

Artikel yang menarik berkaitan dengan tekanan darah atau tekanan darah tinggi

Nak dapatkan tekanan darah yang cun? Tips :

1. Jaga pemakanan

2. Selalu bersenam

3. Minum air suam  banyak

4. Kurangkan kolestrol

5. Lebihkan nutrien asas

6. Amalkan gaya hidup sihat ( no smoking, tidur cukup)

Nak tahu supplemen yang sesuai untuk tekanan darah rendah atau tinggi? Nanti saya share naaaa..tunggu! ;)

Sharing is caring..~ Spread the love!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

15 August 2014

TAK SUKA MAKAN SUPPLEMEN TAPI NAK CANTIK JUGA??

Setiap hari saya akan dapat pelbagai ragam customer. Hehe. Suka aja layankan. Ada yang kata

"Akak, saya nak kulit licin macam akak tapi tak leh la telan supplemen banyak-banyak ni "

Memang ada yang utarakan persoalan yang sebegini. So kalau nak cantik jom buat masker??? Tak perlu telan bagai tapi jika anda konsisten insha Allah kulit jadi flawless dan gorjes ( walaupun yang telan itu lah mencantikkan dalam dan luar..hehe, ini sebagai alternatif )

Saya share sikit ye cara saya :

1. Makan vitalea sebiji sehari ( ini sahaja yang kena telan ). Vitalea ni bertujuan untuk memberi tenaga, lebih cergas dan untuk kesihatan dalaman

2. Masker vitamin C - sebiji x 2 kali seminggu

3. Masker vitamin E - setiap malam sebelum tidur

4. Masker collagen - 2 minggu sekali

5. Masker vivix - sebulan sekali

Yang ni paling basic la. Kalau kira-kira kos sebulan tak sampai RM 100 pun. tapi boleh dapat facial bertaraf tinggi tau.

Nak tahu detail masker kenala PM saya...heehe....




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

BOIKOT SHAKLEE JUGA??

Saya lebih suka fokus untuk menolong orang dan menyebar kebaikan. Semalam viral jadinye post seorang ustaz berkaitan dengan isu shaklee & israel. Saya tak nak komen lebih sebab itu hak individu masing-masing. Beliau berhak untuk buat atau tidak buat shaklee.

Tapi apa yang nak saya tekankan di sini, orang-orang Malaysia ni suka benar dengan Butang share & like dan menyebarkan info tanpa usul periksa. Ada yang menyatakan tentang rezeki HARAM. Haih. pendeknya akal wahai manusia. Cepat sungguh menjatuhkan hukum haram halal ni.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
ayat 6- surah alhujurat


Tahukah anda setiap kali GAZA dibedil atau diserang baru akan timbul isu-isu begini. Bila dah tak ada ramai je yang cakap besar tentang boikot kembali balik menyokong. Tapi bukan itu yang saya nak sampaikan. Sila BOIKOT dengan ilmu. Bertahun-tahun sudah shaklee di Malaysia. Tak pernah timbul isu sebegini atau dikatikan dengan MCD or NESTLE. Tak ada.

Jom tengok kronologi isu israel & shaklee dalam blog ini

Saya suka dengan bisnes shaklee sebab bukan sebab DUIT atau kebebasan kewangan. Itu hanya adalah salah satu misi. Sebenarnya saya tak perlu share tentang bab rohani, tapi saya nak share juga sebab untuk buka mata manusia-manusia yang menggelar segelintir dari kami sebagai mata duitan! SENYUM SAHAJA ~

Sejak tahun 2012,
1. Saya berjaya konsisten mengamalkan zikir setiap hari , padahal sebelum itu tak pernah dan sangat kurang.
2. Solat dhuha menjadi habit dan ketenangan ada di situ
3. Sedekah /Infak / Zakat
4. Tolong ibu/bapa dan orang lain

Bukan saya nak kata sebab SHAKLEE saya jadi begini, tapi ALLAH yang lorongkan saya pada biznes ini. Dan saya sangat puas hati setiap kali saya share kebaikan dan tips2 kesihatan kepada orang ramai.

Ada satu masa saya dapat award di National Conference, puas saya fikir mcm mana nak elak dari bersalam dengan lelaki bukan muhrim di sana. Siap fikir nak beli sarung tangan tau. Tak tipu!  Tapi bila sampai sana terpana juga master-master di sana hanya letak tangan di dada sebagai tanda hormat dan mendapat balasan yang sama. Apa lagi you all expect kan? Speechless.

Saya yakin dengan SHAKLEE.
Ada beberapa kali saya jatuh bangun dengan SHAKLEE namun saya tetap ingin teruskan untuk menyebar kebaikan.

Saya memilih SHAKLEE, jika anda rasa was-was anda boleh teruskan untuk boikot. Itu pilihan masing-masing.

JOM TONTON VIDEO dari roger barnett. *speechless*




Continue Reading

08 August 2014

Rasukan ESP!!


Assalam semua,

Di entri sebelum-sebelum ini saya pernah cerita anak ke-2 saya ada ekzema kan? Ekzemanya semakin baik tau dari hari ke hari. Konsisten dengan ESP & Omega memang betul-betul membantu mengurangkan ekzema anak saya. Selain itu, saya juga menjaga makan sebab saya dah tahu udang boleh trigger ekzema anak saya. Allergik, Kesian anak saya tak boleh dengan udang. Saya yang penggemar udang pun kena berkorban lah smpai saya wean off breastfeed dengan dia.

Tapi masa raya tu, macam mana ntah saya makan mini popia inti udang kering. Habis sepeket saya kerjakan masa pergi penang haritu. Hasilnya, memang jadi teruk ekzema anak saya kat belakang leher. Saya sapu herbal blend hari-hari dan saya pun konsisten minum ESP supaya anak saya boleh cepat sembuh. Alhamdulillah dah kering sikit ruam-ruam tu

Jaga makan ye ibu-ibu breastfeed yang anaknya ekzema...:)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

06 August 2014

BAHANA AKIBAT SHAKLEE!!!

Assalamualaikum, selamat hari raya semua..Rehanswardrobe bersiaran semula..yippi!! Untuk yang nak order supplemen shaklee boleh terus direct pada saya. Whatsapp boleh, sms boleh, PM kat fb boleh, call boleh...email pun boleh.  Sangat mudah untuk reach saya!!

Ok jom cerita tentang penangan ESP untuk saya. Sejujurnya, saya paling konsisten ambil ESP, vita C atau vitalea. Diselang selikan dengan B compleks. Selain dapat kulit muka yang cerah dan lembut, memang ESP terbukti memberi tenaga sepanjang hari!!



Tadaaa!!! Tak perlu fikir nak foundation apa dah..memang tepek bedak sahaja..ada lagi satu rahsia...NUTRIWHITE!!! Nanti sambung kat entri lain na....;)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

18 July 2014

PETUA TRADISIONAL YANG SUPER MUJARAB : SELESEMA BAYI HILANG!

bayi selesema

Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya cukup risau kalau anak-anak saya kena selesema. Memang akan fikir alternatif untuk sembuhkan selesema.


Tapi seperti yang ramai dah maklum, ubat selesema untuk bayi tidak digalakkan dan bagi saya memang tak akan ada kesan cuma bayi atau kanak-kanak akan tidur dengan lena sebab effect ubat itu. Tapi selesemanya tak pernah hilang. Ini pengalaman saya masa syamil. 3 hari bagi ubat selesema yang dibekalkan oleh doktor tapi tak baik- baik juga.

NAK TAHU PETUA TRADISIONAL YANG BERKESAN???

Tips ini memang patut dipraktikkan sebab keberkesanannnya hampir 90% pada anak-anak saya. 10% tu kita serah pada ketentuan Allah :) . Tips ni datang dari emak dan emak mertua saya. Jom tengok guna apa

petua tradisional
Daun bangun-bangun atau dalam bahasa tamilnya 'KARPURA VALLI'


Daun apa tuh? Tak pernah nampak ek? Memang jarang-jarang kita nampak daun ini sebab daun hijau ini hanya akan terdapat di rumah-rumah orang india atau pun di rumah orang yang memang dah tahu khasiat daun ini. Daun karpura valli ni banyak khasiat dan juga boleh jadi as milk booster. Tapi saya tak pernah try la.

MACAM MANA NAK GUNA DAUN INI?

Saya start guna lepas bayi dah lepas 6 bulan, kalau sebelum itu kena selesema saya guna cara tradisional yang lain , saya akan cerita tentang ini di akhir entri. Untuk bayi lebih dari 6 bulan:

1. Petik dalam 4 helai daun karpura valli / bangun-bangun ini. Pastikan daunnya besar-besar untuk kesan yang optimum.

2. Basuh bersih-bersih daun tersebut

3. Layarkan atas periuk panas atau perkakas panas. Ini untuk heat daun tu, tak yah layar atas api. 

4. Tumbuk daun tersebut sampai lumat

5. Perah daun yang dah di tumbuk itu

6. Masukkan dalam picagari ( selalu akan dapat 2-3 ml) 

7. Beri pada bayi

Boleh amalkan ini 2 hingga 3 kali setiap hari semasa selesema. Insha Allah hilang. Saya baru guna 2 kali memang akan kering selesema anak saya. Powerful leave! Anak anda mungkin akan berak hijau atau lendir, sebab daun itu menjalankan fungsinya. 


Kalau untuk kanak-kanak lebih setahun boleh bagi cara atas juga cuma dengan kuantiti lebih atau boleh di campur bersama madu. :)

Kadang-kadang kalau ada batuk atau kahak, saya akan campur dengan daun thulasi dan sirih.

Selain itu, saya akan sapu kunyit hidup yanng diekstrak jusnya atas hidung bayi. Yang ini pun cepat kering!
Kalau masa dulu bayi saya selesema teruk umur 4 bulan, saya guna teknik pengewapan.

Teknik pengewapan ini di ajar oleh dr rozita. Senang aja, panas kan air dalam satu periuk besar. Kemudian lepas mendidih guna asap itu, halakan pada muka bayi. Jauh sikit, agak-agak bayi boleh kena asap itu. Kalau ada vicks lagi best sebab baby akan rasa lega. Memang dia akan tidur lena lepas tu dan hingus tu selalu keluar bersama beraknya.

Ha, ada yang tanya macam mana nak cari daun karpura valli kan? Kalau rajin, boleh tanam sendiri. Kat rumah mak saya memang dah ditanam. Boleh cari pucuk atau daun ini kat kedai india yang jual bunga atau tepi-tepi kuil. Ye, saya memang cari bagai nak rak walaupun kat tepi kuil batu caves masa syamil selesema teruk dulu. Memang berjaya dapat. Nasihat saya, senang tanam aje. Boleh tanya pada kebun bunga yang jual herba-herba atau pokok ubatan.

Dan satu lagi petua, saya amalkan vitamin C +nutriferon semasa menyusukan anak. Memang membantu!!

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 July 2014

HOME DEKO : RUANG TAMU & RUANG MAKAN RUMAH KAMI

home deko bersama eric leong

Home Deko


Assalamualaikum,
Lama dah tak tulis tentang deko rumah atau susun atur rumah. Sangat busy dan tak sempat nak hias-hias rumah pun. Kalau ada lebih 24 jam kan bagus...heeee...
ruang tamu
Ruang tamu saya

Sorry ye, gambar blur!. Tapi boleh nampak kan. Inilah susun atur sofa rumah saya. Sofa ni di beli dkt greenwood city. Katil pun beli kat kedai dia jugak. Sedap duduk, tak lembut dan tak keras sangat. Harga dekat RM 4k gak. Coffee table kat tengah-tengah tu saya memang tak tahu nak letak tang mana sebab agak mengganggu kalau letak tengah. Coffee table tu di beli dari perabot Hashim sungai buloh. Murah! RM 120 je kot. Boleh tempah yang custom made juga di sini. Kedai nya dekat deret jalan paya jaras sungai buloh tu...Ke arah kuala selangor, kedai belah kiri. :)


Nampak tak tikar yang tergulung dihujung sana? Tikar biasa yang senang nak lap bila budak2 tumpah air. Tapi anak saya selalu sangat tumpahkan air bagai. Kesian maid saya nak asyik lap dan jemur kalau dah basah sangat. End up saya gulung dan letak dulu. Tunggu weekend or orang nak datang baru bentang boleh tak??? heeeee....Bantal besar tu yang penting kalau nak lepak baring sambil tengok tv. Sogo mari...hehe...

Kain langsir pulak, saya pilih warna ungu. Saja-saja pilih. Beli kat kamdar. Design langsir ni cun dan murah! Langsir rumah memang benda yang penting saya buat sebelum pindah rumah.:)
televisyen
Rak tv
Rak tv ni pulak custom made. Dekat RM 2k. Design tu saya yang buat..tepi kotak tu nak letak pasu tinggi sebenarnya, tapi tak jumpa lagi, so letak aje lah hiasan yang ada walaupun tak berapa berkenan. Decoder semua saya build in, wayar tarik ikut belakang kabinet.



Kipas tu macam cacatkan keadaan tapi who cares, panas kot!! haha.. Nampak divider living room saya belah kiri gambar tu? Divider design pun saya dan hubby buat. Kalau nak tengok gambar yang lagi jelas leh tengok entri ini. Sebab buat divider ini untuk asingkan tempat makan dan ruang tamu...:)

susun atur perabot
Bantal ungu nak match dengan langsir ungu. Husband tanya, kalau langsir tukar cmne? Ha...tu nanti boleh fikir naaa....

meja makan
Ni ruang makan saya

Ruang makan saya agak kecik, tapi just nice. Saya suka design meja makan bulat..asyik petak je, so nak kelainan saya beli yang bulat. Harga meja makan tengah offer time tu, RM 1.6 k sahaja full marble, kerusi ala2 leather..hihi...beli di perabot bahagia kat shah alam. Tak perlu alas meja bagai sebab marble kan..senang nak lap.


Ruang ni masih kosong. Kena tambah lampu, cermin atau nak cat belakang tu...hehe...nanti dulu lah..banyak sgt dah spend ni ha.....:P

Ok,,itu sahaja untuk entri kali ini..jom susun atur!!!

PS: NAK SHAKLEE PRODUCT DENGAN HARGA MANTAP DAN CONSULTATION HEBAT!!HUBUNGI SAYA!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 July 2014

ESP & Vitalea : Tak boleh bertemu tapi kombinasi hebat!!

multivitamin shakleejana tenaga berkekalan

Assalamualaikum semua, apa khabar semua? Macam mana dengan puasa anda semua? Goin ok? Saya doakan semoga semuanya baik-baik belaka.

Sebenarnya, saya nak share tentang sesuatu yang mengujakan saya pada hari ini. Kisahnya begini, saya selalu struggle nak tidurkan anak-anak saya. Yang baby tu ok je,tapi syamil ni selalu lambat sikit nak tidur so, sy akan tunggu sampai mereka tertidur baru buat kerja lain. Tapi malam semalam, kerja banyak lagi tak siap, tak masak untuk sahur, tak susun baju dalam almari, tak update biz..Tup-tup memang tertidur. Hubby pun tak kejut :( . Terjaga dalam 2.30 pagi gitu. Fikir-fikir mahu layankan tidur atau nak sambung kerja. Memandangkan kalau nak bertangguh akan buat saya stress so saya bangun.

Saya solat isyak, pastu masak nasi goreng, lepas tu telan vitalea. Sambil-sambil masak tu saya minum vitagen sebab nak penyerapan yang bagus untuk vitalea tadi. Kemudian saya buat kerja saya macam biasa, lipat kain, update blog dan schedule post. Dalam pukul 5 cam tu saya makan nasi goreng dan ESP+milo. Lepas tu terus pergi kerja pukul 6.30 pagi.

Nak tahu hasilnya?? Alhamdulillah. sangat bertenaga walaupun workload kat ofis agak banyak. Baru saya sedar vitalea ni boleh elak mengantuk juga. Kenapa kita mengantuk? Sebab kurang oksigen dalam darah .Untuk mengetahui tentang kaitan IRON dan mengantuk ,Boleh refer link ini

Vitalea ni memang best multivitamin bagi saya. Walaupun dulu memang saya dah ada testimoni sendiri yang buat saya cergas, tapi sebab lama sgt mcm tak ambil vitalea macam hampir dah lupa.

Kenapa title saya ESP & Vitalea tak boleh bertemu? Ye, tak boleh di ambil dalam satu masa yang sama. tapi fungsi keduannya memang superb!!

The best multivitamin is multivitamin Shaklee ~ VITALEA
The best soya is Energizing Soy Protein~ ESP

Anda boleh dapatkannya dengan harga runcit atau terus beli di E-SELL.
Atau kalau nak murah sikit boleh whatsapp saya di 0122319979. Saya akan timbang-timbangkan..:)

Selamat berpuasa & kekal bertenaga semua!!











Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

05 July 2014

GASTRIK : MIMPI NGERI SAYA!

Bila sebut pasal gastrik memang hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu akan NIGHTMARE nya..percayalah, selagi anda tidak berada dalam keadaan tersebut, anda tidak mungkin akan tahu sengsaranya sesuatu penyakit.

Saya adalah salah satu individu terpilih yang dapat menikmati SAKIT GASTRIK. Saya nak share serba sedikit tentang kisah saya dengan GASTRIK. Pengalaman lalu sangat memberi kesan kepada saya sehinggakan saya mahu membantu orang yang menghidap sakit perut gastrik.

Saya tak berapa ingat bila saya kena gastrik. Lebih kurang tahun 2003 kalau tak silap. Sebenarnya cara pemakanan saya tak berapa betul dari tingkatan 3. Asyik studi2 sampai susah nak makan. Makan pun sedikit sahaja. Tapi jadual pemakanan saya tak pernah berubah selama 5 tahun di sekolah menengah. Bila masuk UIA sahaja baru saya terkena GASTRIK. Sebab apa? Makan tak ikut time, lari waktu pemakanan dan memang ikut bedal yang mana sempat. Saya tak tahu nak describe macam mana rasa tu, pedih ulu ati, sakit perut kat tengah2 perut, pening kepala, dan macam-macam lagi lah. Sakit..kadang2 nak menunduk je rasa sebab sakit tu mencucuk2.

Sampai satu tahap, saya sukar buang air besar. Macam-macam treatment yang saya ambil sampai doktor pun dah cakap IM ABSOLUTELY ALRIGHT.

Tapi sakit perut memang menyerang jika saya dah skip lunch hour or any meal. Ha, lagi satu saya baru dikenalkan dengan makanan tomyam pada 2003 oleh kawan baik saya. Saya memang suka sangat, sebab jakun tak pernah makan tomyam selama 20 tahun dengan emak. hehe. So saya rasa makan pedas dan masam boleh trigger gastrik macam yang diceritakan dalam blog ini 

Pantang saya makanan berangin macam nangka, durian atau goreng-goreng mesti saya akan rasa pedih ulu hati. Kalau saya minum teh berlebihan pun akan rasa begitu.

Wah, baru tahu dulu memang sangat2 tak jaga pemakanan. Nak tahu bila saya dah tak rasa sakit gastrik tu?Pada tahun 2012 saya mula ambil ESP secara konsisten. Alhamdulillah, memang terbaik. Sangat bersyukur kerana dapat mengurangkan rasa sakit itu. Sekarang dah langsung tak rasa. :) Alhamdulillah..

Sesiapa yang ada anamia pun boleh mendapat gastrik. Ia berlaku apabila kekurangan vitamin B dalam badan. Baca lebih lanjut dalam web favourite saya .



Antara supplemen yang mampu mengurangkan radang gastrik :

1. ESP

2. B compleks

3. Ostematrix

4. Peppermint ginger plus

Untuk terus membeli set gastrik boleh klik BELI SET GASTRIK. Jika sudah membeli boleh Whatsapp atau SMS saya untuk mengetahui cara pemakanan dan tips-tips yang hebat!!

Selamat tinggal gastrik!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

04 July 2014

Dari dapur Rehanswardrobe : ANEKA RESIPI PERFORMANCE DRINK + ESP

Secara jujurnya, tahun ini baru saya cuba PERFORMANCE DRINK semasa puasa. hasilnya? Superb! Bertenaga, kurang haus dan memang best la...So setiap hari mesti akan cuba macam-macam rojak shake yang saya nak...semuanya pun memang sedap dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Jom terjah dapur kita!

PERFORMANCE DRINK
PERFORMANCE DRINK + RIBENA / VITAGEN

ISOTONIK DRINK
PERFORMANCE DRINK + JUS TROPIKANA

performance drink
PALING FAVOURITE DAN PALING MUDAH! dan sedap!!!!

Tahu tak selama saya ambil PERFORMANCE DRINK ni memang rasa bertenaga, rasa macam tak guna banyak tenaga walaupun pergi kerja, pam, balik masak, jaga anak...wee..A MUST HAVE DRINK at home!! sangat effektif!!

Siapa yang tak suka minum air suam boleh amalkan air ini...tanpa gas tanpa perisa tambahan! Perisa orange yang sedap..pasti legakan tekak anda...

Ok untuk pembaca blog kesayangan saya, meh saya bagi anda resipi terulung dengan ESP!! Khas untuk anda semua!!!


Nak resipi yang lebih agresif?? Boleh klik resipi smoothies, protein shake yang menarik, atau lebih yummy di sini .

Sedap tau bancuh-bancuh ESP ni..memang mampu meruntun jiwa...perfect HEALTHY DRINK..lagi2 kalau campur bahan-bahan yang seimbang, nak minum shake untuk kurus pun boleh. ESP tu boleh replace dengan CINCH shake juga ye, ikut kesesuaian.

Selamat berpuasa semua!!!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

28 June 2014

Kelas BLOG!! HANYA DI EMPAYAR KAMI!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam baru sudah kelas teknik BLOG & google ads untuk empayar JMS. Saya tolong menyebarkan ilmu yang suami saya ada untuk mereka2 yang ingin berjaya. Sesiapa yang join kami untuk jana pendapatan dengan lebih hebat, ANDA PASTI AKAN DIAJAR SEMUA LUBUK RAHSIA BLOGGER.

Teknik SEO, ranking tertinggi dalam enjin google semua akan di ajar :) TIPS EKSLUSIF!!!


jana pendapatan

seo blog
kawan baik dengan google...jangan main-main..heheh

Ilmu emas ini hanya bernilai jika anda praktikkan. Semoga bermanfaat bagi yang hadir..:)
Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, jom sertai kami. Roger 0122319979..Saya akan explain dan chit chat dengan anda!!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

TERBONGKAR!!! BILA PUASA DAH TAK LUNYAI!!!

Puasa bukanlah alasan untuk seseorang jadi lemah dan longlai. Malah pada bulan puasa lah kita kena rebut pahala puasa. Bukan dengan duduk sahaja, atau tahan dari makan or minum sahaja

Zaman-zaman dulu, sebelum kenal shaklee, memang saya amalkan kurma untuk sahur sampai sekarang. Untuk tenaga yang berkekalan. Lepas kenal shaklee saya amalkan ESP. Alhamdulillah untuk husband pun saya bagi ESP, dia suka kata ' Best lah ESP ni, boleh tahan sikit puasa ni '.

Yelah, kita ni memang pemakanan asyik yang tak sihat, sayur pun kurang..memang sistem ketahanan badan agak lemah. Sebab tu kita boleh cuba makanan-makanan yang menaikkan tenaga semasa berpuasa.

Jom kita review sikit apa kata mommies yang dah cuba shaklee semasa bulan puasa :)

testimonial set puasa

testimonial set puasa

testimonial set puasa

testimonial set puasa

set puasa power / mighty3 gems


Bila buka puasa tu, cuba try yang ni...nampak sedap kan.....memang gain tenaga balik....slurrrrpppp...

performance drink


SEMOGA PUASA KITA AKAN LEBIH BERKUALITI DENGAN IBADAH-IBADAH YANG SEWAJARNYA..:)

Saya sertakan sekali jadual berbuka puasa bagi kawasan kuala- lumpur untuk rujukan anda semua ...Selamat berpuasa!!



Untuk tips berpuasa semasa hamil dan menyusukan anak leh baca ni...;)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

22 June 2014

DEHIDRASI BOLEH MEMBAWA MAUT! CEGAH DEHIDRASI

dehidrasi, kurang air, cuaca panas

Dehidrasi

Panas kan cuaca sekarang ni? Berdasarkan kajian, kita di malaysia ni akan mengalami cuaca panas ini sehingga 6 bulan! Oh...sangat lama! Saya dah rasakan bahang-bahang panas ni. Dengan rumah baru yang sangat panas, dengan tak ada aircond, memang sangat mendugakan. Rasa macam nak tidur dalam kereta ON aircond aje..hehe....insha Allah nak pasang aircond secepat mungkin untuk bilik kami..:D

Ok jom, saya nak share cerita DEHIDRASI untuk anda..bukan saja-saja nak takutkan, tetapi ia adalah FAKTA!





Dehidrasi berlaku apabila badan kehilangan cecair dalam kuantiti yang agak banyak dalam sesuatu masa. Ia berlaku melalui perpeluhan, buang air kecil/besar , dan pernafasan. Antara simptom-simptom dehidrasi boleh di dapati di sini. Cuba bayangkan ye, jika air kencing anda menjadi pekat dan kuning. Akan ada satu perasaan yang tidak sihat sebab kita tahu itu tidak patut terjadi. Saya paling risau jika kencing menjadi kuning pekat dan tidak jernih. Ni sharing ye, bukan saja-saja nak tulis. Masa biasa bila kita tak minum air untuk few hours pun akan menyebabkan kencing pekat, apatah lagi jika kita dehidrasi kan.

Contoh : Bila cuaca panas sekarang ni, kita tak gemar minum air putih, suka minum air jus pulak tu, lepas tu berpeluh-peluh, kemudian kencing jadi pekat. Jangan terkejut jika anda mengalami simptom-simpom dehidrasi. Sebab tu WAJIB MINUM AIR PUTIH SEKURANG_KURANGNYA 2 LITER SEHARI!

Artikel utusan pada tahun 2002 bercerita tentang kesan dehidrasi pada badan. Takut juga baca ni.
Jom tingkatkan kempen minum air ye. Bawalah air botol ke mana sahaja.

Saya nak amalkan air putih yang konsisten dan performance drink untuk tenaga yang maksima! Wajib bertenaga untuk beribadat semasa di bulan puasa..


Oh ya, jika hendak tips berpuasa semasa hamil dan menyusukan anak, klik sini

performance drink
Garis kelabu : minum air putih
Garis hijau minum performance drink.
Paras gula semakin tinggi dengan performance drink dan boleh jana tenaga lebih UP




Selamat berpuasa semua...Moga kita dapat ramadhan yang mabrur tahun ini :)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Continue Reading

19 June 2014

Selalu kena tipu tentang ALFALFA SHAKLEE!!

Siapa tak sabar dengan Alfalfa shaklee memang boleh KALAH sebelum berjuang. Kenapa? Ha, ramai yang tak tahu pasal ni. Walaupun dah berulang kali beritahu pun, saya nak higlight lagi sebab ia amat penting jika nak amalkan supplemen secara betul.

Ramai yang makan alfalfa shaklee memang mengalami healing crisis yang maha hebat. Ramai juga yang give up sebab tak tahan dengan kesan healing alfalfa.



Ada yang makan alfalfa jadi gatal2 yang teruk di bahagian vagina, ada yang jerawat makin teruk ada yang muka berminyak dan macam-macam lagi lah...

Tahu tak berapa ramai yang dah sukses dengan ALFALFA COMPLEX lepas tempuhi tempoh healing yang agak lama? Sabar itu sangat penting dalam pengamalan supplemen sebab ia bukan bertindak macam ubat. Terus heal. No!.

kulit putih gebu

Ha, berkat sabar dan tabah..jadi kulit putih gebu ni....terbaik la!!!
Nak tahu tentang lebih lanjut tentang penangan ALFALA? KLIK SINI
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 June 2014

Rahsia Awet muda dengan vitamin E!

vitamin e, rahsia awet muda, kulit cantik
Ramai yang suka benar kalau nak tahu tentang rahsia awet muda kan??kan?? :) Mestilah, nak sentiasa nampak cantik itu sudah menjadi lumrah manusia :)

Dalam produk shaklee ni, ada macam-macam produk untuk awet muda. Salah satunya adalah VITAMIN E. Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan vitamin E boleh baca di sini. Sebelum apa-apa pastikan anda pilih vitamin E yang tulen dan asli ye..bagaimana untuk menentukan yang tulen atau bukan sintetik? Boleh baca link ini


Vitamin E ni memang sesuai sebagai anti aging, sebab ia kaya dengan antioksidan yang tinggi. Sekaligus melancarkan salur darah, so kulit muka nampak cerah dan flawless. Tapi yang paling bestnya, bukan untuk awet muda aja, boleh kurangkan risiko kanser dan meningkatkan kesuburan dan keintiman. Jom baca dari sumber ini

Banyak lagi yang menarik tentang vitamin E di sini .

Banyak kajian mendapati vitamin E sangat penting untuk kulit selain vitamin C dan protein. So jom cuba vitamin E yang tulen ye, banyak sangat vitamin E dalam pasaran sekarang ini. Pastikan anda memilih yang THE BEST!!! :)

PROMOSI VITAMIN E BUY 6 FREE 1 masih berlangsung!
Jom jimat banyak...
Boleh dapat free membership dan cash rebate
Jimat sehingga hampir RM 50!

vitamin E
Cun !!!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

08 June 2014

Vitamin boleh jadi masker untuk hilangkan jerawat???

Jerawat? Jeragat? Memang jadi musuh utama para wanita. Kadang-kadang bila seharian kepenatan, muka pun terabai, lepas tu muncullah jerawat bagai.

Tapi banyak customer saya nak kesan cepat untuk jerawat ni..sebab makan vitamin memang selalu ambil masa sikit. So saya akan cadangkan makan vitamin dan juga buat masker vitamin untuk menghilangkan jerawat dan jeragat.

Ada macam-macam cara nak buat masker ni, jom intai sikit...:)


Masker vitamin E

Masker vitamin E ni selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat yang timbul tiba-tiba...memang kalau malam buat masker tu pagi tu boleh kering jerawat yang muncul tu. Terbaik!!
1. Picit vitamin E
2. Sapu minyak dari pil tu
3. Biar kering semalaman

vitamin e
vitamin E
Masker ESP+ Vitamin C

Masker ni selalu untuk mencerahkan lagi kulit..bila dah masker ni, memang kulit akan bertambah cerah dan gebu! Kalau rasa muka kering sangat boleh tambah yogurt. :)

masker vita c + esp





Nak cara membuat masker yang lebih detail? Jom roger saya..kita chit chat!!
Lupe plak, promo VITAMIN E masih ON!! JOM BORONG!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

07 June 2014

Miss V sakit!!!

Assalamualaikum semua...

Tengok tajuk pun dah tahu post ini khusus untuk siapa kan..so bagi yang perempuan, boleh baca dan amalkan tips-tips yang bakal saya share dalam entri ini mengenai kebersihan vagina. Yang lelaki pun boleh baca dengan tujuan untuk menyebarkan kebaikan kepada isteri masing-masing atau sebagai ilmu tambahan.

Tajuk diatas memang berkait rapat dengan kehidupan wanita yang dibelenggu masalah jangkitan vagina dan keputihan yang melampau. Memang hilang nikmat hidup jika tak dirawat dengan betul. Semua nya serba tak kena, stress, nak buat apa pun macam tak bersemangat aje. Pernah seorang customer mengadu pada saya masalah yang di alaminya menjadi-jadi sehingga dia tidak dapat fokus dalam pelajaran. Its true!

Sebab itu  menjaga kebersihan vagina sangat penting kerana bakteria mudah menyerang di situ. Antara simptom jangkitan vagina ialah

1. Keputihan yang berbau dan pekat
2. Pedih semasa kencing
3. Kegatalan dalam dan luar vagina
4. Ketidakselesaan semasa aktiviti seks
5. Sakit abdomen

Antara punca-punca jangkitan vagina pula :

1. Jangkitan bakteria/yis disebabkan oleh perubahan PH di vagina
2. Alergi terhadap krim atau spray yang digunakan
3. Menggunakan douching yang berbau wangi dan menggangu PH vagina yang mungkin mematikan bakteria baik dalam vagina
4. Pemakanan yang tidak seimbang
5. Pad/tampon yang jarang di tukar 
6. Seluar dalam yang basah dan tidak kerap ditukar
7. Penjagaan vagina yang tidak konsisten

Bagaimana pula kita nak merawat jangkitan vagina ni secara semulajadi?Ha, jom tengok dan insha Allah boleh aplikasi kan untuk semua.


Cara untuk menjaga kebersihan vagina secara semulajadi :

1. Amalkan makan yogurt 5oz sehari
2. Amalkan makan bawang putih 3 ulas sehari kerana bawang putih adalah anitfungal yang paling bagus!
3. Amalkan vitamin C untuk membaiki sistem imun
4. Boleh mengamalkan air barli
5. Douching menggunakan air rebusan sirih kerana sirih memang terkenal sebagai ubat tradisional untuk merawat vagina
6. Kerap menukar seluar dalam. Amalkan konsep melap setiap kali selepas ke tandas untuk memastikan vagina kering dan bersih


Jangan malas2 k...pastikan anda menjaga kebersihan vagina semaksima yang mungkin! Jika mahu supplemen yang sesuai kami boleh mengesyorkan garlic complex, alfalfa . Insha Allah boleh membantu anda!!! :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading