08 May 2014

BASIC H SEBABKAN EKZEMA MENJADI TERUK!! JANGAN GUNA BASIC H UNTUK ANAK ANDA!!

Salam semua,

Anda terkejut dengan tajuk di atas?Senyum sudahhhh...:)

Title ni bukan dari saya ye, isu ini selalu di gembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak tahu pokok pangkal cerita terus jump to conclusion! Oh saya sangat tidak gemar, tapi kita senyum aje lah kan...:) Jom kita gali ilmu dulu ye. Tak perlu kuburkan sesuatu tanpa gali sedalam-dalamnya

Sebenarnya saya nak cerita tentang EKZEMA. Kenapa saya pilih tajuk EKZEMA ini? Sebab baru-baru ini anak saya selalu gatal-gatal di bahagian leher dan ruam-ruam merah. Saya tak pernah terfikir langsung tentang ekzema ini sehingga lah doktor mengesahkannya. Walaupun mild, tapi tetap hati saya gundah sebentar. Namun saya bersabar untuk merawatnya.

Siapa yang tak tahu tentang EKZEMA boleh baca link ini . Kalau tak nak baca panjang lebar, saya akan pendekkan cerita ye.

EKZEMA adalah sejenis penyakit yang menyerang anggota terbesar dalam badan kita iaitu kulit. EKZEMA boleh menjadikan kulit gatal, ruam, berlendir, bernanah atau berdarah ikut tahap keseriusan penyakit tersebut.

Antara perkara yang perlu di ambil kira untuk bayi atau kanak-kanak ekzema :
1. Elakkan bahan kimia atau sabun yang terlalu wangi
2. Pastikan kuku kanak-kanak pendek supaya tidak mudah luka jika digaru
3. Cuba kenal pasti punca ekzema. Mungkin akan mengambil masa, tetapi boleh dilakukan dengan kesabaran yang tinggi

Ini antara yang saya kenal pasti. Macam anak saya, doktor tu cakap alergi pada peluh sendiri. Semalam bila anak saya naik balik ruam-ruam merah tu terus saya rendam anak saya dalam basic H. Jangan melatah ye bila saya sebut rendam dalam basic H yang guna untuk mencuci macam-macam.

favourite question : Bagaimana Basic H yang boleh digunakan untuk mencuci lantai dan bertindak sebagai pencuci serbaguna boleh diguna untuk merawat ekzema?

Ok, saya jawab yang ini. Mula-mula tahukah anda apa itu Basic H? Basic H bukan pencuci biasa dalam supermarket ye. Yang ada bahan kimia, yang ada bahan pelarut, yang ada sintetik, pewangi dan macam-macam. Basic H ni adalah sisa vitamin atau vitamin residue yang terhasil di kilang Shaklee. Ok, kita dah sedia maklum semua vitamin Shaklee adalah semulajadi. Maksudnya baik-baki vitamin itu juga adalah semulajadi. Basic H ni lebih daripada sekadar pencuci. Sama sahaja konsep kadang-kadang teori guna ubat gigi untuk sapu tempat melecur. Mana relevennya kan? Pernah juga saya guna shampoo untuk basuh lantai bila dah habis pencuci lantai. So adakah rambut yang di shampoo itu juga menjadi mangsa sebab shampoo yang sama boleh digunakan untuk cuci lantai? Andaian sahaja ok..Saya nak jelaskan di sini sahaja bahawa basic H boleh ade 1001 kegunaan dan lebih sekadar pencuci.

Saya dah cuba, alhamdulillah memang berkurang ruam-ruam anak saya. Rendam basic H tu bukan lah rendam satu cawan or satu botol ye, Just titikkan beberapa drops.. BEBERAPA DROPS dalam sebesen air. Lepas tu rendam lah anak macam mandi biasa. Ramai dah pernah buat, cuma perlukan kesabaran untuk melihat kesannya. 

Selain itu, saya guna herbal blend untuk sapu sekitar ruam-ruam baby saya. Ia memang betul-betul membantu. Ia melembapkan kulit anak saya, and paling penting NON STEROID!!!. Nanti di entri lain saya akan kongsikan mengenai Steroid & Ekzema. Ringkasnya, ekzema dan steroid adalah tidak serasi. :)

Tapi saya nak kongsikan sikit lagi pengalaman saya, kalau saya minum ESP memang ruam-ruam anak saya akan berkurangan sebab ESP kan protein. Boleh baca lanjut di sini tentang ESP. ESP repair sel dan membaiki sel kulit. Sebab saya menyusu, so saya amalkan ESP secara konsisten selain menjadi milk booster saya.  Kalau anak anda dah umur 1 tahun ke atas boleh beri Meal shake  di mana akan mempercepatkan proses pemulihan dan juga sebagai vitamin tambahan. Omega guard pula boleh di ambil oleh ibu menyusu atau anak yang sudah berumur setahun ke atas untuk mengurangkan radang kulit. Memang best sebab mampu cantikkan kulit juga!

Nak tengok testimoni? Saya tak ambil banyak sebab yang satu ni memang saya tgk kulitnya memang tak ada langsung nampak kesan ekzema. anak Master iffah, Faheem. Superb!!

testimoni herbal blend



BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK DETAIL KONSULTASI. PROMO MEAL SHAKE UNTUK BULAN MAY INI. JANGAN LEPASKAN PELUAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA DAN JUGA ANDA!!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

06 May 2014

Puas makan dengan MAKANAN ROHANI..superb best!! Jom percaya sebelum berjaya!

Assalamualaikum semua,
Jom mulakan hari dengan fikir positif, terapkan nilai-nilai positif dalam minda anda. YOU ARE WHAT YOU THINK. Kita berada dalam roda fikiran kita. Percayalah.

Minggu lepas, saya telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri sesi motivasi or saya lebih suka sebut SPIRITUAL SESSION dengan Ateh @ Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau telah member aura yang begitu hebat dengan izin Allah kepada kami di situ. Satu pengalaman yang baru, satu ilmu yang sungguh istimewa.
Barisan S2U telah berjaya menganjurkan satu program yang berkualiti tinggi. Sekalung tahniah di ucapkan. Dapat berjumpa dengan Master iffah, antara insan yang saya suka memang membuatkan semangat saya lebih tinggi. 

Apa yang diperkongsi kan dalam seminar 2 hari itu sangatlah EKSLUSIF. Tak mungkin dan tak akan sama dengan apa yang saya cuba sampaikan. Sebab auranya sangat berbeza.
Dalam program ini satu yang saya sangat suka ialah meletakkan ALLAH pada tangga teratas. Buat apa pun ingat lah ALLAH sebab ALLAH ialah UNIVERSAL  ATTRACTOR.
LAW of ATTRACTION adalah sedikit sebanyak mengupas tentang tarikan magnet dalam diri kita. Bagaimana minda kita boleh menakluk apa yang kita fikir. Sebab tu kita disarankan jangan fikir yang negative sebab makin lama kita fikir yang negative makin kerap ia akan datang pada kita

Antara quote yang saya suka oleh Ateh :
1.       Syurga hanya terima orang-orang hebat. Sangat terkesan dengan quote ini. Adakah kita ini sudah jadi orang yang hebat?
2.       Percaya sebelum berjaya. Walaupun tak berjaya lagi, bayangkan diri anda sudah berjaya  mengecapi kejayaan tersebut
3.       Tulis target anda. Cita-cita adalah yang ditulis bukan diperap sahaja dalam minda. Tulis dan tatap tiap-tiap hari. Ini adalah rahsia kejayaan ramai jutawan
4.       Kejayaan bermula dari kekalahan yang dipelajari. Bak kata lagu dalam cerita Boys, MISTAKES ARE THE SECRET OF SUCCESS. Jangan pandang kekalahan sebagai kelemahan, go thru it, face it , jadikan pengajaran dan ubah menjadi lebih baik.
5.       Kawal hati untuk kawal semua benda


Yang ni antara saya ingat lah, tengah lunch time ni saya tulis apa yang saya ingat.
Salah satu yang sangat member kesan pada saya ialah kejadian batu permata. Betul-betul membuatkan diri saya sentap sebentar.

Batu permata yang paling bernilai adalah batu yang menghadapi tekanan demi tekanan. Jika anda di uji Allah, ingatlah bahawa mungkin Allah hendak melonjakkan anda ke tempat yang lebih tinggi.

Sesungguhnya, PRICELESS. Tak ada perkataan untuk menggambarkan sesi itu. Sampai ke hari ini saya masih terkesan dengan AURANYA.. J

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari web ini. Call ateh terus pun boleh. Insha Allah Ateh akan membantu. :)



Sebelum ledakan aura


exercise paling sempoiiiii....best
bersama master farah, nanny saya

Untuk lihat gambar-gambar lagi menarik boleh singgah FB saya.. www.facebook.com/RehanaNurulAmin




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

01 May 2014

HOMEMADE RICE CEREAL >> LAGI SEDAP >> TANPA PENGAWET DAN PEWARNA!

Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog ni, tersangatlah busy..anak perempuan saya dah menginjak 6 bulan lebih, nak masuk 7 bulan dah pun tapi sekarang baru nak bagi makan..hehe..biar dia betul-betul rasa nak makan baru bagi.

Ok semalam punya projek.. tak sampai 15 min saya dah siap buat homemade cereal ni. janji cuaca panas terik, Memang boleh siap!

Jom tengok cara-cara buat rice cereal yang sangat simple :

beras
Step 1: Basuh dan toskan beras . Lepas tu keringkan bawah matahari yag memang terik. Sehari je saya keringkan memang dah kering habis
beras kuning
Untuk memastikan beras tu dah kering betul-betul, sangai beras sampai kekuningan. Pastikan api perlahan dan kena kacau selalu. Lagi satu, bila sangai rasa wangi sikit beras tu :)

blend beras
Masukkan dalam blender dan blend sampai halus. Ni blender yang paling best saya pernah jumpa. Thanks to my mom sebab hadiahkan. Sangat-sangat berguna!

ayak tepung
Wajib ayak untuk dapat tepung yang betul-betul halus

beras halus
Tada!!! Halus kan..very fine! best !


simpanan beras
Simpan dalam bekas kering dan kedap. Boleh guna bila-bila perlu

simpanan beras
Masak atas api perlahan selama 5 -10 minit. Boleh campur maca-macam puri dalam ni. Kalau breakfast bagi la puri buah ke, puri sayur ke..Nyumnyum,...lagi rasa best
 Tu jer nak share hari ini.. Nanti saya share lagi kalau buat puri yang lain..:)
Selamat mencuba!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

08 April 2014

TERKEJUT! * STRETCH MARK HILANG TIBA-TIBA *


stretch mark
gmbr hiasan




Benda yang paling wanita tak gemar lepas bersalin ialah STRETCH MARK! Siapa suka kan? Mesti tak suka dan fikir macam mana nak hilangkannya..saya dah anak 2 dah..lepas bersalin baru-baru ni memang tak best tengok sebab sangat ketara. Tapi saya konsisten je minum ESP sejak dari hari pertama bersalin.. Amazingly! Lepas almost 6 bulan, tengok dah pudar sangat-sangat..testimoni dari diri sendiri ye..bukan nak buat ayat overclaim ke ape..sebab saya tahu fungsi PROTEIN memang membaiki sel-sel kulit. Tapi kena sabar lah kan, bukan seminggu minum dah hilang stretch mark tu..Sangat best tau, hari-hari tak pernah miss minum ESP sebab memang dah dapat rasakan KEHEBATANnya..

Lepas ni dapat shake and take pulak, tak sabar nak buat macam-macam resipi dengan ESP ni...:)

Nak tahu fungsi lain ESP? Klik sini . Enjoy reading!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

31 March 2014

SIAPA NAK TIPS SLIMMING YANG SUPER HEBAT???

 Fuh, baru siap slimming booklet khas untuk customer dan rangkaian ahli bawah saya..EKSLUSIF ye..
Bukan semua boleh dapat ni..hanya yang membeli dari rehanswardrobe atau ahli bawah kami...kenapa ekslusif? Sebab kami 1-1 dengan customer untuk memberikan hasil yang hebat!!

Nak baca tips menarik? Ada 2 pilihan:

1. Beli apa-apa produk shaklee dari kami atau

2. Register ahli dengan kami

Mudah sahaja kan!!!
Baru email kat customer..teruja dia untuk misi kurus!!hehe...


booklet :)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

29 March 2014

FENOMENA SHAKLEE MASIH HANGAT!!!


Lama dah tak update sini..Sangat sibuk dengan urusan kemas rumah dan juga urusan shaklee yang telah diperketatkan RULES nya...

Jika sebelum ini ramai customer saya menikmati harga ahli tanpa menjadi ahli, tapi kini pihak shaklee telah enforce untuk STANDARDIZE harga ahli hanya untuk ahli sahaja. Kira privillege harga ahli untuk ahli je...kira ekslusif hanya untuk ahli..

Jadi jika sesiapa yang masih nak harga ahli, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli dengan saya..senang sahaja nak daftar..

~ Bayar RM 65 atau beli barang untuk RM 650 ( free membership)
~ Bagi details lengkap
~ Saya akan klik2 dan siap online registration

Murah je RM 65 tu sebab saya sangat yakin anda akan dapat balik RM  65 tu melalui bonus anda...ha...mana lagi untung? Nak beli harga retail atau nak jadi ahli dengan pelbagai benefits yang tak terkira..

So once anda dah jadi ahli, anda boleh buat pilihan untuk buat biz sebagai side income atau untuk kegunaan sendiri..tapi jika untuk kegunaan sendiri pun masih ada benefits yang boleh dapat..classs gitu kan..;)
















Sesiapa mahu join kami untuk biz marketing yang hebat, boleh PM kami..:)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

04 March 2014

INDEKS GLISEMIK RENDAH SINONIM DENGAN DIABETES? APA PERANAN ESP disini?



Indeks glisemik (GI) adalah tahap glukos dalam darah seseorang. Semakin tinggi GI semakin tinggi paras gula dalam darah. Kajian dahulu menyatakan GI yang rendah boleh mengurangkan risiko sakit jantung, diabeted, stroke, depresi, dan kanser payudara.

Tahukah anda ESP di keluarkan dengan GI yang rendah..memang sangat sesuai untuk pesakit diabetes. Emak saya pun consume ESP ni sebab malas nak makan banyak2 ubat..So jom berESP sempena 6 TONG ESP YANG BAKAL MENDAPAT 1 TONG FREE...Hebat tawaran bulan mac ni kan..So jom cuba sebelum stok licin!!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

02 March 2014

ORGANIZING : Rempah & Santan

Ok jom kita share cerita tentang home organizing pulak, wee,teruja tau nak kemas rumah baru..dan HARUSLAH penat yang bertan2 sebab perah otak jugak nak susun barang bagi betul-betul organize.

Nak tahu rutin saya lepas ambil anak dari rumah mak saya buat apa? Masuk rumah, bagi salam, bukak tudung, sinsing lengan baju dan mula untuk memasak..Sebab paling awal saya sampai rumah pun dalam 6.30 - 6.45 pm, so saya kalau boleh memang nak siapkan b4 magrib atau paling lewat before kul 8 sebab by 8 pm tu saya dah boleh santai2 dah..dan encik suami balik memang perut dah lapar bunyi macam-macam lagu dah..

So sebab tu sangat penting organize barang dapur..sebab itu jugaklah saya kemas dapur dulu lepas pindah hari tu..

Macam mana saya simpan rempah? Sebelum ni dalam bekas-bekas biru yang pernah saya beli kat groupun dulu, terletak elok dalam laci, tapi Syamil boleh capai dan dia dah tumpahkan serbuk kari tu..huhu..sejak tu terfikir2 cam mana nak simpan since kabinet atas tu kalau boleh saya nak simpan dekat dengan tempat masak so saya nak capai.tapi ruang sangat kecil plak..so terpaksa saya tukar kepada jag yang comel.. daiso mari RM 5 sebijik,,mcm mahal ,tapi cute dan ruang sangat limited saya memang pakai benda ni..


Saya label di pemegang je sebab senang nampak. Father in law saya puji ni..hihi..die kata macam dalam lab dah..hehe..tapi memang sangat membantu label ni esp bila saya pernah terkonfius dengan serbuk ikan dan daging..habis kari jadi tak sedap..hihi..nampak teratur..perfect dengan bekas minyak kat sebelah tu.. ;)

Ini pula cara saya simpan santan..kalau dulu2 beli santan peket tu terus campak je dalam peti sejuk. hihi..so bila time emergency nak guna memang haru lah..so saya letak dalam bekas ais macam dalam gambar. so bila nak masak tu saya keluarkan kiub 1 je..senang cair bila masuk dalam masakan..




Kalau tengok kat sebelah santan tu ada cili giling yang dah di bekukan..sebab saya blend banyak2 terus. Masa weekend la selalu MIL saya buatkan..tips untuk tahan lebih lama..letak garam dalam cili tu..memang tahan..dan kalau lagi bagus letak dalam freezer macam dalam gambar..1 day before boleh turunkan kalau bekas yang sebelumnya dah habis..

ps : so tak perlu tambah garam dalam masakan..rasa dulu baru add on..kang terlebih masin plak..:P

Sekian tips untuk hari ini...;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

17 February 2014

Bye-Bye to jerawat dan jeragat!



Saya tahu perasaan wanita bila jerawat or jeragat muncul di muka..wah..sangat lah annoying..tak best sungguh..kurang keyakinan diri, asyik fikir macam mana nak hilangkan jerawat tuh..fikir punya fikir, lagi stress dan lagi menjadi2 jerawat tu..hehe...so jom take 5, rilek-rilek...jom kita tengok solusinya satu per satu..confirm nak pilih solusi yang terbaik di abad ini...

Produk yang saya nak cerita bukan setahun atau dua tahun bertapak tau..dah berpuluh-puluh tahun bertapak dah..siapa yang dah cuba mesti jatuh hati pandang pertama dah...hehe..overrrrr...:P

Sebelum tu, jom kita gali info sikit kenapa jerawat dan jeragat ni terjadi..

Jerawat terjadi bila kelenjar kulit terganggu dan pori-pori halus tersumbat dengan bakteria, kuman atau minyak
jerawat
Sumber : google : SF Medica


Faktor terjadinya jerawat / jeragat :

1 ) Keturunan
2 ) Stress : stress ni memang kawan baik untuk jerawat tau. Bila stress sikit je mesti mula lah rasa nak naik jerawat tu.
3) Bakteria : kalau terdedah pada bakteria atau cuaca yang tidak berapa baik pun boleh mengakibatkan jerawat
4) Pemakanan : Makanan yang berminyak dan berlemak yang berlebihan boleh mendorong ke arah pembentukan jerawat
5) Penggunaan alat solek yang tidak sesuai
6) Hormon inbalance - selalunya terjadi pada wanita yang haid ( selalu jerawat akan timbul dan hilang selepas beberapa hari )
7) Toksik berlebihan dalam badan
8) Resdung

HINDAR JERAWAT??BAGAIMANA?

* Elak stress
* Pengambilan air lebih dari 2 liter air setiap hari
* Basuh muka selalu ( lebih baik dengan air suam untuk menghalang bakteria2)
* Jauhi makanan berlemak/berminyak
* Amalkan pemakanan yang sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur
* Penggunaan alat solek atau bedak yang kurang bahan kimia

Antara Supplemen yang membantu untuk mengurangkan masalah jerawat :

# B compleks - mengurangkan stress, memberi tenaga kepada kulit
# Vitamin C - mengurangkan pigmentasi dan kesan UV
# Vitamin E / GLA - antioksidan yang terbaik untuk kulit dan cegah penuaan serta menstabilkan hormon
# Energizing Soy Protein - membaiki kulit dan tisu yang rosak serta melembut dan melicinkan kulit
# Zink - Mengurangkan luka berdarah akibat jerawat dan mengecutkan jerawat
# Alfalfa - Detoks toksin di dalam badan

Tambahan :
# Pencuci muka + toner nutriwhite atau enfuselle ( bergantung pada kulit muka masing-masing)

 Wah banyaknye supplemen kena ambil???? Koyak lah macam ni...hihi..saya pasti ramai yang mengeluarkan komen begini, Saya akan suggest set yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi ;) so no worries.

set jerawat dan jeragat


 




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

06 February 2014

MENGAPA SHAKLEE MAMPU BERTAHAN SEHINGGA KE HARI INI??

Ramai yang masih tak tahu lagi rupanya keunikan shaklee..ok jom kita imbas balik...;)

Antara yang menjadikan Shaklee adalah no 1 syarikat supplemen adalah dengan sebab-sebab di bawah :-

1. Shaklee melakukan lebih 100000 ujian tahunan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk tersebut

2. Semua produk shaklee melalui 100% ujian untuk menjamin kualiti dan juga bahan yang terkandung di dalamnya

3. Semua bahan dalam shaklee adalah terjamin di bawah protokol shaklee yang sangat peka terhadap kualiti dan keselamatan melalui lebih 350 ujian kimia

4. Saintis Shaklee merekacipta formula yang unik agar bahan di dalamnya selamat dan berkesan digunakan

5. Shaklee menawarkan S.M.AR.T bioavibility untuk penyerapan nutrien/vitamin ( ni saya cerita lagi detail kat bawah ye )

6. Shaklee menetapkan piawai dengan tidak boleh menggunakan perisa tiruan, pemanis, dan perasa tambahan. Soya yang digunakan juga adalah base non GMO

7. Shaklee mempunyai GOOD MANUFACTURING PRACTICES standard


Ha, banyak kan kelebihan shaklee yang kita tak tahu? Sebab tu ramai yang memilih shaklee..kualitinya terjamin dan memang selamat untuk digunakan..


Gambar di atas ni lah menunjukkan SMART system Shaklee. Ia menunjukkan setiap vitamin di bebaskan di organ2 tertentu pada masa yang tertentu..hebat kan? Contoh : Vitalea mempunyai folik asid dengan mikrocoating untuk pembebasan segera di perut. Sebab tu ramai pilih SHAKLEE ;)

PS: PROMO HEBAT BULAN FEBRUARI : VITALEA BUY 6 FREE 1 atau SEBOTOL DENGAN HARGA RUNTUH, SMS/WA 0122319979



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

23 January 2014

KAFEIN PENYEBAB SUKAR UNTUK HAMIL??


Bila baca tentang info kafein baru tersedar kafein ini sangat buruk kesannya daripada yang baik. Oh no..dahlah baru-baru ni gian nak minum teh dan kopi aje, HARUS STOP!!!

Dipetik dari Journal Diabetes Care 2005, pengambilan kafein yang berlebihan boleh meninggikan rintangan insulin, bila  rintangan insulin meningkat, proses ovulasi boleh terganggu dan seterusnya boleh mengurangkan risiko untuk hamil.

Selain itu untuk ibu hamil, pengambilan kafein akan mengecutkan salur darah dan seterusnya boleh mengurangkan penghantaran darah ke dalam plasenta menyebabkan janin akan terjejas pertumbuhan selnya dan boleh mengakibatkan gugur jika janin tidak kuat.

Ha, dah nampak jelas kan..bukan tak boleh minum langsung tapi, sekali sekala bolehlah untuk lepas gian..hehe..tapi sebaiknya terus STOP..

Nak tahu kesan negatif yang lain ?

kafein







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

20 January 2014

SHAKLEE HARAM? KE HALAL? JOM SIASAT!!

Kebelakangan ini selalu sahaja ada produk-produk yang di CLAIM tak halal or tak mengikut piawaian tertentu yang di gariskan oleh KKM..so sy nak UPkan entri tentang isu halal haram tentang produk shaklee..khas untuk semua customer saya dan juga untuk bakal customer saya..hehe...

Shaklee merupakan produk keluaran USA yang telah lebih 50 tahun bertapak. Sepanjang tempoh itu, Alhamdulillah tidak ada sebarang penolakan dari kerajaan atau kementerian kesihatan..cuma kadang2 ada pihak yang mahukan kepastian. Tak salah untuk mencari yang HALAL..yes, jika anda ragu-ragu maka yang halal pun memang akan jadi haram. Itulah hukum alam..:)

Inilah sijil Halal yang di iktiraf oleh ISA ( Islamic Services of America )


Kenapa bukan JAKIM yang iktiraf? Sebab produk itu diimport dari USA.. JAKIM mengiktiraf halal dari produk keluaran Malaysia. Jadi jangan konpius naaa....Tapi saya ada info hebat untuk anda...

ISA adalah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM
 Nampak tak? Jelas tak? Nak lagi info?

ISA diiktiraf oleh JAKIM sejak 1982
Ha, amik..sejak 1982 di iktiraf oleh JAKIM. Anda perlukan apa lagi? Tak percaya juga, jom ikut saya pergi USA buat kajian..:P

Dah hampir 16 bulan saya menikmati income dari bisnes ini, jika HARAM hasilnya, HARAM jugalah darah daging saya dan anak-anak.. Dan saya antara yang sangat particular bab-bab halal haram ini..kadang-kadang nak makan di rumah kawan saya India pun saya akan selidik betul-betul. Apatah lagi sumber pendapatan saya kan???

:) Senyum selalu untuk ketenangan hidup yang berpanjangan...:)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 January 2014

CERITA BEST TENTANG LECITHIN..KURUS SAMBIL BREASTFEEDING!

lecithin

Saya jarang cerita tentang lecithin dalam blog ni kan? Tapi nak tahu tak lecithin lah paling laris selepas ESP dan ALFALFA...Setiap kali restok mesti ada sahaja customer tahu..hihi..mesti habis lecithin..

Well, lecithin ni berfungsi untuk memecahkan lemak dalam badan..lagi best sebab lecithin ni boleh di consume oleh ibu yang menyusukan anak mereka. Superb kan.. Saya masa pantang dulu memang berat lambat turun ( anak pertama)..lepas tu saya hanya makan sebotol lecithin sahaja..zupp..turun berat saya dengan jayanya..lepas tu saya terus breastfeeding sampai sekarang berat susah nak naik...hihi,,tapi teringin nak continue omega pulak sebab nak kempiskan perut ( biasalah kan lepas bersalin bila malas pakai bengkung ini lah jadinya,..haha)

Lecithin ni juga boleh elak milk clot ( bengkak susu)..Mostly customer saya memang repeat order lecithin ni...nak tengok testimonial yang menarik? Jom layannn...

testimoni lecithin

testimoni lecithin

testimoni lecithin


JOM MISI KURUS TANPA EFFECT BREASTFEEDING!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

08 January 2014

PENYAKIT BARU DATANG LAGI!!! misi 2014

Saya memang dalam mood nak pindah rumah..insha Allah hujung bulan ni nak pindah.. perasaan? sangat teruja sebab nak deko rumah sendiri..hari-hari dok tengok blog orang mcm mana nak susun atur..macam mana nak jimatkan space for max! Alhamdullillah dapat inspirasi!

Kalau time kat uni dulu memang saya sangat particular bab2 organize ni...maybe sebab terjangkit dengan salina..hihi..tapi memang saya pantang kalau bilik bersemak! Especially bila kami study ramai2 atau lepak ramai2..saya mesti nak kemas fully lepas mereka balik..hihi..macam tu jugak kalau pergi camping bagai, balik tu bukan terus tidur tau. Mesti kemas barang dan kosongkan beg dulu baru TIDUR!..

Sekarang ni saya, husband dan 2 orang anak dalam satu bilik..dah 3 tahun menumpang rumah adik ipar saya..memang tension jugak sebab tak boleh organize langsung sebab very limited space..bayangkan, baju saya dan husband pun dah tak muat almari..baju anak2 kena letak dekat almari luar dan memang tak organize langsung. Dressing table yang lacinya dah terkopak.bila laci dah terkopak lagi mengurangkan ruang untuk saya simpan barang. Dengan biz shaklee lagi..saya tak ada tempat nak simpan shaker la, pill box la, bubble wrap la, plastik courier la, log book saya, nak tampal misi n target pun letak kat cermin tengok muka..sangatlah tak organize.. Husband suka bising-bising sebab tak kemas tapi dia tak pernah faham macam mana nak squeeze semua dalam satu bilik..itupun saya selalu kemas kat luaran..dalam almari tu tolonglah jangan tengok..memang macam nak nangis kalau cari baju...totally not me!Tapi sejak 2 bulan lalu memang saya pejam sebelah mata jer sebab tahu nak pindah dah..so malas nak kemas beria2..kene jimat masa...kalau tengok pun baju yang saya pakai semua berulang sebab lepas cuci letak kat bahagian depan almari,,so senang nak capai..

Tapi, semua itu ada hikmahnya..banyak bersabar akan membuahkan kemanisan yang tak terhingga..insha Allah impian saya untuk duduk di rumah baru akan tercapai. So the journey of decoration will starts! ;)

Antara blog yang saya sangat suka jelajah :

www.susunatursioca.blogspot.com

www.vanillapink3113.blogspot.com

Ok nantikan tentang nafas baru di rumah baru saya ye..

Mode : sangat tak sabar nak shopping!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

06 January 2014

NURSING STRIKE @ Anak reject susu ibu?


nursing strike


NURSING STRIKE

Kadang-kadang ada bayi yang mengalami nursing strike. Apa itu nursing strike? Nursing strike adalah satu keadaan di mana tiba-tiba bayi menolak untuk menyusu badan. Kenapa saya upkan entri ini? Sebab saya sedang mengalaminya, walaupun stress tapi nak juga share pada ibu-ibu yang tidak tahu tentang ini. YANG PENTING JANGAN GIVE UP ATAU TERLALU STRESS sebab ia boleh menganggu susu anda.

Saya dah pernah alami untuk anak pertama dulu. Memang macam hilang akal aje sebab tak tahu punca. Macam-macam cara saya buat, tapi dia nak botol jugak. Nak keraskan hati tak nak kasi botol tapi dia tak mahu juga. So saya kena pam setiap 3 jam walaupun dia ada di sisi..huhu..bayangkan saya pergi shopping complex pun saya usung pam dan syamil. Hihi..Jadi Exclusive Pumping Mother sementara. Bila dalam kereta atau pun mamai nak tidur dia mahu menyusu dengan saya. Kalau saya ayun-ayun sambil breastfeed pun dia ok sikit. Saya rasa adalah dalam 1 minggu macam tu lepas tu kembali normal

Untuk anak kedua pula, agak awal saya mengalaminya. Tapi biasalah baby girl cepat mengalah..hihi..tapi dia melalak nak botol juga. Mungkin sebab saya terlalu sibuk dengan urusan pindah, so saya kurang Direct feed dengan dia.

FAKTA :
Nursing strike adalah sementara dan bukan tanda-tanda untuk wean off ye. So ibu-ibu jangan cepat putus asa ...

FAKTOR NURSING STRIKE

❋ Penggunaan susu botol - konfius nipple : Sebab itu ibu bekerja yang menyusukan anak lebih cenderung mengalami pengalaman anak reject susu. Sebab bayi keliru puting dan mula menolak salah satu medium. Nama pun bayi kan, so ikut suka hati mereka sahaja..hehe

❋ Flow susu terlalu laju - Susu ibu kadang-kadang flow terlalu laju menyebabkan bayi tersedak atau bayi tidak gemar untuk menyusu apabila susu terlalu laju

❋ Penggunaan deodaran/ sabun mandi yang baru menyebabkan si anak tidak gemar akan bau badan ibunya

❋ Perubahan rasa susu : Kadang-kadang bayi dapat detect rasa susu yang mungkin berubah akibat period, ubat-ubatan atau hormon lain.

❋ Persekitaran baru yang si bayi tidak dapat sesuaikan diri

❋ Tumbuh gigi atau alih bulan

❋ Hidung tersumbat atau infection dalam telinga : kedua keadaan ini boleh menyebabkan si bayi tidak selesa untuk menyusu


ANTARA CARA UNTUK MENGATASI NURSING STRIKE

✔ Cuba susukan anak dalam keadaan mamai atau dalam kenderaan. Selalunya bayi gemar menyusu dalam kereta yang sedang bergerak ( ini dari pengalaman saya untuk kedua anak saya)

✔ Menyusukan anak dengan cara mengayun perlahan-lahan atau nyanyikan lagu dengan lembut

‼ EMOSI ibu perlu dijaga supaya bayi tidak dapat mengesan STRESS si ibu kerana ia boleh memburukkan keadaan

✔ Lebihkan skin to skin contact dengan bayi. Boleh gunakan sling atau boleh menyusu dalam keadaan bersentuhan dengan si bayi. Pastikan anda tidak paksa anak untuk menyusu. Tunggu bayi menyerah diri. Cuma kerapkan SKIN to SKIN

✔ Elakkan penggunaan botol. Boleh cuba beri dalam picagari atau sudu ( yang ni memang susah nak di praktikkan sebab leceh..hihi. sebab tu saya suka syorkan gunakan puting yang seakan puting ibu..tapi saya guna avent biasa tu jer, awal-awal dulu dia ok je.)

✔ Kerapkan pam jika bayi menyusu sedikit untuk maintain supply. Sebab selalunya bayi suka layan moodnya..kadang-kadang boleh tertidur walaupun belum kenyang akibat nursing strike ni.

✔ Cuba menyusu dalam keadaan yang senyap dan fokus

✔ Mandi bersama anak adalah salah satu contoh skin to skin


PENDEK KATA, DONT GIVE UP!

Sebab nursing strike bukannya berterusan. So, banyak-banyakkan bersabar demi anak yang tercinta!! ;)

ps : mode berdoa supaya anak saya tak adalah lama sangat strike nya.. :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

04 January 2014

Cuci usus jom!


herblax

Herblax dah kembali semula di semua branch2 shaklee..ramai betul yang rindu nak makan herblax kan???hehe..well saya memang ada regular customer yang ambil herblax ni sebab beliau mempunyai masalah pembuangan yang sangat serius.

Herblax ni salah satu item hot selain alfalfa yang membantu proses detox..seperti entri2 lain, saya selalu sebut betapa pentingnya proses detoks kerana tanpa penyingkiran toksin dalam badan ia boleh menganggu proses2 lain seperti nak kurus, stress, jerawat, berpeluh dan macam-macam lagi.

Antara fungsi hebat herbalax :
@ Membersihkan usus dengan baik tanpa mengganggu organ usus
@ Memudahkan proses peristalsis di usus
@ Mengurangkan bau badan
@ Mengurangkan perut kempis
@ Melegakan sembelit
@ Sebagai agen detoks
@ Asas untuk proses kurus

Semua bahan-bahan dalam herbalax ni adalah semulajadi dan kebanyakannya herba! Kalau orang-orang dulu kumpul herba ini untuk cuci usus mereka..hehe..kita telan herblax lagi senang kan..;)

Antara kandungannya :
  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

 Saya tak tahu bila lagi akan licin stok herblax ni..so better fast ye..;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

03 January 2014

Teman setia wanita! Most wanted items on JANUARY

Baru entri lepas saya cerita tentang ALFALFA mampu boost susu..sejam lepas tu saya dapat sms mengatakan promo bulan ini adalah ALFALFA..memang saya tersenyum sendirian sambil drive ke hq. Apa lagi, terus borong satu set alfalfa, dan tak sampai setengah hari habis laris..

Siapa yang tak tahu cerita kehebatan Alfalfa? Saya dah banyak kongsi dalam blog ini. Personally, alfalfa memang banyak memberi kesan positif pada saya..Lagi-lagi lepas berpantang kan..memang ramai wanita suka akan ALFALFA ni..vitamin cinta yang paling hebat

ALFALFA SEBAGAI VITAMIN CINTA

Kenapa Alfalfa digelar sebagai vitamin cinta? Sebab lelaki tak boleh consume ke? Eh mestilah tidak.. Alfalfa ni boleh digunakan lelaki & perempuan...Tapi selalunya wanita lebih mneggemarinya kerana :

# Mampu menghilangkan keputihan yang melarat dan membersihkan vagina. Siapa yang menderita akibat keputihan memang akan merasai nikmat apabila keputihan hilang begitu sahaja. It works! Saya pun pernah mencubanya..Fantastic!

# Sebagai kacip fatimah . Alfalfa ni kacip fatimah versi moden. Terutama untuk wanita yang lepas bersalin, ia akan membantu mengecutkan rahim dan berfungsi sebagai perapat

# Mengurangkan rasa sakit ketika bersama

Bukan hanya sebagai vitamin cinta, ALFALFA mampu mengurangkan alergi, melegakan sembelit, mengatasi masalah resdung, sebagai agen detoks, sebagai MILK BOOSTER, dan macam-macam lagi lah..



JOM DAPATKANNYA DENGAN HARGA SUPER MURAH BULAN JANUARI NI!!!






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

01 January 2014

Alfalfa 3 biji boost susu **PENANGAN HEBAT ALFALFA**

Alfalfa memang terkenal dengan milk booster yang hebat lagi-lagi kalau ambil bersama ESP..terhebat!!!

Ni hasil pam saya untuk sesi yang ke dua..Sesi pertama saya dapat 5 oz je total walaupun baru perah setelah semalaman tak pam. Lepas tu saya amik ALFALFA 3 BIJI shj! dan minum air suam..

TADAA!!! Ini lah hasilnya!! marvelouss!!

p/s : saya lupa minum ESP pagi tu, kalau tak mungkinkah penuh botol??hihi..rezeki2!!




Jangan lupa konsep asas penyusuan ye :
1. Kerapkan pam dan direct feed
2. Minum air yang banyak dan mencukupi
3. Usir jauh2 stress yang mendatang!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Continue Reading