26 November 2013

OMEGA 3 ~ penting!!

Semalam ada terbaca dalam majalah I sihat tentang Omega 3..memang dah tahu fungsi Omega yang meletup ni..sebab tu teruja nak bagi anak makan tapi anak punya susah nak makan ubat..nak telan pun susah..di gaul pun susah..kena cuba sampai dapat..hehe..

Ok antara intipati dari majalah tersebut :
OMEGA boleh :
# Mengurangkan simptom muram
# Mengurangkan risiko kanser
# Mengurangkan radang sendi
# Mengurangkan ritma jantung yang abnormal
# Mengurangkan kadar lemak yang tak sihat
# Mengurangkan kadar pembentukan plak lemak yang boleh membawa kepada sakit jantung
# Sesuai untuk diet
# Meningkatkan daya ingatan

Macam mana nak pilih minyak ikan yang terbaik? Rujuk sini

omega guard

omega



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

25 November 2013

PENGALAMAN EKSLUSIF BERSAMA SET PANTANG SHAKLEE..TERBAIK!!

Okay..saya dah habis pantang!! Yeay..memang pantang yang sangat sempoi lar..memang jatuh cinta betul dengan set shaklee ni lagi-lagi ZINK dan VITAMIN C dan ESP..saya memang consume semua..tapi sangat suka zink sebab luka cepat sembuh..terbaik la kan bila luka cepat sembuh..bila luka lambat sembuh bertambah2 stress aja..

Sebenarnya saya nak tunggu 60 hari baru nak share tentang testimoni saya..tapi saya share dulu la ye..ramai yang dah tunggu untuk testimoni saya..hehe...Gambar sebelum dan selepas saya akan reveal EKSLUSIF lepas 60 hari okay..so sabar..hihi...

Alhamdulillah..sangat berpuas hati dengan set ini..saya berpantang bukan makan tidur ye..siap boleh layan bisnes, layan anak pertama saya, sesi pam...so memang energetic..

Jom review : )

set pantang shaklee
Gambar ni tak ada vitamin C ..Vitamin C la juga membantu kulit jadi cantik balik,, i like!!


Tak salah invest dalam set pantang ni..tahan lebih dari 40 hari tau! ;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

MENYUSUKAN ANAK WAJIB????


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233).

Ayat di atas sudah cukup memberitahu tentang kewajipan menyusukan anak bagi setiap ibu. Itu hak anak ye..sudah menjadi tanggungjawab seorang ibu hendaklah berusaha menyusukan anak mereka sehingga mampu atau 2 tahun. Tapi kita pun tahu, rezeki masing-masing sudah tertulis malah rezeki bayi itu sendiri pun sudah tertulis sebab itu kadang-kadang ibu hanya mampu menyusukan anak sehingga 1 tahun, 6 bulan atau selama sebulan sahaja. 

Yang penting si ibu sudah berusaha untuk menyusukan anak mereka. Jangan pula tak berusaha apa-apa tapi mengeluh kata susu tak ada, susu tak cukup dan sebagainya.

Usaha dulu..

JOM TUNAIKAN HAK ANAK..DAPAT PAHALA DAN TANGGUNGJAWAB TERTUNAI!! 







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

23 November 2013

SIAPA TAK NAK CANTIK KAN???

Baru-baru ni saya suka cerita pasal cantik jer..hehe..maklumlah baru lepas pantang..so saya cuba produk shaklee yang semua untuk kecantikan..kalau dulu saya ambil ESP sahaja sebab vitamin C dah out of stok..tapi sekarang saya ambil ESP+vita C+ Vita E..kenapa?? Sebab saya teruja tengok testimoni-testimoni di bawah ni..Tempting la!!

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan
testimoni set kecantikkan

testimoni set kecantikkan



BERBALOI UNTUK INVEST DALAM KECANTIKAN TAU!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

13 November 2013

Titisan emas~sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Harini saya nak cerita pasal kebesaran Allah yang menjadikan susu ibu sangat unik..memang unik tau...pengalaman saya explore sendiri tentang susu ibu masa anak ke 2 ni...

Nak dijadikan cerita, anak saya hari ke 2 dah kena tahan wad..kena on antibiotik..memang saya down jugak lah..sebab sempat breastfeed hanya untuk 3 kali je rasanya..lepas tu terus kena tahan, tapi saya dah boleh balik.. tapi saya tak tension sangat lah sebab saya tahu if stress nanti susah susu nak keluar..so saya just akur dengan doktor untuk datang breastfeed atau pam dan beri dalam botol..

Hari pertama, memang doktor kata pasang tiub, tak perlu bagi susu..masa ni lah bermula cabaran..tapi tak kekok macam masa abangnya..Syamil pun dulu kena tahan wad..tapi masa tu anak sulung kan..memang STRESSSS....

So bermula la sesi pam setiap 3 jam untuk simulate susu sebab baby tak ada di sisi..Mula-mula nak dapat 0.5 oz memang lama dan dah cukup gembira if dapat 0.5 oz++...tapi doktor kata tak cukup..sebenarnya cukup aja kalau direct feed..sebab bagi dalam botol, they assume tak cukup..so memang terpaksa mix dengan FM untuk 2 hari pertama..Hari ke 4 macam tu dah keluar susu dengan baik..Alhamdulillah!

teknik marmet
Hari pertama ~marmet

teknik marmet
Hari kedua ~ kolustrum,,sikit tapi sangat bernilai tu

teknik marmet
Hari ke tiga ~ dah bertambah,..

teknik marmet
Hari ke empat ~ Alhamdulillah!!

teknik marmet
Hari ke enam ~ priceless!

teknik marmet
Teman setia saya :)

susu ibu
Stok yang dapat dikumpul sepanjang 20 hari di rumah emak!


So bagi ibu-ibu yang baru, jika nampak susu awal2 keluar sikit..jangan stress!! sebab memang awal2 bukan susu terus mencurah ye..salah konsep tu..awal2 susu memang cukup untuk perut si manja yang sebesar guli sahaja..jangan pula mengadu saya tak cukup susu...

Salah satu rahsia saya : Maintain pam, air tak putus minum, Energizing Soy Protein, keep out of STRESS!!

Jom breastfeeding!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

12 November 2013

VIVIX PROMO LAGI!!!*LIKE*LIKE

November promo datang lagi..promo VIVIX datang lagi!!
Bukan senang VIVIX ni nak dapat harga promo ye tak..murah bukan murah sikit..murah banyak tau...

Saya antara yang nak rebut peluang nak beli untuk ibu bapa or saudara mara...share tentang kebaikan vivix yang tiada tolok bandingan!

Sebelum ni saya pernah share tentang buah-buahan dalam vivix..memang hebat! Boleh klik link ini untuk baca tentang kehebatan VIVIX

Untuk testimonial pula boleh klik sini


Ok..Hari ni nak cerita pasal RESVERATROL pula..

APA ITU RESVERATROL??

RESVERATROL adalah kumpulan tumbuhan yang di panggil polifenol. A GREAT ANTIOKSIDAN! Dalam gambar di atas kita boleh tengok macam-macam fungsi resveratrol..best kan fungsinya..boleh lawan kanser, boleh jadi anti aging, boleh elak pengoksidaan LDL..boleh cegah diabetes..

TAPI tahukah anda resveratrol dalam VIVIX ni di ekstrak dari Muscadine grapes dan ia adalah TULEN dan asli...Biasa resveratrol ni dijumpai dalam Wine merah..Wine kan di buat dari anggur kan...So memang tinggi kadar resveratrol dalam tu..

Tapi VIVIX ni lagi powerful sebab 

1 sudu teh VIVIX = 100 gelas Wine merah
Terbaik la VIVIX..

dan ianya

HALAL...wine merah kita tak boleh consume kan?kan?

Banyak sidelines saya bagi testimonial yang memang menarik minat sesiapa sahaja untuk beli..ada yang claim mencantikkan kulit ( yang ni memang betul sebab antioksidan yang superb), ada yang cerita suami makin suka tengok isteri cantik..masing-masing kalau tengok pengguna VIVIX, kulit mereka glowing2 berseri...takkan nak mereka aja kulit glowing kan? Anda tak nak?

JOM rebut peluang time promo ni...Harga sangat best dan pasti anda teruja dengan hasilnya!!;)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

VITAMIN E~ ANTIOKSIDAN YANG PALING MURAH TAPI SUPERB EFFECT!!


Jangan terkejut tengok poster di atas ye..its a FACT...telan sebiji vita E or 2667 bowl corn flakes???

Hehe..poster di atas sebagai info tambahan untuk anda..hari ni nak cerita pasal GRAPE SEED yang terdapat dalam vitamin E shaklee ni...nak tahu fungsi GRAPE SEED??Jom intai :

~ Antioksidan yang berkualiti tinggi
~ Healing properti : Sebab tu vitamin E bagus digunakan untuk luka melecur atau treat jerawat.
~ Mengurangkan kolestrol dan LDL dari teroksida seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung
~ Mengurangkan risiko kanser
~ Menguatkan tulang jika diambil bersama Kalsium
~ Anti aging
~ Mengurangkandarah beku
~ Melegakan masalah urat timbul


Lepas tu bukan grape seed je menjadikan vitamin E shaklee special tau, Selenium yang mempunyai fungsi  untuk melindungi sperma juga terdapat dalam Vitamin E ni...Sebab tu ramai lelaki suka ambil vitamin E ini..<< UNTUK KESUBURAN & UNTUK KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG>>>

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium
Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

03 November 2013

Nak tahu bayi kenyang atau tidak?

Dah lama tak cerita pasal breastfeeding kan..dah hampir 9 bulan saya tinggalkan dunia penyusuan..kini saya kembali menggamit memori dalam dunia penyusuan..alhamdulillah dah hampir 20 hari menyusukan anak saya..dari dapat beberapa titisan emas alhamdulillah susu meriah dengan izin Allah..

Hari ni saya nak share tentang macam mana nak tahu bayi kenyang dengan susu ibu sebab pergi mana pun ramai ibu yang kecundang untuk menyusukan anak mereka sebab alasan susu tak cukup..baby tak kenyang!! Haish..inilah perkara negatif..sebab itu kita kena ada ilmu untuk menilai sesuatu...

Susu ibu terdiri dari hindmilk dan foremilk..foremilk ni ialah susu yang agak cair..cair macam air soda..selalu bila pam akan keluar susu yang cair ini dulu..cuba tengok bila pam..memang akan keluar yang cair dulu..dah lama-lama pam akan keluar susu pekat(hindmilk)..bayi perlukan kedua2 bahagian susu ini..so nak tahu bagaimana bayi kenyang?

1) bagi bayi minum selama minimum 10 minit agar mendapat kedua-dua komposisi susu
2) lihat atau periksa najis bayi..jika kuning bijian maksudnya cukuplah susu yang diminum..kalau kehijauan tu maksudnya susu foremilk tu lagi banyak dari hindmilk..

Senang kan! Sebab tu saya sangat lega bila tengok anak poo poo dengan jayanya!tak perlu nak risau dah..;)
Continue Reading

Pengalaman bersalin ~ Anak ke 2

Salam semua..lama dah tak update blog ye..sedang berpantang hari yang ke 21dah..cepat betul masa berlalu..puteri saya pun dah berusia lebih 20 hari..yeah..saya dah ada sepasang anak dah ni..best2..

Ramai nak tahu pengalaman bersalin saya kali ni..cukup bermakna dan cukup 'sakit' juga..jom ikuti kronologi pengalaman bersalin Siti Aeisyah Humaira ;)

15 oct : selamat beraya haji,,selamat sudah makan lemang dan rendang seperti di hajati..check up sebelumnya doc dah bagi tahu ade bukaan dlm 2 cm..tapi rahim masih tebal..so doc suruh tunggu sahaja..sampai ke raya haji pun tak ada tanda2 major yang nak bersalin..memang ada sakit2..tapi tak teruk dan still bearable..sakit ala2 senggugut minor..hihi...

16 oct : check up of 40th weeks..tak buat apa2 mental or fizikal preparation..masa check up, VE result dalam 3 cm but still tebal lagi rahim tu..alahai..kecewa je dgr..doc bagi dua pilihan..either nak tunggu sehari dua or induce terus..doc kata induce pun sikit jer sebab jalan dah bukak..so kami fikir punye fikir terus cakap induce sebab doc kata 'awak ni memang jenis kena induce kot'.. So terus masuk wad..time tu nervous sebab doc kata arini petang dah boleh bersalin..uish..seram sejuk...

12 pm : dapat masuk single wad. Husband teman sekejap..lepas tu makan lunch yang hospital bagi..kene cek ctg bagai..time ni husband tak ada dah sebab nak pergi bawak barang dan ambil MIL..seorang2 jer..

1 pm : sebab VE tadi dah ada tanda darah sikit dan dah rasa sakit sikit..tetiba telefon emak suruh datang cepat takut sangat bersalin awal..hehe...

3 pm : doc masuk ubat induce..sakit tak usah cerita k..hehe..lepas setengah jam tu dah mula memulas perut rasa sakit tu..memang dah start..tapi cuba untuk tidak menangis..konon kuat lah kan..:p

4 pm : emak, MIL dan husband dah datang..sakit makin kuat dah..doc datang cek dah 4 cm..wahh..cepat kali ni..kalau dulu time anak 1st memang nak buka 1 cm pun bercinta je rasa..bila dah 4 cm doc pecah air ketuban..mak ai banyak betul air ketuban ku..patut perut besar,,hihi..lepas pecah ketuban..the game started..sakit sangat dah..doc tanya nak epi ker..saya suruh tunggu dulu sampai pukul 5..tak sampai pukul 5 sakit yang tak tertanggung rasanya..tanya husband nak amik epi ke..die ckp ikut sy la, die mana tahu..hihi..sebab tak dapat fikir  sgt..sy ambik epi jugak kali ni,,

5.30 pm : dah masuk labor room sebab nak cucuk epi..kali ni cucuk memang berkali ganda sakit..trauma pulak..sakit pun lmbt hilang...tapi dah lama tu boleh lah tahan sikit sakit tu..

7 pm : bertarung lagi,,rasa macam epi tu kurang berkesan..muntah yang banyak sebab minum milo sebelum masuk labor room..husband lah saksi segalanya..rasa nak pitam..rasa nak tidur tapi sakit semua ada...

8.45pm : tetibe rasa sakit sangat..menitik2 air mata keluar..husband pun dah tak tau nak buat ape..keep zikir sahaja..doc yang datang tengok pelik..dia tanya awk amik epi kan..stil sakit ker? Saya angguk je..doc suruh tambah dos,,time tu dah tak ada tenaga..tak larat sungguh dah..doc suruh tidur kalau nak cepat bukak sebab bukaan masih 6 cm je..tension je


9.00 pm : rasa rilex sikit sebab dapat tidur..lepas tu doc check dah 10 cm dan boleh teran dah..nerves lagi,,husband jadi tukang bagi sokongan..memang tak lepas tangan dia langsung..teran punya teran tak dapat jugak sebab dah abis tenaga..doc kata gune vacuum juga..finally pukul 9.20 pm lahirlah puteri saya..:) menangis jugak lepas tengok baby saya,.sempat tanya doc anak apa...hihi...tengok husband dah berpeluh bagai,,rupanya die pun nerves..haha...

Lepas tu saya menggigil jer..tak boleh nak buat apa..nak minum milo tapi doc suruh tunggu takut muntah...memang tak larat..doc pula jahit lambat sebab entertain patient lagi satu...memang lama duk labor room..dalam kul 12  baru di bawak ke wad..

Pengalaman bersalin setiap anak memang tak sama!! No 2 ni saya rasa lagi suffer dari yang syamil..tapi alhamdulillah berjaya juga deliver normal...


Dan sekarang dah 20 hari++..memang enjoying my breastfeeding journey yang dah bermula balik...

Nanti jangan lupa nantikan kisah berpantang saya ye..sangat berbeza dengan pantang anak 1st dulu..;)

Okay..nak nap kejap..

Untuk nak order supplements boleh terus pm or whatsapp di 0122319979..biz tetap on ye.. ;)


Continue Reading

12 October 2013

MASYUK!! INCOME SHAKLEE MASUK LAGI...

Mak buyung tengah menanti hari untuk bersalin, tapi tengok akaun MBB tu terus nak update blog dan bagi semangat pada warga SME dan yang lain...

Alhamdulillah..siapa nak beri income yang banyak di tengah-tengah bulan kan?? Ada yang tanya, kerja lagi, part time lagi, nak buat apa duit sebanyak tu???

Well, saya ada misi tersendiri untuk ke arah 5 angka dalam bisnes shaklee ni..Insha Allah dalam beberapa bulan saya pasti akan capai 5 angka tu...AMIN!!

Nak tahu income shaklee tu saya buat ape? Saya beli handbag mahal2? Saya beli kasut branded? Saya makan di hotel 5 bintang setiap hari?? Mestilah tak...semua saya save demi cita-cita saya...Nak tahu apa??? Jom tengok gambar ni..





Inilah dia impian saya...Alhamdulillah, sebahagian daripada renovation rumah adalah income dari shaklee...Sebab apa yang saya saving dari gaji memang takkan cukup untuk buat renovation memandangkan kos hidup dah meningkat sangat-sangat...

Lagi satu misi.....

Work At Home Mother...nantikannya..soon..very sooon!!!;)

Semua ni bukan terhasil dari 1 hari sahaja...ia memerlukan usaha yang berterusan...dan kecekalan hati...jangan cakap biz online senang je buat duit...goyang kaki je dah dapat duit..WHO SAID SO???

Semua biz pun ada susah senang..macam mana kita nak tackle, itu lah kreatifnya berbisnes...

Yang penting minat dan cekal...oh ye..lagi satu saya ada group yang hebat yang membimbing saya...dan kini saya pula membimbing ramai yang lain untuk jadi macam saya...dengan berbekalkan modal RM 75 dan sekeping hati yang cekal...YOU CAN DREAM BIG and YOU CAN GO FAR!!!!

Jom sertai saya...:)

Stok shaklee saya...tunggu tahun depan saya akan expand pulak OFIS saya..hehe

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

01 October 2013

Collagen powder ~ 'HOT' dan murah untuk OKTOBER sahaja!!!

Salam oktober semua...wah..promo hebat nampak bulan ni ye..hehe...Shaklee collagen powder...memang murah bila dapat time promo ni..gila murah k!!

Nak tahu kenapa murah?

Sebab Shaklee tawarkan BUY 6 FREE 1...so memanglah akan jadi tersangat murah!! Tapi untuk sesiapa yang nak harga promo dengan sekotak sahaja pun boleh! Saya boleh kasi kawtim..hehe...

Nak tahu banyak lagi tentang Shaklee Collagen Powder boleh klik sini ..

Entry ni saya nak tunjuk gambar je..hehe...teruja tengok customer saya yang suka dengan effect shaklee collagen powder ni...Jom cuci mata!!



testimoni shaklee colagen
Yang ni effect guna collagen + gla complex..beliau memang repeat order untuk makesure hilang semua parut jerawat tu...hehe

testimoni shaklee colagen
Sebelum menggunakan collagen...penuh jerawat
testimoni shaklee colagen
Marvellous!!! Dah licin oo kulit dia...best2!!





testimoni shaklee colagen

SO TUNGGU APA LAGI?? TUNGGU HARGA JADI NORMAL SEMULA???MEMANG LAH TERSANGAT RUGI! JOM GRAB BERKOTAK-KOTAK..BOLEH KONGSI DENGAN RAMAI-RAMAI..BOLEH DAPAT FREE MEMBERSHIP+ CASH REBATE IF BELI 6 KOTAK TERUS...WAH....BESTTTTT....

JOM GRAB SEBELUM LICIN K...:)















Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

27 September 2013

Bawang putih a.k.a GARLIC!!! Power immune booster & antibiotic!


" Garlic is an important nutritional food, the most reasonable explanation to power immune system is that picks up toxic materials and transport them out of the body" - Dr Robert Atkins M.D -New York

Best bila saya godek-godek ilmu tentang garlic ni.. memang tidak dinafikan garlic ni digunakan secara tradisional pada zaman dahulu untuk merawat sesetengah penyakit seperti batuk, hypertensi, demam dan macam-macam lagi..Dan melalui statement Dr Robert tu, DETOX tu sangat penting untuk build up immune system.

Tahukah anda ALICIN di dalam garlic ni yang memberi sifat antibiotik pada garlic tersebut. Nah..jom relate dengan garlic Shaklee

garlic shaklee
Garlic Shaklee diproses dengan suhu bilik untuk pengekalan alicin 100%..So memang Shaklee dah preserve Alicin tu kerana elemen itu yang paling penting untuk atibiotik atau untuk melawan penyakit.

Fungsi-fungsi garlic yang lain :
~ Membunuh bakteria
~ Mengurangkan blood pressure
~ Menghindar stroke dan blood clot
~ Detox agent
~ Mengawal gula dalam darah
~ Immune booster dan antibiotik


 



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

26 September 2013

EPIDURAL~ Syurga di labor room!!

pregnancy, kehamilan, epidural

Epidural

Memandangkan hari-hari untuk bersalin hampir tiba, saya nak kongsi serba sedikit tentang EPIDURAL..ada yang pernah dengar tentang EPIDURAL..selalunya ibu-ibu tentu sedia maklum tentang EPIDURAL...sejak akhir-akhir ni saya banyak baca tentang pengalaman bersalin masing-masing..excited dan thrilling..nama je saya nak bersalin kali kedua tapi honestly..memang seram!! Sebab yang pertama dulu saya memang guna EPIDURAL...Saya dah rasa sakit contraction atau senggugut yang sangat kuat masa kena induce..Hampir satu hari bertarung tapi bukaan tetap 1 cm sahaja..memang dah habis tenaga..So memang decide ambil EPIDURAL

Masa ambil EPIDURAL tu memang tak rasa sakit dan alhamdulillah bukaan lebih cepat..tapi saya tak rasa sangat nak push dan mengakibatkan doktor terpaksa guna vaacum untuk anak saya.

Ok jom tengok sikit apa itu EPIDURAL untuk panduan-panduan ibu baru :)

**********************************************************************************

Epidural adalah sejenis ubat yang di cucuk di tulang belakang oleh pakar bius dan akan menyebabkan kita berasa kebas di bahagian abdomen dan ke bawah. Proses ini dilakukan hanya apabila bukaan rahim kurang dari 5 cm kerana contraction yang kuat akan menyebabkan kesukaran untuk mencucuk epidural sekaligus boleh memberi kesan pada tulang belakang.

epidural



Antara kebaikan menggunakan epidural :

1. Boleh menjalani proses bersalin dengan lebih lancar
2. Penyusuan boleh dilakukan tanpa rasa sakit dan lebih selesa
3. Menghindar dari di czer terutama untuk wanita yang sangat takut dan tidak kuat untuk melawan rasa sakit. Bertarung lebih lama boleh menyebabkan bayi lemas dan menyebabkan czer. Lagi bagus bersalin normal dengan menggunakan epidural dari menggunakan kaedah czer kan?




Kekurangan menggunakan epidural :

1. Prolong labor : Rasa kebas yang menyebabkan sukar untuk meneran
2. Penggunaan forsep atau vakum kerana tidak berjaya meneran kerana tidak ada kuasa yang mendorong untuk meneran ( walaubagaimanapun ada pilihan untuk memilih dos yang paling rendah, masih dapat merasakan contraction tapi hanya kurang sakit)
3. Kebas sehingga beberapa jam hingga sukar untuk kencing
4.Rasa mengantuk dan mabuk sehingga tidak boleh fokus
5.Menggigil


PERSOALAN YANG PALING POPULAR TENTANG EPIDURAL IALAH SAKIT PINGGANG UNTUK KESAN JANGKA PANJANG.. BENARKAH?? jom kita tengok apa kata doktor ini


 Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian!

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Jadi semuanya terletak ditangan anda. Macam saya, untuk anak ke- 2 ini saya memang seboleh nya ingin mengelakkan epidural,namun tak siapa tahu apa perancangan Allah untuk saya. Saya nak juga rasa sakit bersalin yang kuat tu..Sakit kan boleh menggugurkan dosa kita kan..;)

Tapi ini lah dia respon dari Dr ratna bila saya beritahu saya tak nak epidural ..Dia boleh gelak sebab cakap saya ni FRAGILE dan kurang daya tahan sakit..So dia beritahu " Takpa, saya bagi awak rasa sakit dulu, jika rasa perlu epidural awak beritahu saya "

Hmm..mudah-mudahan semuanya di permudahkan...
Sekali lagi, anda yang decide untuk diri anda..:)
Selamat bersalin kepada para ibu semua!! Saya pun menghitung hari ni..hehehe...:)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe


Continue Reading