12 March 2013

Apple pie sedappppp

Hari ni nak tukar selera pula update blog, semalam dah berjaya buat PIE EPAL...memang sedap..cuma manis sebab saya guna epal merah yang manis. so tak terfikir nak kurangkan manis dalam inti tu..heheh...tapi memang tercapai hajat lah..:)

Bahan-bahan :

Inti :
6 biji epal ( hijau /merah)
200 g gula pasir
20 g tepung jagung
sedikit air

Untuk Doh:
500 g tepung gandum
200g gula halus ( tak nak pun tak ape sebab inti pie tu dah manis)
200g mentega
2 biji telur
Esen vanila


Ni bahan-bahan untuk inti epal. Panaskan air dan gula

Lepas tu masuk epal yang dah dipotong dadu. Masak sehingga perang. Angkat dan ketepikan


Ni doh tepung, masuk semua bahan2 doh dan gaul sebati. Pakai tangan je baru tahu tekstur
Simpan dalam peti sejuk 30 minit
 Letak lapisan pertama doh lebih kurang 1/2 inci. Pastikan loyang digris dengan mentega dan tepung. Kalau nak senang guna acuan pie. Saya ni nak cepat so pakai loyang je. hihi


Masukkan inti epal yang dah masak tadi. Ratakan

Letak lagi lapisan di atas untuk tutup epal. Pastikan tutup betul-betul. Masak dalam ketuhar 200 degree selama 20 minit. Tengok sekali sekala perubahan dalam ketuhar tu.

Tadaa...dah siap...boleh potong dan makan.. Saya makan dengan ESP..memang kombinasi hebat!hehe..





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 March 2013

GIGI & KALSIUM

kalsium

Hari ini saya nak cerita pasal gigi pula. Saya suka buat research tentang mineral dan vitamin. So alang-alang bulan ni promo OSTEMATRIX..so kita gali ilmu tentang keperluan kalsium dalam hidup kita.

Tahukah anda 1/3 daripada gigi kita terdiri daripada kalsium. So kalau kalsium tak cukup, agak-agak kukuh tak struktur gigi kita?Mestilah tak kan. Sebab tu dari kecil disarankan minum susu la...makan ikan bilis la dan macam-macam. Keperluan kalsium adalah seiring dengan pertumbuhan umur masing-masing.

Kanak-kanak dan remaja perlukan kalsium tinggi untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat. So bila dah tumbuh gigi kekal tak perlu dah kalsium ke???A BIG NO!

KALSIUM perlu sepanjang hidup untuk mengelakkan tulang dan gigi rapuh...Bila kalsium kurang, ini salah satu yang boleh terjadi...GIGI RAPUH...bila gigi rapuh mulalah berlubang ke...lepas berlubang ada yang kena cabut..nak ker??

So jangan ambil remeh dengan keperluan kalsium. Make sure your calcium intake is sufficient ;)







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

05 March 2013

INSOMNIA ~ Susah tidur

INSOMNIA ~ Susah tidur

Tahukah anda nikmat tidur sangat penting untuk manusia? Macam Nabi pernah beritahu, 1/3 malam adalah untuk tidur. Jadi, bila tidur tak cukup atau sukar tidur, hari berikutnya tentu memenatkan dan tidak produktif.

Antara sebab mendapat insomnia adalah :
1. Stress
2. Mengambil ubat-ubatan
3. Masalah kesihatan atau kesakitan
4. Pola pemakanan yang tidak baik
5. Kafein intake
6. Merokok dan alkohol
7. Kerap berfikir dan tidak berehat

Ramai yang mengalami susah tidur walaupun penat seharian. Ada yang bergantung dengan pil tidur sehingga pil tidur pun tidak boleh memberikan kesan yang baik.

Antara cadangan untuk tidur lena ialah :
1. Mandi dengan air suam sebelum tidur
2. Mengambil segelas susu atau produk tenusu
3. Elakkan kafein
4. Pengambilan Kalsium+Magnesium yang cukup

Jom tengok apa mereka kata :

Tentukan yan terbaik untuk anda...saya ada pilihan yang terbaik...OSTEMATRIX...Lebih dari sekadar kalsium...:)

INSOMNIA ~ Susah tidur















Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe





Continue Reading

02 March 2013

OSTEOPOROSIS~ A SILENT DISEASE

Saya kenal apa itu osteoporosis masa tengok iklan susu dulu-dulu.. Bagaimana tulang tiba-tiba membengkok..ngeri tengok. Tapi masa tu kecil lagi, mana tahu sebab apa jadi macam tu semua. Tapi selalu mak pesan..minum susu..minum susu... Fuh. Saya admit saya tak suka minum susu putih. Saya lagi suka minum yang berperisa which i knoe sometimes its not good sebab banyaaak gula.

Ok, jom share pasal OSTEOPOROSIS.

Apa itu osteoporosis? Ia adalah tulang yang menjadi semakin lemah dengan peningkatan usia. Atau lebih tepat, hilang jisim tulang dan struktur tulang yang sepatutnya. Kira macam tulang akan jadi rapuh, poros.

No simptom for this disease..sebab its a SILENT DISEASE. Hanya tahu bila tulang retak or patah. Lepas tu baru maybe diagnos dengan OSTEOPOROSIS...

Antara faktor untuk terjadinya osteoporosis ialah :
1. Usia tua
2. Hormon seks yang berkurang ( terutama selepas menopous)
3. Sejarah keluarga
4. Cara pemakanan
5. Kurang bersenam
6. KEKURANGAN KALSIUM dan VITAMIN D


OSTEOPOROSIS

Sebab itu pengambilan kalsium sangat penting untuk semua terutama wanita.

Salah satu cara merawat osteoporosis ialah mengambil keperluan kalsium yang secukupnya, pengambilan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik dan kerapkan bersenam.

So jom bagi yang terbaik kepada keluarga kita...:)Saya dah beri, dan mereka sangat berpuas hati. Anda bila lagi?

ostematrix


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

25 February 2013

Asthma ~

asma



Asma ialah sejenis penyakit radang yang menyerang paru-paru dan saluran pernafasan. Asma terjadi apabila ruangan udara menjadi sempit. Jom tengok gambar ini

asma

Ini lah rupa saluran pernafasan bila terkena serangan asma. Mukus akan terbentuk dan menyempitkan saluran pernafasan yang mengakibatkan susah nafas, sakit dada, batu yang teruk dan semput.

Serangan asma selalu terjadi apabila makan makanan yang terlalu sejuk atau seafood, terdedah kepada habuk, bulu binatang peliharaan,serangga dan pelbagai pencemaran yang lain.

Bagaimana untuk mengatasi masalah asma?
INHALER! Inhaler perlu ada bersama-sama tak kira di mana jua anda berada. Ia akan menjadi seperti kawan baik anda untuk melegakan asma apabila serangan berlaku.

TAPI...ada lagi satu cara natural untuk mengurangkan risiko serangan asma...

omega guard

Pengambilan OMEGA selama hampir 10 bulan boleh mengurangkan risiko serangan asma kerana ia merupakan anti radang dan melegakan saluran pernafasan.

Nak cure atau nak bawa inhaler selalu? Anda decide! ;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 February 2013

HAMIL tetapi masih menyusu. Bahaya atau sebaliknya?

kehamilan


Menyusukan anak masing-masing merupakan moment yang terindah dalam setiap kehidupan wanita. Pelbagai rintangan perlu di hadapi oleh seorang ibu untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Kurang susu, nursing strike, nipple confius, latching tak betul,growth spurt, sakit pinggang, period dan macam-macam lagi masalah yang mungkin si ibu alami.

Ketika hampir semua masalah dihadapi dengan baik, penyusuan akan menjadi sangat ENJOY dan RILEKS kepada si ibu dan anak. Ketika anak menginjak umur 9 -11 bulan, si ibu mungkin disahkan hamil atau memang anda merancang untuk anak yang ke dua.

Apabila isu ini timbul, ramai menyangka TIDAK boleh meneruskan penyusuan selepas hamil. Ramai ibu akan mengalami kemurungan dan berfikir cara yang terbaik untuk wean off dengan anak.

PERLU WEAN OFF SEMASA HAMIL?

Follow the flow. Jangan terus wean off anak kerana itu boleh membawa kesedihan yang berpanjangan kepada si anak dan juga anda. Emosi anda sebagai seorang wanita hamil juga perlu di jaga.

Ramai yang mengatakan menyusukan akan merangsang hormon OKSITOSIN yang menggalak kepada pengecutan rahim atau kontraksi. Ya betul. Tapi hormon yang dirangsang adalah tidak cukup sehingga untuk mengundang kontraksi besar sehingga membawa kelahiran atau keguguran. [lactation counsellor]

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda tahu bila menyusukan semasa hamil :

1. Nipple akan menjadi ngilu dan perit
2. Kebanyakan orang akan mengalami kemurudan susu
3. Rasa susu akan berubah menjelang trimester kedua kerana badan menghasilkan kolestrum untuk anak ke dua, dan mungkin anak anda akan wean off sendiri kerana tidak suka akan rasa susu itu.

HENTIKAN PENYUSUAN : JIKA ANDA PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN, BLEEDING ATAU KELAHIRAN BAYI PRA MATANG. BINCANG DENGAN GYNAE ANDA :)

Jangan risau jika terpaksa wean off dengan anak sulung anda kerana itu adalah lumrah. Anda masih boleh tandem nursing dengannya selepas anak lahir (jika si anak masih mahu menyusu)

Sepanjang tempoh wean off, layan anak dengan baik, manjakan dia dan sentiasa rapat dengannya. Cari cara yang terbaik untuk WEAN OFF jika perlu.

Jika anda tidak mengalami apa-apa masalh, penyusuan masih boleh diteruskan sehingga anda mampu.


Happy breastfeed while pregnant!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

13 February 2013

A BIG CHANGE IN ME!

Dah hampir setahun saya menggunakan produk shaklee.. Alhamdulillah, sangat bagus kesannya ke atas diri saya. Kalau nak tahu, saya cepat stress, down and penat sebelum ni.. tapi sejak setahun yang lepas saya mula mendapati perubahan yang ketara which is VERY GOOD for me.

Saya mengambil set wellness ( vitalea, b compleks, vtiamin C, alfalfa , ESP) dan ostematrix. Vitamin2 ini membantu dalam penyusuan, tidak mudah letih dan lebih bertenaga.

Bonus yang saya dapat, kulit lebih cantik dan licin dan KURUSSS,, saya tak makan set untuk kurus pun, tapi maybe sebab breastfeed dan ESP serta alfalfa boleh sebabkan berat saya turun cantik sahaja. Sampai orang tegur macam anak dara..:)

Kalau rasa jerawat nak tumbuh, saya sapu VITAMIN E...terus kering!!

Inilah latest rupa saya. CERIA & happy!!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

10 February 2013

KOLESTROL ATTACK!WARNING!


kolestrol

Kolestrol merupakan salah satu elemen penting dalam badan dalam tenaga dan metabolisma. Ia penting untuk sel berkerja seluruh badan. Hati akan menukarkan lemak yang kita makan kepada bentuk kolestrol untuk tujuan tersebut.

Kolestrol akan dibawa oleh protein kepada sel . Ini dinamakan LIPOPROTEIN. Lipoprotein mengandungi 2 jenis kolestrol iaitu HDL(kolestrol baik) dan LDL(kolestrol tidak baik)

Sesiapa yang mengandungi kadar LDL yang tinggi berisiko untuk mendapat sakit jantung pada masa yang akan datang. Kolestrol boleh diuji dengan ujian darah (fasting test).

RESULT BLOOD TEST YANG NORMAL:
Jumlah kolestrol < 4mmol/L
LDL <2mmol/L
HDL>1mmol/L
triglyceride<1.7mmol/L

Untuk mengetahui dengan lebih tepat, ujian darah perlu di lakukan bersiri.

Nisbah : Jumlah kolestrol : HDL perlu < 4 untuk menunjukkan status FREE from kolestrol.

contoh blood test result
contoh blood test result

Sakit jantung selalunya berlaku apabila LDL tinggi, merokok, hig blood pressure, tak aktif, overweight, diabetes, keturunan.

Antara cara untuk mengurangkan risiko sakit jantung :
1. Berhenti merokok
2. Selalu bersenam
3. Makan secara sihat
4. Pilih lemak monounsaturated
5. Kurangkan lemak transfat ( lihat label pada makanan )
6. Pilih makanan yang tidak ada hydrogenated oils
7. Fish oils(polyunsaturated fat). Mengurangkan triglyceride, membantu blood clot, membaiki denyutan jantung

KOLESTROL ANTARA RISIKO SAKIT JANTUNG YANG PALING TINGGI. GET RID FROM IT!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

07 February 2013

DIABETES,kenapa dan mengapa?


diabetes
Diabetes menjadi penyakit yang umum di Malaysia. Apa itu sebenarnya diabetes? Diabetes adalah berlaku apabila tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga.

JENIS DIABETES
Ada 2 jenis diabetes:
1. TYPE 1 : Kurang insulin( hormon yang mengawal gula)
2. TYPE 2 : Insulin tidak berfungsi dengan baik

SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES
- kerap haus
- kerap kencing
- kurang berat badan
- luka lambat sembuh

Bagaimana nak tahu kita ada diabetes? Boleh check darah semasa puasa pagi. Jika result lebih dari 126mg/DL maka diklasifikasikan sebagai diabetes.


diabetes

Secara umumnya, pankreas akan menghasilkan insulin untuk menukar glukos kepada tenaga untuk sel darah. Tetapi bila kencing manis, pankreas tidak boleh menghasilkan insulin.

CARA KAWAL GULA

1. Kerap kan bersenam dengan konsisten ( membaiki kawalan gula dalam darah)
2. Jaga pemakanan yang mengandungi gula dan karbohidrat ( kurangkan karbohidrat)
3. Pengambilan asid lemak dengan kadar yang betul

DIABETES HARUS DIKAWAL SEBELUM MENJADI LEBIH MELARAT!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

05 February 2013

OBES? Jom target IDEAL weight

lemak tepu


Bagaimana untuk hilangkan lemak-lemak di dalam badan dengan baik? Salah satu cara adalah mengambil OMEGA 3.

Merujuk Mind 1st co.uk, kajian dijalankan dan mendapati bahawa orang yang mengambil supplement omega membakar kalori mereka sebanyak 26% daripada yang tidak mengambil OMEGA.

Bagaimana OMEGA memainkan peranan?
Omega akan mengaktifkan metabolisma dan membantu membakar lemak dengan lebih mudah.
EPA & DHA akan mengoksidakan lemak yang terkumpul dan membaiki kadar insulin di dalam badan.

Ia juga akan menurunkan hormom leptin( hormon lapar) serta membantu menaikkan HDL ( kolestrol baik) di dalam badan.

Tapi, bukan ambil OMEGA semata-mata dah terus kurus ye..

Cara yang betul untuk menurukan berat badan dengan baik:
1. Detox
2. Jaga pemakanan( elakkan trans fat kerana ia boleh meningkatkan LDL(kolestrol yang tidak baik)
3. Minum air banyak untuk menyingkirkan toksin
4. BERSENAM

sihat

AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT :)


PIN PIN : OMEGA TENGAH PROMO. NAK BELI TIME PROMO ANDA YANG JIMAT. KALAU BELI TIME TAK PROMO, EFFECT TETAP SAMA TAPI HARGA TAK SAMA KAY...BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK...;)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

04 February 2013

OMEGA OH OMEGA


omega

Baru-baru ini saya ada buat research tentang omega atau fish oil. Memang tersangat banyak benefits dia. Rambang mata juga bila dok tengok fungsinya yang beribu. Baru ku tahu kenapa ramai suka OMEGA GUARD!!
Entri lepas pun saya ada share artikel tentang asid lemak dan omega, 

Nak baca lagi tentang OMEGA boleh klik di sini

Seperti yang sedia maklum, omega terkenal dengan fungsi untuk JANTUNG. Di US, mereka disarankan mengambil supplement  fish oil setiap hari untuk mengurangkan risiko sakit jantung. 

Bukan itu sahaja, OMEGA ada beberapa fungsi lain yang mantap.jom tengok sekilas:

1. Mengurangkan sakit mata : Retina adalah mengandungi kandungan DHA dan DHA melindungi mata dari retinopathy. Pengambilan DHA juga boleh mengurangkan mascular ( rabun samar-samar) yang makin lama boleh menyebabkan buta. Kajian telah membuktikan orang yang mengambil ikan dua kali seminggu mengurangkan risiko 50% sakit mata

2. Menajamkan memori

3. Untuk mengurangkan hipertension, stroke

4. Artiritis

5. Mengurangkan lemak dalam badan

6. Untuk pregnancy , post partum depression


In sha Allah, kalau ada kesempatan saya akan brief more details untuk setiap satu fungsi. Memang hebat la OMEGA ni..


PROMOSI OMEGA TERBUKA SEKARANG SEHINGGA 28 HB FEBRUARI. CEPAT DAPATKAN DENGAN HARGA YANG SANGAT MURAHHHHHHH.. 

                                                   omega guard



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

31 January 2013

Nak anak yang pintar?????Jom baca

Saya jarang beli paper star. Dulu-dulu selalu beli masa time cari kerja.Sekarang beli lagi bila nak cari kerja lagi..hehe...Certain articles dalam The Star memang menarik dan infomatif. Satu artikel yang memanggil saya untuk update blog hari ini is 'SMART MOVES' from The star Section Health page 10

Sedikit sebanyak review tentang artikel tersebut:

Studi menunjukkan pengambilan OMEGA 3 semasa hamil mampu melahirkan anak yang lebih tinggi IQ. Wah bestnya. Tak pernah tahu pun sebelum ni, kalau tak dah telan sebotol dua dah..hihi...:P

Pendapat mereka ada beberapa faktor yang membawa kepada intelek kanak-kanak iaitu DIETARY, ENVIRONMENT dan juga EDUCATION WISE yang dipilih. 

Pasal asid lemak saya dah pernah terang dulu, ia membantu meningkatkan daya fikiran kerana ia membina blok untuk sistem saraf yang badan sendiri pun tak boleh nak hasilkannya. Tambahan pula, B-complex juga membantu memberi tenaga untuk membina sistem saraf yang cemerlang..;)

Actually, haritu ada pergi DSM (Discover Shaklee Meeting), memang hal ini dibincangkan, so ibu bapa sekalian, pilihlah yang terbaik untuk anak anda. ANDA PENENTU MASA DEPAN ANAK ANDA.

RAISE YOUR CHILD WITH RELIGION, FULL OF CARE& EDUCATION :)



anak pintar
Artikel dalam star, sempat snap gambar ni
omega guard
Favourite Ibu bapa sekarang ni ;)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

28 January 2013

ESP HOT!!!



Yes!! ESP adalah antara item yang wajib ada dalam stok saya setiap bulan. Baru restok, habis. Baru restok, orang macam dah tahu-tahu dah ada ESP. Memang killer product lah! Alhamdulillah, saya pun wajib ambil setiap hari. TAK MISS! Rasa energetic betul, tambah kulit pun dah makin cantik. Suka!!

Jom intai testimoni fresh dari customer saya..:)

Happy viewing

testimoni esp shaklee

testimoni esp shaklee

testimoni esp shaklee

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

24 January 2013

BREASTFEEDING>>Does all mothers loss their weight?

cara kurus




Sebelum move on dengan tajuk entry, saya nak cerita pasal weight loss saya..nak kata happy pun tak sangat sebab ramai kata x berapa lawa dah kurus sangat..huhu..takpe..janji suami suka...weee..

Jom track down my weight at pre pregnancy,during pregnancy dan post pregnancy.

Berat naik sebanyak 12 kg sepanjang pregnant tahun lepas. Lepas deliver pulak, turun 1 kg je.. Memang risau gak time tu..Sampai tak nak tengok timbang dah. hihi.. Saya tanya doktor why my weight tak turun pun ( itu lepas seminggu deliver ok!)..Doktor cakap berat naik pun lambat, nak turun pun ambil masa jugak. Then semua kata, Breastfeed lah..boleh turun punya. Time tu memang tak percaya sebab i have seen a lots of mothers yg fully breastfeed tapi tak de pun kurus melidi..hihi..

So, memang malas nak fikir dah. Sebab banyaaaak lagi benda nak fikir, tentang syamil, stok susu, pasal kerja lagi..so memang follow the flow. Fokus utama BREAST FEED syamil hingga 2 tahun. Makan memang tak ingat dunia. Kerap lapar lagi dari sebelum pregnant. Semua pun suka perli. Lantaklah, janji perut kenyang, production susu ok dan hati hepy..

Lepas almost 10 bulan BF syamil, berat memang turun mendadak. Even lagi kurang sebelum kahwin. Semua mula tegur. So i think it might be because of BF. Vitamin yang saya ambil pun alfalfa and ESP je boleh menyumbang sikit untuk kurus.

Love breastfeeding!!!;) Banyak benefit BF ni..Rugi siapa yang sia2 kan peluang untuk breastfeed. Paling rugi!!

Ok back to topik...:

***********************************************************************************

Apabila mengandung, seseorang harus naik berat badan secara berperingkat sebagai tenaga dan menampung kandungan. Food intake pun akan bertambah semasa mengandung. Tapi tahukah anda ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari ibu mengandung? Kerana apabila menyusu, kalori terbakar sama seperti melakukan aktiviti kardiovaskular selama 30 minit! So tak hairan lah ramai yang lost weight semasa menyusukan anak mereka.

Antara tips untuk ibu menyusu untuk mengekalkan berat ideal :

~ Makan selang beberapa jam apabila lapar, dan ambil makanan yang berkhasiat
~ Minum air yang banyak kerana 50 % susu ibu adalah daripada air
~ Seimbangkan diet anda. Kerana jika anda hanya ambil karbohidrat sahaja, akan berasa cepat lapar kerana sudah bertukar kepada tenaga
~Bersenam
~ Mengurangkan berat badan secara optimum bukan secara drastik


Tidak semua ibu menyusu akan kurus atau lost weight. Tapi, semua ibu menyusu, rahim mereka akan mengecut dengan lebih cepat daripada ibu yang tidak menyusu. Biarpun menyusu membakar kalori, tetapi cara hidup, pemakanan juga diambil kira secara tidak langsung. Bersenam dan menyusukanlah anak disamping pemakanan yang sihat..in sha Allah dapat berat yang anda mahu! ;)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 January 2013

Tandem nursing : Kunci kejayaan susu banyak

Tandem nursing adalah salah satu kaedah menyusukan 2 orang anak serentak. Selalunya ini terjadi apabila si ibu hamil dan masih ingin meneruskan penyusuan untuk anak sulung.

Tandem nursing akan simulate otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Sama juga konsep seperti double pumping atau tandem dengan pam ( sebelah bayi ,sebelah lagi pam). Namun, tandem nursing tidak ada tolok bandingan dengan pam atau double pumping kerana hisapan anak lebih POWER daripada pam yang paling canggih pun!Itulah uniknya BREASTFEEDING

Pam hanyalah alternatif untuk si ibu yang ingin mengosongkan payudara atau menyimpan stok.

Tandem nursing haruslah memerlukan kesabaran yang tinggi pada awalnya kerana posisi sangat penting untuk menyusukan 2 orang anak atau kembar.

Kelebihan tandem nursing :
~ meningkatkan kuantiti susu
~ mengurangkan masalah bengkak susu ketika di awal kelahiran
~ menjimatkan masa ( tidak perlu pam)
~ Let Down yang tinggi

Siapa yang dah biasa tandem memang mereka enjoy kerana nikmatnya berbeza dan mampu memberi yang terbaik kepada anak-anak..;)

Jom tandem!!






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

13 January 2013

Detox~ A way to Healthy life

Apa itu DETOX? Ramai yang menyarankan, detox,detox dan detox. Tapi berapa orang yang tahu tentang apa itu proses Detox?

Saya bagi contoh yang ringkas. Andai kata anda mengalami masalah perkumuhan seperti sembelit, buasir atau susah berpeluh. apa yang anda rasa? Tentu tidak selesa, stress, jerawat sana sini dan kulit berminyak. Ini adalah salah satu contoh toksin terkumpul dalam badan anda.

DETOKSIFIKASI adalah proses membuang toksin berlebihan di dalam badan melalui ginjal, buah pinggang, usus dan kulit. Toksik boleh dikeluarkan melalui najis dan peluh. Ia adalah 'pembersihan secara sihat luar dan dalam'

Apakah simptom-simptom badan mempunyai toksik yang berlebihan?
1. Jerawat sering tumbuh
2. Sering berpeluh tidak kira masa
3. Sistem penghadaman yang tidak baik
4. Susah membuang air besar
5. Susah untuk menurunkan berat badan
6. STRESS boleh mengundang hormon stress dan menganggu proses detox

Manfaat Detox 
1. Menurunkan berat badan
2. Kesihatan optimum
3. Mencerahkan kulit
4. Membuang lemak
5. Melancarkan peredaran darah
6. Awet muda

CARA DETOX

1. Mengamalkan makanan fiber untuk memudahkan penyahtoksin
2. Kurangkan minuman berkafein yang mengundang toksik
3. Mengurangkan bahan kimia di dalam makanan
4. Minum air banyak ( 3-4 liter)
5. Sauna
6. Bersenam

Antara produk shaklee yang membantu proses detox

 ~ ALFALFA & HERBLAX~




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 January 2013

B compleks shaklee~ MURAH dan LENGKAP!!





















B Compleks merupakan vitamin yang sangat penting untuk kita. Lengkap dengan 8 jenis vitamin B, B compleks shaklee merupakan item yang unggul terutama untuk wanita hamil.

Dahulu, saya juga pernah mengambil B compleks jenama lain, namun, badan saya tak boleh adopt dan sering sembelit. Bila saya ambil vitamin B compleks shaklee, Alhamdulillah stress makin kurang dan tak ada masalah panas badan atau sembelit.

Lagi satu feedback yang saya terima tentang B compleks shaklee : TAK BERBAU dan senang ditelan. Yang ini sangat sesuai untuk wanita hamil yang sering loya.

Tapi harga memang sangat murah!! Nak tahu berapa murah? Jom PM!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

09 January 2013

Lindungi Hati anda!!

Hati merupakan organ yang terpenting dalam badan. Nak tahu fungsi hati? Meh check..

Fungsi hati :
1. Mengawal paras gula dalam darah
2. Detoksifikasi. Hati akan berkerjasama dengan buah pinggang untuk membuang bahan-bahan kumuh
3. Menghasilkan cecair hempedu untuk membantu penyerapan lemak
4. Penting dalam metabolisme lemak

Sebab itu, kita tidak disarankan untuk mengambil alkohol atau rokok kerana ia boleh menganggu hati. Pilihan di tangan anda, Jom tengok poster yang saya buat. QUICK RECAP


















Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading