Showing posts with label shaklee malaysia. Show all posts
Showing posts with label shaklee malaysia. Show all posts

15 August 2014

BOIKOT SHAKLEE JUGA??

Saya lebih suka fokus untuk menolong orang dan menyebar kebaikan. Semalam viral jadinye post seorang ustaz berkaitan dengan isu shaklee & israel. Saya tak nak komen lebih sebab itu hak individu masing-masing. Beliau berhak untuk buat atau tidak buat shaklee.

Tapi apa yang nak saya tekankan di sini, orang-orang Malaysia ni suka benar dengan Butang share & like dan menyebarkan info tanpa usul periksa. Ada yang menyatakan tentang rezeki HARAM. Haih. pendeknya akal wahai manusia. Cepat sungguh menjatuhkan hukum haram halal ni.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
ayat 6- surah alhujurat


Tahukah anda setiap kali GAZA dibedil atau diserang baru akan timbul isu-isu begini. Bila dah tak ada ramai je yang cakap besar tentang boikot kembali balik menyokong. Tapi bukan itu yang saya nak sampaikan. Sila BOIKOT dengan ilmu. Bertahun-tahun sudah shaklee di Malaysia. Tak pernah timbul isu sebegini atau dikatikan dengan MCD or NESTLE. Tak ada.

Jom tengok kronologi isu israel & shaklee dalam blog ini

Saya suka dengan bisnes shaklee sebab bukan sebab DUIT atau kebebasan kewangan. Itu hanya adalah salah satu misi. Sebenarnya saya tak perlu share tentang bab rohani, tapi saya nak share juga sebab untuk buka mata manusia-manusia yang menggelar segelintir dari kami sebagai mata duitan! SENYUM SAHAJA ~

Sejak tahun 2012,
1. Saya berjaya konsisten mengamalkan zikir setiap hari , padahal sebelum itu tak pernah dan sangat kurang.
2. Solat dhuha menjadi habit dan ketenangan ada di situ
3. Sedekah /Infak / Zakat
4. Tolong ibu/bapa dan orang lain

Bukan saya nak kata sebab SHAKLEE saya jadi begini, tapi ALLAH yang lorongkan saya pada biznes ini. Dan saya sangat puas hati setiap kali saya share kebaikan dan tips2 kesihatan kepada orang ramai.

Ada satu masa saya dapat award di National Conference, puas saya fikir mcm mana nak elak dari bersalam dengan lelaki bukan muhrim di sana. Siap fikir nak beli sarung tangan tau. Tak tipu!  Tapi bila sampai sana terpana juga master-master di sana hanya letak tangan di dada sebagai tanda hormat dan mendapat balasan yang sama. Apa lagi you all expect kan? Speechless.

Saya yakin dengan SHAKLEE.
Ada beberapa kali saya jatuh bangun dengan SHAKLEE namun saya tetap ingin teruskan untuk menyebar kebaikan.

Saya memilih SHAKLEE, jika anda rasa was-was anda boleh teruskan untuk boikot. Itu pilihan masing-masing.

JOM TONTON VIDEO dari roger barnett. *speechless*




Continue Reading

11 June 2013

TIPS KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU UNTUK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN!!!*ENTRI KHAS*

Alhamdulillah, lagi kurang sebulan kita akan menyambut bulan mulia Ramadhan Al Karim. Ada ibu-ibu yang menyusu atau mengandung yang tak senang duduk kerana risau masalah kesihatan tak mengizinkan atau susu tidak mencukupi dan sebagainya. Tolak tepi semua perasaan itu kerana anda mampu berpuasa seperti biasa melainkan ada sebab-sebab kesihatan yang lain

Saya ada beberapa tips khas untuk kongsikan bersama anda untuk menjayakan misi puasa tahun ini dan juga tahun yang berikutnya.

1. Niat - tetapkan niat di hati yang anda boleh berpuasa walaupun hamil atau menyusukan anak anda. Niat adalah sangat penting untuk set minda kita dengan lebih baik

2. Bersahur - WAJIB! Wajib bersahur untuk ibu-ibu semua ye. Bukan setakat air masak ye, memang akan lembik nanti kalau setakat air masak. Antara resipi-resipi sahur yang boleh saya kongsikan

* Meal Shake+ kurma blended
meal shake
Yang ni memang memberi tenaga yang berpanjangan, lagipun kurma juga memang makanan sunnah yang memberi tenaga  :)

* Meal Shake+ESP+Kurma ( untuk memberi tenaga yang berpanjangan serta zat yang diperlukan)

* Nasi atau bubur berair untuk memelihara bendalir dalam badan. Pastikan ada sumber protein juga.

* Meal Shake+ESP+Performance Drink ( performance drink untuk sesiapa yang susah mahu minum air putih di waktu pagi )

* Susu badam dan kurma

* Roti atau buah-buahan + ESP atau MEAL SHAKE


3. Pastikan minum air putih sekurang-kurangnya 1-2 liter masa sahur ( rajinkan diri bangun awal sejam untuk minum air sebab tak boleh minum air sekaligus)

4. Elakkan minum air sejuk atau air manis. Banyakkan air suam semasa membuka. Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan protein semasa berbuka.

5. Sepanjang malam sebelum tidur, amalkan minum air suam atau Performance drink.

6. Untuk ibu yang menyusu, kerapkan pam dan buat power pumping pada waktu malam untuk maintain susu dalam badan.

Saya ada pakej khas untuk anda...jom tengok

set ketika ramadan

HARGA MEAL SHAKE TENGAH DROP SANGAT NI. SAMPAI HUJUNG BULAN JUN SAHAJA. JOM DAPATKAN HARGA RUNTUH ESP+MEAL SHAKE HANYA SEHINGGA JUN SAHAJA!!!






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading