Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

26 April 2016

RESIPI HOMEMADE NUGGET AYAM YANG SANGAT SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum korang,

Hari ni kita up resipi lagi nak? Memandangkan resipi yang saya buat last week mendapat sambutan baik dari FBians. So saya post kat blog jugak. Memang ada yang tak ada Fb kan?


homemade food
Tak sangka tahu lebih dari 900 share resipi ni. Memang ramai suka homemade food kan. Semestinya nak yang terbaik untuk anak-anak lagi-lagi kalau resipi tu mudah kan. Saya buat nugget ni dalam masa sejam lah. Adalah dapat untuk 90 biji macam tu. Kira 4 atau 5 kali makan. Jom cekidaut resipi!

homemade nugget ayam
 Ni bahan-bahan dia. Boneless chicken. Saya beli je yang siap-siap dah tak de tulang, telur 2 biji, garam, pepper, oregano, tepung gandum. Senang je bahan-bahan dia kan.

homemade nugget ayam
 Mula-mula, campur semua bahan dalam blender ( kecuali tepung gandum dan bread crumbs). Blend sampai kisar.

homemade nugget ayam
 Kemudian tambah sedikit tepung gandum untuk lebih pejal. Jangan letak banyak nanti rasa tepung lagi dari ayam

homemade nugget ayam
 Tadaa..Siap dah. Bulat-bulatkan adunan macam kat bawah ni. Bulatkan atas tepung gandum so that tak melekat.
homemade nugget ayam
 Agak buruk di situ. tapi tak pe bukan nak jual pun. haha.
homemade nugget ayam
 Golek atas telur jap
homemade nugget ayam
 Pastu atas bread crumbs jap
homemade nugget ayam
 Nampak cantik sikit dah kan
homemade nugget ayam
 Dah siap untuk di frozen. Banyak jugak dapat. Dalam 500 g rasanya
homemade nugget ayam

 Goreng dengan api kecil!

homemade nugget ayam

Nyum nyum! cicah dengan sos best. Saya punya nugget ni kurang garam. So agak tak rasa tapi still sedap bila cecah sos. hehe. Kalau nak lagi sedap masa uli bebola ni letak keju mozarella. Lagi layannnn...bila panas-panas makan meleleh cheese tu. Sodap!

Selamat mencuba!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

19 March 2016

RESIPI CHEESY MEATBALL YANG PALING SIMPLE

Hi korang, 
Harini nak share tentang resipi cheesy meatball yang paling simple lah. Actually saya dah tengok banyak resipi, simple jugak. Tapi yang ni saya simple kan lagi. Hehe. Setengah jam dah siap. Saya suka sangat meatball ikea, tapi tak sempat cari resipi tu. So kita buat dengan apa yang ada dulu naaa...Hehe. 

Tapi saya punya paling unik kot.hihi. Sebab saya tak guna daging kisar readymade tu. Saya kisar sendiri daging tu. Gigih tak?? Haha. Sebab saya tak berapa suka daging kisar kat pasaran tu. Kalau tak sempat sangat baru saya beli, Itu pun sangat rare lah. Daging ni saya beli fresh dari kedai daging, lepas tu suruh weekly maid saya cincangkan. Kerja-kerja renyah selalu saya delegates, tak cukup masa nak buat semua kan. Bread crumbs pun saya buat sendiri, tapi sedikit hangus lah. But still sedap je rasa nya. 

Suami suka meatball ni. Saya goreng 5 ke 6 ketul je dulu sebab yang lain nak frozenkan. Nak bagi dia test dulu lah konon. Dia habis makan semuanya :)

Ok jom tengok resipi. Memang simple dan mudah!
bebola daging keju
Bahan-bahan dia macam kat atas gambar ni. Senang je kan? Saya tak masuk cili sebab nanti anak tak nak makan. heee..Pepper dan tepung jagung pun masuk sikit cuma tak sempat snap gambar. hehe. Keju kalau guna mozarella lagi best tau, tapi keju ni je ada masa saya pergi kedai tu, malas nak menapak kedai lain. Keju ni pun sedap, masin-masin. So dalam adunan tu tak perlu garam sangat pun still ok.
bebola daging keju
 Campur semua. Gaul rata dan make sure semua sebati dan boleh kepal. Jika rasa lembik boleh tambah tepung jagung or bread crumbs lagi. Pastu buat bentuk bulat dan sumbat keju dalam tu. Keju tu saya potong 5 keping sekali untuk dapat bentuk kiub.
bebola daging keju
 Ready to frozen! Besar-besar gak saya buat, so masa nak goreng api kena perlahan sangat. 

bebola daging keju
 Testing untuk goreng
bebola daging keju
 Testing untuk makan. Sedap!!! Walaupun rupa tak berapa cantik, tapi korang cubalah, mesti sedap!

Selamat mencuba!! :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

25 February 2016

RESIPI POTATO WEDGES PALING RINGKAS DAN SEDAP

Bila rasa tak tahu nak buat apa dengan kentang yang banyak kat rumah, you all boleh try resipi sedap ni. Sekejap je dah boleh buat. Makan petang untuk anak-anak dan boleh di bawa sehingga makan malam. hihi. 
Jom cuba potato wedges ala-ala KFC. Tapi resipi penuh dari Rehanswardrobe tau. :)

Rebus kentang
Saya rebus kentang dulu sebab nanti tak yah goreng lama-lama. Haha. Dan lagi sedap sebab empuk. Tak payah lembut sangat nanti hancur plak. hihi

Potong kentang bentuk you all suka, kalau nak wedges potong bentuk baji lah kan??

Kemudian perap lah dengan serbuk cili , pepper, kunyit dan garam . Semua sikit je tau

 Goreng sehingga ke emasan

 Dah siap! Saya letak keju keping atas tu sebab banyak sangat. Letak masa panas-panas memang cair . Sedap! Leh tambah sos atau mayonis. 

Selamat mencuba!








Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

17 September 2015

RESIPI BROWNIES COKLAT PALING SEDAP DAN RINGKAS!

Ok jom semua terus ke resipi yang sedap dan melting ni!
Hehe.
Brownies ni baru pertama kali saya buat. Sebelum ni semua buat kek sahaja semata-mata. Kawan-kawan ofis yang inspired buat brownies. Heee..Jom tengok resipi terus naa...;)

brownies coklat
250 gram mentega + 400 gram coklat masakan di cairkan dalam periuk dengan kaedah double boiling. Kacau sehingga cair dan asingkan sebagai bahan A

brownies lembut
5 biji telur ayam + 1 teh sudu esen vanila + 1 tablespoon choclat emulco+ 290 gram brown sugar di pukul sebati dengan guna whisk sahaja. Tak perlu guna mesin sebab rules of brownies memang macam tu... senang kan??

Teruskan pukul sehingga dah sebati. Asingkan sebagai bahan B

Ayak  90 gram tepung gandum, + 50 gram serbuk koko. Asingkan sebagai bahan C

Tada!! ada bahan A , B dan C. Campur bahan A dalam B kemudian masuk bahan C ke dalam adunan tu. Akhir sekali guna senduk je sebab whisk dah tak leh kacau dah.

Yang ni optional, tapi saya suka letak badam sebab rasa crunchy2. Badam tu kena bakar dulu so tak delah lemau bila makan nanti. 100 gram badam tu dah mencukupi. Lepas bakar cincang lah halus-halus..heee

Masuk kacang tu dan gaul sekejap

Masuk dalam loyang 9 x 12 inch so that brownies tak tebal Saya ada loyan besar ni je. So guna yang ni je. Kawan dah pesan suruh bakar 2 kali tapi adunan die likat, takut plak lepas dah masak tu langsung tak boleh nak tuang. Hasilnya
.
.
.
.
.
.

Tadaaa!! Lepas bakar dengan 160 degree selama 45 minit, tengah-tengah tak masak pulak. Setting oven pun tak ok sangat. Tapi sedap la rasa nya! memang yummy. Lepas ni kene beli loyang yang besar plak


Selamat mencuba u alls!! Happy baking!!





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

16 September 2015

RESIPI MAKARON BAKAR SIMPLE, MUDAH DAN EKSPRES

Assalamualaikum semua..

Semalam ada buat makaroni bakar. Suami tak ada semalam so boleh lah saya buat makanan ala itali ni untuk diri saya. Hehe. Dia memang tak gemar makanan tu. Hanya NASI!. :p

Nampak macam renyah kan dengar makaroni bakar. Actually saya buat versi sendiri,hehe. Kalau tengok banyak resipi ada sos putih macam resepi makaroni bakar ini. Ataupun macam versi makaroni carbonara yang di olah resipi. Secara jujurnya, saya malas nak masak berat-berat sebab saya seorang je makan..huhu. buat apa beria-ria sangat kan.

Dekat rumah ada

Makaroni spiral
Ayam
Sos Pasta
Keju mozarella

Guna 4 bahan ni je tau. Haha. Memang jadi dan boleh makan berpinggan-pinggan! :P


Rebus makaroni atau apa-apa jenis pasta dulu. Kemudian goreng lah macam biasa, tumis dengan bawang, bawang putih, sos pasta, ayam dicincang, kalau ada carrot or cili benggala lagi sedap dan kalau masuk italian herbs atau pepperono pun lagi sedap. Tapi kan dah kata saya buat yang eskpres. Setengah jam dah siap punya resipi. heeee...jangan lupa garam ye.

Kemudian susun dalam loyang kemas-kemas. Nipis je ni ok. Bukan tebal pun.

Lepas tu tabur la mozarella atas makaroni goreng tu. Letak keju keping pun boleh. Tak ada sapa nak marah. hihi. Yang penting sedap.


Bakar untuk 20 minit sebab sikit je kan, kalau tebal selalu bakar 30 minit lebih. Agak-agak keju tu dah cair leh consider masakkkk...nyums!!



Dah siap! Satu tray tu saya yang makan.hehe. Simpan dalam fridge, makan untuk sarapan next day. Makan sekali dengan ESP memang terbaik! Kenyang!!!!

Selamat mencuba!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

03 March 2015

RESIPI NUGGET IKAN PALING SIMPLE MUDAH DAN RINGKAS!!

Assalamualaikum semua,

Jom kita tengok resipi pulak. Asyik jamu mata dengan supplemen je, makanan yang berkhasiat pun penting jugak kan.

Nugget ikan atau fish cutlet ni memang favourite saya dari dulu. Emak dulu suka buat dengan sotong dan ikan. Sesuai untuk budak-budak yang picky eater, semua khasiat boleh dapat dalam seketul nugget kecuali la vitamin dan mineral..ahaks!Jom tengok bahan-bahan. Sangat simple, sangat mudah, yang penting bahan kena ada lah kan.

Bahan-bahan

Ikan tenggiri 2 keping
Telur 1 biji
Kentang lenyek ( saya tak masukkan)
bawang dan cili dihiris kecil2. ( saya tak masuk cili sebab anak saya tak suka pedas)
serbuk kunyit, serbuk ikan, serbuk cili merah, serbuk jintan manis ( semua sikit je, tak sampai sesudu)
garam ( optional untuk anak berumur kurang dari setahun)

Cara-cara nya :

Mula-mula rebus ikan dalam air sekejap, kemudian buang tulang. Saya pilih tenggiri sebab tulang tak banyak. Gambar rebus dah hilang plak :P. Kalau nak campur kentang pun kene rebus asing.  Boleh lenyekkan isi ikan. Saya guna jalan mudah, blend je terus dengan telur. hihi. Boleh pilih nak hancur halus or nak kasar-kasar. Ikut kesesuaian, kalo budak nak makan better halus sikit. :)

Pastu tambah lah semua rempah-rempah dan garam serta bawang or cili.

Gaul sebati agak-agak semua rempah masuk dalam ikan tu dan goreng!
Siap!!!




Senang kan nak buat? Budak-budak pun selalu suka sebab ada rasa rempah sikit. Boleh makan dengan nasi atau makan saja. Selamat mencuba!!!

Continue Reading

22 January 2015

RESIPI CHICKEN PIE SEDAP & SIMPLE & EKSPRESS!!!

Semalam baru rasmikan oven yang sampai minggu lepas. Dah almost 2 weeks saya park resipi kat FB. Resipi di kongsi oleh seorang teman kat FB yang sharenya lebih 7k! Tengok gambar memang tempted nak buat.

Lama dah tak bake. So, memang eager la sangat. Syamil jadi saksi buat pie ayam ni. Dia siap tolong lenyek kentang.Hihi. Dia sangat excited tunggu pie siap

TEMPTED!!!!

Loyang pertama abis dimakan oleh me, my husband and syamil. Syamil suka!!! Berbaloi sangat buat.

Resipi asal dari Rahsia Hawa :

PIE AYAM
3 biji kentang


1/4 kiub ayam

1/4 cawan susu segar

1 tiup ayam kisar ramly

1/2 botol sos speghetti adabi

2 sudu cili sos

Garam & serbuk lada sulah secukupnya

1/2 bawang holland@bwg besar


Mozarella cheese secukupnya.lebih bnyk lg sedap


Cara
1.Rebus kentang,lenyek+kiub+lada sulah+susu segar.ketepikan.
2.Goreng bawang+ayam kisar+sos speghetti & sos cili+garam
 secukup rasa.
3.Masukan ayam ke dlm loyang.Ratakan kentang diatasnya.tabur 
cheese.
4.Bakar hingga cheese cair sahaja.Tak perlu lama sgt sbb semua 

bhn dh dimasak knn..

Hidang.

Selamat mencuba!!





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

15 November 2014

GARLIC BREAD SANGAT SIMPLE, SEDAP & KENYANG!

Garlic bread memang favourite saya dari dulu lagi. Hari ni terjah cuba sendiri roti bawang putih a.k.a garlic bread ni.
Memang senang. Simple. 10 minit dah boleh siap. Kalau dulu memang saya ingat susah juga nak buat tu. Tapi dah cuba baru tahu. ;)

Jom tengok gambar!


Blend separa halus bawang putih

Tada! Sudah blend halus
Gaul marjerin/ butter dengan bawang putih yang dah di kisar 


Sudah mix together. Boleh simpan di peti sejuk untuk 4-5 hari. 
Garlic bread yang dah siap. Pakai roti biasa je. Sapu depan dan belakang

Memang simple kan garlic bread ni. Makan cicah dengan mushroom sup memang sedap lagi-lagi kalau waktu sejuk. Menu paling ringkas dan mudah! Saya tak campur parsley sebab tak berapa minat dan masa tu guna barang yang ada sahaja. hehe!


Tahukah anda GARLIC sangat bagus untuk kesihatan? Banyak khasiat bawang putih yang diceritakan antaranya adalah menurunkan paras kolestrol dan darah tinggi, sebagai antifungal dan antibiotik semulajadi, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imun manusia.


Mencari tablet garlic yang sesuai? Klik GARLIC SHAKLEE

Continue Reading

04 July 2014

Dari dapur Rehanswardrobe : ANEKA RESIPI PERFORMANCE DRINK + ESP

Secara jujurnya, tahun ini baru saya cuba PERFORMANCE DRINK semasa puasa. hasilnya? Superb! Bertenaga, kurang haus dan memang best la...So setiap hari mesti akan cuba macam-macam rojak shake yang saya nak...semuanya pun memang sedap dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Jom terjah dapur kita!

PERFORMANCE DRINK
PERFORMANCE DRINK + RIBENA / VITAGEN

ISOTONIK DRINK
PERFORMANCE DRINK + JUS TROPIKANA

performance drink
PALING FAVOURITE DAN PALING MUDAH! dan sedap!!!!

Tahu tak selama saya ambil PERFORMANCE DRINK ni memang rasa bertenaga, rasa macam tak guna banyak tenaga walaupun pergi kerja, pam, balik masak, jaga anak...wee..A MUST HAVE DRINK at home!! sangat effektif!!

Siapa yang tak suka minum air suam boleh amalkan air ini...tanpa gas tanpa perisa tambahan! Perisa orange yang sedap..pasti legakan tekak anda...

Ok untuk pembaca blog kesayangan saya, meh saya bagi anda resipi terulung dengan ESP!! Khas untuk anda semua!!!


Nak resipi yang lebih agresif?? Boleh klik resipi smoothies, protein shake yang menarik, atau lebih yummy di sini .

Sedap tau bancuh-bancuh ESP ni..memang mampu meruntun jiwa...perfect HEALTHY DRINK..lagi2 kalau campur bahan-bahan yang seimbang, nak minum shake untuk kurus pun boleh. ESP tu boleh replace dengan CINCH shake juga ye, ikut kesesuaian.

Selamat berpuasa semua!!!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading