Showing posts with label raudah. Show all posts
Showing posts with label raudah. Show all posts

21 December 2015

SECEBIS KENANGAN DI TAMAN SYURGA ALLAH~ RAUDAH

Assalamualaikum,

Saya ada cerita tentang entri part 1 di Mekah sebelum ni. Patutnya nak sambung tentang Mekah, Hijr Ismail, Tawaf dan sebagainya. Tapi hati saya tetap nak cerita tentang Raudah, sebuah taman syurga di Masjid Nabawi.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda 
"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)

Itulah dia RAUDAH. Memang sungguh taman syurga. Siapa yang dah pergi sahaja akan dapat merasainya. Namun, untuk ke dalamnya bukan semudah yang semua sangka kerana semua pun berebut untuk ke taman syurga :)  Raudah adalah antara tempat mustajab doa di masjid nabawi. Makam rasulullah pun ada di situ juga tapi orang perempuan dah tak boleh tengok dah. Dulu-dulu boleh tengok tapi akibat terlalu banyak perbuatan khurafat, kerajaan Arab saudi telah menutupnya.

Ramai tanya saya tips untuk ke Raudah. Nak tahu tips nya ?

1. SABAR
2. SABAR
3. SABAR
4. IKHTIHAR

Percayalah, kesabaran itulah yang akan membuatkan anda terasa manisnya berada dalam taman syurga itu :). Raudah ni terbuka untuk lelaki dan perempuan, tapi untuk perempuan ada masa-masa tertentu. Macam saya, Alhamdulillah saya dapat masuk sebanyak 3 kali ke raudah sepanjang 5 hari berada di Madinah. 2 hari saya masuk pagi pukul 9 dan 1 hari saya masuk malam pukul 9 juga.

Untuk yang perempuan, pintu masuk harus dari pintu no 25. Senang je, terus ke arah kanan. Kalau tak tahu boleh tanya atau just ikut kumpulan perempuan yang ada.


PINTU SEBELUM MASUK KAWASAN RAUDAH
Anda kena tunggu macam dalam gambar di atas. Kena sabar, banyak selawat, banyak baca ' rabbi yassir
wala tuassir'. Bagi saya 2 benda ni memang memudahkan saya. Siapa yang tak pernah pergi lagi anda kena tahu anda akan jumpa macam-macam perangai orang di sini. Yang tak sabar, yang merempuh, yang memijak. Semua ada. sebab tu kena sabar banyak-banyak.

KALI PERTAMA MASUK KE RAUDAH
Kali pertama kami masuk dalam group bersama mutawif Indonesia. Kira boleh duduk lama jugak sebelum di panggil. Sempat la selawat, solat dhuha dulu, baca quran dulu. Kemudian tak sampai 20 minit, dah di panggil. Allah, sayu je hati rasa ni masa nak masuk. Tapi tiba-tiba ada sekumpulan orang merempuh ke arah kami. Kami tertolak dan saya memang tak putus baca selawat dan salam. Tiba-tiba saya tengok kaki saya dah ada di karpet hijau ( karpet hijau di masjid nabawi adalah tanda kawasan raudah, yang lainnya adalah karpet merah). Tengok karpet hijau je air mata saya mengalir laju. Pastu saya memang tak tahu yang mana satu makam nabi, saya tak kisah sebab bukan boleh buat ape pun di makan nabi dan nabi tak pernah suruh bertawasul di makam nabi. Tapi saya solat sunat 2 rakaat. Sembahyang saya kelam kabut sikit sebab orang menghimpit kiri dan kanan. Tapi bila sujud, subhanallah sangat seronok. Basah karpet :) Macam-macam saya doa di situ. Antara doa saya. moga dijauhkan dari perbuatan bid'aah yang sangat di larang keras oleh Nabi. Saya doa macam-macam untuk diri saya, keluarga saya  dan lain-lain. Kemudian saya dapat ke depan sedikit. Sambil berdiri tu mulut keep doa dan selawat, tiba-tiba ruang kosong terbuka luas depan saya. Saya solat Hajat pula lagi sekali. Sepanjang solat saya menangis. Menangis sebab Allah mudahkan. Padahal saya dapat rasa belakang saya orang tehimpit-himpit. Subhanallah sungguh dapat rasa Allah tolong. Kemudian saya cakap cukup, Biarlah orang lain merasa pula. Sebab saya dah lama berdoa di sujud tu.Bila keluar dari carpet hijau tu rasa kepuasan yang amat sangat. Sangat lah best. Rasa macam nabi dok tengok je  :)

KALI KEDUA MASUK RAUDAH

Kali kedua saya pergi adalah pada malam hari, selepas solat isya. Suami hantar sampai perkarangan masjid kemudian dia balik. Saya meneruskan misi. Masa tu saya jumpa seorang akak ni. Dia sama penerbngan dengan saya. Kami bersembang kejap kemudian berjanji untuk balik bersama. Sama juga situasi saya untuk kali ke dua, cuma saya tengok ramai yang menari dan berselawat. Masa tu saya menangis semahunya depan makam nabi. Berdoa kepada Allah untuk hilangkan perbuatan bid'aah mereka. Mencium tiang dan sebagainya bukan ajaran nabi. Sahabat pun tak pernah buat begitu. Kali ini doa saya lebih kepada untuk umat nabi sendiri, untuk negara dan juga untuk diri sendiri. Dapat solat 2 kali juga. Kali kedua lebih mudah dan dibukakan ruang untuk solat. Alhamdulillah :)

KALI KETIGA MASUK RAUDAH

Masa kali ketiga saya masuk adalah awal pagi selepas pukul 8 untuk ziarah wida'. Masa ni sangat luar biasa ramainya. Tapi saya masuk jugak. Masa sujud tu kepala kena pijak, jari tangan pun kena pijak. Selamat lah kaki ayam je. hehe. Ada satu masa tu tiba-tiba saya rasa geram dengan jemaah yang menolak-nolak ( paling worst sepanjang di raudah). Tapi saya cepat-cepat istigfar. Mungkin ini ujian. Kemudian solat kali pertama tu memang kelam kabut, solat kali kedua Alhamdulillah sangat selesa :). Menangis saya masa meninggalkan raudah tu. Saya kata, ya Nabi, saya akan datang lagi dengan Izin Allah.

Sangat best pengalaman saya di raudah. Dan yang uniknya, ke tiga-tiga lawatan saya ke raudah hampir sama coraknya. Hampir sama mudahnya. Tempoh dari menunggu sehingga selesai pun lebih kurang 1 hingga 1 jam setengah sahaja.

Ingat, tips paling utama adalah SABAR dan SELAWAT. Semua pun pasti akan dapat peluang untuk ke raudah. Yang penting doa di mudahkan segala urusan :)

Antara link menarik untuk anda baca

Hukum melawat makam nabi

Ok, lepas ni saya update pasal Mekah pulak. Hihi. Terskip pulak kan. Saya suka sangat dengan Raudah ni. Jatuh Hati sebab tu prioriti di sini ;)

Moga cinta kita bertaut kembali di Raudah.
Amin

Continue Reading