Showing posts with label penyusuan. Show all posts
Showing posts with label penyusuan. Show all posts

19 November 2014

TEMPAT MENYUSU PALING SELESA APABILA SHOPPING!!

Assalamulaikum semua, nampak tak gambar bawah ni? Gambar ni saya ambil kat jusco IOI puchong. Hee...masa tu keluar lunch hari jumaat so saya ambil gambar ruang menyusu ini sebab saya tengok sangat selesa dan bersih. Walaupun berdekatan dengan tandas, tapi memang super cantik dan selesa! 


Bagus kalau kat setiap shopping complex mereka sediakan bilik menyusu atau nursing room. Kalau yang paling menarik, setiap sudut shopping complex ada ruang ini membolehkan si ibu tak ada la berjalan jauh untuk menyusukan anak.

Saya buat entri ini sebab bukan semua wanita yang menyusukan anak ada high confident untuk nursing in public. Saya antaranya. heee...Memang tak reti ,tak cuba dan tak pernah. :P

So apakah solusi paling mudah untuk masalah seperti ini?

1. Kereta
Sebelum shopping, beri susu pada anak dalam kereta. Ini memang cara saya praktik masa syamil dulu. Sebab memang dia akan menyusu setiap 3 jam sahaja. So memang saya takkan berjalan lebih dari 3 jam . By the time balik tu boleh dah menyusu dalam kereta balik...heee..

2. Surau
Surau ni memang pilihan utama. Tapi agak susah jika surau di tempat jauh dari tempat keluarga tengah bershopping. Tapi kalau terpaksa dan tak ada pilihan lain, saya gagahkan jua. hehe..

.
.
.
.
.
.
.
DAN
.
.
.
.
.
jusco

FITTING ROOM!!!

Yeah!, Paling mudah yang saya pernah jumpa setakat ini. Tapi saya tak pernah pergi lagi fitting room yang selak-selak ni. Haha. Untuk budak-budak boleh la. Kalau nak fitting baju pun tak berani kot dalam ni sebab takut terselak..hihi. Tapi mostly fitting room yang saya pergi tu ada lock dan memang tak menjadi masalah untuk menyusu. Senang! Mana2 area shopping complex mesti ada. Duduk bersila ja! 

Moga tips ini bermanfaat untuk anda semua!!! Happy breastfeeding !!

Continue Reading

12 November 2014

Susu meningkat dengan power pumping yang konsisten!

Salam..dah lama tak bercerita tentang dunia penyusuan kan...alhamdulillah sy dah lebih setahun menyusukan anak kedua saya. Susu pun alhamdulillah boleh dapat 13 -15 oz sehari. Based on dia minum tu, selalu 12 oz je, so so far supply more than demand.

Kami di ofis ni pun ada geng mengepam..best sebab masing2 cerita dan kongsi info..memang tak sempat nak rasa bosan nak pam tu. Lagi2 double pumping...10-15 minit dah siap...

So alkisahnya begini..ada junior yang baru abis pantang tak pernah pun sy nampak dia mengepam. So saja la tegur..dia cerita susu dia banyak lagi dalam freezer..sebab dia banyak pam masa pantang.
Then saya cakap..lama2 nanti tak boleh depends da dengan susu tu sebab supply makin kurang.
2 hingga 3 hari jugak la saya brainwash dia..haha..sy cakap rugi ada susu tapi anak dia tak dapat. Then dia realize. Saya cerita tentang power pumping. Dia tanya saya camne? Saya bagi link power pumping pada die yg memang dah ada dalam blog saya

Dan lepas few days..hari ini die kejar saya dan happynya berkata susu dia dah up semula..dia cakap terima kasih banyak2.
Happy dengar. Sejujurnya..sukar sy ungkapkan perasaan gembira itu kerana berjaya boost motivation seseorang untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Kini dia bersama2 saya mengepam di surau...heeee..
Alhamdulillah...
Continue Reading

05 November 2014

Ibu menyusu ingin memberi insipirasi apabila gambarnya menjadi viral


Ibu menyusu ingin memberi insipirasi apabila gambarnya menjadi viral


Sebuah foto menjadi viral di social media apabila gambar seorang ibu menyusu bayinya menjadi viral. Jacci Sharkey, 24, mengucapkan tahniah kepada pihak university kerana menyokong penyusuan susu ibu. Gambar tersebut di post oleh pihak university. Sejak gambar tersebut di upload, ia mendapat lebih 195,000 likes di facebook dan hampir 6000 shares.



 Kedua-dua anak Sharkey lahir semasa pengajian beliau di university selama tiga setengah tahun.
Gambar tersebut dikirim oleh Sharkey sebagai tanda berterima kasih kepada pihak university kerana tanpa bantuan tidak mungkin Sharkey menamatkan pengajian Ijazah dan melahirkan dua orang anak. Sharkey menamatkan pengajian dalam bidang Bachelor of Business, Human Resources Management and Marketing. Semoga ia menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana.

Mohon share dan like. Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi kepada para ibu yang masih menyusu bayi dan masih meneruskan pengajian.














Continue Reading