Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

12 September 2014

Bersalin secara Induce : Keperluan atau paksaan?

Baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita tentang apa kan? Ibu-ibu yang mengandung perlu tahu serba sedikit tentang INDUCE.

Apa itu induce? Induce merupakan satu kaedah yang digunakan oleh doctor-doktor untuk merangsang kelahiran anak secara tidak semulajadi.


Perlu anda ketahui ada tiga tanda-tanda untuk bersalin iaitu 
a) Air ketuban pecah
b) Tanda darah yang keluar
      c)   Kontraksi atau sakit pinggang beritma mengikut kadar masa.

Namun begitu, doctor juga akan memeriksa kandungan seperti denyutan jantung bayi, kandungan air ketuban mencukupi dan keadaan bayi itu sendiri.  Tetapi akan wujud sesetengah keadaan yang menyebabkan doctor membuat keputusan untuk induce. Antara keadaan tersebut adalah seperti :     

      a) Tarikh bersalin (EDD) sudah hampir atau melepasi 41 minggu namun masih tiada tanda-tanda untuk bersalin
b    b)  Air ketuban sudah pecah namun tiada kontraksi yang berlaku, mungkin boleh menyebabkan bayi lemas atau terpaksa dibedah
      c)   Jangkitan dalam rahim
      d)  Kurang air ketuban 
           e)  Keadaan kesihatan yang tidak berapa baik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi
f     f)    Uri bermasalah

Pengalaman bersalin induce   :Anak saya kedua-duanya induce. Dan sakitnya memang yang amat. Semestinya sakit bersalin tu sakit. Namun doctor saya beritahu induce memang lagi sakit sebab kita paksa bayi tu keluar secara tidak semulajadi. Kalau diberi pilihan, anda boleh menunggu sehingga 42 minggu untuk berbuat keputusan untuk induce atau tidak. Macam kes anak 1 saya dulu, saya baru mencecah 40 minggu dan di hari EDD saya diinduce sebab doctor kata heart beat bayi rendah. Malam tu saya di drip masuk air dulu, lepas tu heart beat dah ok, saya pula tak terfikir untuk pulang ke rumah. Terus tengah malam itu saya dah diinduce. Kalau ikut keadaan, saya boleh tunggu lagi sampai minggu ke 42.

Nasihat saya untuk para ibu, jangan terburu-buru untuk induce kerana hendak mempercepatkan proses bersalin. Kerana sakit itu memang sakit yang amat dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu dengan fitrahnya.Ramai ibu di barat akan hanya fikir untuk induce jika sudah lebih 42 minggu atau sebab-sebab yang lain seperti rumah terlalu jauh dengan hospital dan sebagainya.

Zaman dulu semua mana pernah induce bagai kan? Semuanya natural. Macam saya pun disebabkan ada kemudahan seperti epidural, gas penenang, kita lagi jadi manja...hehe..

Induce ada 2 jenis : satu adalah memasukkan ubat sebesar panadol (prostaglandin ) ke dalam vagina. Ia untuk melembutkan rahim dan mempercepatkan bukaan servik.

Lagi satu adalah dengan memasukkan air secara drip. Dalam drip tu akan dimasukkan sejenis ubat (hormon oxytocin)  yang mempercepatkan bukaan rahim dan kontraksi



Video ni saya tonton tentang mempercepatkan proses bersalin secara semulajadi. Tapi bab akupuntur tu saya tak berani jamin naaa...Apa-apa pun refer pada yang pakar :)

Petua tradisional ibu saya bila dah start sakit or contraction :

* castor oil+telurgoreng+nasi lembik : yang ni memang untuk kakak and kakak ipar berkesan..untuk saya mmg tak dapat la..rahim tebal sangat
* Air jintan manis panas

Tapi apa-apa pun, semulajadi is the BEST!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

23 January 2014

KAFEIN PENYEBAB SUKAR UNTUK HAMIL??


Bila baca tentang info kafein baru tersedar kafein ini sangat buruk kesannya daripada yang baik. Oh no..dahlah baru-baru ni gian nak minum teh dan kopi aje, HARUS STOP!!!

Dipetik dari Journal Diabetes Care 2005, pengambilan kafein yang berlebihan boleh meninggikan rintangan insulin, bila  rintangan insulin meningkat, proses ovulasi boleh terganggu dan seterusnya boleh mengurangkan risiko untuk hamil.

Selain itu untuk ibu hamil, pengambilan kafein akan mengecutkan salur darah dan seterusnya boleh mengurangkan penghantaran darah ke dalam plasenta menyebabkan janin akan terjejas pertumbuhan selnya dan boleh mengakibatkan gugur jika janin tidak kuat.

Ha, dah nampak jelas kan..bukan tak boleh minum langsung tapi, sekali sekala bolehlah untuk lepas gian..hehe..tapi sebaiknya terus STOP..

Nak tahu kesan negatif yang lain ?

kafein







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 December 2013

KEHAMILAN BERSAMA OMEGA 3

Acap kali kita tahu ramai yang sudah maklum tentang kepentingan Asid Folik..macam saya sebelum kahwin pun dah tahu rata-rata semua start ambil asid folik selepas kahwin sebab nak pregnant..

Lepas hamil pun semua pun tahu asid folik tu essential supplemen..Tapi tahukah anda lagi satu supplemen yang sangat penting semasa hamil?

OMEGA 3!!




Seperti yang saya bincangkan dalam entri sebelumnya OMEGA 3 tidak dapat dihasilkan dalam badan. jadi kita perlu mendapatkannya dari sumber yang lain.

Antara fungsi EPA & DHA dalam OMEGA 3 semasa kehamilan ialah

1. Memberi nutrien untuk perkembangan bayi

2. Membantu perkembangan otak dan mata bayi semasa di kandungan

3. Membantu mengurangkan risiko alergi pada anak selepas lahir

4. Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang

5. Membantu perkembangan sistem kardiak dan pernafasan bayi

6. Mengurangkan sindrom depression selepas kelahiran


Kajian dilakukan mendapati ibu yang mengambil omega 3 semasa hamil melahirkan bayi yang cekap dan cepat memberi respon berbanding dengan ibu yang sebaliknya.
http://www.early-pregnancy-tests.com/omega-3.html

  
OMEGA HARGA RUNTUH SEPANJANG DISEMBER!! IBU-IBU HAMIL....FIKIR APA LAGI??JOM BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA ;)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading