Showing posts with label TIPS KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label TIPS KELUARGA. Show all posts

18 March 2016

Pengalaman menarik di Farm In The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum people :) 
Semalam kami suami isteri ambil cuti semata-mata nak bawak anak-anak pergi berjalan. Hehe. Kesian pula rasa anak-anak tak pergi mana, and suami pulak jenis yang indoor type, banyak masa kami habiskan kat rumah je. So kali ni suami yang plan. Hehe. Saya ikot sahaja. Walaupun cuti tinggal 1 hari je, tapi saya tak kisah kot untuk anak-anak. Buat apa nak berkira masa untuk anak-anak kan? kan?

Kami decide nak pergi Farm in the city di seri kembangan. Farm in the city ini terletak berdekatan giant seri kembangan dan pasar borong selangor. Jarang lah saya jalan-jalan area sini. 

Syamil memang suka animals. Macam ayah dia. Haha. Secara jujurnya, saya tak berapa minat. Suka tengok sebab nak tengok gelagat anak-anak je. hihi. Mereka memang teruja lah. 

Harga tiket untuk ke farm in the city tak adalah mahal sangat. RM 30 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak. Kalau kanak-kanak yang ketinggian kurang dari 90 cm FREE! So sebab anak-anak saya semua comel2 belaka, memang free lah. Kami berdua je bayar. :D . Kalau you all datang dengan keluarga yang besar ada pakej keluarga juga. RM 100++ if tak silap. 

Cuaca yang panas memang terasa walaupun tempatnya redup sebab ada atap2. Sepatutnya kalau hari biasa tak ada rasa panas sangat kot. Sebab cuaca sekarang memang extreme, basah habis baju anak-anak mandi peluh. hihi. 

Jom layan gambar nak?

farm in the city

 farm in the city
 Pandai Syamil posing. Masa ni emaknya pergi minum air. Haha. Nampak sangat tak minat kan. :P Ayah dia yang lain dua orang ni.

farm in the city
 Curious??

farm in the city

farm in the city
 Ikan. Excited betul dieorang ni.

farm in the city

Tengok apa tu??? hehe
 
farm in the city
 Aeisyah memang excited betul
farm in the city
 Siap ada pamplet kat tangan dia ni. Siap belek tau. Haha.
farm in the city

farm in the city
 Parrot show.
farm in the city
 Kura-kura ni comel

farm in the city

farm in the city
 Gambar hero famili. Haha. Gambar heroin tak ada. Malas nak bergambar. :P

Overall, memang worth it for kids. Dan boleh je habis dalam masa 2 atau 3 jam. So kalau weekend nak g saja-saja pun boleh. Adhoc planning pun boleh sangat. Kalau duk area puchong, putrajaya, kajang semua memang sangat dekat lah. Kami plan nak jalan-jalan lagi sebenarnya, tapi semua pun dah pancit. Terus singgah umah makcik di puchong jap then balik. 

Siapa tak pergi lagi boleh pergi lah. berbaloi berbanding pergi zoo. hihi.


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

16 December 2013

TIPS ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK

Salam isnin kawan-kawan sekalian..hari ni saya dah masuk kerja balik selepas bercuti selama 2 bulan. Perasaan? Memang kalau boleh nak cuti lama lagi, tapi kali ni saya tak ada feeling2 macam tinggal Syamil dulu. Saya kebalkan hati, kentalkan hati..memang setiap kali pam akan teringat anak saya tu..tapi saya nak cuba jadi kuat..konon la..hihi..


Sambil-sambil pam kat surau, sembang dengan ibu-ibu tentang macam-macam..Selalunya memang topik anak yang menjadi pilihan..anak macam ni..anak macam tu..menceritakan keletah anak memang menggamit rindu masa di ofis..

Tiba-tiba masuk topik tidur asing dengan anak-anak..Ada yang sudah mengajar anak tidur dalam baby cot, ada yang tidur sekatil dengan bayi dan macam-macam style lagi..Macam saya sendiri anak-anak tidur dengan saya..walaupun saya memang nak ajar mereka tidur asing, tapi terlalu awal kot.

But saya dah ada plan saya sendiri nanti macam mana nak train mereka.

Saya rasa sangat perlu ibu-bapa ALERT tentang asingkan tempat tidur dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa pernah claim or dilabel KEJAM sebab asingkan tempat tidur anak terlalu awal. Percayalah..tindakan mereka adalah betul. Bukan kita nak mengikut style barat yang biar anak independent sendiri. Bukan itu sebabnya ok..


Sebabnya adalah zaman ini sangat pantas dan anak-anak kita, otak mereka sangat ligat. Tak macam kita dulu-dulu yang BLURR sahaja. Faham-faham sajalah bila suami isteri di dalam bilik. Privasi kita harus dipelihara even dengan anak-anak. Biar mereka hormat dengan cara kita. So bukan bila dah umur 5 atau 6 tahun baru nak ajar..itu dah salah. Kena praktiskan dari umur seawal 3 tahun. Ajar perlahan-lahan.













 Macam saya sekarang, memang 4 orang tidur atas katil sekali. Keras tulang..haha. Sangat lah tak selesa tapi sebab anak kecil lagi saya ikutkan je. Lagipun bilik agak sempit, lepas pindah nanti saya plan macam ni :

1. Anak-anak masih tidur di bilik kami tapi praktis tidur di bawah dengan toto atau tilam lembut. Tidur dan main-main dengan mereka di situ sampai mereka tertidur. Bila dah betul-betul lena, si ibunya bolehla kembali ke katil dan tidur dengan selesa ( again, ini bukan isu ibu nak selesa, anak kasi susah, ini untuk train anak ;) )

2. Agak-agak anak dah boleh berdikari sikit, ajar mereka tidur di bilik asing. Jangan tinggalkan mereka di bilik macam tu jer. Itu memang dah gaya western. Tidur atau bercerita dengan mereka sebelum tidur. Kalau boleh bilik tu letak shining2 star kat syiling ke..buat simple2 sudah..saya tak pernah pun nak buat bilik anak macam barbie doll tu..hihi..buat simple cost sudah.

3. Macam saya ada anak lelaki dan perempuan, so memang nak tak nak kena asingkan bilik mereka sebab Nabi dah pesan memang kena asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan.

Jom share cara anda pula ;)


Continue Reading