Showing posts with label Susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu ibu. Show all posts

19 November 2014

TEMPAT MENYUSU PALING SELESA APABILA SHOPPING!!

Assalamulaikum semua, nampak tak gambar bawah ni? Gambar ni saya ambil kat jusco IOI puchong. Hee...masa tu keluar lunch hari jumaat so saya ambil gambar ruang menyusu ini sebab saya tengok sangat selesa dan bersih. Walaupun berdekatan dengan tandas, tapi memang super cantik dan selesa! 


Bagus kalau kat setiap shopping complex mereka sediakan bilik menyusu atau nursing room. Kalau yang paling menarik, setiap sudut shopping complex ada ruang ini membolehkan si ibu tak ada la berjalan jauh untuk menyusukan anak.

Saya buat entri ini sebab bukan semua wanita yang menyusukan anak ada high confident untuk nursing in public. Saya antaranya. heee...Memang tak reti ,tak cuba dan tak pernah. :P

So apakah solusi paling mudah untuk masalah seperti ini?

1. Kereta
Sebelum shopping, beri susu pada anak dalam kereta. Ini memang cara saya praktik masa syamil dulu. Sebab memang dia akan menyusu setiap 3 jam sahaja. So memang saya takkan berjalan lebih dari 3 jam . By the time balik tu boleh dah menyusu dalam kereta balik...heee..

2. Surau
Surau ni memang pilihan utama. Tapi agak susah jika surau di tempat jauh dari tempat keluarga tengah bershopping. Tapi kalau terpaksa dan tak ada pilihan lain, saya gagahkan jua. hehe..

.
.
.
.
.
.
.
DAN
.
.
.
.
.
jusco

FITTING ROOM!!!

Yeah!, Paling mudah yang saya pernah jumpa setakat ini. Tapi saya tak pernah pergi lagi fitting room yang selak-selak ni. Haha. Untuk budak-budak boleh la. Kalau nak fitting baju pun tak berani kot dalam ni sebab takut terselak..hihi. Tapi mostly fitting room yang saya pergi tu ada lock dan memang tak menjadi masalah untuk menyusu. Senang! Mana2 area shopping complex mesti ada. Duduk bersila ja! 

Moga tips ini bermanfaat untuk anda semua!!! Happy breastfeeding !!

Continue Reading

12 November 2014

Susu meningkat dengan power pumping yang konsisten!

Salam..dah lama tak bercerita tentang dunia penyusuan kan...alhamdulillah sy dah lebih setahun menyusukan anak kedua saya. Susu pun alhamdulillah boleh dapat 13 -15 oz sehari. Based on dia minum tu, selalu 12 oz je, so so far supply more than demand.

Kami di ofis ni pun ada geng mengepam..best sebab masing2 cerita dan kongsi info..memang tak sempat nak rasa bosan nak pam tu. Lagi2 double pumping...10-15 minit dah siap...

So alkisahnya begini..ada junior yang baru abis pantang tak pernah pun sy nampak dia mengepam. So saja la tegur..dia cerita susu dia banyak lagi dalam freezer..sebab dia banyak pam masa pantang.
Then saya cakap..lama2 nanti tak boleh depends da dengan susu tu sebab supply makin kurang.
2 hingga 3 hari jugak la saya brainwash dia..haha..sy cakap rugi ada susu tapi anak dia tak dapat. Then dia realize. Saya cerita tentang power pumping. Dia tanya saya camne? Saya bagi link power pumping pada die yg memang dah ada dalam blog saya

Dan lepas few days..hari ini die kejar saya dan happynya berkata susu dia dah up semula..dia cakap terima kasih banyak2.
Happy dengar. Sejujurnya..sukar sy ungkapkan perasaan gembira itu kerana berjaya boost motivation seseorang untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Kini dia bersama2 saya mengepam di surau...heeee..
Alhamdulillah...
Continue Reading

06 November 2014

Antara pelaburan PAM SUSU atau SUSU FORMULA?

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak menulis dlm blog kesayangan ini. Saya tertarik bila tengok artikel dalam utusan ini. Artikel mengenai subsidi dan barang kawalan bayi. Tidak dinafikan perbelanjaan untuk bayi sahaja kadang-kadang melonjak sehingga mencecah ribuan ringgit. Terkejut? Memang ini faktanya. Hanya susu formula dan lampin pakai buang sahaja boleh dominasi perbelanjaan seisi keluarga. Cuba bayangkan jika ada anak-anak yang kecil berderet, mereka tentu akan dilema untuk berbelanja lebih.

Masa saya bersalinkan syamil dulu, saya tak tahu pun harga susu formula untuk bayi sehingga 1 tahun. Saya dapat tahu dari kawan-kawan yang beli untuk bayi mereka. Terbeliak juga biji mata melihat harga yang sangat tinggi itu.

Dan bila kita tengok, susu formula untuk bayi 0 bulan sehingga 12 bulan adalah paling mahal sekali! Kenapa? Mungkin hendak memastikan kualiti yang terbaik untuk si manja. Tapi mana mungkin akan sama dengan susu ibu kan?

Jom kita buat perbandingan antara pelaburan PAM SUSU dengan susu formula (sehingga 2 tahun).

susu formula


spectra m1


Perbandingan ini adalah contoh ye :

Susu dalam 600 g = RM 50

Sebulan paling kurang beli 3 atau 4 peket = RM 50 x 4 = RM 200 ( Ini kira susu yang paling murah ye).

Kalau setahun = RM 200 x 12 =RM 2400

Kalau 2 tahun = RM 2400 x 2= RM 4800

Tapi mungkin tahun ke dua dah kurang minum susu dan lebih banyak makan, so kita tolak rm 1000.

= RM 3800~~~

RM 3800 sepanjang dua tahun dengan susu formula!

Ok, berbalik pada pelaburan pam pula untuk meneruskan misi penyusuan susu ibu. Saya ambil purata ye bergantung pada jenis pam.

Pam manual + - = RM 150.00

Pam Elektrik = RM 350.00

Free style = RM 1000.00

Tak semua ibu-ibu yang beli pam canggih, tapi mampu masih dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun!!

Katakan seorang ibu memilih untuk beli pam elektrik, Purata harga adalah RM 500 sahaja! Tambah cooler bag la, ice pack la, storage bottle la,, Saya letak RM 1000 untuk pelaburan pam susu dan aksesori!

Kalau betul-betul diservis dan jaga pam tersebut untuk anak yang sterusnya? ha,,,,kira lah sendiri,,,memang jimat dan yang paling penting dapat the best iaitu





SUSU IBU!!!

Mana murah? Mana mudah?
Betul penyusuan susu ibu memerlukan seribu pengorbanan. Itu pun dah dapat reward di akhirat nanti kan? So..siapa untung?

Kita juga kan...



**Boleh dapatkan tips-tips eksklusif dari saya untuk penyusuan susu ibu :)






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

05 November 2014

Ibu menyusu ingin memberi insipirasi apabila gambarnya menjadi viral


Ibu menyusu ingin memberi insipirasi apabila gambarnya menjadi viral


Sebuah foto menjadi viral di social media apabila gambar seorang ibu menyusu bayinya menjadi viral. Jacci Sharkey, 24, mengucapkan tahniah kepada pihak university kerana menyokong penyusuan susu ibu. Gambar tersebut di post oleh pihak university. Sejak gambar tersebut di upload, ia mendapat lebih 195,000 likes di facebook dan hampir 6000 shares.



 Kedua-dua anak Sharkey lahir semasa pengajian beliau di university selama tiga setengah tahun.
Gambar tersebut dikirim oleh Sharkey sebagai tanda berterima kasih kepada pihak university kerana tanpa bantuan tidak mungkin Sharkey menamatkan pengajian Ijazah dan melahirkan dua orang anak. Sharkey menamatkan pengajian dalam bidang Bachelor of Business, Human Resources Management and Marketing. Semoga ia menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana.

Mohon share dan like. Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi kepada para ibu yang masih menyusu bayi dan masih meneruskan pengajian.














Continue Reading

25 November 2013

MENYUSUKAN ANAK WAJIB????


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233).

Ayat di atas sudah cukup memberitahu tentang kewajipan menyusukan anak bagi setiap ibu. Itu hak anak ye..sudah menjadi tanggungjawab seorang ibu hendaklah berusaha menyusukan anak mereka sehingga mampu atau 2 tahun. Tapi kita pun tahu, rezeki masing-masing sudah tertulis malah rezeki bayi itu sendiri pun sudah tertulis sebab itu kadang-kadang ibu hanya mampu menyusukan anak sehingga 1 tahun, 6 bulan atau selama sebulan sahaja. 

Yang penting si ibu sudah berusaha untuk menyusukan anak mereka. Jangan pula tak berusaha apa-apa tapi mengeluh kata susu tak ada, susu tak cukup dan sebagainya.

Usaha dulu..

JOM TUNAIKAN HAK ANAK..DAPAT PAHALA DAN TANGGUNGJAWAB TERTUNAI!! 







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

13 November 2013

Titisan emas~sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Harini saya nak cerita pasal kebesaran Allah yang menjadikan susu ibu sangat unik..memang unik tau...pengalaman saya explore sendiri tentang susu ibu masa anak ke 2 ni...

Nak dijadikan cerita, anak saya hari ke 2 dah kena tahan wad..kena on antibiotik..memang saya down jugak lah..sebab sempat breastfeed hanya untuk 3 kali je rasanya..lepas tu terus kena tahan, tapi saya dah boleh balik.. tapi saya tak tension sangat lah sebab saya tahu if stress nanti susah susu nak keluar..so saya just akur dengan doktor untuk datang breastfeed atau pam dan beri dalam botol..

Hari pertama, memang doktor kata pasang tiub, tak perlu bagi susu..masa ni lah bermula cabaran..tapi tak kekok macam masa abangnya..Syamil pun dulu kena tahan wad..tapi masa tu anak sulung kan..memang STRESSSS....

So bermula la sesi pam setiap 3 jam untuk simulate susu sebab baby tak ada di sisi..Mula-mula nak dapat 0.5 oz memang lama dan dah cukup gembira if dapat 0.5 oz++...tapi doktor kata tak cukup..sebenarnya cukup aja kalau direct feed..sebab bagi dalam botol, they assume tak cukup..so memang terpaksa mix dengan FM untuk 2 hari pertama..Hari ke 4 macam tu dah keluar susu dengan baik..Alhamdulillah!

teknik marmet
Hari pertama ~marmet

teknik marmet
Hari kedua ~ kolustrum,,sikit tapi sangat bernilai tu

teknik marmet
Hari ke tiga ~ dah bertambah,..

teknik marmet
Hari ke empat ~ Alhamdulillah!!

teknik marmet
Hari ke enam ~ priceless!

teknik marmet
Teman setia saya :)

susu ibu
Stok yang dapat dikumpul sepanjang 20 hari di rumah emak!


So bagi ibu-ibu yang baru, jika nampak susu awal2 keluar sikit..jangan stress!! sebab memang awal2 bukan susu terus mencurah ye..salah konsep tu..awal2 susu memang cukup untuk perut si manja yang sebesar guli sahaja..jangan pula mengadu saya tak cukup susu...

Salah satu rahsia saya : Maintain pam, air tak putus minum, Energizing Soy Protein, keep out of STRESS!!

Jom breastfeeding!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

11 September 2013

Siapa cakap susu ibu tak cukup? Meh saya sebat!!

Wah..saya dah masuk 35 weeks..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan terakhir..memang dah sarat sangat dah ni..Pergi kerja pun dah macam penguin..hihi..Jujurnya, anak yang ke-2 ni memang sangat letih dan tak larat. Banyak sangat mild contraction dan sakit pinggang. Ada yang jangka saya bersalin awal, tapi hanya Allah sahaja tahu bila lah nak keluar si kecik comel ni...:)

Bila fikir-fikir balik, memang saya tak prepare ape2 lagi untuk berpantang. Vitamin shaklee pun tak check lagi cukup ke tak sebab sangat busy dengan kerja dan bisnes. Tapi minggu lepas dapat alarm kot..tetiba rasa rindu nak breastfeeding..Journey yang sangat indah. Siapa yang sia-siakan journey ini memang sangatlah rugi kecuali atas sebab2 tertentu..

Niat saya nak menyusukan syamil selama 2 tahun, namun rezeki nya hanya sampai setahun lebih. Terkilan, tapi mampu redha dengan rezekinya..Anak ke-2 saya nak menyusukannya sehingga 2 tahun insha Allah.

Ok back to topic :

Kenapa ramai ibu gagal menyusukan anak mereka??

Salah satu puncanya adalah mindset yang negatif tentang tak ada susu di awal kelahiran bayi. Percaya tak, perut bayi hanya sebesar guli sahaja masa dilahirkan..kirenye hanya perlu satu sudu susu sahaja ye..bukan 2 oz atau 3 oz...bayangkan ada sesetengah individu yang menyogok susu formula sampai 3-4 oz sekali minum. Huhu..kesian baby tu..susah dia nak proses kerana usus jadi berat. Memang bila baby di bagi minum susu formula boleh kenyang berjam2 sebab sukar untuk dihadam. Berlainan dengan susu ibu ye, senang dihadam dan cepat kenyang.

Mind set kena betul! Jangan ikutkan sangat cakap orang. Gali ilmu sebanyak yang mana boleh. Zaman sekarang ni, orang yang kerja pilot dan askar pun boleh fully breastfeed..Apatah lagi hanya kita yang bekerja di depan pc sepanjang masa.

Sentiasa menyusukan anak anda di awal kelahiran. Jangan putus asa, jangan cepat give up, pengorbanan yang selama beberapa masa ini mampu membuatkan anda tersenyum di kemudian hari. Percaya atau tak, saya lagi suka breastfeed sebab tak perlu nak bancuh2 susu tengah pagi or malam..tak perlu usung bakul susu bagai. Its just INSTANT!

Ok???

Jom check checklist untuk ibu menyusu (awal kelahiran)

1. Breast pump ( Wajib! sebab kita tak tahu anak kita ada komplikasi atau mungkin ditempatkan di inkubator, so breast pump ni membantu kita mengelak dari bengkak susu dan susu merudum)

2. Botol storage ( bukan untuk buat stok awal-awal kelahiran, tapi untuk kecemasan)

3. Nursing cover ( jika segan nak menyusu depan orang ramai )

4. Google! ( untuk gali ilmu tentang penyusuan atau boleh beli buku penyusuan siap-siap )


Yang ni asas lah..yang lain macam-macam leh add on ikut budget masing-masing : ada yang beli lengkap semua dari nursing pad, nursing pillow, macam-macam lagi la...

Tapi, yang penting, konsep asas perlu difahami ok??

Selamat menyusukan anak anda!!!

Cant wait for my 2nd journey :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

19 April 2013

Handle EBM semasa travel

Memandangkan ada customer saya tanya tentang cara nak handle pam dan EBM semasa beliau travel nanti, jadi saya buat entri ini khas untuk beliau dan juga untuk semua ibu-ibu yang lain.  :)

Ok, Perlu di ingatkan kepada semua ibu, bila berjauhan dengan bayi, anda WAJIB pam setiap 3-4 jam untuk maintain supply kepada anak. Maksudnya di sini, tengah malam pun perlu bangun sebab bayi tak ada di sisi untuk tolong kosongkan payudara anda. So tiada alasan kata tak sempat or so on. WAJIB schedule untuk pam..Macam-macam cara ada sekarang kan nak pam?? cover dengan shawl, even dalam meeting pun boleh, time solat, time lunch break, time tea time, pam yang canggih-canggih pun ada. So BE SMART.

Tips untuk jimat masa semasa pam :
1. Multi task ( cuba untuk pam sambil cakap telefon dengan husband ker, lipat baju ker, sms ker, update notes ker)
2. Double pumping ( Yang ni memang jimat masa separuh, lagi-lagi kalau guna freestyle atau elektrik. 10 minit dah boleh siap , orang pun tak sedar kita pergi pam)

So kalau hotel atau tempat penginapan ada peti sejuk, itu sudah bagus. Kalau tak ada, cari lah peti sejuk yang kat hotel ker. Minta jasa baik mereka. Kalau travel 4 hari sahaja, then tak perlu sejuk bekukan EBM anda. Letak dalam cooler bag pun boleh. Boleh tengok link ini untuk lihat tempoh susu untuk bertahan.

Antara gadjet yang perlu ada semasa anda travel selain pakaian dan peralatan anda. :)

ebm
Coolerman box - untuk bawa balik susu perahan yang sejuk atau beku

ebm
Cooler box juga - jika tak dapat cooler box yang atas tu, boleh bawak ini. Isi ais separuh, lepas tu isi EBM then isi ais balik

ebm
Storage bottle yang mencukupi sepanjang tempoh travel

ebm
Cooler bag untuk sesi di luar -contoh semasa kursus. Dah balik hotel boleh transfer tu peti sejuk. jangan lupa label

avent
Pastikan breast pump and berfungsi dengan baik, kalau perlu servis, servis lah dulu ye..

Kalau ada yang nak tanya, boleh pm saya terus. Saya boleh bantu anda. Selamat travel dan selamat mengepam!! ;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

19 December 2012

Berapa oz susu ibu diperlukan?

Alhamdulillah, murah lagi rezeki Syamil untuk menikmati susu ibu. Syamil dah berusia 10 bulan++ and syamil dah mula makan dengan baik. Awal-awal dulu memang susah nak bagi dia makan. REASON : HE WAS NOT READY TO EAT. Nasiblah saya tak risau sgt bila dia tak nak makan.

Ok. back to topic. Ramai ibu-ibu musykil tentang amount susu yang perlu dibekalkan untuk anak-anak mereka especially bila anak kurang dari setahun. Please ye, jangan compare anak orang lain dengan anak kita. Maybe anak orang lain minum banyak, anak kita minum sikit but if its enough for them then its ok.

Sama je konsep dengan orang besar. Kadang-kadang portion kita makan tak sama kan? Ada yang makan 2 pinggan nasi, ada yang makan 1 pinggan dan ada juga yang makan setengah pinggan. Well, yang ni bukan untuk yang berdiet. PEMAKANAN NORMAL. So bila exceed, kadang-kadang kita rasa tak boleh go thru. macam tulah juga baby. Tak perlu paksa dia if dia tak mahu minum.

FAKTA SALAH : Susu ibu perlu meningkat OZ dari masa ke semasa

FAKTA : Susu ibu biasanya akan berkurang dari masa ke semasa unless ada demand yang tinggi. Keperluannya juga tidak meningkat sangat macam susu formula. Itulah keunikan susu ibu.

Anak saya hampir setahun, sampai sekarang dia hanya minum 3-4oz per feeding dan saya bekalkan 12 0z sehari. ( Pukul 8-6 petang). Saya kadang-kadang pernah juga letak lebih stok, tapi jarang sangat habis.

Boleh baca lebih lanjut tentang requirement susu untuk toddler di sini



Chilled EBM untuk 2 sesi
Ni hasil untuk 2 kali sesi. Pukul 8 dan pukul 11pagi. Saya akan make sure dapat pam 3-4 kali sehari untuk kekalkan supply.

So untuk mommies semua, jangan risau tentang susu tak cukup or whatsoever.

Kalo anak anda mula minum banyak, tandanya mungkin :

~Bila menyusu rasa tidak puas dan asyik menangis. Cuba sua botol yang ada EBM, jika anak minum, bermakna dia memerlukan kuantiti yang lebih. Tapi, cuba juga perah selepas dia DF dan rasa tidak puas. Kalau memang susu tak keluar, mungkin anda harus tingkatkan demand dengan cara power pumping atau tandem nursing. Jika susu keluar lagi atleast 0.50z -1 oz bermakna anak anda mungkin tak ada mood untuk DF or mahu botol. Kena troubleshoot!



TROUBLE SHOOT IS ON OF THE WAY TO MAKE BREASTFEEDING JOURNEY SUCCESFULL!

All the best!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

02 December 2012

POWER PUMPING works!

Nak tahu result power pumping saya? 2 minggu lepas saya konsisten buat power pumping dengan pam baru yang saya beli...mula-mula tak nampak perubahan...tapi 2 hari lepas saya dah boleh dapat 4oz per sesi..( sebelum ni 3 oz) . Best kan? Kalau minum ESP lagi masyuk hasilnya...Selamat ber power pumping dan jangan putus asa kalau tak nampak kesan in one or two weeks...Minggu ke tiga mungkin anda berjaya!;)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

08 November 2012

Upgrade pam. Pentingkah?

Saya dah upgrade pam saya dari avent manual kepada unimom allegro. Kenapa saya upgrade? Tak baguskah avent?Hehe..mestilah tak..Avent manual terbaik! Cuma saya ada sebab saya kenapa saya invest untuk allegro.

Susu yang dihasilkan sekarang ni cukup2 sahaja untuk syamil. So, i dont want to take things for granted. Saya kena usaha lebih lah. Bukan bermakna beli pam allegro ni boleh saya goyang kaki saja. Everything needs effort. Saya nak buat power pumping dengan bantuan double pump. So dalam masa yang sama saya boleh melakukan kerja sambil-sambil tu. Masa itu sangat precious! dan saya memang suka buat banyak kerja dalam satu masa.:D

Dan double pumping boleh merangsang susu dengan lebih cepat! Kita tunggu resultnya lepas seminggu k!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

07 November 2012

Foremilk and hindmilk

Susu ibu mempunyai dua bahagian iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah bahagian susu yang awal keluar semasa mula menyusu atau pam. Foremilk mengandungi peratus air yang tinggi dan ia selalunya menghilangkan haus.

Hindmilk pula ialah bahagian susu yang keluar selepas foremilk habis dikeluarkan. Hindmilk mengandungi peratus lemak yang tinggi dan mengenyangkan bayi.


Bayi perlu mendapat kedua-dua bahagian susu ibu ini. Untuk memastikan bayi mendapat hindmilk, penyusuan harus berlaku selama 10-15 minit setiap payudara ( kadang kala 5- 10 minit bergantung pada bayi masing-masing).

Satu lagi cara untuk menentukan bayi mendapat kedua-dua bahagian susu ini adalah melalui najis bayi.

Najis bayi akan berbentuk bijian atau tekstur berwarna kekuningan jika bayi mendapat foremilk and hindmilk.

Bagi bayi yang hanya mendapat foremilk, najisnya berwarna kehijauan. Indikasi ini boleh menentukan ibu untuk lebih peka terhadap kadar penyusuan bayi. Sekiranya bayi hanya mendapat foremilk tanpa hindmilk, berkemungkinan berat mengikut umur tidak tercapai akibat kurang zat-zat dan lemak yang terdapat dalam hindmilk.


sumber google


Jangan ingat foremilk itu susu basi kerana kecairannya ya...susu ibu tak boleh dan tidak akan basi ( kecuali EBM).








Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

24 September 2012

21 September 2012

Kaedah Penyimpanan EBM(Expressed Breast Milk)


Yang ini untuk ibu-ibu baru yang masih ragu-ragu tentang penyimpanan EBM. Macam saya dulu juga, tak tahu apa itu EBM, macam mana nak simpan, pam pun tak reti. Why i can come far until 8 months in breastfeeding? Because the knowledge itself. Bukan semua kena disuap, tapi kena pandai cari sendiri juga baru lekat dalam minda . So jom baca sedikit tips dari saya :


TEMPAT SIMPANAN
JENIS KEADAAN
TEMPOH

Suhu bilik (25-37 C)
Susu perahan yang baru
diperah
3-4 jam
Bilik berhawa dingin
(15-25 C) *
Susu perahan yang baru
diperah
6-7 jam
Peti sejuk 2 pintu
(pintu bawah)
Susu di sejukkan
(tidak beku)
3-5 hari(boleh dibekukan selepas 5 hari
Peti sejuk 1 pintu
(bahagian sejuk)
Susu disejukkan
(tidak beku)
3-5 hari(boleh dibekukan selepas 5 hari
Bahagian beku : 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu
(bahagian sejuk beku)
Susu dibekukan
3 bulan
Deep freezer

Susu beku
5-6 bulan


Table ni saya create sendiri. Kalau tak paham, boleh comment or tanya saya terus. Ingat susu perahan perlu di preserve. Sebab kualiti kena jaga. Memang takkan sama as from breast itself, tapi, this is least we can do instead of giving formula milk.

Dimana nak simpan susu perahan?
Didalam bekas BPA free,bekas dadih ( 3 kali guna sahaja) atau plastik recycle bags. Boleh google tentang storage bottle for EBM atau storage bottle for EBM. Dah banyak jenama dalam pasaran. Ini salah satu contohnya :




Kalau nak jimat, guna storage bottle for daily use dan storage bags for stock. Macam tulah saya buat. So tak perlu beli storage bottle banyak2. dan jimat space jugak..


Sumber dari KIM : Kan kemas tu..


Macam saya guna plastik You Have a Baby ( YHAB). Murah sikit, saya beli sealer plastik dan seal. Plastik ni murah sebab tak ade zipper lock. Bagi saya, selagi saya boleh jimat, saya akan jimat. :) Thats me. Yang penting kualiti terjaga. Kalau dulu saya guna plastik aiskrim which i wont encourage. Dulu tak ada ilmu boleh la buat macam tu,. siapa yang dah tahu ambillah cara yang mudah dan terjamin ye..

Apa lagi perlu untuk buat stok? Kena letak tarikh, kuantiti susu dan susu ikut tarikh ye. First In, First Out.

Okay..nanti kita sambung lagi untuk gadjets pengepaman.



 Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

12 September 2012

Psikologi dan susu ibu

Entri ini khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ( susu ibu + susu FM). Masih ramai di luar sana yang mencampurkan susu formula dan susu ibu dengan alasan susu ibu tidak mencukupi. For those yang dah cuba sedaya upaya untuk menyusukan anak tetapi tidak kesampaian walaupun pelbagai usaha di lakukan, maka mereka tidak ada cara lain melainkan mencari ibu susuan ataupun memberikan susu formula.

Tetapi ada segelintir yang masih berkobar-kobar ingin memberikan susu ibu 100% kepada anak mereka, tetapi kekangan tiba dari diri sendiri. MIND SET! Otak sering fikir susu tidak cukup, anak asyik bergayut, anak asyik nangis dan sebagainya. Shortcut selalunya tidak selamat mommies semua..:) Carilah jalan penyelesaian yang boleh memuaskan hati kalian semua..

Ok, back to topic.

Situasi : Ibu sudah mencampurkan susu formula kerana bimbang susu tidak cukup. Namun, susu ibu juga diteruskan.


Penyelesaian :

Sememangnya ibu yang sudah mencampurkan susu ibu dengan FM, susu mereka akan jadi kurang kerana kurang DEMAND dari si anak. Jadi, untuk create balik DEMAND tu, kita kena kerap pam atau Direct feed.

Saya suka mencadangkan ibu menyusu ( walaupun suri rumah ) mempunyai BREAST PUMP. Yang tu la gajet yang mula-mula saya beli masa pregnant.. :) Kita kena tahu, hisapan bayi lebih power dari pam biasa. Namun, pam kita guna untuk kosongkan payudara. Sebab, semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. Yang ni yang kita namakan create DEMAND..Otak akan terima signal bahawa susu perlu di produce dengan lebih lagi. Tapi, ingat kadang2 susu bukan akan naik begitu sahaja. Akan ambil masa.

Minum lah air sekurang-kurangnya 2-3 liter.

Kena sentiasa yakin bahawa susu akan cukup. Ignore kata-kata orang lain yang ingin menyogokkan susu formula. Ramai yang berjaya daripada susu kering sehingga susu ada balik! Mustahil anda yang memang ada susu ibu tidak mampu menyusukan anak anda 100%

Untuk membantu ibu-ibu yang menyusu, Shaklee mempunyai beberapa set menyusu. Ingat, yang ini hanya untuk membantu sahaja..selebihnya usaha anda!!


Untuk sebarang pertanyaan boleh PM saya terus atau SMS

Rehana 012-2319979

I support breastfeed so who ever wanted to know about it, you can directly contact me. FREE je!:)
Continue Reading

10 September 2012

Susu ibu kurang?

Lately sejak habis raya, susu saya da makin kurang. Time puasa pun da kurang, tapi salah sendiri sebab time cuti raya seminggu tu tak pam langsung. Hanya direct feed sahaja! Mana tak kurang. Again i want to remind everyone, makanlah supplemen apa sahaja tapi kalo jadual pam lari memang tak ade siapa boleh tolong.

So, saya minum ESP. Susu naik sikit, tapi jadual pam saya masih tak konsisten. Susu merajuk balik. Kena buat power pumping balik nih!

Power pumping saya pernah buat sekali dua je, sebab sebelum ni alhamdulillah saya tak perlukannya. Dapat 4 oz per session mmg da syukur sgt sebab itu yang syamil minum. Sebab saya jenis ikut pada demand of my baby. Tapi sekarang dia da stat makan sikit2, so consume susu makin sikit.

MIL selalu tanya kenapa syamil minum 4 oz dari lahir sampai umur die nak masuk 8 bulan. Well, i have to highlight here that susu ibu tak sama dengan susu formula..Kalau susu formula, memang lojik kuantiti mesti up seiring dengan tumbesaran budak itu. Tapi, for susu ibu, its different! Based on demand no by age!..percaya atau tidak ada budak yang minum 3 oz smp setahun dengan susu ibu. Itulah keunikan susu ibu..:)

So, kepada ibu-ibu yang menyusu di luar sana, jangan panik atau cemas jika ada yang bertanya tentang amount susu yang anak kita minum. Yakinkan mereka bahawa susu sentiasa cukup. Jangan ambil shortcut untuk bagi formula milk k? Dah lebih separuh jalan bagi susu ibu ,,,sayang kalo tiba2 beralih arah keran kurang ilmu tentang ini. So mothers outside, REMEMBER!

Kalau rasa anak minum makin banyak, usaha! Buat power pumping, tandem, dan pam sekerap yang mana boleh untuk meningkatkan kuantiti susu. Yakin boleh k!

set mind set yang positif untuk anak..:)


Continue Reading

07 September 2012

Konsep asas penyusuan

Entri ini khas untuk semua ibu-ibu baru yang menyusu dan masih jahil tentang ilmu BF..Breast feed is not just giving your baby milk. It is more than that. Kena ada ilmu yang cukup, baru penyusuan itu akan berjaya terutamanya untuk wanita yang berkerjaya acap kali memberi alasan susu tidak cukup, kerja tak sempat nak pam la..penat nak jaga malam...PERCAYALAH...breastfeeding your baby will be the most wonderful moment..kena go through baru tahu..:)

Ok tak nak cakap byk2...yang ni untuk ibu yang masih tertanya2 tentang bagaimana nak banyakkan susu dan sebagainya. Cuba tengok point2 di bawah :

SYARAT ASAS PENYUSUAN

  Kerapkan penyusuan : Kekerapan menyusu akan membantu penghasilan susu ibu dengan lebih baik dan lancar. Konsep demand vs supply adalah penting untuk ini. Semakin kerap bayi menyusu, rangsangan akan menghantar kepada otak untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak. Kerapkan penyusuan antara 1-2 jam pada awal kelahiran dan teruskan penyusuan mengikut keperluan bayi anda. Begitu juga untuk mengepam.Pastikan jarak mengepam adalah 3-4 jam untuk kerap mengosongkan payudara. Semakin kerap payudara dikosongkan, otak akan menerima signal untuk menghasilkan susu dengan kuantiti yang lebih.

  Minum air suam dengan kuantiti yang lebih : Air adalah merupakan penyumbang utama untuk susu ibu. Seorang ibu harus minum 2-3 liter setiap hari untuk menghasilkan susu dalam kuantiti yang cukup.(Guna botol air yang mempunyai indikator, senang untuk tahu kuantiti air yang kita minum) 

 Pemakanan yang seimbang : Makan banyak untuk menghasilkan susu yang banyak adalah mitos semata! Seorang ibu harus mengambil pemakanan dengan seimbang untuk memberi susu kepada anak

Untuk wanita yang bekerja, dinasihatkan untuk menyimpan stok seawal 2 minggu sebelum bekerja. Ada yang start awal. Lagi bagus. Yang penting kena kerap pam dan direct feed anak. Hisapan bayi lebih power dari pam. So jangan depends on pam sahaja ye..

Lagi satu, tak boleh stres! Kalo stress memang susu tak akan keluar. So sentiasa happykan diri anda. Jangan biar bende-benda yang tidak patut menganggu emosi anda. 

Ada yang tanya saya, pam keluar sikit je tak sampai 2 oz..NORMAL.. kalo bayi masih kecil seawal 1 bulan memang minum dalam 2-3 oz bergantung pada bayi. Ramai menyogok formula milk (fm) sebab bayi nangis dan dikatakan lapar...buka mata anda,buka minda anda..

 Bayi menangis bukan hanya sebab lapar.. Cek lampin, cek perut die kembung atau tak, ataupun maybe dia nak bermanja mintak didukung, kene gigit serangga, nak tumbuh gigi, dan macam2 lagi.

 So, sentiasa YAKIN susu anda cukup! :)

Selamat mengepam dan happy breastfeeding mommies semua..:)
Continue Reading