Ha, sebab kedua adalah kurang minum air. Tolong lah. Tolong paksa diri tu minum air ye. Kurang-kurang 2 liter sehari. Tu paling kurang. Kalau nak lagi baik 3 liter tu is the best. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak-banyak sebab takut perut kembung dan so on, tu semua karut. Sebab susu ibu ni komposisi air 70%. Banyak kot. Kalau dah tak minum air mana nak datang susu kan??. Jika ibu-ibu tak bagi minum air, terangkan pada mereka. Kalau tak faham juga, minum la sorok-sorok. Haha. terpaksa lah. So amalkan minum air putih ya. Angkut je botol kat mana-mana you all pergi. Kalau puasa pun, kene minum masa sahur dan buka puasa. Dan minum air bukanlah sebotol terus. Kenalah berperingkat-peringkat ok?
Kalau rasa susu tiba -tiba drop, kemudian korang period, so tak perlu risau sebab ini normal. Sebab hormon akan berubah, kalsium akan hilang banyak melalui darah, jadi ambillah pil kalsium atau makanan sumber kalsium. Dalam 2 3 hari macam tu akan ok balik susu tu insha Allah
Saya pernah alami ini. Masa mengandung aeisyah, susu kurang mendadak. Yang ni pun sebab hormon berubah. Ada yang susu meriah lagi masa mengandung. Tapi selalunya kebanyakannya akan drop teruk. So bersedia lah dari mental dan fizikal. Boleh teruskan penyusuan asalkan tidak pernah gugur atau bleeding dan tidak sakit semasa menyusu.
LETIH & STRESS merupakan sebab yang selalu menjadi sebab susu merudum. Sebab tu, masa penyusuan, tidak boleh stress. Kalau stress pun cepat-cepat berzikir atau fikir yang baik-baik sahaja. Kadang-kadang susu meriah, tapi sebab stress boleh sebabkan susu tak keluar tau. So be happy ye!
Anda boleh baca juga artikel dari blog ini : http://pumponthego.blogspot.my/2014/03/tak-cukup-atau-enough-milk.html
& juga
Faham betul-betul konsep penyusuan ok??
Pesanan penaja :
Set ini hanya untuk membantu penyusuan sahaja.Selain itu untuk ia bantu tingkatkan stamina dan kecergasan walaupun menyusu kerap :)
Tidak ada jaminan meningkatkan susu tanpa konsep asas yang di patuhi. TQ! :)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe