Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

14 February 2013

HAMIL tetapi masih menyusu. Bahaya atau sebaliknya?

kehamilan


Menyusukan anak masing-masing merupakan moment yang terindah dalam setiap kehidupan wanita. Pelbagai rintangan perlu di hadapi oleh seorang ibu untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Kurang susu, nursing strike, nipple confius, latching tak betul,growth spurt, sakit pinggang, period dan macam-macam lagi masalah yang mungkin si ibu alami.

Ketika hampir semua masalah dihadapi dengan baik, penyusuan akan menjadi sangat ENJOY dan RILEKS kepada si ibu dan anak. Ketika anak menginjak umur 9 -11 bulan, si ibu mungkin disahkan hamil atau memang anda merancang untuk anak yang ke dua.

Apabila isu ini timbul, ramai menyangka TIDAK boleh meneruskan penyusuan selepas hamil. Ramai ibu akan mengalami kemurungan dan berfikir cara yang terbaik untuk wean off dengan anak.

PERLU WEAN OFF SEMASA HAMIL?

Follow the flow. Jangan terus wean off anak kerana itu boleh membawa kesedihan yang berpanjangan kepada si anak dan juga anda. Emosi anda sebagai seorang wanita hamil juga perlu di jaga.

Ramai yang mengatakan menyusukan akan merangsang hormon OKSITOSIN yang menggalak kepada pengecutan rahim atau kontraksi. Ya betul. Tapi hormon yang dirangsang adalah tidak cukup sehingga untuk mengundang kontraksi besar sehingga membawa kelahiran atau keguguran. [lactation counsellor]

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda tahu bila menyusukan semasa hamil :

1. Nipple akan menjadi ngilu dan perit
2. Kebanyakan orang akan mengalami kemurudan susu
3. Rasa susu akan berubah menjelang trimester kedua kerana badan menghasilkan kolestrum untuk anak ke dua, dan mungkin anak anda akan wean off sendiri kerana tidak suka akan rasa susu itu.

HENTIKAN PENYUSUAN : JIKA ANDA PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN, BLEEDING ATAU KELAHIRAN BAYI PRA MATANG. BINCANG DENGAN GYNAE ANDA :)

Jangan risau jika terpaksa wean off dengan anak sulung anda kerana itu adalah lumrah. Anda masih boleh tandem nursing dengannya selepas anak lahir (jika si anak masih mahu menyusu)

Sepanjang tempoh wean off, layan anak dengan baik, manjakan dia dan sentiasa rapat dengannya. Cari cara yang terbaik untuk WEAN OFF jika perlu.

Jika anda tidak mengalami apa-apa masalh, penyusuan masih boleh diteruskan sehingga anda mampu.


Happy breastfeed while pregnant!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

24 January 2013

BREASTFEEDING>>Does all mothers loss their weight?

cara kurus




Sebelum move on dengan tajuk entry, saya nak cerita pasal weight loss saya..nak kata happy pun tak sangat sebab ramai kata x berapa lawa dah kurus sangat..huhu..takpe..janji suami suka...weee..

Jom track down my weight at pre pregnancy,during pregnancy dan post pregnancy.

Berat naik sebanyak 12 kg sepanjang pregnant tahun lepas. Lepas deliver pulak, turun 1 kg je.. Memang risau gak time tu..Sampai tak nak tengok timbang dah. hihi.. Saya tanya doktor why my weight tak turun pun ( itu lepas seminggu deliver ok!)..Doktor cakap berat naik pun lambat, nak turun pun ambil masa jugak. Then semua kata, Breastfeed lah..boleh turun punya. Time tu memang tak percaya sebab i have seen a lots of mothers yg fully breastfeed tapi tak de pun kurus melidi..hihi..

So, memang malas nak fikir dah. Sebab banyaaaak lagi benda nak fikir, tentang syamil, stok susu, pasal kerja lagi..so memang follow the flow. Fokus utama BREAST FEED syamil hingga 2 tahun. Makan memang tak ingat dunia. Kerap lapar lagi dari sebelum pregnant. Semua pun suka perli. Lantaklah, janji perut kenyang, production susu ok dan hati hepy..

Lepas almost 10 bulan BF syamil, berat memang turun mendadak. Even lagi kurang sebelum kahwin. Semua mula tegur. So i think it might be because of BF. Vitamin yang saya ambil pun alfalfa and ESP je boleh menyumbang sikit untuk kurus.

Love breastfeeding!!!;) Banyak benefit BF ni..Rugi siapa yang sia2 kan peluang untuk breastfeed. Paling rugi!!

Ok back to topik...:

***********************************************************************************

Apabila mengandung, seseorang harus naik berat badan secara berperingkat sebagai tenaga dan menampung kandungan. Food intake pun akan bertambah semasa mengandung. Tapi tahukah anda ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari ibu mengandung? Kerana apabila menyusu, kalori terbakar sama seperti melakukan aktiviti kardiovaskular selama 30 minit! So tak hairan lah ramai yang lost weight semasa menyusukan anak mereka.

Antara tips untuk ibu menyusu untuk mengekalkan berat ideal :

~ Makan selang beberapa jam apabila lapar, dan ambil makanan yang berkhasiat
~ Minum air yang banyak kerana 50 % susu ibu adalah daripada air
~ Seimbangkan diet anda. Kerana jika anda hanya ambil karbohidrat sahaja, akan berasa cepat lapar kerana sudah bertukar kepada tenaga
~Bersenam
~ Mengurangkan berat badan secara optimum bukan secara drastik


Tidak semua ibu menyusu akan kurus atau lost weight. Tapi, semua ibu menyusu, rahim mereka akan mengecut dengan lebih cepat daripada ibu yang tidak menyusu. Biarpun menyusu membakar kalori, tetapi cara hidup, pemakanan juga diambil kira secara tidak langsung. Bersenam dan menyusukanlah anak disamping pemakanan yang sihat..in sha Allah dapat berat yang anda mahu! ;)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

30 October 2012

Jom check balik kenapa susu kurang

To all breastfeed mother,

Saya pasti setiap daripada kita ade mengalami masalah dalam menjayakan penyusuan untuk anak-anak. Ada yang merungut susu tidak cukup, ada yang putus asa di tengah jalan dan ada yang langsung tidak tahu menahu tentang konsep asas penyusuan.

Bagi ibu-ibu yang baru, saya nak share satu checklist untuk anda semua. Print dan tampal di peti sejuk ke, atau mana-mana soft board. Ini untuk rujukan mommies semua. Jangan cepat mengeluh kata susu tak cukup etc. Trouble shoot the problem first. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Cuba lakukan untuk 15- 20 hari. Nanti kalau dah pandai tackle problem, tak perlu pakai dah checklist ni. You will get to used to it bila dah biasa praktis.



Isi dan sebelum tidur kalau rasa hasil tak mencukupi, top up lah dengan tandem nursing or power pumping. Nak buat checklist sendiri pun boleh. This is only guide line

Happy breastfeeding!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

23 October 2012

Teknik marmet~ Lenguh tapi berbaloi!

Jom tengok video ini ( sumber youtube)
Dah tengok? Entry ni specially untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Apa itu marmet? Marmet ialah kaedah memerah susu secara manual atau menggunakan tangan sendiri. Saya pasti ramai yang tahu tentang marmet. Tidak kurang juga kepada yang tidak tahu langsung. Tetapi, berapa ramai yang telah mencuba teknik ini?

Bagi saya, teknik ini harus diketahui oleh semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Jangan terlalu selesa dengan comfort zone masing-masing. Jangan terlalu selesa dengan pam eletrik, swing, freestyle atau manual sekalipun. Ingat, semua itu adalah gajet sahaja. Kita tidak tahu bila kita akan menyesal betapa tidak mempelajari teknik marmet satu hari nanti.

Tak paham?

Ok, andai kata, anda lupa membawa pam anda, apakah alternatif untuk memerah susu dan untuk menggelakkan bengkak susu seterusnya menyebabkan susu merudum? Beli pam yang lain? Kalau kedai menjual aksesori pam tidak ada berdekatan? Pulang ke rumah semula? Nah, sudah jadi ibu pasti anda tahu betapa masa itu sangat berharga. Please try to gain knowledge adn alternatives and learn!

Insiden saya dulu, pernah membawa pam tetapi tertinggal botol. Kelam kabut dibuatnya. Terpaksa tunggu sehingga balik ke ofis baru dapat mengepam. Sehingga itu, saya terskip satu sesi dan engorged serta sakit kepala. Masa tu pun tak tahu pasal marmet. Sampai satu masa, saya cuba try test. Alhamdulillah menjadi. Saya tak tengok video semua. Saya fikir lojik macam mana anak menghisap dan cuba aplikasi teknik itu. Memang lenguh, tapi berbaloi dengan hasilnya walaupun tak seberapa namun saya telah cuba sesuatu yang baru.

Cuba belajar teknik ini semua mommies! Memang berbaloi kerana rangsangan kulit-ke kulit akan menlancarkan penghasilan susu dengan lebih baik. Kalau dekat bilik atau malam pun boleh guna teknik marmet ni. Tak perlu basuh pam dan sebagainya. Yang perlu cuma botol, tangan dan usaha tanpa jemu!

Selamat mencuba!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

15 October 2012

Power pumping~Boost up your breast milk!

Power pumping

Perjalanan penyusuan ibu memang akan ada naik dan turun. Kadang kala kuantiti susu yang dihasilkan tidak mencukupi apabila bayi makin membesar dan kehendaknya menjadi lebih tinggi. Justeru itu, jangan mengambil langkah mudah dengan menyogok bayi dengan susu formula sebelum berusaha untuk meningkatkan kuantiti susu.

Power pumping adalah salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu secara tidak langsung. Ia adalah satu teknik untuk menghantar signal kepada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih.Ia juga berguna untuk ibu-ibu yang ingin relaktasi.

Kaedah :

PAM TUNGGAL (single pam)

  1. Pam sebelah payudara(kanan atau kiri) untuk 10 minit.
  2. Tukar pam kepada payudara yang lagi satu dan pam selama 10 minit.
  3. Ulang kembali pam payudara yang pertama untuk 10 minit lagi.
  4. Teruskan pam bergilir-gilir selama 10 minit sehingga satu jam.

      DWI PAM ( double pam)

  1. Pam kedua-dua payudara selama 10 minit
  2. Rehat selama 10 minit.
  3. Sambung kembali pam selama 10 minit
  4. Ulang (2) dan (3) selama satu jam


Power pumping perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik. Kesan peningkatan boleh di pantau dari hari ke 5 hingga 2 minggu selepas power pumping dilakukan secara kerap.

Teruskan pam walaupun hanya keluar angin. Ia adalah seperti memimik bayi menghisap dan menghantar signal pada otak untuk menghasilkan susu dengan kuantiti yang lebih.

Jangan putus asa jika tidak nampak kesan dalam masa yang singkat. Kesabaran dan usaha berterusan adalah kunci utama kepada kejayaan power pumping. Teruskan power pumping sehingga anda mendapat hasil yang dikehendaki. All the best mommies semua! Jangan cepat give up ya!

p/s: Power pumping lebih digalakkan pada waktu tengah malam, kerana hormon susu lebih banyak dirembeskan semasa itu. So, korbankan waktu tidur anda untuk si manja..:) Tapi kalau tak dapat bangun tengah malam pun, try waktu-waktu yang terluang. Siapa berjaya boleh comment kat sini..:)







Continue Reading