08 August 2019

Puasa Sunat Arafah pada Bulan Zulhijjah 2019

Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat mustajab doa oleh Allah swt. Apabila tiba 1 zulhijjah sehingga 10 zulhijjah, ramai umat Islam akan berpuasa sunat zulhijjah untuk merebut seberapa banyak fadhilat yang telah Allah sediakan.

Antara kelebihan apabila tiba bulan Zulhijjah adalah


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏
Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdhal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. 
[Sahih al-Bukhari].

Raya Haji akan kunjung tiba lagi 2 hari lagi, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk kongsikan fadhilat puasa arafah atau puasa sunat arafah yang sangat di anjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w. 

puasa pada bulan zulhijjah

Perlu di ingatkan bahawa puasa arafah ini hanya untuk orang yang tidak berwukuf dan yang tiada dalam ibadah haji. 
Puasa sunat Arafah di Malaysia adalah pada Hari Sabtu bersamaan dengan 9 Zulhijjah atau 10 Ogos 2019.
Selamat berpuasa dan moga semua doa kalian dimustajabkan dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Amin. 



Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comments:

shima jelani said...

Terima kasih sis atas perkongsian 😊