28 July 2019

Senarai Persiapan dan Kelengkapan Ibu Berpantang

Ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin, pasti akan sibuk memikirkan tentang barang kelengkapan berpantang nanti. Pada yang pertama kali jadi ibu, tentulah perlukan rujukan dari yang dah berpengalaman dalam berpantang. Barang keperluan ibu bersalin adalah sangat penting untuk memudahkan proses pantang dan menyusukan anak semasa pantang. Sepanjang 9 bulan mengandung, suami isteri bolehlah survey dan bugdet untuk simpan kewangan untuk kelengkapan berpantang yang bersesuaian.

Berdasarkan pengalaman saya, saya nak kongsi tentang checklist berpantang dan kelengkapan ibu berpantang. Saya akan kongsi yang paling penting dan top prioriti untuk kegunaan ibu berpantang, antaranya ialah :

1. Pam Susu

senarai kelengkapan berpantang
Pam susu sangatlah penting untuk kelengkapan berpantang seawal hari ke tiga kerana kadang kala wujud bengkak susu dan sebagainya. Saya ada kongsi juga tentang pam silikon di blog ini untuk rujukan anda. Pam silikon lebih mudah dan senang di cuci untuk ibu berpantang serta harganya juga sangat berpatutan


2. Bengkung

barang keperluan ibu bersalin

Bengkung sangat penting untuk mengekalkan postur dan mengempiskan perut. Boleh rujuk di entri berbengkung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bengkung


3. Penjagaan pantang

senarai persiapan berpantang

Confinement Lady atau penjagaan orang berpantang adalah mengikut pilihan dan kemampuan masing-masing. Pada zaman kini, terdapat pelbagai servis penjagaan ibu berpantang dari bajet yang rendah sehingga yang beribu ringgit. Namun, ini adalah mengikut pilihan masing-masing. Penjagaan berpantang melibatkan urut, bertungku dan lain-lain penjagaan. Jika berhajat untuk mendapatkan khidmat penjagaan berpantang, survey seawal yang boleh untuk mendapatkan harga yang mampu milik dan berbaloi


4. Pakaian ibu berpantang

senarai persiapan berpantang

Kain batik menjadi sinonim jika berpantang. Namun, kain batik bukan lah menjadi pakaian wajib untuk ibu berpantang. Ibu berpantang boleh pakai pakaian yang selesa dan mudah untuk menyusu. Sebolehnya, pilih kain cotton atau pakaian yang tidak panas kerana ibu berpantang kuat berpeluh. Selain itu, kain batik merupakan pilihan utama kebanyakan ibu berpantang kerana kain batik boleh membantu mengejapkan perut selepas berbengkung.



5. Stokin
checklist berpantang
sumber : Sirap limau
Stokin sangat penting untuk ibu berpantang untuk mengelakkan kesejukan dan elak bentan ketika berpantang


6. Minyak panas
 senarai kelengkapan berpantang

Minyak panas adalah digunakan untuk ibu berpantang untuk mengurut dan untuk disapukan di tapak kaki untuk mengembalikan kehangatan badan. Minyak panas ada pelbagai jenis dan boleh survey yang sesuai dengan anda.

7. Maternity Pads

kelengkapan berpantang
Pad materniti sangat-sangat penting untuk ibu berpantang kerana akan mengalami nifas selama hampir 40 hari. Macam-macam jenama ada di pasaran, boleh pilih mana yang selesa untuk anda.


8. Set Berpantang

barang kelengkapan ibu berpantang

Set berpantang juga ada pelbagai jenis set berpantang di pasaran. Untuk saya, menggunakan set pantang shaklee sangat serasi dengan saya kerana mengembalikan tenaga dan memeriahkan susu ibu. Ada pelbagai set bersalins seperti nona roguy, tanamera, sendayu tinggi dan macam-macam lagi. Anda boleh survey dan membuat pilihan yang terbaik untuk anda.

Itu adalah ringkasan checklist berpantang dan kelengkapan ibu berpantang untuk rujukan ibu berpantang. Moga bermanfaat untuk yang memerlukan.


p/s:
Untuk pertanyaan tentang set pantang shaklee, boleh hubungi saya di talian 012-2319979 atau klik terus di
www.wasap.my/60122319979


Sekian,
Rehana

0 comments: