27 July 2019

5 Tips Elak Sembelit Semasa Dalam Berpantang Selepas Melahirkan Anak

tips mengelakkan sembelit ketika berpantang


Sembelit semasa pantang dan selepas melahirkan anak?
Ouchh.. Memang sangat mencabar jika ibu yang berpantang mengalami sembelit. Lebih-lebih lagi jika bersalin normal dan mempunyai banyak jahitan episotomi, kebanyakan ibu berpantang ngeri dan takut untuk membuang air besar kerana bimbang jahitan terbuka atau bengkak.

Saya nak kongsi tips yang sangat mudah untuk ibu berpantang supaya boleh mengelak sembelit ketika berpantang.  Antara tips untuk elakkan sembelit semasa berpantang :

1. Pastikan makan makanan yang berserat tinggi

tips elak sembelit dalam pantang
Makan banyak buah-buahan yang berserat tinggi seperti oren dan betik. Makanan yang tinggi serat akan membantu proses pembuangan menjadi lancar tanpa gangguan sembelit.

2. Minum air yang secukupnya

sembelit semasa berpantang

Minum air kosong adalah kunci utama untuk mengelakkan sembelit semasa dalam pantang. Pada zaman dahulu, sering dimomokkan untuk tidak minum air semasa dalam pantang, ianya hanyalah mitos. Minum air yang banyak membantu elakkan sembelit selepas bersalin dan juga membantu penghasilan susu ibu

3. Makan nasi yang lembik

tips mengelakkan sembelit ketika berpantang

Makan nasi yang lembik adalah tips dari ibu saya yang pernah saya kongsikan dalam entri pengalaman berpantang anak ke tiga saya. Memang sangat berguna tips ini. Masak nasi putih dengan menggunakan air yang lebih, nasi tidak keras dan membantu elak sembelit dalam pantang


4. Ubat Julap

tips mengelakkan sembelit ketika berpantang

Untuk hari pertama selepas bersalin, selalunya doktor akan bekalkan julap atau ubat untuk senang buang air besar. Ubat ini berguna terutamanya yang mempunyai masalah sembelit dari sebelum bersalin atau mengandung lagi. Ini adalah untuk mengelak masalah sembelit dalam pantang menjadi lebih teruk lagi.


5. Ostematrix Shaklee

tips elak sembelit ketika berpantang

Ostematrix merupakan supplemen yang sangat membantu untuk ibu berpantang. Supplemen ini membantu mengelakkan masalah sembelit ketika berpantang. Pengalaman sendiri consume ostematrix shaklee memang sangat membantu dan tidak mempunyai masalah sembelit semasa dalam berpantang.


Selain itu, elakkan makan makanan yang sebabkan sembelit seperti biskut tanpa fiber, roti tanpa diber ataupun minuman koko yang pekat kerana akan menyebabkan masalah sembelit untuk sesetengah individu. Ibu berpantang juga harus bergerak dan tidak hanya tidur atau baring sepanjang masa kerana untuk wujudkan pergerakan otot usus bekerja.

Moga tips ini membantu ibu-ibu yang bakal berpantang. :)

Sekian perkongsian ringkas dari saya.

0 comments: