28 July 2019

5 Tips Menarik Untuk Ibu Yang Berpantang Sendiri Di Rumah

Berpantang sendiri selepas bersalin sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang kerana banyak kemudahan pada zaman sekarang berbanding dulu dan juga masyarakat kini kebanyakannya duduk jauh dengan ibu dan bapa yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpantang sendiri. Selalunya, untuk anak pertama, Ibu atau ibu mertua akan sedaya upaya mencuba untuk menjaga anak mereka yang sedang berpantang, namun untuk anak ke dua dan seterusnya kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk berpantang sendiri di rumah dengan alasan tidak mahu menyusahkan ibu bapa.

cara berpantang sendiri

Tetapi, untuk berpantang sendiri, bukanlah mudah dan memang agak mencabar jika tiada panduan berpantang sendiri di rumah. Oleh itu, ibu-ibu berpantang boleh merujuk kepada tips berpantang sendiri di rumah yang saya kongsikan ini, antaranya :

1. To-Do-List

panduan berpantang sendiri di rumah

To-Do-List sangat lah penting untuk ibu yang berpantang sendiri di rumah kerana perancangan yang rapi akan mengurangkan risiko stress semasa berpantang. Perancangan harus di buat sejak hamil lagi. Pastikan semua kelengkapan untuk berpantang sudah siap sebelum bersalin termasuklah segala keperluan memasak atau barang bayi dan ibu berpantang. 

2. Rancang makanan ibu berpantang

keperluan berpantang sendiri
Sumber : Mingguan Wanita

Menyediakan makanan berpantang adalah sangat penting kerana ibu berpantang memerlukan nutrisi yang baik dan untuk mengekalkan emosi yang stabil. Oleh itu, jika masak sendiri di rumah, perlu menyediakan segala menu dan barang basah untuk masak. Contohnya, ikan dan ayam sudah siap di siang dan di basuh, ikan bilis goreng dan bawang bakar di sediakan dan di simpan dalam bekas kedap udara dan bawang serta bawang putih boleh siap di kisar untuk memudahkan proses memasak. Anda perlu tahu, penyediaan untuk memasak yang mengambil masa yang lama, untuk masak hanya memerlukan 5 hingga 10 minit sahaja! Untuk yang menempah makanan pantang, anda tidak mempunyai masalah untuk menyediakan bahan masakan sendiri.


3. Bengkung Moden

pengalaman berpantang sendiri

Bengkung moden atau bengkung opah adalah salah satu pilihan bengkung untuk ibu yang berpantang sendiri selepas bersalin kerana ianya sangat mudah untuk di pakai dan tidak perlu di ikat seperti bengkung tradisional. Mengikat bengkung memerlukan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit, manakala bengkung moden boleh siap kurang dari 5 minit!. Berpantang sendiri pun kena jaga badan kan? 


4. Bahagikan tugas

Berpantang sendiri di rumah memerlukan kerjasama suami dan anak-anak. Bahagikan tugas untuk suami dan anak- anak. Jika anak yang masih kecil, boleh ajar anak untuk membuang pampers di tong sampah atau ajar untuk mengambil barang dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelak stress untuk ibu yang berpantang sendiri 

5. Hantar pakaian ke dobi

tips berpantang sendiri
Sumber : Isma web
Menghantar pakaian ke dobi adalah merupakan pilihan terbaik untuk ibu yang berpantang sendiri kerana menyidai dan melipat pakaian merupakan kerja yang agak memerlukan masa yang banyak. Untuk pakaian bayi, ibu berpantang boleh mencuci sendiri. Sebaiknya hantar pada dobi yang siap cuci dan lipat. 


Semoga tips-tips ini dapat membantu mewujudkan pengalaman berpantang sendiri yang seronok untuk ibu berpantang. Ibu berpantang sendiri juga boleh mengambil khidmat part time maid jika mampu untuk membersihkan rumah.


Sekian perkongsian ringkas dari saya,

Rehana


0 comments: