Cuma, ibu-ibu perlu berusaha untuk mengumpul stok susu sebanyak yang mungkin untuk kegunaan masa bekerja. Ramai keliru bila sebenarnya masa untuk mengumpul stok susu ibu sedangkan kadang-kala memang bayi melekat dengan kita hampir setiap hari.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai ibu kepada tiga anak, saya akan kongsikan beberapa tips mengumpul susu ebm semasa dalam pantang antaranya :
1. Wajib ada pam silikon ini. Pam silikon ini bertujuan untuk meningkatkan demand susu ibu semasa anda menyusukan bayi anda. Saya ada cerita lanjut dalam entri 5 sebab anda wajib ada pam silikon ini. Anda boleh kumpul susu sedikit demi sedikit tanpa perlu membasuh banyak peralatan pam. Sangat mudah dan efektif!
2. Rancang jadual pam susu semasa pantang. Perlu di ingatkan bahawa susu ibu meriah semasa dalam pantang kerana masih dalam tempoh adjusting. Jadi demand yang tinggi perlu untuk menghasilkan stok susu yang banyak. Jadual pam boleh dirancang mengikut masa anda. Pada pengalaman saya, apabila demand susu naik, tetapi bayi minum sedikit, anda perlu mengosongkan payudara untuk mengelakkan bengkak susu seterusnya boleh mengumpul susu ibu untuk kegunaan masa hadapan
3. Kosongkan payudara selepas bayi menyusu dengan mengepam. Ini adalah untuk mengelakkan bengkak susu dan otak mendapat signal bahawa susu perlu dihasilkan dengan lebih banyak.
4. Pastikan anda mempunyai tempat menyimpan susu untuk mengelakkan overloaded atau tidak cukup tempat untuk menyimpan stok susu ebm anda.
5. Makan dan minum air dengan kuantiti yang diperlukan untuk boost susu dengan baik
Kenangan mengumpul stok susu ibu untuk anak saya Aeisyah. :) Memang gigih masa tu kumpul susu ibu. Thanks to Set Berpantang Shaklee. Memang bantu boost susu dengan lebih baik di samping menjaga emosi saya semasa berpantang
Moga perkongsian sedikit ini memberi manfaat pada anda.
Till then, assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment