19 July 2019

5 Tips Elak Masalah Ibu Meroyan Dalam Pantang

Meroyan merupakan fenomena yang kerap kali berlaku di seluruh dunia terutama di kalangan ibu bersalin atau ibu berpantang. Ramai ibu-ibu menceritakan pengalaman meroyan yang sangat mendugakan terutama semasa berpantang.

Apa itu Meroyan?

Meroyan juga di sebut sebagai Post Partum Depression yang mengakibatkan wanita selepas bersalin atau ibu yang sedang berpantang mengalami kemurungan yang kritikal. Biasanya meroyan akan berlaku dalam masa 4 minggu selepas melahirkan anak.

tertekan semasa pantang

Meroyan berlaku pada ibu-ibu yang dalam pantang kerana perubahan hormon atau penurunan hormon estrogen dan progestreron semasa hamil. Perubahan yang mendadak dalam hormon mengakibatkan ibu berpantang mengalami kemurungan, emosi tidak stabil, sering menangis, tertekan dalam pantang akibat bayi sering menangis dan penat kerana sering berjaga malam.

Meroyan ada pelbagai tahap dan ada juga yang bertindak sehingga hampir membunuh diri atau membunuh orang di sekeliling, jadi ibu berpantang harus mengambil langkah-langkah yang selamat untuk elak meroyan semasa dalam pantang seperti  :

1. Bincang dengan suami sebelum bersalin

Sebelum bersalin, pastikan bincang dengan suami tentang tugas tugas suami ataupun confinement lady jika ada. Terangkan secara lanjut apa tugas suami semasa isteri sedang berpantang. Jika perlu, makanan pantang boleh juga di tempah atau boleh di masak oleh suami atau ibu. Elakkan membebankan diri dengan pelbagai tugas kerana masa pantang anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

2. Rehat yang cukup

Pastikan ibu berpantang mendapat rehat yang cukup kerana rehat yang tidak cukup boleh mengakibatkan meroyan dalam pantang. Jika bayi tidur, pastikan ibu yang sedang berpantang juga tidur. Jika ada anak-anak yang lain, mintak suami jaga mereka.

3. Makan makanan yang seimbang

Nutrisi yang cukup dapat meminimakan risiko meroyan dalam pantang. Makan makanan yang berkhasiat dan ambil set berpantang yang sesuai untuk top up nutrisi ibu berpantang


4. Bertungku dan berurut

Bertungku dan berurut mampu memberi kelegaan pada ibu yang sedang berpantang dan mampu mengurangkan risiko tekanan.

5. Bincang dengan keluarga terdekat jika rasa murung atau sedih

Sentiasa meluahkan dengan keluarga terdekat seperti suami, emak atau rakan rakan yang boleh di percayai. Jangan simpan sendiri kerana boleh mengakibatkan masalah yang lebih rumit


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang memerlukan,

Rehana
www.wasap.my/60122319979
Set Berpantang Shaklee

0 comments: