24 July 2019

5 Amalan Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang menjadi amalan yang hampir wajib bagi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bermacam pantang larang dan amalan yang menjadi turun temurun sehingga ramai mengekalkan amalan berpantang selepas bersalin sehingga kini. Cuma, bezanya ada yang di modenkan tetapi masih mendapat kebaikan yang sama.

Baru-baru ini, ada yang berpendapat bahawa berpantang tidak perlu mengikut istilah perubatan. Namun ramai yang masih menyokong amalan-amalan berpantang kerana mempunyai banyak manfaat terutama kepada ibu yang baru bersalin. Berpantang adalah umpama rehat untuk ibu selepas mengandungkan anak selama sembilan bulan. Jujurnya, berpantang memang sangat memberi emosi positif dan menenangkan ibu yang baru bersalin.

Antara amalan berpantang selepas bersalin adalah :

1. Berurut

amalan berpantang dengan cara yang betul

Berurut merupakan amalan berpantang yang di gunakan oleh kebanyakan ibu di kalangan Melayu. Berurut adalah penting untuk melancarkan darah, memberi kelegaan kepada ibu selepas penat hamil dan bersalin, mencegah tekanan selepas bersalin, melancarkan pengaliran susu ibu, dan mempercepatkan proses pemulihan selepas ibu bersalin kerana emosi yang lebih tenang.


2. Berbengkung


Berbengkung semasa pantang adalah bertujuan untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim, mengembalikan bentuk badan yang langsing, mengurangkan sakit belakang kerana bengkung menyokong badan dengan lebih kejap dan yang paling ramai suka, membantu mengawal kuantiti makanan yang kita makan. Bengkung sekarang dah ada macam-macam jenis, bengkung tradisional, bengkung moden, bengkung opah, bengkung zip dan sebagainya. 

3. Bertungku

bertungku dalam pantang

Bertungku semasa pantang pula bertujuan untuk melancarkan pengaliran darah, memanaskan badan sekaligus melegakan badan, memecahkan lemak badan, dan mengurangkan sengugut. Memang best bertungku ni, rasa fresh :) Tungku pun sekarang dah ada pelbagai jenis. Ada yang menggunakan batu sungai, ada juga yang menggunakan tungku moden atau tungku besi


4. Bertangas


bertangas dalam pantang

Ramai yang tidak tahu kepentingan bertangas ketika berpantang. Bertangas adalah proses memulihkan kesihatan peranakan. Ia adalah sama seperti bersauna cuma di fokus di bahagian intim ibu bersalin. Bertangas ketika berpantang adalah bertujuan untuk menguatkan otot vagina, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan, dan mengelakan masalah gatal di bahagian berjahit jika bersalin normal.


5. Bersauna dan mandi herba


mandi herba dalam pantang

Bersauna dan mandi herba semasa berpantang adalah mengikut pilihan sendiri mengikut bajet kerana ianya berfungsi kepada kelegaan dan selalunya di amalkan semasa penutup pantang. Ia adalah untuk menghilangkan bau badan dan memberi ketenangan pada si ibu. Bersauna pula bertujuan untuk menyingkirkan toksik dalam badan.


Amalan berpantang selepas bersalin bukanlah wajib, tapi ia sangat membantu untuk pemulihan ibu selepas bersalin. Saya mengambil pakej pantang yang lengkap untuk anak ke tiga, memang sangat berbeza berbanding berpantang anak pertama yang hanya mengambil khidmat berurut.

Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana


Sumber gambar : Pantang Plus

0 comments: