19 July 2019

3 Tips Kurus dan Menurunkan Berat Semasa Berpantang

Berpantang merupakan satu fasa rehat untuk ibu ibu selepas melahirkan anak. Namun, sebagai wanita mereka sangat menitikberat untuk menurunkan berat semasa dalam pantang. Kenaikan berat badan semasa hamil kadang kala mengundang kerisauan ibu-ibu terutama yang baru pertama kali melahirkan anak.

Sebenarnya, menurunkan berat badan semasa berpantang adalah berbeza mengikut metabolisma masing masing. Sembilan bulan berat naik secara perlahan lahan semasa hamil, jadi untuk menurunkan berat atau nak kurus juga mengambil masa. Namun, ada beberapa tips yang boleh kita ikut jika nak kurus dalam pantang.

Ramai artis yang menurunkan berat badan semasa pantang seperti Zizi Ezati dan ada ramai juga kongsikan cara kurus dalam pantang dalam pelbagai artikel yang berbeza.

Antara tips untuk kurus dalam pantang adalah seperti berikut :

1. Makan mengikut kalori.

Berpantang adalah masa yang sesuai untuk turunkan berat badan kerana kebanyakan masyarakat kita akan makan makanan yang sihat tanpa goreng dan tanpa perasa tambahan. Kebanyakan menu berpantang adalah menu stim dan bakar yang menyumbang kepada rendah kalori seterusnya membantu untuk ibu berpantang kurus dengan mudah.

Tetapi perlu di ingatkan di sini bahawa ibu menyusu memerlukan kalori yang cukup untuk penghasilan susu ibu. Kalori cukup bukan bermakna makan banyak ya. Pastikan minum air yang banyak dan mengambil snek makanan sihat seperti bawang putih bakar, kraker kosong, dan buah buahan. Seorang ibu menyusu memerlukan tambahan lebih kurang 500 kalori sehari. Pandai- pandai adjust ya.


2. Bersauna

Seperti yang saya pernah kongsikan pengalaman berpantang anak ke tiga, saya memang sangat suka bersauna sebab akan buatkan berpeluh dan jadi lebih fresh dan boleh bakar kalori sedikit. Ada sesetengah ibu hamil naik berat secara mendadak semasa hamil dan juga turun secara mendadak semasa dalam pantang hasil dari bersauna sahaja tau kerana ada berat yang naik adalah berat air semata. Tetapi, bersauna juga perlu mengikut kemampuan masing-masing kerana ada yang pening dan mungkin pitam. Saya ok sahaja untuk 10 minit yang terawal. Memang peluh teruk!

kurus dalam pantang


3. Kerap menyusu dan mengepam

Menyusukan bayi dan kerap mengepam adalah salah satu cara untuk menurunkan berat semasa berpantang mahupun bukan berpantang. Ini adalah kerana kalori hilang setiap kali menyusukan anak. Best kan? Anak pun dapat manfaat susu ibu, ibu pun boleh kurus dengan cepat.


Tetapi perlu diingatkan, fokus utama semasa berpantang adalah bukan untuk kurus semata-mata, tetapi ibu berpantang haruslah lebih rileks dan fokus untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga menyusu bayi dengan baik. Berat akan turun dengan baik jika praktik tips yang saya kongsikan di atas.


Selamat mencuba!


0 comments: