12 July 2019

10 Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh dan Kering

Assalamualaikum semua..

Melahirkan anak secara normal atau ceaser pasti mempunyai luka bersalin kecuali jika bersalin normal tanpa koyak atau jahit. Majoriti ibu bersalin melalui proses jahit dan untuk menjaga luka selepas bersalin agak mencabar kerana perlu fokus pada bayi dan penyusuan serta menjaga diri sendiri semasa dalam pantang. Sebab itu, ibu-ibu yang bersalin normal tanpa koyak dan jahit sangat beruntung kerana boleh fokus pada bayi mereka.

Namun, bagi ibu yang mempunyai jahitan minima, jahitan banyak atau jahitan bersalin ceaser, mereka mampu menjaga luka bersalin sehingga cepat sembuh dan kering jika mematuhi tips tips seperti berikut:

Tips luka bersalin cepat sembuh untuk bersalin kaedah normal

Pengalaman melahirkan anak saya untuk ketiga-tiga anak secara normal memang berbeza, begitu juga dengan kadar penyembuhan luka bersalin saya kerana berbeza cara berpantang dan ilmu. Secara amnya, luka episiotomi juga mempunyai jenis yang berbeza beza mengikut kadar koyak dan gunting. Tetapi cara penjagaan lebih kurang sama sahaja seperti berikut :

1. Sentiasa pastikan tempat berjahit tersebut kering selepas pergi ke tandas. Pastikan lap lembut pada tempat tersebut dan pastikan kering sentiasa.

2. Tukar tuala wanita secara kerap untuk meminimakan jangkitan dan kekal bersih sepanjang masa

3. Rendam dalam besen berisi air suam suam panas dan garam. Garam adalah antiseptik yang murah dan berkesan. Saya guna kaedah ini untuk anak pertama selepas luka hampir bernanah. Alhamdulillah memang berkesan.

4. Cuci tempat luka tersebut dengan cecair antiseptik yang dibekalkan oleh doktor.

5. Elakkan makanan yang boleh trigger gatal seperti ayam dan telur. Tetapi bagi saya, ayam dan telur tidak menjadi masalah dan saya makan macam biasa

6. Pastikan anda makan buah dan sayur sayuran dengan kuantiti yang banyak untuk mengelakkan sembelit. Kerana bila anda sembelit anda akan cuba untuk meneran dan kemungkinan luka akan bengkak dan lambat sembuh. Boleh juga mengambil ostematrix untuk melancarkan pembuangan air besar

Tips luka bersalin cepat sembuh untuk bersalin kaedah ceaser

Untuk yang bersalin ceaser, cara untuk menjaga luka adalah  sama cuma penjagaan luka bersalin  perlukan beberapa tips tambahan seperti berikut

1. Elak ketawa atau batuk dengan kuat kerana mungkin akan mengakibatkan luka terbuka

2. Berjalan jalan secara perlahan

3. Banyakkan berehat dan kurangkan stress. Stress akan sebabkan luka lambat sembuh

4. Makan set pantang atau set bersalin yang sesuai untuk cepatkan luka bersalin sembuh.


Antara tips tambahan untuk luka bersalin cepat sembuh dan kering adalah dengan minum VIVIX atau set bersalin shaklee.

set bersalin shaklee

luka cepat sembuh dengan vivix


Pengalaman menggunakan set bersalin shaklee memang seronok sebab luka bersalin cepat sembuh berbanding dengan tidak menggunakan set bersalin shaklee. Antara testimoni set bersalin shaklee dan vivix





VIVIX , ZINK dan VITAMIN C sangat membantu untuk menyembuhkan luka bersalin dengan sangat cepat. Kalau bersalin ceaser, ramai ibu ibu memilih VIVIX kerana memang laju luka sembuh dan tenaga pun recover dengan cepat. Kalau ibu bersalin normal, set pantang bersalin shaklee yang biasa pun memadai, tetapi jika add on VIVIX memang sangat laju luka sembuh dan lebih energetik serta boleh fokus pada bayi pula.

Nak tahu lebih details tentang VIVIX atau Set Bersalin Shaklee? Boleh hubungi saya di

www.wasap.my/60122319979
www.wasap.my/60122319979
www.wasap.my/60122319979



0 comments: