01 September 2018

TIPS-TIPS PENJAGAAN ANAK YANG BERKHATAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, anak sulung saya Muhammad Syamil Syariff dah selesai berkhatan :) Lega? Ya sangat lega sebab dah lepas satu tanggunjawab sebagai pemilik amanah Allah. Kat sini saya nak share beberapa tips yang saya amalkan untuk menjaga anak saya sesudah sunat / khatan.

Kami suami isteri bersepakat untuk mencari doktor pakar untuk membuat sunat pada anak.  Sejak dengar kes yang mengerikan tahun lepas semasa proses sunat, suami memang nekad nak cari pakar. Trauma katanya. Saya follow je, bukan tahu sangat pun. Hihi. Memandangkan abang saya ada 3 orang anak bujang yang sudah selesai bersunat, so memang refer dia sahaja. Abang saya rekomen Dr Husin Marijan , general surgeon dari KPJ Kelang. Saya bagi 5 bintang kat doktor ni sebab hasil kerjanya sangat kemas dan beliau sangat teliti. Kami pilih teknik berkhatan laser.

Memandangkan anak saya baru berumur 6 tahun, beliau nasihat untuk full bius melancarkan proses sunat tersebut. Yelah, kalau budak tu nervous takut bergerak-gerak nanti susah pulak kan. So kami pun setuju. Untuk temujanji, memang kena jumpa doktor tersebut dan Dr Husin akan periksa dan buat temujanji untuk proses bersunat. Masa first time jumpa dia charge RM 1 je untuk konsultasi. Kos rawatan  untuk semua proses di anggarkan RM 1k + - .

Saya pilih cuti bulan 8 sebabnya cuti akhir tahun takut pack dan Syamil pun nak pergi sekolah dah, so nak bagi dia betul betul rilex masa tu. Persiapan sekolah dan orientasi pun ada so takut mengganggu.

Alhamdulillah, sehari sebelum dia berpuasa dan next day semuanya berjalan lancar. Pukul 12 tengah hari dah settle semua. Cuak jugak tengok lepas selesai semua. Takut dia sakit. hehe. Tapi alhamdulillah dia tak sakit. Saya bagi sekali je PCM

Dugaan yang paling besar adalah masa dia nak kencing for the first time, Menjerit jugak dia bila kena air. Tapi duk pujuk dia. Kali kedua kencing dah ok dah. Banyak lah drama dia. Haha. Masa nak mandikan dia siap pakai cawan untuk tutup. Hihi. Tu pun sekali je.

Lepas tu banyak kena main psikologi je. Yang paling penting mindset. Saya memang dah tetapkan mindset saya yang dia akan cepat sembuh. Tak fikir negatif langsung masa tu. Hari pertama masa mandi malam tu saya dah lalukan air terus. Pastu dia cakap " Aik tak sakit langsung"  Haha. Kena masukkan elemen takut kat dia. Contoh , kalau tak cuci bersih bersih nanti bernanah, teknik tu memang berkesan. Dia memang akan dengar cakap

Alhamdulillah, semua ok. Tiap tiap hari saya bagi chewable vitamin C shaklee dan 2 malam saya bagi VIVIX. Saya bagi vivix cuma nak speed up recovery je. Saya bagi atas kepercayaan saya. Memang laju je kering.

Ok, jom saya share beberapa tips lain :


Sebelum proses bersunat
Selepas sedar dari pengsan hihi

Nampak tak apa kegunaan benda alah ni? Jap saya tunjuk .hee

Ni rumah sementara syamil. Hehe. Bila tidur malam je dia akan masuk dalam ni dan biarkan bukak semua seluar bagi berangin betul betul. 

Yang ni masa day time, Guna meja lipat daiso tu. Senang bagi dia fleksibel.

Tips yang terakhir, pakaikanlah jubah untuk dia. Tak ada kain pelekat bagai. Hee. Lagi senang handle macam ni. Kalau day time guna jubah cotton, malam pakai jenis yang ni. Dia ada 3 helai je. Memang tukar tu je 5 hari tu. Lepas dah yakin baru pakai seluar


Alhamdulillah, sangat smooth semuanya. Kecuali ada lah ragam ragam dia sebab kita restrict dia dari main main. 4 hari pertama memang saya tak bagi dia berjalan jalan sangat. Lepas tu dah bagi dia bebas sikit. Saya tak pantang apa apa makanan untuk dia. Dia makan apa saja. Heee..:)

Boleh lah share pada yang memerlukan, make sure mindset tu positif ya!















HUBUNGI KAMI : https://www.facebook.com/messages/Rehanswardrobe WhatsApp : http://www.wasap.my/60122319979 Email : rehanswardrobe@gmail.com Blog : www.rehanswardrobe.com Instagram : rehanswardrobe
Continue Reading