23 July 2018

HFMD berleluasa di negara! Cegah sebelum kena


Assalamualaikum semua,

Berita tentang virus HFMD  ( Hand foot mouth disease ) semakin menular di negara kita. Pagi ini bila di kejutkan dengan berita tentang virus HFMD  sudah menular di troli pasaraya , semua ibu bapa mulai risau. Saya pun tak terkecuali sebab ada anak-anak yang kecil.

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. ( Sumber  : KKM Malaysia )



Antara symptom-symptom awal HFMD adalah :

1) Demam atau tidak sihat
2) Muncul bintik bintik merah di mulut, tangan, kaki atau punggung
3) Ulser di mulut

Antara langkah-langkah pencegahan virus HFMD adalah :

1) Elakkan membawa anak anak ke tempat awam atau tempat ramai orang berkumpul
2) Elakkan penggunaan tandas awam kerana virus boleh merebak melalui najis
3) Sentiasa membersihkan tangan dengan air dan sabun atau dengan sanitizer atau spray basicH
4) Sentiasa menggunakan wet tissue. Macam-macam jenis ada di drug store, pilih yang berkenan dan kalau boleh biarlah yang untuk mematikan kuman

Andai kata anak terkena HFMD, jangan risau jangan cuak, dengan jagaan rapi, insha Allah anak boleh sembuh dengan cepat jika mengikut cara-cara berikut :

1) Kuarantin anak yang terkena HFMD dengan yang belum. Jika boleh asingkan, sila asingkan
2) Maklumkan taska dan kementerian kesihatan untuk mereka melakukan pantauan dan pembersihan di premis yang berkaitan
3) Boleh guna herbal blend dan mandikan anak dengan basic H. Penggunaan herbal blend boleh mengurangkan risiko parut ruam
4) Pastikan anak minum air suam dengan banyaknya kerana virus tiada ubat, hanya akan keluar melalui air kencing.
5) Jangan bawa anak ke luar selagi belum betul betul sembuh
6) Jika anak masih memakai pampers, pastikan lupuskan pampers anak segera dan tutup tong sampah. Jika anak dewasa membuang air besar, pastikan bersihkan tangan anak anda dengan teliti

Macam-macam produk yang boleh anda cuba untuk HFMD, ini semua adalah langkah pencegahan. Selebihnya semua di kuasa Allah swt. Moga Allah lindungi semua. Amin

sumber : google


HUBUNGI KAMI : https://www.facebook.com/messages/Rehanswardrobe WhatsApp : http://www.wasap.my/60122319979 Email : rehanswardrobe@gmail.com Blog : www.rehanswardrobe.com Instagram : rehanswardrobe

0 comments: