09 January 2018

Dekorasi ruang tamu dan ruang makan

Assalamualaikum semua :)


Lama pulak tak share tentang deko rumah kan? Kali ni nak share sedikit dekorasi ruang tamu yang di ubah sedikit sejak tahun 2014. Pada tahun 2014 kami pindah masuk rumah syurga ini :) Dah 4 tahun berada di teratak ini. Alhamdulillah untuk sebuah rumah yang simple dan sedap mata memandang. Syurga duniaku. Kalau selagi tak balik rumah sendiri, memang rasa lain je. Home is always sweet when you are in there <3
.
.
Projek tahun ni sebenarnya nak plan deko bilik budak-budak. Dah berlima sekarang haruslah migrate kan budak-budak ke bilik sebelah. Lenguh badan dah nak tidur kat atas toto. :P So tengah merangka-rangka plan untuk deko bilik anak-anak, teringat yang tak share lagi ruang tamu yang latest. Banyak mengalami perubahan sejak tahun lalu. Alhamdulillah, deko ni kena buat slow-slow sebab nak deko bukan setakat plan sahaja, duit nya pun kena ada :)


Ok jomlah kita tengok gambar. Gambar tak berapa cantik. Agak blur, tapi boleh lah kan. Asalkan korang boleh dapat manfaat dari idea ini. Dulu dah pernah share dalam entri susun atur ruang tamu. Boleh lah kalau nak jenguk :)



Ruang tamu yang sebelum. Masa ni baru juga pindah.


Selepas ubahsuai sedikit.


Tak banyak perubahan di ruang tamu, kecuali langsir memang tukar habis sekali dengan rail dia. Langsir jahit di jakel. Design saya. Memang suka simple macam ni. Karpet tebal tu evergreen punya corak. Pilihan suami. Meja kopi tu pun dah tukar sebab yang lama tu asyik goyang-goyang bila budak -budak main asyik terjatuh. Agak bahaya di situ. Kemudian tambah rocking chair :)


Ruang makan sebelum


Ruang makan selepas.


Untuk ruang makan, kami cat momento. Upah sahaja sebab tak pandai cat. Lepas tu tambah cermin dan lampu di atas tu.


Ni almari lego syamil. Simpan semua koleksi lego syamil :)

Tu sahaja setakat ni. Nanti kalau ada ubahsuai saya share okay :)
ps : Sorry gambar tak berapa clear. Handphone cabuk aja :P:P











0 comments: