24 December 2017

SUSU IBU KURANG

>




Perjalanan penyusuan susu ibu memerlukan kesabaran dan perlu ada momentum untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.

Selalu kita mendengar ibu -ibu sering mengadu susu ibu dah kering apabila anak dah berumur beberapa bulan ataupun selepas pantang. Ada yang anak dah masuk 5 bulan terus stop menyusu sebab susu tidak banyak. Bukan salah ibu pun sebab ramai tak tahu macam mana fungsi pengeluaran susu asasnya.

Selalunya susu akan jadi kering apabila situasi di bawah berlaku :

1. Anak tak menyusu dengan baik. No proper latching yang sebabkan anak menangis. Bila anak menangis, si ibu automatik ingat susu tak cukup. Maka di top up susu formula. Selepas top up dengan susu formula si ibu menyusu juga tapi susu memang akan kering bila skip menyusu atau pam. Otak dah mendapat signal tak perlu produce susu lagi kerana demand sudah berkurang. Jadi, susu akan kurang dan lama-lama akan menjadi kering

2. Skip mengepam. Bila sudah bekerja, jadual pam harus di patuhi walaupun tidak 100% konsisten. Tidak mengepam dengan baik or tidak ada masa untuk mengepam menyebabkan susu akan berkurang sedikit demi sedikit.

3. Pola pemakanan yang tidak baik. Tidak minum air dengan  cukup. Setakat 1 liter sehari memang tak cukup.Kadang kala, semasa pantang lagi sudah catu minum air kononnya nak elak buncit. Memang tak sampai 4 bulan susu boleh kering.

4. Stress menyebabkan kekurangan susu yang drastik kerana hormon oksitosin (hormon yang menyebabkan gembira dan ceria ) tidak cukup maka susu akan sedikit. Bila susu sedikit anak memang akan meragam dan kebanyakan ibu akan top up susu formula dan susu ibu makin sedikit sama seperti yang di bincangkan dalam point 1

5. Period. Susu memang akan drop pada 3 hari pertama period bagi sesetengah orang. Tidak perlu cemas kalau susu tiba-tiba berkurang dan terus nak give up .Selalunya hari ke 4 susu akan kembali seperti biasa. Boleh banyakkan pengambilan kalsium pada masa ini.

6. Hamil memang akan menyebabkan susu berkurang secara drastik. Ada yang mampu menyusu dengan baik semasa hamil tapi ramai yang tak mampu menyusu sebab susu dah sedikit dan rasa akan menjadi  lain

Jadi, jika susu berkurang, ibu-ibu boleh check sebab-sebabnya seperti di atas :) 

0 comments: