28 December 2017

Pengalaman berpantang anak ketiga

Hai korang,

Dah hampir 3 bulan bersalin, baru nak cerita tentang pengalaman berpantang untuk anak ke tiga. Pengalaman berpantang kali ini lebih kurang sama dengan pengalaman berpantang anak ke dua. Cuma kali ini saya tambahkan kepada penjagaan dalaman seperti bertungku, berurut dan sauna .

Alhamdulillah memang pantang kali ini paling best antara ketiga tiga anak sebab :

1. Pantang di rumah sendiri. Tak perlu packing barang nak pergi rumah mak atau mertua
2. Ada helper yang boleh tolong dari segala segi. Alhamdulillah, tak rancang tapi Allah hadirkan helper yang sangat bagus :)
3. Pakej berpantang yang berpatutan ( anak anak sebelum ini saya pernah berurut sahaja )

Jom layan gambar sekejap :)

Bersauna memang lebih cepat hilang berat badan sebab badan saya naik macam di pam. Bengkak kaki pun surut cepat
Bertungku memang sangatlah selesa. Rasa nak tidur sahaja semasa mengurut dan bertungku. Bertungku ni bertujuan melancarkan perjalanan darah. Kalau bertungku di perut memang keluar nifas dengan lancar

Nasi panas-panas dan lembik memang menjadi kegemaran sebab elak sembelit. Alhamdulillah sembelit langsung tiada asbab pengambilan nasi lembik, air yang cukup, fiber dan serat serta ostematrix





Lauk pauk semasa pantang memang sangat sedap! Bukan sedap sahaja tapi sihat juga. Sebab tu lah berat turun cantik aja. Hehe. Minyak pun tak guna. Kalau hari-hari makan macam ni memang slim sokmo :P


Luka pun cepat baik sebab jahitan sangat minima. Walaupun saya boleh tidur sepanjang hari, tapi masa pantang banyak di habiskan dengan melayan anak anak saya sebab tak nak mereka rasa tersisih dengan kehadiran adik baru. Saya tidur lena masa malam sahaja. Itupun kalau baby tak meragam. Tapi memang kekal energetik tau. Susu pun alhamdulillah meriah. Oh ya lupa nak bagitahu, set bersalin yang saya guna semestinya set pantang shaklee. Memang terbaik!



Pengalaman pantnag korang macam mana pulak?
Cuba share :)

0 comments: