23 December 2017

FPP Hospital Sungai Buloh


Tempoh hari, saya ada menceritakan pengalaman bersalin anak ketiga dalam entri sebelum ini. Saya bersalin menggunakan FPP atau lebih dikenali dengan Full Paying Patient. Saya bersalin FPP di Hospital Sungai Buloh.




FPP ini adalah satu pakej yang ada di hospital kerajaan di mana kita boleh pilih pakar dan keselesaan jauh lebih baik dari yang biasa. Syaratnya adalah kena bayar . Caj nya lebih kurang hospital swasta t dan lebih detail checkup nya 😊
.
.
Prosedur untuk FPP adalah seperti berikut :

1. Booking FPP boleh di buat melalui talian atau walk in. Boleh hubungi O & G dan maklumkan untuk book doktor untuk bersalin secara FPP. Saya daftar seawal 3 bulan semasa kehamilan. Nurse akan beri temujanji yang pertama untuk berjumpa dengan doktor pakar. Doktor pakar pilihan saya di hospital sungai buloh ialah Dr Yusrina.
2. Bila hari temujanji yang pertama,daftar FPP di unit hasil aras 2. Referal letter boleh ambil dari klinik kesihatan biasa. Pendaftaran lebih kurang rm 180 - rm 200 untuk setiap check up. GL tidak diterima melainkan masuk wad sahaja. 
3. Kad oren akan diberi tanda kita adalah patient untuk FPP
4. Kalau untuk bersalin, deposit rm 3000.00 perlu diberi semasa nak masuk labor room atau wad, refundable kalau tak sampai 3k. Normal delivery selalunya rm 1.5k-rm 2k. Kalau bersalin secara czer anggaran caj adalah rm 4500.00. Masih murah dari hospital swasta.

KENAPA SAYA PILIH FPP?

Kelahiran kedua anak saya sebelum ini dekat hospital swasta. Alhamdulillah smooth je, tapi cuma blame on me, saya guna epidural ( tahan sakit) for both, di induce, anak 2 org vacuum. Pattern kelahiran anak pertama dan kedua sangat sama. Pain threshold saya rendah bak kata doktor sebelum ini. Yes, sangat takut untuk SAKIT. Tapi saya nak jugak bersalin normal sebab tu terpaksa pilih epidural. Plus, induce punya level sakit sangat tinggi dibandingkan dengan natural pain. Totally different.
.
.
So bila pregnant anak ke 3, saya nekad nak go for natural labor.
.
.
So bila risik2, allah sendiri datangkan pada saya tentang FPP melalui group whatsapp jiran. Kalau tak saya pun takkan tahu. Lepas tu memang saya book terus lepas buat sedikit homework tentang pakej bersalin FPP.
Alhamdulillah, pilihan saya sangat berbaloi walaupun penat sedikit untuk berulang alik dari ofis ke hospital sungai buloh.

Jom baca sikit review tentang FPP pakej yang saya ambil :
1. FPP ni lebih kurang macam first class treatment tapi dengan pakar. Pakar yang dipilih pun tak boleh tukar ganti melainkan memang pakar tersebut tidak available sangat-sangat pada masa itu.
2. Saya pilih dr yusrina di Hospital Sungai Buloh . Beliau sangat berpengalaman. Saya bagi 5 bintang sebab sangat selesa dengan cara dia. Bukan medically sahaja puas hati, islamik dan juga pandai bermain physikologi pesakit semasa dalam keadaan sakit.  😊
3. Sangat detail. Memandangkan saya darah rhesus negatif, which is very rare, so memang dr yusrina suruh saya prepare awal-awal. Dr Yusrina tak bagi  saya datang hospital lewat supaya blood bank ada darah jenis saya. Precaution mereka sangat saya adore.
4. Bilik selesa dan single room macam kat gambar di bawah tu. Suami pun boleh tinggal. Pelawat pun boleh lawat lambat sedikit dari masa lawatan. Bergantung pada budi bicara guard. Kanak2 memang tak boleh naik ( melainkan ada kelonggaran dari pihak hospital )
5. Bayaran untuk bersalin secara normal adalah rm 1600. Sangat berbaloi. Kalau di hospital swasta memang tak dapat harga ini dengan pakar.
6. Tidak menggalakkan induce unless overdue. Saya hampir diinduce tapi alhamdulillah tak kena 😊
7. Bila ke labor room pun, ada bilik khas untuk FPP. Prioriti memang untuk FPP.
Ringkasnya, memang saya sangat puas hati
bersalin di hospital sungai buloh


bersalin di hospital sungai buloh

bersalin di hospital sungai buloh

Boleh follow facebook saya untuk dapatkan lebih banyak info dalam link ini :

https://www.facebook.com/rehana.nurulamin/posts/10155188156039538

2 comments:

NMS said...

Mmg every visit kena bayar dlm range harga tu ke? Kalau kita just nk beranak sana, tp normal visit kat KK boleh ke?

Unknown said...

As salam sis. Sy nk tnya mmg kanak2 xboleh stay ke after dh deliver n masuk wad. Sy dlu ambil dkt fpp selayang after deliver masuk wad fpp boleh la ddk sekali then bilik sgt selesa. Dkt selayang mcm mana ye?
Selayang dh full nk try sg buloh pulak