29 December 2017

5 SEBAB ANDA WAJIB ADA PAM SILIKON INI

Assalamualaikum semua,

Dah lama tau nak share tentang pam silikon. Dari masa berpantang lagi teruja sangat nak kongsi tentang betapa bestnya pam silikon ni. Hari ini baru ada masa. Hehe. Oklah tu dari tak ada langsung kan. :P
.
.
PAM SILIKON
PAM SILIKON : SUMBER GOOGLE
Ini lah dia rupa pam silikon yang menjadi viral dulu. Saya pun baru tahu juga tentang pam ini. Selalu lalu lalang dekat newsfeed kat facebook. Masa mengandung semua cakap pam ni best. Kemudian saya pun beli satu. Asalnya nak beli kat lazada, murah-murah semua. RM 11 pun ada seketul pam ni. Tapi saya last-last beli kat kios barang baby di Hospital Tropicana masa kena admit sebab sinusitis dulu. RM 35++ if tak silap

Masa pantang haritu memang pakai pam silikon ni awal-awal. Sangat lah best! Jatuh hati terus. Dahlah murah tapi berbaloi sangat tau.

5 SEBAB ANDA WAJIB ADA PAM INI :

1. Murah : Sangat murah kalau bandingkan pam manual lain di pasaran tau. Semua ibu-ibu mampu miliki pam silikon ini.

2. Ringkas : Tak ada banyak parts. Memang ramai ibu ibu akan suka sebab tak perlu pasang banyak parts dan tak perlu nak basuh banyak-banyak. Basuh satu ketul tu sahaja. Hehe. Best kan?

3. Mudah diguna : Cara nak guna pam silikon ni senang sahaja. Lekapkan kat breast dan lepaskan. Kalau nak tengok video boleh klik link cara guna pam silikon Boleh lekapkan di breast sebelah dan menyusu sebelah lagi.

4. Mudah untuk mengumpul stok : Semasa pantang, separuh stok susu saya terkumpul dengan menggunakan pam ini. Saya menyusu  sebelah, dan sebelah lagi saya kumpul stok susu. Win-win, stok pun terkumpul dan pengeluaran susu pun bertambah sebab ada double simulation. Kalau dulu menyusu sebelah sahaja, lepas dah lama baru menyusu lagi sebelah. Kaedah ini boleh mengurangkan susu badan. So, cara yang paling effektif adalah mengosongkan ke dua belah breast untuk meningkatkan pengeluaran susu.

5. Mudah di bawa : Sangat mudah di bawa, simpan pam ini dalam handbag pun boleh ( tapi pastikan sterilized ). Saya guna pam ni masa pantang sahaja, sebab tujuan utama untuk simulasi dan untuk simpan stok. Baby selalunya minum sedikit sahaja masa pantang, jadi untuk maintain supply, demand haruslah ada kan ? :)

Kesimpulannya, sila beli pam silikon ini untuk ibu-ibu yang baru mengandung ke, yang baru bersalin ke. Sangat berbaloi. Macam saya walaupun guna untuk pantang sahaja, tapi benda tu membantu pengeluaran susu saya sampai ke hari ini. Pelaburan untuk anak juga :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: