29 December 2017

5 SEBAB ANDA WAJIB ADA PAM SILIKON INI

Assalamualaikum semua,

Dah lama tau nak share tentang pam silikon. Dari masa berpantang lagi teruja sangat nak kongsi tentang betapa bestnya pam silikon ni. Hari ini baru ada masa. Hehe. Oklah tu dari tak ada langsung kan. :P
.
.
PAM SILIKON
PAM SILIKON : SUMBER GOOGLE
Ini lah dia rupa pam silikon yang menjadi viral dulu. Saya pun baru tahu juga tentang pam ini. Selalu lalu lalang dekat newsfeed kat facebook. Masa mengandung semua cakap pam ni best. Kemudian saya pun beli satu. Asalnya nak beli kat lazada, murah-murah semua. RM 11 pun ada seketul pam ni. Tapi saya last-last beli kat kios barang baby di Hospital Tropicana masa kena admit sebab sinusitis dulu. RM 35++ if tak silap

Masa pantang haritu memang pakai pam silikon ni awal-awal. Sangat lah best! Jatuh hati terus. Dahlah murah tapi berbaloi sangat tau.

5 SEBAB ANDA WAJIB ADA PAM INI :

1. Murah : Sangat murah kalau bandingkan pam manual lain di pasaran tau. Semua ibu-ibu mampu miliki pam silikon ini.

2. Ringkas : Tak ada banyak parts. Memang ramai ibu ibu akan suka sebab tak perlu pasang banyak parts dan tak perlu nak basuh banyak-banyak. Basuh satu ketul tu sahaja. Hehe. Best kan?

3. Mudah diguna : Cara nak guna pam silikon ni senang sahaja. Lekapkan kat breast dan lepaskan. Kalau nak tengok video boleh klik link cara guna pam silikon Boleh lekapkan di breast sebelah dan menyusu sebelah lagi.

4. Mudah untuk mengumpul stok : Semasa pantang, separuh stok susu saya terkumpul dengan menggunakan pam ini. Saya menyusu  sebelah, dan sebelah lagi saya kumpul stok susu. Win-win, stok pun terkumpul dan pengeluaran susu pun bertambah sebab ada double simulation. Kalau dulu menyusu sebelah sahaja, lepas dah lama baru menyusu lagi sebelah. Kaedah ini boleh mengurangkan susu badan. So, cara yang paling effektif adalah mengosongkan ke dua belah breast untuk meningkatkan pengeluaran susu.

5. Mudah di bawa : Sangat mudah di bawa, simpan pam ini dalam handbag pun boleh ( tapi pastikan sterilized ). Saya guna pam ni masa pantang sahaja, sebab tujuan utama untuk simulasi dan untuk simpan stok. Baby selalunya minum sedikit sahaja masa pantang, jadi untuk maintain supply, demand haruslah ada kan ? :)

Kesimpulannya, sila beli pam silikon ini untuk ibu-ibu yang baru mengandung ke, yang baru bersalin ke. Sangat berbaloi. Macam saya walaupun guna untuk pantang sahaja, tapi benda tu membantu pengeluaran susu saya sampai ke hari ini. Pelaburan untuk anak juga :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

28 December 2017

Pengalaman berpantang anak ketiga

Hai korang,

Dah hampir 3 bulan bersalin, baru nak cerita tentang pengalaman berpantang untuk anak ke tiga. Pengalaman berpantang kali ini lebih kurang sama dengan pengalaman berpantang anak ke dua. Cuma kali ini saya tambahkan kepada penjagaan dalaman seperti bertungku, berurut dan sauna .

Alhamdulillah memang pantang kali ini paling best antara ketiga tiga anak sebab :

1. Pantang di rumah sendiri. Tak perlu packing barang nak pergi rumah mak atau mertua
2. Ada helper yang boleh tolong dari segala segi. Alhamdulillah, tak rancang tapi Allah hadirkan helper yang sangat bagus :)
3. Pakej berpantang yang berpatutan ( anak anak sebelum ini saya pernah berurut sahaja )

Jom layan gambar sekejap :)

Bersauna memang lebih cepat hilang berat badan sebab badan saya naik macam di pam. Bengkak kaki pun surut cepat
Bertungku memang sangatlah selesa. Rasa nak tidur sahaja semasa mengurut dan bertungku. Bertungku ni bertujuan melancarkan perjalanan darah. Kalau bertungku di perut memang keluar nifas dengan lancar

Nasi panas-panas dan lembik memang menjadi kegemaran sebab elak sembelit. Alhamdulillah sembelit langsung tiada asbab pengambilan nasi lembik, air yang cukup, fiber dan serat serta ostematrix





Lauk pauk semasa pantang memang sangat sedap! Bukan sedap sahaja tapi sihat juga. Sebab tu lah berat turun cantik aja. Hehe. Minyak pun tak guna. Kalau hari-hari makan macam ni memang slim sokmo :P


Luka pun cepat baik sebab jahitan sangat minima. Walaupun saya boleh tidur sepanjang hari, tapi masa pantang banyak di habiskan dengan melayan anak anak saya sebab tak nak mereka rasa tersisih dengan kehadiran adik baru. Saya tidur lena masa malam sahaja. Itupun kalau baby tak meragam. Tapi memang kekal energetik tau. Susu pun alhamdulillah meriah. Oh ya lupa nak bagitahu, set bersalin yang saya guna semestinya set pantang shaklee. Memang terbaik!



Pengalaman pantnag korang macam mana pulak?
Cuba share :)
Continue Reading

24 December 2017

SUSU IBU KURANG

>




Perjalanan penyusuan susu ibu memerlukan kesabaran dan perlu ada momentum untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.

Selalu kita mendengar ibu -ibu sering mengadu susu ibu dah kering apabila anak dah berumur beberapa bulan ataupun selepas pantang. Ada yang anak dah masuk 5 bulan terus stop menyusu sebab susu tidak banyak. Bukan salah ibu pun sebab ramai tak tahu macam mana fungsi pengeluaran susu asasnya.

Selalunya susu akan jadi kering apabila situasi di bawah berlaku :

1. Anak tak menyusu dengan baik. No proper latching yang sebabkan anak menangis. Bila anak menangis, si ibu automatik ingat susu tak cukup. Maka di top up susu formula. Selepas top up dengan susu formula si ibu menyusu juga tapi susu memang akan kering bila skip menyusu atau pam. Otak dah mendapat signal tak perlu produce susu lagi kerana demand sudah berkurang. Jadi, susu akan kurang dan lama-lama akan menjadi kering

2. Skip mengepam. Bila sudah bekerja, jadual pam harus di patuhi walaupun tidak 100% konsisten. Tidak mengepam dengan baik or tidak ada masa untuk mengepam menyebabkan susu akan berkurang sedikit demi sedikit.

3. Pola pemakanan yang tidak baik. Tidak minum air dengan  cukup. Setakat 1 liter sehari memang tak cukup.Kadang kala, semasa pantang lagi sudah catu minum air kononnya nak elak buncit. Memang tak sampai 4 bulan susu boleh kering.

4. Stress menyebabkan kekurangan susu yang drastik kerana hormon oksitosin (hormon yang menyebabkan gembira dan ceria ) tidak cukup maka susu akan sedikit. Bila susu sedikit anak memang akan meragam dan kebanyakan ibu akan top up susu formula dan susu ibu makin sedikit sama seperti yang di bincangkan dalam point 1

5. Period. Susu memang akan drop pada 3 hari pertama period bagi sesetengah orang. Tidak perlu cemas kalau susu tiba-tiba berkurang dan terus nak give up .Selalunya hari ke 4 susu akan kembali seperti biasa. Boleh banyakkan pengambilan kalsium pada masa ini.

6. Hamil memang akan menyebabkan susu berkurang secara drastik. Ada yang mampu menyusu dengan baik semasa hamil tapi ramai yang tak mampu menyusu sebab susu dah sedikit dan rasa akan menjadi  lain

Jadi, jika susu berkurang, ibu-ibu boleh check sebab-sebabnya seperti di atas :) 
Continue Reading

23 December 2017

FPP Hospital Sungai Buloh


Tempoh hari, saya ada menceritakan pengalaman bersalin anak ketiga dalam entri sebelum ini. Saya bersalin menggunakan FPP atau lebih dikenali dengan Full Paying Patient. Saya bersalin FPP di Hospital Sungai Buloh.




FPP ini adalah satu pakej yang ada di hospital kerajaan di mana kita boleh pilih pakar dan keselesaan jauh lebih baik dari yang biasa. Syaratnya adalah kena bayar . Caj nya lebih kurang hospital swasta t dan lebih detail checkup nya 😊
.
.
Prosedur untuk FPP adalah seperti berikut :

1. Booking FPP boleh di buat melalui talian atau walk in. Boleh hubungi O & G dan maklumkan untuk book doktor untuk bersalin secara FPP. Saya daftar seawal 3 bulan semasa kehamilan. Nurse akan beri temujanji yang pertama untuk berjumpa dengan doktor pakar. Doktor pakar pilihan saya di hospital sungai buloh ialah Dr Yusrina.
2. Bila hari temujanji yang pertama,daftar FPP di unit hasil aras 2. Referal letter boleh ambil dari klinik kesihatan biasa. Pendaftaran lebih kurang rm 180 - rm 200 untuk setiap check up. GL tidak diterima melainkan masuk wad sahaja. 
3. Kad oren akan diberi tanda kita adalah patient untuk FPP
4. Kalau untuk bersalin, deposit rm 3000.00 perlu diberi semasa nak masuk labor room atau wad, refundable kalau tak sampai 3k. Normal delivery selalunya rm 1.5k-rm 2k. Kalau bersalin secara czer anggaran caj adalah rm 4500.00. Masih murah dari hospital swasta.

KENAPA SAYA PILIH FPP?

Kelahiran kedua anak saya sebelum ini dekat hospital swasta. Alhamdulillah smooth je, tapi cuma blame on me, saya guna epidural ( tahan sakit) for both, di induce, anak 2 org vacuum. Pattern kelahiran anak pertama dan kedua sangat sama. Pain threshold saya rendah bak kata doktor sebelum ini. Yes, sangat takut untuk SAKIT. Tapi saya nak jugak bersalin normal sebab tu terpaksa pilih epidural. Plus, induce punya level sakit sangat tinggi dibandingkan dengan natural pain. Totally different.
.
.
So bila pregnant anak ke 3, saya nekad nak go for natural labor.
.
.
So bila risik2, allah sendiri datangkan pada saya tentang FPP melalui group whatsapp jiran. Kalau tak saya pun takkan tahu. Lepas tu memang saya book terus lepas buat sedikit homework tentang pakej bersalin FPP.
Alhamdulillah, pilihan saya sangat berbaloi walaupun penat sedikit untuk berulang alik dari ofis ke hospital sungai buloh.

Jom baca sikit review tentang FPP pakej yang saya ambil :
1. FPP ni lebih kurang macam first class treatment tapi dengan pakar. Pakar yang dipilih pun tak boleh tukar ganti melainkan memang pakar tersebut tidak available sangat-sangat pada masa itu.
2. Saya pilih dr yusrina di Hospital Sungai Buloh . Beliau sangat berpengalaman. Saya bagi 5 bintang sebab sangat selesa dengan cara dia. Bukan medically sahaja puas hati, islamik dan juga pandai bermain physikologi pesakit semasa dalam keadaan sakit.  😊
3. Sangat detail. Memandangkan saya darah rhesus negatif, which is very rare, so memang dr yusrina suruh saya prepare awal-awal. Dr Yusrina tak bagi  saya datang hospital lewat supaya blood bank ada darah jenis saya. Precaution mereka sangat saya adore.
4. Bilik selesa dan single room macam kat gambar di bawah tu. Suami pun boleh tinggal. Pelawat pun boleh lawat lambat sedikit dari masa lawatan. Bergantung pada budi bicara guard. Kanak2 memang tak boleh naik ( melainkan ada kelonggaran dari pihak hospital )
5. Bayaran untuk bersalin secara normal adalah rm 1600. Sangat berbaloi. Kalau di hospital swasta memang tak dapat harga ini dengan pakar.
6. Tidak menggalakkan induce unless overdue. Saya hampir diinduce tapi alhamdulillah tak kena 😊
7. Bila ke labor room pun, ada bilik khas untuk FPP. Prioriti memang untuk FPP.
Ringkasnya, memang saya sangat puas hati
bersalin di hospital sungai buloh


bersalin di hospital sungai buloh

bersalin di hospital sungai buloh

Boleh follow facebook saya untuk dapatkan lebih banyak info dalam link ini :

https://www.facebook.com/rehana.nurulamin/posts/10155188156039538

Continue Reading

21 December 2017

SET MENYUSU

 

 
Hai ibu-ibu menyusu sekalian,
Dah mengepam semua bagi yang bekerja?

 
Hari ini saya nak kongsikan tentang set menyusu yang memang memberi banyak manfaat pada saya sejak saya mengandung anak ke 2 lagi. Set menyusu ini bukan semata-mata untuk boost susu tetapi juga membaiki emosi si ibu, menjadikan kulit si ibu dan anak lebih cantik dan bersih, mengurangkan keputihan, menjadikan si ibu lebih energetik dan bertenaga walaupun terpaksa mengepam dan berjaga malam untuk menjaga anak

 
Cadangan set menyusu adalah seperti berikut
 

 
SET MENYUSU SHAKLEE

 
  • Vitalea➳ multivitamin tertua yang mengembalikan kecergasan dan tenaga⠀
  • ESP➳soya non gmo yang membantu memekatkan susu dan boost susu serta mengenyangkan si ibu dan anak. Ia juga mampu memberi kulit yang flawless pada ibu dan anak⠀
  • Alfalfa➳ bertindak sebagai milk booster dan mengelak keputih@n serta kacip fatimah moden⠀
  • B complex ➳ anti-stress yang membantu emosi si ibu lebih stabil dan melancarkan susu⠀
  • Vitamin C ➳ menguatkan sistem imun seterusnya menyalurkannya kepada si anak serta       mencantikkan kulit⠀
  • Ostematrix ➳sumber kalsium untuk si ibu dan anak terutama apabila si ibu haid kerana kalsium akan hilang semasa haid dan menyebabkan susu kurang. Mengurangkan lenguh dan sakit belakang akibat menyusu⠀
KELEBIHAN SET MENYUSU PREMIUM
  •  Memeriahkan susu ibu dengan syarat konsep supply vs demand di patuhi⠀
  •  Ibu lebih tenang dan cergas kerana set ini membantu ibu untuk lebih bertenaga⠀
  •  Susu lebih pekat dan anak cepat kenyang⠀
  •  Kulit ibu dan si anak lebih licin dan halus serta cantik⠀
  •  Si ibu mendapat extra benefit iaitu keputihan kurang ,mengecutkan rahim dan mencantikkan kulit
  •  Dapat membuat stok susu lebih untuk anak⠀
KENAPA SET INI MENJADI PILIHAN RAMAI UNTUK IBU MENYUSU?
  • Di iktiraf oleh KKM⠀
  • 100% Halal⠀
  • Ada extra benefits kerana set ini bukan untuk boost susu sahaja.⠀
  • Set ini lengkap untuk nutrien si ibu dan kecergasan si ibu semasa menyusukan anak⠀
  • Tiada unsur-unsur perasa tambahan dan sintetik⠀
  • Di pantau oleh RND yang sangat berkualiti⠀
  • Di iktiraf di Malaysia sejak 50 tahun yang dahulu⠀
  • Juga dikenali sebagai 'super mom booster' kerana set ini boleh membantu si ibu lebih cergas!

 
Antara testimoni yang berjaya  :







Untuk membeli set cadangan menyusu ini boleh klik : BELI SET MENYUSU

Untuk sebarang konsultasi produk dan cara pemakanan boleh klik link di bawah :


Happy shopping! <3
Continue Reading

20 December 2017

Bayi tidak kenyang walaupun selepas menyusu

Ramai mengalami masalah bayi tidak kenyang selepas menyusu. Terutamanya untuk ibu-ibu yang baru pertama kali melalui tempoh penyusuan susu ibu. Sebenarnya, ada cara-cara tertentu untuk memastikan bayi kenyang dengan hanya minum susu ibu.

bayi lapar

Pastikan bayi kerap kencing setiap 2 atau 3 jam. Bila bayi kencing, insha Allah susu yang diminumnya cukup buat nya. Pastikan juga memeriksa najis bayi . Najis bayi yang normal adalah seperti kuning kunyit. Najis yang kuning menandakan bayi sudah cukup susu foremilk dan hindmilk 
iaitu komposisi susu di mana foremilk mengandungi komposisi air dan laktosa manakala hindmilk mengandungi lemak dan kalori untuk tumbesaran bayi. Bayi seharusnya mendapat kedua-duanya. Kegagalan mendapatkan susu hindmilk menyebabkan najis berwarna hijau dan bayi tidak kenyang sepenuhnya. Ia mungkin menyebabkan bayi susah naik berat kerana nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tidak mencukupi.

Si ibu juga perlu ambil makanan yang seimbang untuk memastikan nutrien yang ingin di salurkan pada bayi adalah mencukupi.

Pengalaman menyusukan anak ke tiga saya, Syakirah Aleeya selama hampir 3 bulan memang menyeronokkan! Kadang kala risau juga bila anak saya hanya minum 2 oz setiap kali minum melalui botol, tapi memandangkan beratnya naik cantik sahaja maka saya tidak risau lagi. Mungkin penangan ESP yang sebabkan bayi cepat kenyang. Saya perasan kalau menyusu pun memang sekejap sahaja. Paling lama 15 minit. Tapi bila lihat lampinnya yang sering basah dan berak pun kuning, jadi saya tak risau dah! Alhamdulillah :)




#Post40hari
#Shakleeberkesan
#s2ufamilies

Untuk info

http://www.wasap.my/60122319979


Continue Reading