24 November 2017

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Assalamualaikum semua,

Fuh, dah lebih setahun tak update blog ni. Busy sokmo. Banyak fokus kat facebook & IG sampai blog ni tak sempat nak update dah.. heeee..

Alhamdulillah, 9/10 aritu saya selamat melahirkan anak ketiga saya, Syakirah Aleeya ( Kesyukuran yang tinggi ). Pengalaman kali ni sangat berbeza dengan kedua anak sebelum ini.

Dulu walaupun keduanya normal, tapi saya ni jenis susah nak tolerate dengan rasa sakit. So dua-dua memang ambil epidural dan baby kena vaccum. Kali ni saya nekad nak go for natural dan nak rasa sakit tu. Sebabnya sampai bila nak mengelat kan? Satu hari nanti pun mesti akan rasa sakit untuk mati juga. Saya niat dan doa dari awal lagi.
.
.
Mengandung anak ketiga ni berbeza dengan sebelumnya, sinusitis teruk menyerang, dua kali admit dan alahan juga teruk. MC tak payah cakap la. Memang almost habis. Hospitalization leave pun dekat 3 minggu sebab sinusitis tu.
.
.
Bersalin kali ni saya pilih FPP Hospital Sungai Buloh. Nanti next entry saya cerita pasal FPP ni. Alhamdulillah pilihan bersalin di hospital kerajaan sangat berbaloi. New experience. :) Jom tengok kronologi :)

1 Oktober 2017

Masa hari jadi saya ni, memang berharap jugak la dapat bersalin hari tu. hee. saja nak sama tarikh lahir padahal due saya 10/10/2017. Masa checkup pun doktor kata dah buka 1cm tapi jauh lagi la nak engage. Tapi masa 1/10 tu dah turun tanda sedikit. Tapi tak ada sakit


4 Oktober 2017

Last checkup ni doktor check masih sama juga bukaan. So doktor kata kena induce on due date which is 10/10. Masa doktor kata induce tu dah cuak sebab dua-dua anak saya sebelum ni kena induce dan sakitnya ya allah, memang sakit. Memang doa banyak-banyak supaya tak kena induce.

7 Oktober 2017

Masa ni pagi-pagi dah kuar darah sedikit. Dah cuak la juga sebab sebelum ni tak pernah ada rasa macam ni. Doktor Yusrina suruh datang dewan bersalin. Ingat kan boleh bersalin dah. Tapi doktor suruh balik sebab masih 1cm. Kecewa tau. Sebab kalau boleh memang tak nak induce. Doktor suruh datang 10/10 balik untuk induce atau kalau ada sakit kuat. Sebab kecewa tu, balik tu bawak husband dan anak-anak pergi makan meatball kat ikea :P. Kiteorang tak pusing tengok sangat pun barang2 kat ikea tu cuma nak makan je. Tapi bile beli meatball tu terlebih banyak sampai nak kena tapau. Dekat tempat makan tu tak ada pulak plastik tapau. Husband suruh pergi beli apa-apa bekas la. Memang dia suruh saya beli sebab nak bagi jalan kan. Fuh,,memang berpeluh2 jalan semata nak beli bekas je. Dekat 4km jalan haritu je. :P


8 Oktober 2017

Sempat lagi follow MIL untuk survey barang-barang rumah yang bakal pindah nanti. Gigih berjalan tau. Husband jaga budak2 kat rumah ja. Sebab tak larat nak handle dah.

9 Oktober 2017


3 pagi macam tu dah start sakit sedikit. Setiap satu jam macam terjaga. Tapi tak sakit sangat lah, macam mild period pain. Saja message dengan doktor, dia suruh datang pulak. Dalam hati rasa malas nak pergi sebab belum sakit pun. Tapi dr suh datang jugak sebab saya darah rhesus negatif, kena ada standby darah incase czer. Gagahkan diri la pergi dengan suami. Siap bawak semua bag. Siap masak untuk anak-anak. Dah prepare semua baru pergi ke hospital. Yang bestnya, FPP ni tak perlu tunggu lama. Terus sampai, terus dapat turn untuk check. Dr yusrina yang check. Dah 3 cm! Yahoo!. Dalam hati rasa syukur sangat sebab dulu masa induce 1cm pun sakit macam apa ntah. Now, 3 cm tak rasa apa. Doktor admit kan kat ward. Dia suruh progress kat ward. heee..


Masuk kat ward siap makan nasi ayam dengan suami, siap sembang-sembang, siap solat semua. Alhamdulillah, sakit tu setiap 10 minit. Tapi boleh manage. Pukul 5pm, Doktor datang cek lagi dah 5 cm. Almost nak nangis tau bila doktor cakap macam tu sebab tak sangka boleh tahan sampai 5 cm dan sakitnya pun ok lagi. Siap solat asar. Lepas tu terus masuk labor room.

Pukul 6pm

Masuk labor room, dah mula cuak. Tapi gagahkan jugak. Doktor pecahkan ketuban. Lepas tu start sakit sikit2. Sakit yang kuat sikit bila kul 7pm macam tu. Keep zikir, doa, husband pun duk support sama. Berpeluh-peluh rasa kat labor room tu. Dekat magrib tu rasa macam sakit datang every 10 mins. Dalam fikiran bukan ke sakit kena lebih kerap? Doktor ada bagitahu jugak heart beat baby macam tinggi, mungkin tali pusat tersangkut kat leher. Masa ni pun cuak, tapi doktor tu rilek je, dia cakap still ok for normal.

Pukul 8 pm

Doktor cek bukaan masih 5 cm, sebab tak regular contraction doktor masukkan ubat oxytocin / induce drip. Lepas tu la paling sakit. Tak dapat nak explain. Siap sedut gas tapi tak ada apa2 effect pun. Rugi sangat ambil sebab memang drowsy lepas bersalin.

Pukul 8.30 pm

Doktor check dah 7 cm. I was like wah cepatnya. Pastu ada tahap yang dah almost nak give up, which is dah nak bersalin dah. Tiba-tiba baby keluar masa 7 cm lagi. Fuh. Siap tanya doktor betul ke dah bersalin.heeee.

Tepat kul 9pm anak saya lahir ke dunia. Sangat miracle labor journey saya. Berkat doa semua dan memang Allah bantu saya sungguh-sungguh dalam menjayakan misi saya. Sebab tu lah kena positifkan mind ni.

Alhamdulillah hari ni dah hampir 2 bulan dah.  Baby ni jugak satu2nya yang tak kena jaundis. Maybe jarang sangat ambil fastfood kot. Wallahualam. Tapi pengalaman kali ni memang sangat berharga. Betapa doa dan mind set tu sangat penting :)

Next entry insha allah kita cerita tentang FPP pulak ye 😊

Set pantang paling awesome? Klik sini

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading