22 April 2016

KARI IKAN TANPA SANTAN YANG PALING KAW

Assalamualaikum semua, 

Salam sabtu semua. Best kan weekend, the most awaited time for everyone. Hari ni husband dah pergi kelas. So minggu ni memang duduk kat rumah je la jawabnya, hehe. Dah delegates all the job chores kat weekly maid. Bila dah delegates, saya boleh fokus kerja lain spt update blog, main dengan anak-anak, or other simple jobs. 

Hari ni nak share resipi kari ikan tanpa santan versi mamak tau. Hehe. Minggu lepas saya ada bawak kat ofis, bagi akak-akak department rasa. Dia orang suka sangat sampai tanya resipi, Saya email mereka, dan dia orang dah cuba pun. Hasilnya, they loved it so much! Alhamdulillah. Happy sangat bila dapat sebarkan ilmu tau. Lagi-lagi husband dan mak diaorang pun suka, lagi dia orang suka la kan. Memang semua wanita nak please their husband and mothers selalunya kan..kan...

Kari ikan ni saya belajar dari mak dan mother in law. Cuma mak saya buat cair, MIL buat kaw. Tapi dua-dua pun sedap dan yang penting kurang kalori sebab tak ada santan. 

Sumber google. Memang lebih kurang la rupanya. hehe

BAHAN-BAHAN

Ikan besar ( tenggiri / bawal / jenahak / merah )
Bawang merah 
Bawang putih - 4 ulas
Bahan tumis 3 serangkai ( tak masuk bunga lawang atau pelaga tu tau)
Daun kari
Tomato 1 biji
bendi
Sayur kelo
Mangga muda kalau ada
Serbuk kari ikan BABAS
Asam jawa
garam

CARA-CARA

Sangat lah senang.
1. Cuci ikan bersih-bersih. Ikan kena bersih dan hilang bau hanyir baru sedap karinya. Basuh dengan asam jawa dan garam
2. Kalau nak lagi sedap goreng ikan dulu sikit. Tapi kalau nak kurang kalori, tak perlu goreng.
3. Tumis daun kari, bawang, bawang putih, bahan tumis sampai naik bau. 
4. Masukan 4 sudu besar serbuk kari ikan dan tumis sampai pecah minyak. Jangan letak air banyak. Tumis smp pekat dan letak garam.
5. Lepas dah pecah minyak, letak air asam jawa, bendi / terung / kelo / mangga muda dan biar mendidih.
6. Lepas mendidih baru masuk ikan. Bagi masak kejap, pastu terus tutup!

Senang sangat. Bagi saya kalau ikan dah siap siang semua, kari ikan lah paling senang untuk saya.
Selamat mencuba!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: