25 February 2016

RESIPI POTATO WEDGES PALING RINGKAS DAN SEDAP

Bila rasa tak tahu nak buat apa dengan kentang yang banyak kat rumah, you all boleh try resipi sedap ni. Sekejap je dah boleh buat. Makan petang untuk anak-anak dan boleh di bawa sehingga makan malam. hihi. 
Jom cuba potato wedges ala-ala KFC. Tapi resipi penuh dari Rehanswardrobe tau. :)

Rebus kentang
Saya rebus kentang dulu sebab nanti tak yah goreng lama-lama. Haha. Dan lagi sedap sebab empuk. Tak payah lembut sangat nanti hancur plak. hihi

Potong kentang bentuk you all suka, kalau nak wedges potong bentuk baji lah kan??

Kemudian perap lah dengan serbuk cili , pepper, kunyit dan garam . Semua sikit je tau

 Goreng sehingga ke emasan

 Dah siap! Saya letak keju keping atas tu sebab banyak sangat. Letak masa panas-panas memang cair . Sedap! Leh tambah sos atau mayonis. 

Selamat mencuba!








Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: