25 February 2016

RESIPI POTATO WEDGES PALING RINGKAS DAN SEDAP

Bila rasa tak tahu nak buat apa dengan kentang yang banyak kat rumah, you all boleh try resipi sedap ni. Sekejap je dah boleh buat. Makan petang untuk anak-anak dan boleh di bawa sehingga makan malam. hihi. 
Jom cuba potato wedges ala-ala KFC. Tapi resipi penuh dari Rehanswardrobe tau. :)

Rebus kentang
Saya rebus kentang dulu sebab nanti tak yah goreng lama-lama. Haha. Dan lagi sedap sebab empuk. Tak payah lembut sangat nanti hancur plak. hihi

Potong kentang bentuk you all suka, kalau nak wedges potong bentuk baji lah kan??

Kemudian perap lah dengan serbuk cili , pepper, kunyit dan garam . Semua sikit je tau

 Goreng sehingga ke emasan

 Dah siap! Saya letak keju keping atas tu sebab banyak sangat. Letak masa panas-panas memang cair . Sedap! Leh tambah sos atau mayonis. 

Selamat mencuba!








Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

SAKIT MATA HILANG DALAM MASA 24 JAM!

Assalamualaikum semua,
 
Dua hari yang lepas anak saya kena sakit mata tau. Tak adalah teruk sangat sebab tak merah pun tapi adalah tahi mata tu bila bangun pagi. Sekali lagi saya kena ambil cuti. Korang tahu tak cuti saya tinggal berapa? 2 hari je lagi dan baru februari pulak tu! Haha. tak pe semua ada hikmah nya. Best duduk rumah jaga anak, boleh settle lipat kain ..haha. 
.
.
Actually saya dah set mind saya kena abiskan cuti saya selama 3 atau 4 hari sebab masa aeisyah dulu sakit mata saya ambil sampai 3 hari lebih kot cuti. Emak-emak biasa guna annual leave untuk anak-anak kan? Semua pun macam tu rasanya. :)
.
.
Malam tu saya bagi dia satu sachet nutriferon, dia memang suka sangat dengan nutriferon tu so memang tak susah. Nak menitik ubat mata tu yang mula-mula susah. Kemudian bagi dia ubat tahan gatal. Alhamdulillah tak cranky, tak meragam pun dia cakap mata gatal or mata dia pun tak merah cuma pinkish sedikit je. :)
.
.

Next day saya bangun ingat dia sakit mata lagi, so saya pun sambung lah tidur. Bila dah pagi tu check2 memang Alhamdulillah dah ok. Rugi cuti sehari lg aritu. Hehe. Boleh je nak pergi half day kerja tapi sebab dah enak duduk dekat rumah memang tak pergi kerja lah. Siap boleh masak kambing dan sup ayam. Layan!!Hehe
 
petua sakit mata
Syamil suka nutriferon!
 
Sebenarnya mudah je konsep nutriferon ni, kerana nutriferon menggalak penentang virus dan bakteria. So memang fight habis-habisan lah kan. Kalau biasa saya bagi seminggu sekali. Kalau macam nak sakit tu saya bagi lah setiap minggu satu sachet. :)

Ok tu je sharing hari ini. :)

You all jangan lupa grab promo hebat nutriferon tau. Buy 6 free 1. Memang murah sangat. Labur lah untuk first aid anda. Semuanya dari ekstrak tumbuhan dan biji benih sahaja :)






Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

24 February 2016

MANJAKAN DIRI DI DF NUSANTARA SPA SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH

Korang selalu tak manjakan diri kat SPA? Ada tak kadang-kadang rasa ada hari tu korang memang STRESS sungguh dan nak pergi SPA?

Saya pernah. Banyak kali. Dan saya tahu ramai mommies pun selalu nak kan? Cuma kekangan masa tak mengizinkan.

Sebelum ni saya pergi SPA lain. Kemudian terjumpa la SPA nusantara ni. Memang best spa ni. Saya suka sebab guna produk yang bebas bahan kimia. Tak kira lah shaklee ke mary kay ke. Yang penting kita lindungi kulit muka kita dari bahan kimia kan? kan?

Walaupun saya boleh buat facial sendiri tapi lagi suka orang buat sebab tujuan nak pergi SPA ni adalah untuk rehat dan rileks. Memang seronok. Dah berbulan-bulan kerja kat rumah dan ofis, jaga suami, jaga anak, jaga rumah, hehe. so bagi saya kenalah cari masa untuk sendiri jugak :)

Saya amik pakej sauna+mengurut+facial. Murah RM 165 sahaja! Servis bagus, layanan tip top, dan produk pun bagus.




Penting rehat untuk kaum wanita macam kita ni kan? Saya nak pergi lagi nanti. Selalunya setiap 6 atau 8 bulan sekali saya akan pergi. :)

Ok tu je nak bagitahu. Warga sungai buloh or saujana utama boleh singgah kat sini ;) Yang orang luar pun di alu-alukan :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 February 2016

APA ITU NUTRIFERON?

Assalamualaikum semua,.

Wah lama dah tak menulis di sini ye. Arini kita nak cerita tentang satu produk yang jarang-jarang kita UP dalam post atau entri sebelum ini. 
.
.
.
NUTRIFERON


Nutriferon adalah satu produk yang sangat unik berbanding dengan supplemen-supplemen lain tau. Sebab ia adalah ramuan atau ekstrak biji-bijian dan benih yang digunakan zaman dahulu untuk merawat pelbagai penyakit. 4 bahan utama yang ada dalam nutriferon insha Allah mampu menangkis serangan anasir luar dan juga menguatkan sistem imun anda. Sekali lagi saya nak ingatkan, consume benda ni bukan jaminan untuk tidak sakit selamanya tau. Cuma, salah satu ikhtihar yang sudah popular dan berkesan pada ramai orang.

nutriferon









Gambar di atas menunjukkan ekstrak di dalam nutriferon. Setiap satunya memang semuanya berkait dengan sistem imun badan kita. 





Dr Kojima ni lah yang temui interferon 40 tahun yang lalu. Interferon ni adalah mcm penyerang untuk bendasing dalam badan macam virus dan kuman. So lepas 40 tahun berhempas pulas, beliau dapat formula yang hebat sebagai interferon iaitu nutriferon. So, lepas tu Shaklee beli terus dan patenkan sebagai produk Shaklee :). Kajian selama 40 tahun tau. Bukan 4 tahun or 10 tahun. Memang tip top lah kan.



Hehe. Anak-anak suka sangat tau. Nutriferon ni dalam bentuk serbuk, saya bagi je kat anak macam tu je. Mereka pun memang selalu duk tunggu nak makan tu. Saya pun suka sebab rasanya macam ala-ala madu. Memang sangat sesuai untuk orang yang tak boleh telan ubat. Campur dalam teh pun boleh. Rasa-rasa kelat gitu kalau dah campur air. Saya bagi seminggu sekali je sebab untuk boost sistem imun mereka. Tapi kalau rasa-rasa nak demam atau kurang sihat boleh bagi hari-hari sampai ok. 

Bulan ni offer tau. Memang jimat habis. Kalau you all guna seminggu sekali , boleh lah tahan sampai 7 bulan. Wow! Jimat habis lah. :)

Lepas ni saya up pulak testimoni nutriferon ya.
Till then, take care and have a nice day!!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading