23 November 2015

7 TIPS NAIKKAN KOLESTROL HDL

Assalam semua,

Korang tahu tak apa itu HDL? HDL adalah sejenis kolestrol baik yang di perlukan dalam badan. Kolestrol baik perlu untuk mengankut kolestrol jahat dari pembuluh darah untuk bertukar menjadi zat yang baik.
Kalau dulu kita sering risau kalau LDL (kolestrol jahat) meningkat bukan? Namun, sejak meneliti beberapa bacaan, tahap kolestrol baik (HDL) juga penting untuk badan dan mengelakkan penyakit jantung jika dibiarkan berlarutan. Saya pernah up entri kolestrol tak lama dulu, tapi tak berapa terperinci tentang HDL ni.


kolestrol baik


Bagaimana HDL berfungsi? Jom tengok gambar #stock picture ni. Saya ambil dari google. (medmovie)

kolestrol baik
kolestrol

Ini pula, bacaan kolestrol yang sepatutnya. Means, kalau you all nak cek kolestrol boleh jadikan table ni sebagai rujukan. Haih. asyik cerita gambar je, tipsnye mana kan??? Kejap ye, kita share jap je lagi.



7 TIPS UNTUK NAIKKAN HDL / KOLESTROL BAIK DALAM DARAH



1.  Tingkatkan senaman. Kadang-kadang, kalau HDL kurang sikit je, doktor akan sarankan exercise banyak-banyak. Insha Allah boleh naikkan HDL

senaman

2. Kurangkan berat berlebihan. Pastikan anda tahu BMI anda di tahap mana. Berat boleh dikurangkan dengan pengambilan kalori yang baik dan juga senaman. Mengikut kajian, jika setiap 2.7kg berkurangan, 0.03mmol/L HDL boleh di tingkatkan

turun berat badan
3. Pilih makanan berlemak yang sihat dan tidak tepu. Ada 2jenis lemak. Pastikan anda pilih yang betul. Elakkan makan makanan yang bergoreng dengan minyak berlebihan. Gambar bawah ni menunjukkan dengan jelas jenis-jenis lemak yang perlu anda ambil

lemak baik

lemak sihat


4. Ambil makanan berwarna ungu kerana makanan ini tinggi antioksidan dan antocyanin. Ha, dalam vivix ada antocyanin ni. Kan? Pernah highlight dulu dalam entry sebelum-sebelum ni. Kalau tak pun cari lah buah naga ke, beetroot ke, anggur ke, tapi pastikan bukan non organik ye. Nanti jadi lagi tak ok kang.


5. Kurangkan makanan karbohidrat seperti nasi dan roti. Lebihkan protein


6. Ambil makanan yang bersumber omega 3 atau supplemen omega
lemak omega 3

7. Berhenti merokok!



Yang tips-tips atas ni bukan saya cakap seorang syok sendiri tau. Banyak web-web medikal pun ada cerita pasal ni. Antaranya, kalau nak pengesahan boleh klik link bawah ni

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/hdl-cholesterol/art-20046388?pg=2

 http://www.everydayhealth.com/high-cholesterol-pictures/how-to-raise-hdl-cholesterol.aspx#01

http://www.mensfitness.com/nutrition/how-to-boost-your-good-cholesterol-sky-high/slide/9


Harap boleh membantu untuk you all. Jom sihat selalu ;) Insha Allah

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe