13 October 2015

7 TIPS PEMAKANAN UNTUK KESIHATAN OTAK ANDA

Saya ada baca artikel dari daily mail tentang nutrien penting untuk kesihatan otak. Saya cuba ringkaskan di sini untuk tatapan para pembaca semua untuk info anda ;)

Pemakanan yang sihat sangat mempengaruhi sistem badan kita termasuk otak. Pernah saya dengar pemakanan yang tidak sihat seperti sosej dan nugget segera boleh mengakibatkan kanser dalam jangka masa panjang. Wallahualam, Sebab itu penting untuk jaga nutrien yang masuk ke dalam perut kita. Di sini ada 7 tips pemakanan yang mungkin membantu anda terutama untuk kesihatan otak anda. Apa 7 tips itu ?

1. OMEGA 3

Asid lemak dalam omega 3 memainkan peranan penting dalam mengekalkan struktur neuro dan fungsinya selain menjadi anti radang dalam badan kita. Pengambilan omega 3 mampu mengurangkan simptom tekanan pada seseorang individu. Omega 3 ada banyak dalam kekacang, tiram, ikan seperti sardin, makerel dan salmon. Oleh kerana sesetengah ikan laut dalam mempunyai merkuri yang tinggi, haruslah di ambil dengan kadar yang sederhana. Beza tau dengan Omega Guard yang sudah melalui proses penyingkiran logam-logam berat seperti merkuri itu. Jadi sentiasa selamat dan pastikan pilih supplemen yang betul-betul berkualiti dan melalui proses penyulingan yang menyingkir toksik dalam laut itu

2. VITAMIN B DAN FOLAT

Kita perlukan vitamin B untuk proses metabolisma dan mempunyai fungsi khas untuk otak. Folat ( B9) sangat penting untuk anti stress . Jika anda mengambil supplemen B compleks, pastikan vitamin B compleks itu lengkap dengan 12 jenis vitamin B.


3. ASID AMINO

Asid amino boleh dijumpai dalam protein seperti telur, daging dan kekacang. Asid amino juga mempunyai fungsi anti depression. Pastikan asid amino lengkap ye ( ada asid amino perlu dan asid amino tidak perlu)


4.  MINERAL

Mineral seperti zink, magnesium, iron mempunyai fungsi penting dalam neurologi. Zink khususnya sering dilupakan walhal zink terlibat dengan proses reaksi bahan kimia di dalam otak. Di samping itu zink sangat penting untuk sistem imun, kekurangan zink mampu merangsang depression atau tekanan. Begitu juga dengan fungsi magnesium yang sangat penting untuk otak. Manakala iron sinonim dengan perkembangan otak seperti menghantar oksigen ke otak.

5. VITAMIN D

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang penting untuk perkembangan otak dan tulang. Kekurangan vitamin D juga boleh mengakibatkan depression. Vitamin D juga boleh diperoleh dari cahaya matahari dan juga dalam sesetengah ikan dan cendawan. Ostematrik juga ada vitamin D :)

6.  ANTIOKSIDAN

Antioksidan seperti polyphenol yang ada dalam sesetengah buah dan sayur mampu memerangi radikal bebas yang memusnahkan sel baik. Pengambilan vitamin A, C dan E sangat penting sebagai antioksidan anda. Vivix juga merupakan antioksida yang hebat.

7. MICROBIOTIK

Pengambilan mikrobiotik seperti dalam yogurt, tempe mampu mengurangkan bakteria jahat dan memberi bakteria baik untuk kesihatan otak dan badan.

Jagalah otak anda, pastikan nutrien yang baik-baik sahaja menjadi pilihan anda!!


Read more: http://www.dailymail.co.uk/health/article-3269722/Omega-3-depression-magnesium-calm-anxiety-expert-reveals-7-key-nutrients-boost-mental-health-them.html#ixzz3oUT9N6Tl







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: