16 September 2015

TIPS RAWAT DEMAM CAMPAK

Assalam semua,

Saya pasti ibu-ibu di luar akan mengalami masa apabila anak-anak diserang demam campak atau chicken pox. Chicken pox ini sejenis penyakit yang disebarkan oleh virus herpes dan menular dengan sangat cepat. Sebab itu jika terkena chicken pox, memang wajib di kuarantin di rumah dan tidak dibenarkan bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Selalunya akan berlaku sekali dalam seumur hidup dan mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk betul-betul sembuh.

Anak saya Syamil kena demam campak masa merdeka hari itu. Masa tu dah pergi gambang, dah mandi bagai, malam tu masa saya nak mandikan dalam hotel saya dah notice bintik-bintik berbentuk belon. Yang ni memang saya dah tahu sebab dulu saya masih ingat masa kena ni. Alhamdulillah, Syamil tak teruk sangat kena. Atau memang dia kuat melawan virus tu. Within 7 hari dah sembuh. Tak ada demam langsung. Dan aktif macam biasa.

Selang 10 hari selepas itu, Aeisyah pula kena, Dia pun tak demam, tapi asyik merengek gatal sebab dia memang ada ekzema sebelum itu. Tak naik banyak tapi di celah pelipat dan leher ekzema dia kembali, Mungkin sebab calamin lotion yang saya apply atau sebab dia menggaru lebih teruk.

Macam turun-temurun, kami guna daun semambu. Untuk syamil saya guna cara rebus daun semambu dan mandi. Saya buat hari terakhir agak-agak dah kering chicken pox nya. Daun semambu ni memang banyak khasiatnya seperti yang di terangkan dalam Web MD. Sangat popular di kalangan orang india namun, sekarang ni dah menjadi popular untuk semua golongan juga kerana keberkesanannya.


Untuk aeisyah saya buat begini :

Daun semambu

Daun semambu saya tambah kunyit sedikit kerana kunyit terkenal dengan antiseptik. Tambah air sedikit sahaja. Kemudian kisar halus.

Demam Campak

Dah kisar tu, saya letak dalam bekas untuk sapu pada aeisyah. Alhamdulillah dia dah kurang menggaru. Kena sapu dalam 2 atau 3 kali sehari untuk hilangkan gatal tu.

Selain itu, saya memang keep on beri multivitamin kanak-kanak iaitu vitalea kids dan meal shake. Untuk parut chicken pox boleh guna krim herbal blend.

Selamat mencuba dan jangan risau jika anda mengalami situasi ini. Insha Allah, Allah akan mudahkan semua :)










Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: