19 September 2015

FAKTA SOYA YANG ANDA PASTI TERKEJUT

Assalam semua,

Korang tahu tak bulan ni promo ESP shaklee? Tahu kan..Kali ni saya nak cerita lain dari yang lain tentang SOYA. Hehe. Ramai lagi yang tak tahu tentang soya. Mereka lebih beranggapan soya membawa mudarat semata-mata tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Dua hari ini saya kaji beberapa artikel tentang soya dari Dr Bruce Miller . Dr Bruce ni banyak mengkaji tau. Bukan terus cakap TAK BOLEH, JANGAN, DONT. Bukan tau. Beliau kaji dan kaji banyak tentang soya. Antaranya:

esp shaklee

Dalam kenyataannya dalam buku Dont Lose your Breast to Cancer, beliau ada cerita tentang soya mempunyai isoflavones yang mampu mengurangkan risiko kanser secara semulajadi.'
Selain itu beliau ada juga menceritakan tentang soya mampu mengurangkan kolestrol kerana nisbah asid amino dalam soya adalah lebih rendah daripada dalam daging.

soya selamat

Selain itu banyak lagi kajian yang favor pada soya seperti :

"Pengambilan soya protein setiap hari mampu mengekalkan bacaan kolestrol yang normal dan memelihara jantung, payudara dan kesihatan prostat "
 New England Journal of Medicine, 1995.  

"Individu yang mengamalkan soya mempunyai risiko simptom menopos yang kurang"
 Lancet (1997) and Obstetrics and Gynecology (1998).  

"Diet yang mengandungi soya yang tinggi boleh di kaitkan dengan pengurangan risiko kanser paru-paru untuk wanita yang sedang mengalami menopous"
The American Journal of Clinical Nutrition, 1998.

Journal of the American Dietetic Association, April 2001 mengatakan 30% pengurangan protein daging dengan soya mampu mengurangkan kalori dan lemak.

Banyak lagi kajian-kajian yang dijalankan tentang soya ni. Tapi pastikan anda memilih ciri-ciri soya yang telah saya kemukakan dalam entri : ESP
Jika anda mahu cuba ESP, boleh hubungi kami dan kami akan sertakan dengan tips pengambilan dan cara-cara yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik :)





 


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

17 September 2015

RESIPI BROWNIES COKLAT PALING SEDAP DAN RINGKAS!

Ok jom semua terus ke resipi yang sedap dan melting ni!
Hehe.
Brownies ni baru pertama kali saya buat. Sebelum ni semua buat kek sahaja semata-mata. Kawan-kawan ofis yang inspired buat brownies. Heee..Jom tengok resipi terus naa...;)

brownies coklat
250 gram mentega + 400 gram coklat masakan di cairkan dalam periuk dengan kaedah double boiling. Kacau sehingga cair dan asingkan sebagai bahan A

brownies lembut
5 biji telur ayam + 1 teh sudu esen vanila + 1 tablespoon choclat emulco+ 290 gram brown sugar di pukul sebati dengan guna whisk sahaja. Tak perlu guna mesin sebab rules of brownies memang macam tu... senang kan??

Teruskan pukul sehingga dah sebati. Asingkan sebagai bahan B

Ayak  90 gram tepung gandum, + 50 gram serbuk koko. Asingkan sebagai bahan C

Tada!! ada bahan A , B dan C. Campur bahan A dalam B kemudian masuk bahan C ke dalam adunan tu. Akhir sekali guna senduk je sebab whisk dah tak leh kacau dah.

Yang ni optional, tapi saya suka letak badam sebab rasa crunchy2. Badam tu kena bakar dulu so tak delah lemau bila makan nanti. 100 gram badam tu dah mencukupi. Lepas bakar cincang lah halus-halus..heee

Masuk kacang tu dan gaul sekejap

Masuk dalam loyang 9 x 12 inch so that brownies tak tebal Saya ada loyan besar ni je. So guna yang ni je. Kawan dah pesan suruh bakar 2 kali tapi adunan die likat, takut plak lepas dah masak tu langsung tak boleh nak tuang. Hasilnya
.
.
.
.
.
.

Tadaaa!! Lepas bakar dengan 160 degree selama 45 minit, tengah-tengah tak masak pulak. Setting oven pun tak ok sangat. Tapi sedap la rasa nya! memang yummy. Lepas ni kene beli loyang yang besar plak


Selamat mencuba u alls!! Happy baking!!





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

16 September 2015

TIPS RAWAT DEMAM CAMPAK

Assalam semua,

Saya pasti ibu-ibu di luar akan mengalami masa apabila anak-anak diserang demam campak atau chicken pox. Chicken pox ini sejenis penyakit yang disebarkan oleh virus herpes dan menular dengan sangat cepat. Sebab itu jika terkena chicken pox, memang wajib di kuarantin di rumah dan tidak dibenarkan bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Selalunya akan berlaku sekali dalam seumur hidup dan mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk betul-betul sembuh.

Anak saya Syamil kena demam campak masa merdeka hari itu. Masa tu dah pergi gambang, dah mandi bagai, malam tu masa saya nak mandikan dalam hotel saya dah notice bintik-bintik berbentuk belon. Yang ni memang saya dah tahu sebab dulu saya masih ingat masa kena ni. Alhamdulillah, Syamil tak teruk sangat kena. Atau memang dia kuat melawan virus tu. Within 7 hari dah sembuh. Tak ada demam langsung. Dan aktif macam biasa.

Selang 10 hari selepas itu, Aeisyah pula kena, Dia pun tak demam, tapi asyik merengek gatal sebab dia memang ada ekzema sebelum itu. Tak naik banyak tapi di celah pelipat dan leher ekzema dia kembali, Mungkin sebab calamin lotion yang saya apply atau sebab dia menggaru lebih teruk.

Macam turun-temurun, kami guna daun semambu. Untuk syamil saya guna cara rebus daun semambu dan mandi. Saya buat hari terakhir agak-agak dah kering chicken pox nya. Daun semambu ni memang banyak khasiatnya seperti yang di terangkan dalam Web MD. Sangat popular di kalangan orang india namun, sekarang ni dah menjadi popular untuk semua golongan juga kerana keberkesanannya.


Untuk aeisyah saya buat begini :

Daun semambu

Daun semambu saya tambah kunyit sedikit kerana kunyit terkenal dengan antiseptik. Tambah air sedikit sahaja. Kemudian kisar halus.

Demam Campak

Dah kisar tu, saya letak dalam bekas untuk sapu pada aeisyah. Alhamdulillah dia dah kurang menggaru. Kena sapu dalam 2 atau 3 kali sehari untuk hilangkan gatal tu.

Selain itu, saya memang keep on beri multivitamin kanak-kanak iaitu vitalea kids dan meal shake. Untuk parut chicken pox boleh guna krim herbal blend.

Selamat mencuba dan jangan risau jika anda mengalami situasi ini. Insha Allah, Allah akan mudahkan semua :)










Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

RESIPI MAKARON BAKAR SIMPLE, MUDAH DAN EKSPRES

Assalamualaikum semua..

Semalam ada buat makaroni bakar. Suami tak ada semalam so boleh lah saya buat makanan ala itali ni untuk diri saya. Hehe. Dia memang tak gemar makanan tu. Hanya NASI!. :p

Nampak macam renyah kan dengar makaroni bakar. Actually saya buat versi sendiri,hehe. Kalau tengok banyak resipi ada sos putih macam resepi makaroni bakar ini. Ataupun macam versi makaroni carbonara yang di olah resipi. Secara jujurnya, saya malas nak masak berat-berat sebab saya seorang je makan..huhu. buat apa beria-ria sangat kan.

Dekat rumah ada

Makaroni spiral
Ayam
Sos Pasta
Keju mozarella

Guna 4 bahan ni je tau. Haha. Memang jadi dan boleh makan berpinggan-pinggan! :P


Rebus makaroni atau apa-apa jenis pasta dulu. Kemudian goreng lah macam biasa, tumis dengan bawang, bawang putih, sos pasta, ayam dicincang, kalau ada carrot or cili benggala lagi sedap dan kalau masuk italian herbs atau pepperono pun lagi sedap. Tapi kan dah kata saya buat yang eskpres. Setengah jam dah siap punya resipi. heeee...jangan lupa garam ye.

Kemudian susun dalam loyang kemas-kemas. Nipis je ni ok. Bukan tebal pun.

Lepas tu tabur la mozarella atas makaroni goreng tu. Letak keju keping pun boleh. Tak ada sapa nak marah. hihi. Yang penting sedap.


Bakar untuk 20 minit sebab sikit je kan, kalau tebal selalu bakar 30 minit lebih. Agak-agak keju tu dah cair leh consider masakkkk...nyums!!



Dah siap! Satu tray tu saya yang makan.hehe. Simpan dalam fridge, makan untuk sarapan next day. Makan sekali dengan ESP memang terbaik! Kenyang!!!!

Selamat mencuba!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

14 September 2015

TIPS JIMAT RM 200 SEBULAN UNTUK WANITA BERKERJAYA!

Assalam semua, dah makan? saya baru sudah makan tengah hari. Hari ini saya bawa bekal dari rumah. Since aeisyah dijangkiti chicken pox, emak saya jaga aeisyah di rumah. Oh lupa nak entry tentang chicken pox kan. Next entry insha Allah saya cerita ye.

Anak-anak saya minum susu dugro so saya dapat lah bekas free dumex dugro ni. Dah 2 bekas dah terkumpul. Warna merah dan kuning. Anak-anak tak guna lagi, so emaknya yang guna. Heee..



LUNCH BOX HARI INI
Minggu lepas saya kena food poisoning akibat makan di cafe di ofis. Serik. Salah satu sebab kenapa saya bawa lunch box ni. Hope boleh jadikan habit selalu. Hehe. Tahu tak jimat sangat bawak bekal dari rumah ni. Sebab nya, memang saya masak hari-hari. So saya cuma perlu masak lebih sikit je. Infact, tomato yang saya guna untuk masak pun walaupun 1 biji macam terlebih je sebab kami makan dua orang je. So lagi jimat lah add on lauk sikit dan masak kan.

Kalau makan di ofis atau di luar, paling minimum saya akan belanja RM 10 tau. Untuk lunch sahaja. Saya memang kuat makan. huhu. Jom buat kira-kira kasar :

Sehari RM 10 x 26 hari ( bekerja) = RM 260

RM 60 tu kita tolak untuk masuk dalam lauk yang masak hari-hari. Tak banyak pun sebenarnya. Kalau lauk telur atau ikan bilis lagi murah. hehehe...

So anda dah jimat RM 200 sebulan! Banyak tu!
Boleh simpan duit untuk beli toys anak ke, beli collagen ke, beli vivix ke...ha..jimat2. Allah pun suka orang yang jimat-jimat ni.

Tapi kena maintain ye rehana..heee..;)

Selamat berbento!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading

09 September 2015

APA ITU MLM, APA SEBENARNYA MLM?


Lama benar dah tak post entry di sini kan. Saya dalam proses untuk membaik pulih blog saya nih. Hehe.
Berbalik pada tajuk di atas, saya nak kongsi serba sedikit tentang sistem pemasaran shaklee ataupun MLM.
Nak saya jujur? Sebelum saya sertai bisnes shaklee, saya tak pernah tahu apa itu MLM. Konsep nya macam mana pun saya tak tahu. huhu. Naif kan. Semua orang pernah tanya saya, join MLM ke? Tak takut ke? Saya macam pelik juga kenapa orang cakap macam tu kan. Dan masa tu saya tak ambil kisah langsung, yang penting saya nak jual produk dan dapat extra income.

Awal bulan saya join dulu saya dah dapat merasa RM 900, banyak lah kan! So masa tu memang nak jual je, kemudian kami ada kelas coaching, bagaimana nak besarkan organisasi. So di sini lah orang selalu ingat Shaklee ni head hunting atau pun MLM yang tak ikut shariah. A big NO!

Sebenarnya konsep bisnes shaklee ni adalah macam cara meluaskan network atau organisasi. Contoh : anda pengeluar produk A, anda nak menjual produk A seorang-seorang memang untung banyak la...Tapi sampai bila anda nak penat dan nak modal balik. Di sini lah Shaklee memainkan peranan dengan mengeluarkan konsep distributor. Kemudian distributor tu pulak nak meluaskan jualan, so mereka boleh besarkan organisasi dengan recruit orang di bawah dan mesti atau WAJIB di guide, kalau tak hanya sia-sia dan memang lah tak dapat apa-apa kecuali hanya nama downline tu di bawah anda. :P

Ok saya rumuskan serba sedikit tentang konsep MLM di shaklee ye :

1.Tiada artis mahupun duta untuk shaklee. Pergila tengok atau belek mana-mana page atau blog distributor. Mesti semua pegang botol shaklee dan posing. Hihi. Tu tandanya mereka jadi modal dan duta shaklee sendiri.

2. Kalau perasan Shaklee jarang buat iklan di TV atau di mana-mana website atau di radio sekalipun. Kenapa? Kerana Shaklee simpan duit itu untuk bayar distributor-distributor yang gigih menjual dan mempromosi produk shaklee. Itu trick pemasaran Shaklee dan saya tak nampak apa-apa salah di sini. Pemasaran produk banyak caranya, iklan, flyers, Fb ads, sponsor event dan macam-macam cara, Shaklee guna cara MLM untuk membayar orang-orang yang berjaya menjual dan membesarkan organisasi mereka

3. Shaklee tidak menjual harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kalau tengok harga vitamin Shaklee tak mahal mana pun kalau dibandingkan dengan kajian dan penyelidikan yang di lakukan.

4. Shaklee hanya membayar Leadership Bonus jika kita berjaya memimpin dan guide orang di bawah kita. Ala, macam tiap-tiap tahun kalau makan gaji, mesti ada bonus kan sebab perform dan sebagainya. Cuma di shaklee tak bayar ikut yearly, Shaklee bayar ikut banyak mana usaha kita. Ada yang tiap-tiap bulan dapat, ada yang kadang dapat kadang tak dapat, semuanya bergantung pada usaha sendiri. Jika makan tidur dan harapkan rezeki masuk dengan organisasi anda, memang tak dapat apa la ye! WAJIB MESTI HARUS bekerja keras untuk mengukuhkan organisasi sebelum merasa pasif income.

5. Modah shaklee hanya RM 75 sahaja seumur hidup. Bukan beratus bukan beribu bukan berjuta. Kalau anda yang bijak, kalau dah dengar modal Rm 75 pun dah boleh tahu konsepnya bukan MLM yang tidak betul. Andai kata anda tak meneruskan bisnes setelah beberapa lama pun anda tidak rugi apa-apa. Malah anda sangat untung kerana ilmu yang anda dapat dalam bisnes ini sangat lumayan!

6. MLM shaklee pernah ada downline yang lebih hebat dari upline. Tak percaya? Boleh tanya, boleh google atau boleh hubungi pihak shaklee sendiri untuk clarification

7.  Shaklee diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oelh Brand Laureate pada tahun 2014


Dan yang paling penting, bukan senang nak senang. Tanya lah saya yang dah lebih 2 tahun dalam bisnes ni, ada kalanya saya down, jika saya tak usaha memang ZERO ye. Tak ada hasil. Ada usaha adalah hasil. Shaklee bukan skim cepat kaya, bukan MLM yang menindas orang malah Shaklee merupakan syarikat yang dah lebih 50 tahun dalam pasaran, ramai dah akui keberkesanan produk shaklee.

Jika anda memilih Shaklee, anda telah membuat pilihan yang bijak!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem MLM mengkikut shariah boleh klik : MLM Halal



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Continue Reading