03 August 2015

5 TIPS PENJAGAAN JAHITAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum semua,

Jom sapu habuk-habuk di blog ni. Hehe. Dah lama sangat tak share tips dan entri dalam blog muka baru ni kan. Busy sangat! Sejak maid tak ada memang tangan dah macam sotong. Alhamdulillah, hari ini Allah mudahkan untuk saya teruskan perkongsian di alam maya ni :)

Ngeri bila dengar jahitan selepas bersalin terbuka kan? Ngeri sangat-sangat. Saya bersalin dah dua kali, so pengalaman jugak berbeza walaupun cara bersalin saya sama untuk kedua-dua anak saya. Kedua-dua anak saya ambil epidural dan induce. Tapi kedua-dua jahitan yang saya dapat memang sangat berbeza! Mungkin sebab anak pertama, jahitan jadi besar sikit berbanding dengan anak ke dua.

Pengalaman berpantang saya pun berbeza untuk kedua-dua anak saya. Tapi dalam banyak-banyak aspek semasa berpantang, luka jahitan adalah perkara major yang perlu di ambil kira. Seksa sangat kalau luka tu bernanah ke, terbuka ke, susah nak sembuh dan boleh menyebabkan anda berpantang tanpa nikmat.

Dr zubaidi ada menerangkan secara jelas tentang cara penjagaan luka episiotomi. Untuk tujuan perkongsian, saya kongsikan tips dari saya juga :

1. Sentiasa menukar pad. Amalkan penukaran pad setiap 2 hingga 3 jam kerana hendak memelihara vagina dari jangkitan bakteria. Nak jaga luka satu hal, jika dah kena jangkitan bakteria lagi haru siap boleh bernanah *ngeri*

2. Cuci dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya untuk elak jangkitan bakteria juga

3. Ambil nutrien yang tinggi mineral dengan zink. Saya ambil zinc complex dari Shaklee. 2 biji zink memang sangat membantu untuk luka kering dengan cepat berbanding dengan tidak mengambilnya pada kelahiran yang pertama. Selain itu, zink membantu untuk meningkatkan sistem imun dan mencantikkan kulit juga. Ok what, luka pun sembuh cepat dan kulit pun jadi lawa. Heee..

4. Elakkan duduk lama. Masa berpantang ni adalah untuk berehat, sebolehnya cuba baring mengiring dan kaki rapat. Jangan lasak ye. Nanti memang takkan sembuh-sembuh luka bersalin.

5. Rendam dalam besen yang berisi air panas suam. Jika dah tahu nak bersalin pastikan ada besen saiz besar yang boleh anda rendam dalam tu. Kalau pakar selalu syorkan air dan antiseptik. Saya tambah garam sedikit untuk kecutkan luka atau bengkak. Kalau nak lagi effektif boleh tambah kunyit hidup yang di tumbuk dan juga manjakani serta sirih. Tradisional kan? hehe. Best tau efek dia kalau konsisten buat.

Itu adalah antara yang boleh saya kongsikan. Insha Allah kalau ada tips menarik lagi saya akan tambah. Selamat berpantang pada ibu-ibu yang bersalin. Pastikan anda jaga diri sebetulnya semasa berpantang.

Review : Sesiapa hendak set beralin shaklee boleh pm saya di 0122319979. Banyak tips menarik lagi untuk pelanggan tersayang saya!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

0 comments: